Thursday, March 1, 2012

TraVELog HaRi eSok

"Arrggghhh!!!Pening giler kepala aku ni",monologku dalam hati.
Seronok sangat main salji siang tadi,mentang-mentang jami3ah yarmouk cuti sehari disebabkan keadaan cuaca yang agak buruk.Salji turun di ajloun memang tebal.Sejuknya menyengat sampai ke tulang-belulang.Siap ada yang muntah-muntah lagi.he.
Lagilah macam seronok sangat bila letak aim mahu ke sana untuk menikmati ABC yang dibuat sendiri secara natural khas dari ajloun,jordan.Memang sanggup redah salji.Biar jatuh janji dapat makan ABC.ish ish.


Fuhh..
Mengeluh panjang juga saya hari ini sebab masa saya tidak cukup.Hari ini sepanjang hari saya disibukkan dengan hal dunia.Test 1 ahad ini untuk dua paper(kalau jadilah) tapi still tidak habis lagi buku ku bedah.Yelah,salji kan lebih penting(perli diri sendiri huh).
Sebenarnya,test itu tidaklah saya risaukan sangat.Tetapi yang merisaukan saya adalah pagi jumaat ini bertarikh 2 mac 2012.Ada apa dengan tarikh itu?Ya sudah pasti itu adalah tarikh pertama kalinya saya as a murabbi akan membawa mutarabbi  saya untuk mendapatkan habuan mereka yang selayaknya mereka perolehi.Sebelum-sebelum ini pernah je saya membawa mereka ke daurah-daurah tapi biasanya mesti seorang je yang akan pergi.Tapi alhamdulillah kali ini mereka berdua.Alhamdulillah sekali lagi kerana Allah membuka pintu hati mereka untuk pergi.
***
Sepatutnya malam tadi saya harus ke meeting untuk persediaan daurah SHAHADATUL HAQ yang akan berlangsung dalam beberapa jam sahaja lagi.Namun saya meminta excuse dari mas'ulah program untuk tidak hadir meeting dengan sebab untuk mengulangkaji pelajaran.Alhamdulillah,tidak ku siakan masa itu.
***
Esok pagi-pagi lagi harus ku bertolak dari rumah menuju ke rumah adik-adikku untuk membawa mereka ke tempat habuan lazat mereka.Mahu jadi kakak penyayang katakan.Bukan senang mahu mengambil hati mereka.Kalah bercinta gayanya.Hujan badai sanggup ku redah asalkan dapat bersama mereka.he.Agak poyo di situ.

Daurah ini sangat penting buat mereka supaya mereka tahu kenapa pentingnya menyampaikan dan bagaimana 
cara menyampaikan dakwah kepada manusia.Wahh!! Macam ada kena mengena pula dengan program PERTAMA yang telah selamat dianjurkan minggu lepas yang  membawa tema media hiburan dan urgensinya kepada mahasiswa khususnya mahasiswa yang menuntut ilmu agama.Saya juga berharap adik-adik saya juga bersemangat untuk memanfaatkan media sebagai salah satu cabang untuk menyampaikan dakwah.InsyaAllah.

Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 2.03am dan seharusnya saya harus tidur sekarang supaya lebih segar
 untuk bangun subuh dan bersiap sedia untuk membawa adik-adik saya melantak habuan mereka sepuas-puasnya.Walaupun terasa macam nak demam dan termuntah akibat menelan salji-salji itu,namun tetap akan ku kuatkan kaki untuk melangkah esok hari.Cita-citaku untuk tidur lama harus ku padamkan sahaja kerana dalam diari pejuang islam tiada masa rehat.Jika ada masa rehat walau seminit itu tandanya daie itu tidak bekerja all out.Nampak sangat saya tidak bekerja kerana hari ini saya sudah habisi untuk perkara dunia.Astagfirullah.Mengucap panjang saya.

Oklah,selamat malam semua serikandi dan serikanda islam yang dikasihi.Semoga mood kita sentiasa berada dalam keadaan islam.Aamiin.

coretan pagi,
2.11am
bayt ghuraba'

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura