Thursday, May 31, 2012

Jubah JD5



Mesti semua tengah garu kepala,objek apalah JD tu kan?itulah sejenis matawang Jordan.

Saya bukan mahu promote jubah atau apa.Jangan salah faham walaupun anda boleh sahaja berbuat demikian dengan menghantar private message on my facebook and tinggalkan pesanan anda "salam,jetty...boleh belikan saya satu jubah hitam..nanti saya bayar bila awak dah sampai Malaysia,mekasih.." dan saya tanpa segan silu akan membalas "banyak. cantik...(gurau..)" atau anda mengajak hasben anda,"darling,,kita kan tak pernah pergi honeymoon..jom pergi Jordan nak?" dan suami anda akan mengangkat surat khabarnya tanda tidak mahu mendengar dan melayan kerenah anda yang banyak songeh itu.

Sekarang saya dan rakan-rakan sedang sibuk mengemas kotak kargo untuk dihantar ke Malaysia pertengahan bulan jun ini.Masa sekarang ini jugalah kami sibuk ke balad (macam bandar tempat nak beli-belah) untuk membeli barang-barang sebagai hadiah untuk orang kampung.Antara barang feveret yang biasa orang beli sebagai hadiah ialah keychain,t-shirt,shawl,telekung and the most popular is JUBAH.

Orang kata,untung datang Jordan sebab kat sini orang memang pakai jubah dan sudah tentu banyak jual jubah di sini.Yeah!that's right.Jubah pun memang berbagai jenis.Ada jubah jeans,ada style jaket,ada jubah sekali dengan bantolun(seluar) dan paling femes kat Jordan ni abaya(jubah hitam).Harga pun berpatutan.Around Jd5-Jd50 ke atas.Abaya pun paling cikai keluaran pertama around Jd15-Jd25.Itupun yang takdelah penuh sulaman,labuci mahupun manik-manik.Kalau yang sarat bagai tu,mahu cecah Jd40 juga.So,bila dah mahal macam itu,mahu kita orang Malaysia ni nak beli.Orang Malaysia biasanya akan pilih yang paling murah,yang paling jimat kos,kalau boleh harga Jd5 tapi yang penting cantik.Kalau nak dapat yang cantik memang tak lah dapat yang rege(price) Jd5,biasanya paling murah dapatlah Jd12.

So,bermulalah episod tawar menawar antara مشتري(pembeli)with بائع (penjual).Kalau di Negara arab ni berbeza dengan semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak.Kalau di Malaysia kita di beri hak untuk memilih yang mana kita suka dan kita senang untuk memujuk penjual turunkan harga barangan.Tetapi di Jordan,nak turunkan harga bukan main payah,kita kena bergaduh bagai,siap ugut kalau tak turunkan harga,kita tak nak beli barang dia(macam lah kita je pelanggan dia hehe).Sudahlah penjual kat sini jenis gebang(tipu) paling mantap.Teringat saya kepada sang penjual jubah ini,baru kita usya rege tak sempat tawar menawar,diambilnya jubah yang masih segar dalam pegangan kita dan diletak terus dalam plastic dan kita diminta membayar tanpa rela. Ada juga yang jenis,kali pertama kita tanya harga dia cakap lain,bila kita nak bayar lain pula harganya.Kalau kali kedua tu lagi murah bolehlah terima,ini mahal bagai nak rak dibuatnya.Saya lah antara orang yang pernah juga kena tipu camni.Ada juga sang penjual yang merasakan hanya kitalah pelanggannya.Jenis penjual macam ini senang nak minta kurang harga.Kalau harga baju Jd8 boleh kurang sampai Jd5.Yang penting kena pandai main mimik muka je.Macam-macam ragam orang.

Yang si pembeli pula,kadang-kadang tu asyik nak minta murah je.Kadang-kadang barang tu dah ok harganya,tapi tetap nak minta murah.Kalau boleh nak dapat sampai percuma.Harga abaya Jd15 nak minta kurang sampai Jd5.Nak jubah cantik tapi nak harga murah memang tak dapatlah kecuali barang bundle.Kita pembeli memang tak rasa kesusahan orang yang menjual.Kalau nak minta kurang pun berpada-padalah.Kalau nak jubah Jd5 jangan impi jubah labuci.Teringat dalam surah al-mutaffifin verse 1until 3.
(celakalah bagi orang-orang yang curang(melampaui batas)*(yaitu)orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain,mereka minta dipenuhi.*dan apabila mereka menakar atau menimbangi untuk orang lain,mereka mengurangi*)

Kita manusia berkaki dua,hidup selalu nak mudah.Kalau boleh kita nak hidup tanpa ada kos  dalam erti kata lain kita taknak buat pengorbanan pun dalam hidup kita.Macam jubah Jd15 tadi.Apa salah kalau kita bayar lebih sikit untuk dapatkan sesuatu yang cantik yang kita suka.Kalau nak yang murah jangan impi yang cantik.''Hello cik jetty,anda kan pelajar ekonomi,takkan tak reti-reti nak berjimat beli barang.Kalau boleh minta kurang apa  salahnya.".Yes! Saya tidak mengatakan salah minta kurang,tapi berpadalah dalam minta kurang.Kalau jubah tu hargaJd15 apa salahnya minta kurang sampai Jd10 ok lah.Ni nak minta kurang sampai Jd6.Sudahlah yang diimpikan itu berlabuci bermanik bagai.Pembeli ada hak,penjual juga ada hak.Kita nak jimat duit,tetapi mereka juga cari makan.Lepas tu,kalau penjual tak bagi kurang,di makinya pula penjual tu.Cuba kita berada di tempat seorang penjual,kita pun seperti mereka.Kalau rasa nak jimat,jangan impi yang mantap.

Marilah kita duduk dan beriman sejenak….
Nak dapat syurga mahal harganya.So awak rasa boleh ke minta murah dengan Allah untuk beli syurga yang mahal tu.Kalau nak syurga silalah berbelanja besar untuk itu.
Tetapi..
Kita tak pernah rasa nak berkorban untuk dapatkan syurga..
Kita tak pernah rasa bahawa tiada tawar menawar dengan Allah di akhirat kelak..
Sebab itu,amalan kita sekarang biasa-biasa sahaja.

Sebab itu,kalau dilihat umat akhir zaman ini,hidup mereka senang.Bersosial tak kira tempat dan masa.Seolah-olah,seperti tiada YANG MELIHAT.Kita tinggalkan ibadah kepada Allah kerana kita yakin masih sempat bertaubat sebelum mati.Sekarang kita tawar menawar dengan Allah minta Allah bagi penangguhan waktu kepada kita untuk kita bergembira.Tetapi tiada yang pernah terfikir apa pengakhirannya nanti.

Betapa kita sebenarnya tidak sanggup berkorban besar untuk sesuatu yang kekal lama.
Kita impikan syurga tapi amalan kita tidak cukup tinggi nilainya untuk mendapatkannya.
Kita impikan berada bersama bidadari syurga,tetapi kita masih bersama dunia yang tiada nilainya.
Kita impikan cinta Allah mengiringi kita ke syurga,tetapi kita masih mengutip dan menagih cinta murahan manusia.

Fikikanlah saudaraku..
Kita gembira kerana diberi penangguhan waktu oleh Allah..
Tetapi sejauh mana kita bahagia jika pakaian yang membaluti tubuh kita adalah api neraka
Hiduplah di dunia ini semata-mata kerana Allah
Kerana CINTANYA..


Marilah kita sama-sama berjual beli dengan Allah tanpa sebarang tawar menawar.Kalau kita berjual beli dengan Allah,Allah akan hadiahkan syurga buat kita.Apa salahnya berbelanja mahal untuk dapatkan syurga.

Surah As-Saff ayat 10 dan 11

10-Wahai orang-orang yang beriman,mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
11-(yaitu)kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu.Itulah yang lebih baik bagimu,jika kamu mengetahui.

صدق الله العظيم

Semoga kita sama-sama mendapat renungan dan sedikit mind-setting ke arah mana hendak kita bawa arah tuju hidup kita.Syurga atau neraka?
Wallahu'a3lam

Ghuraba' @ simsar
1.30pg

Sunday, May 27, 2012

Zaman belajar sudah berakhir.Peperiksaan juga sudah berjaya kutempuhi.Keputusan juga sudah keluar dan aku sudah pun bergelar graduasi dari Universiti Yarmouk.Sudah beberapa hari aku berehat di rumah.Tidak tahu apa yang hendak dilakukan.Kalau dulu masa zaman sekolah,habis belajar lepas itu berehat takdelah bosan mana sebab fikir lepas itu akan sambung belajar lagi.Tetapi sekarang,keadaan sudah berbeda.Sudah habis belajar ini,masih berfikir ke mana arah yang inginku tuntun langkahku ini,samada bekerja mahupun sambung belajar.Aku sehingga sekarang masih belum nampak arah aku.Sejak 3 bulan yang lepas aku kerah otak aku berfikir apa yang harus aku lakukan selepas tamat belajar,tapi seolah-olah sistem pencernaan otak ku.erk gagal untuk berfikir dan menghadam persoalan.

Aku tengok kawan-kawan aku semua dah nampak matlamat mereka nak ke mana lepas ini.Ada yang nak bekerja,sambung belajar,berniaga dan ada juga yang nak berkahwin.Aku bukan tidak mahu berkahwin cumanya ada beberapa pihak lagi yang masih belum bersedia kalau aku katakan aku mahu berkahwin.Nampak macam ada nada gatal di situ,tapi seriously aku katakan,aku pun tidak bersedia untuk berkahwin cuma bila berada di Jordan ni,bila fikir nak balik mesia aku rasa macam nak kahwin cepat.Bukan setakat itu,aku pun rasa nak suruh adik perempuan aku juga berkahwin.Bukan desperate, tetapi bila aku tengok di Malaysia kes rogol yang makin menjadi-jadi aku jadi bimbang.At least kalau dah kahwin ada orang jaga.Keluar tak sorang-sorang lagi.hehe.(berangan,kepala masuk air..)

Berbalik kepada idea asal.Setelah empat tahun aku belajar dalam bidang syariah(economic and islamic banking) aku macam baru tersedar,bidang ni macam tak kena dengan jiwa aku.Bila dah sampai sini,aku macam baru tahu yang aku ada bakat attract orang dengan kata-kata aku.Dan aku juga tahu,aku macam ada bakat menulis.Aku rasa macam nak jadi kolumnis pun ada.Cuma satu kelemahan aku,aku tak pandai expose diri.Balik malaysia ni cabaran bagi aku.Mesti keluarga dan orang lain harap aku dapat kerja bank,tapi aku tak rasa aku ada bakat kerja bank.Kena cakap english lagi.Lemah lutut aku dibuatnya.

Aku pun ingat macam balik malaysia nanti nak buka kedai makan.Tapi entahlah.Macam banyak sangat cita-cita aku.Aku sebenarnya tak pandai cari peluang untuk masa depan aku,sebab semuanya ditentukan.Of course la ditentukan Allah,cumanya ada je orang yang akan tolong carikan dan buat keputusan untuk aku.Teringat masa aku nak masuk sekolah agama dulu,bukan family aku yang suruh,tapi ada sorang ustaz tu yang beria-ia nak masukkan aku ke sekolah agama.Aku ikut sahaja sebab masa tu kecik lagi.Berfikir pun diluar kewarasan.Erk.Masuk IKIP pun main isi borang macam tu je.Macam takde matlamat sangat la.

Sehingga sekarang masih memikir hala tuju ku.Entah ke timur,entah ke barat.Rasa nak menyambung pelajaran jauh sekali.Kalau ye pun aku bersedia untuk sambung,aku rasa nak tukar course kot.Bercita-cita nak buka company,tapi tak tahu lah hasrat tu jadi kenyataan ke tidak.Nak jadi isteri,takde lagi yang sudi jadi suami.Erk.hehe.(gurau..)

***
Kadang-kadang terfikir,aku salah pilih course ke?
Kadang-kadang aku akan jawab,ya!Sebab bila orang minta aku bagi penjelasan tentang produk perbankan aku hanya mampu bagi maksud sahaja.Kalau orang datangkan masalah kepada aku,aku terus buat-buat tanya kawan sebelah,padahalnya memang tak tahu.Lepas tu,bila masa exam kalau keluar soalan matematik,aku memang tak boleh jawab.Padahal formula tu pusing-pusing je dengan subjek lain.Dan aku rasa macam aku tak pandai matematik.(tapi tengah pelik,dulu ada orang tu minat aku sebab dia cakap aku pandai matematik,tang mana la..kui2)Tapi perkara yang paling aku pandai walaupun sikit adalah bab riba.Yang tu orang tanya insyaAllah boleh jawab.

Aku actually  tak berapa melekat dengan subjek banking berbanding dengan subjek ekonomi.Ada beza tahu.Dua-dua ni tak sama sebab itu ada ketidakadilan di situ untuk aku meminatinya.Aku pun macam baru sedar aku minat ekonomi bila sudah tiga kali aku belajar subjek yang berkaitan ekonomi yang lebih menjurus kepada pembangunan ekonomi,how to decrease inflation,apa peranan zakat untuk mengurangkan pengangguran,pembinaan apa yang paling menguntungkan negara dan sebagainya dengan seorang lecturer yang pada mulanya kami diwar-warkan dengan kegarangan dan keseriousan beliau iaitu DR ADNAN RUBABA'AH.Pada mulanya saya juga takut dengan beliau.Tapi lama kelamaan saya cuba hilangkan rasa takut tu dengan cara bila beliau mengajar di hadapan saya akan pandang wajah beliau supaya beliau nampak yang saya sedang fokus pada beliau.Dan akhirnya saya jadi semakin seronok belajar sebab makin faham dan mungkin keberkatan kerana pandang muka seorang guru.

Tapi bila fikir balik,takkan lah salah pilih course kot.Semua yang terjadi ini adalah ketentuan Tuhan kepada kita.Kadang-kadang bukan semua yang ada pada kita adalah untuk kita.Bila fikir-fikir balik,maybe Allah hantar aku ke sini sebenarnya untuk aku dapatkan sesuatu yang lain iaitu tarbiyah,pembaikan diri,pembentukan jati diri dan sebagainya yang aku tak belajar pun di universiti.Dan mungkin course yang aku ambil ini sebagai pengantara untuk aku dapatkan sesuatu yang lebih berharga.Mungkin.Kita mesti bersangka baik dengan segala yang telah terjadi pada kita agar ia  membuatkan kita lebih redha.

Itulah,kalau nak cerita banyak pun malas.Aku sekarang sedang berusaha untuk menyusun arah aku ke mana.Takdelah balik malaysia nanti aku taknak hantar resume ,usaha tu tetap kena usaha.Mana tahu masa interview nanti d=mereka tanya bahasa malaysia,peluang keemasan tu.

Thursday, May 24, 2012

Noda Semalam

Malam itu,Arisa tidak lena tidur.Jantungnya berdegup laju.Baru sebentar tadi dia terbaca status seseorang di facebook.Dia cuba memahami makna di sebalik status itu.Sepanjang dia mengenali Fahmi,Fahmi bukanlah seorang insan yang suka menulis status di facebook yang berkaitan dengan perasaan.Biasanya,Fahmi lebih suka posting post atau status yang berkaitan akademik lebih-lebih lagi dalam bidang yang dia sedang ceburi.


Arisa mengenali Fahmi hampir setahun.Itupun mereka tidak pernah berjumpa.Hanya berbual melalui facebook dan kadang-kadang yahoo messenger dan google talk.Pernah sekali dua sahaja mereka berselisih di universiti.Fahmi sedang menyambung pengajian di peringkat PHD dalam bidang Islamic Finance dan Arisa pula sedang menghabiskan baki setahun sebelum dia grad dalam bidang Islamic Finance  juga.


Fahmi sebenarnya sudah berkahwin dan juga sudah mempunyai dua cahaya mata.Arisa pula baru sahaja putus hubungan dengan kekasihnya dua bulan sebelum perkenalan dia dan Fahmi.Arisa dan bekas kekasihnya sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah pun dalam hubungan mereka tetapi Arisa yang meminta untuk memutuskan hubungan dengan Hakimi buat sementara waktu.Hakimi seorang lelaki yang baik cuma Arisa yang tidak menyedari akan hal itu.


Arisa pula tidak henti-henti menerima sms atau message dari lelaki-lelaki yang ingin berkawan dengannya.Tambahan lagi,Arisa seorang gadis yang peramah dan open-minded.Jadi tidak hairanlah,walaupun dia sedang bercouple dengan Hakimi,dia tetap mesej atau berkawan dengan lelaki lain.Mujur Hakimi juga seorang lelaki yang berfikiran terbuka dan memberi kebebasan kepada Arisa utntuk melakukan apa sahaja yang Arisa inginkan.Hakimi hanya menasihati Arisa jika Arisa terlebih batas dalam perbuatannya.


Oleh kerana itulah,sejak hubungan Arisa dan Hakimi berakhir,Arisa menjadi semakin rapat dengan Fahmi.Pada mulanya,Arisa menghormati Fahmi kerana Fahmi lebih tua 13 tahun darinya dan dia memanggil Fahmi ustaz supaya rasa hormat antara mereka kekal.Arisa pula sudi berkawan dengan Fahmi kerana memikirkan kehadiran Fahmi dalam hidupnya boleh membantunya dalam akademik.Arisa memang tidak pernah terfikir hubungan mereka akan pergi jauh sehingga menghilangkan batas antara pelajar dan ustaz.Arisa tahu Fahmi sudah berkahwin,oleh disebabkan itulah dia hanya menganggap hubungan mereka tidak lebih dari seorang kawan di facebook.


Tetapi,setelah hampir setahun hubungan mereka berterusan,Fahmi sudah semakin berubah sikapnya.Dia semakin tidak menghormati Arisa.Setiap mesejnya dalam facebook or google talk tidak pernah lari dari unsur yang kurang senonoh dan tidak menggambarkan ciri-ciri islam.Arisa semakin tidak selesa.Dia pernah  memberitahu Fahmi akan ketidakselesaannya itu.Fahmi hanya akan sedar sehari atau dua hari sahaja dan kemudian akan mula kembali  berbual dengan Arisa tentang perkara-perkara yang tidak senonoh itu.


Arisa semakin hari merasai jiwanya ternoda akibat perbuatan dia dan Fahmi.Walaupun mereka hanya berbual melalui mesej tanpa suara,tanpa bersua muka,tetapi Arisa tetap mengatakan apa yang mereka lakukan itu salah.Arisa pernah bertekad untuk meninggalkan Fahmi dan dia memberitahu Fahmi akan hasratnya itu,tetapi Fahmi memujuk Arisa untuk tidak meninggalkannya.Arisa akur.Fahmi berjanji kepada Arisa untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.


Tetapi,lama kelamaan Fahmi mengulangi kembali sikapnya dulu terhadap Arisa.Pada mulanya Arisa sentiasa mengingatkan Fahmi agar tidak mengulangi kesalahannya tetapi semakin hari semakin Fahmi sukar ditegah.Akhirnya,Arisa terjebak sekali lagi dan Arisa semakin  melayan kehendak Fahmi.Walaupun sekadar chatting tetapi itu cukup merubah seluruh kehidupan Arisa.Arisa menjadi semakin teruk dan jauh sekali perkataan yang keluar dari mulutnya tentang perkara-perkara yang baik.Arisa semakin tidak boleh menjauhi Fahmi.Jika sehari Fahmi tidak menghantar mesej kepadannya,dia akan resah sepanjang hari.Selalunya,mereka akan berchatting sehingga pukul 3 pagi sehinggakan solat subuh pun tidak terjaga.


***
Peperiksaan akhir semakin hampir.Arisa  semakin sibuk mempersiapkan diri untuk mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan.Arisa berusaha keras kerana ini adalah peperiksaan terakhirnya sebelum dia mengakhiri zaman belajarnya dan sekaligus memegang ijazah dalam bidang Islamic Finance.Fahmi pula sedang sibuk menyiapkan tesisnya.Walaupun masing-masing sibuk,tetapi mereka tetap akan menegur antara satu sama lain di facebook.Pada awalnya,Arisa sudah memberitahu Fahmi agar tidak mengganggunya sementara peperiksaan belum berakhir.Tetapi,Fahmi tetap akan mencari ruang walaupun sedikit untuk memancing Arisa melayannya sehinggakan akhirnya Arisa terpaksa akur dan melayan Fahmi.Demi Fahmi,Arisa sanggup menghabiskan masa-masanya untuk mengulangkaji pelajarannya semata-mata untuk melayan Fahmi.

Sehingga suatu hari,Arisa tidak dapat menjawab third papernya dengan baik.Sepanjang berada dalam dewan peperiksaan,Arisa asyik termenung.Bukan kerana sedih tidak dapat menjawab soalan peperiksaannya itu tetapi memikirkan segala dosa yang dia lakukan dengan Fahmi.Dia bimbang kalau-kalau kerana dosa itu,hatinya menjadi gelap seterusnya menyebabkan dia susah untuk mengingat segala apa yang sudah dia pelajari.Arisa mula semakin sedar.Dia tidak mahu kerana dosanya dengan Fahmi akan menyebabkan seluruh hidupnya musnah dan jauh dari pandangan Allah.Sejak itu dia bertekad untuk meninggalkan Fahmi.

***
Setelah selesai menyelesaikan tugasnya mencari bahan untuk menyiapkan tesisnya,Fahmi terus merebahkan badannya di katil dan mencapai handphonenya dan membuka google talk seperti biasa.Fahmi tersenyum lebar kerana Arisa juga online.Fahmi terus menaip keypaid dan terus menghantar mesej kepada Arisa.Tiba-tiba,belum sampai 5 saat Arisa offline.Fahmi pada mulanya hanya bersangka baik bahawa internet di rumah Arisa bermasalah.Keesokan harinya seperti biasa,Fahmi menegur Arisa di facebook sejurus dia melihat Arisa online.Tetapi,Arisa berkelakuan pelik dengan tidak membalas mesej Fahmi.Fahmi semakin hairan dengan tindakan Arisa.Tidak pernah sebelum ini Arisa bertindak sedemikian rupa.Kalau dulu,Arisa mesti merajuk kalau Fahmi tidak mengahantar mesej kepadanya.Tetapi sekarang,mesej Fahmi pula yang tidak di balasnya.


***
Setelah selesai menunaikan solat subuh,Arisa terus mencapai al-qurannya.Pagi itu,dia membaca surah al-a'raf.Sampai sahaja ayat yang ke 23,Arisa terhenti.Lama.Arisa mengamati ayat itu.Matanya basah.

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
-AL-A'RAF:23


Hari itu,hari terakhir Arisa menjawab peperiksaan.Dia semakin bersemangat.Setelah menjawab peperiksaan dia terus pulang ke rumah.Sampai sahaja di rumah Arisa terus membuka facebook dan terus menghantar ayat yang dibacanya subuh tadi kepada Fahmi.Arisa berharap dengan mesej terakhirnya itu kepada Fahmi akan dapat memberi kebaikan kepada Fahmi.Arisa lebih tenang.

Arisa sujud syukur kepada Allah.Jika tidak Allah uji Arisa dengan ujian sebegitu,sudah pasti Arisa terus melakukan kesilapannya.Arisa sekarang tenang menghitung hari untuk menamatkan zaman belajarnya itu.Dia  menghabiskan sisa-sisa terakhirnya bersama kawan-kawannya dan mempersiapkan diri menjadi lebih baik.

~Tamat~

kesimpulannya:
~manusia itu sering melakukan dosa,tetapi Allah tidak pernah menutup pintu taubatnya.Bertaubatlah kerana Allah sangat suka orang yang bertaubat.
~segala-galanya yang berada di atas muka bumi ini adalah milik Allah.Jadi sebagai hamba yang beriman,pohonlah segalanya hanya kepada Allah dan lakukanlah segala pengorbanan hanya untuk DIA.
~Ujian dari Allah bukan tanda Allah tidak sayang hambaNya dan mahukan kita hidup susah.Tapi percayalah apa yang Allah bagi itu tanda DIA sayang kan kita dan DIA inginkan kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.
~Lakukanlah pengorbanan untuk Allah.Setiap apa yang kita korbankan di dunia ini,ganjarannya lebih besar di akhirat kelak.Hiduplah hanya untuk ALLAH s.wt.

sekian..

8.39pg
waktu jordan

Tuesday, May 22, 2012

Coretan Sebelum Last Paper

Lama juga aku tidak meng'post' apa-apa di sini.Bukan tiada idea,cuma tidak mampu tangan ini bergerak menekan keyboard ini dan tidak mampu juga hati ini meluahkan apa yang terpendam.Exam Mood barangkali.Hanya tinggal esok one paper yang bakal aku jawab dan menandakan itulah hari terakhir aku menjawab peperiksaan.Cumanya aku rasa masih lagi berdebar untuk ku katakan itu kali terakhir kerana keputusan peperiksaan masih belum dapat kesemuanya.Hari ini,alhamdulillah subjek bahasa arab istidraki yang amat digeruni oleh semua orang telah keluar keputusannya.Alhamdulillah aku berjaya.Tetapi masih ada satu lagi subjek yang paling aku takut akan nasibnya iaitu dirosat jadwa.Haraplah Allah akan membenarkan aku untuk merasai kegembiraan mengecapi kejayaan untuk subjek ini.Semoga Allah mengizinkan aku dapat pulang bertemu keluarga tercinta di kampung.InsyaAllah,untuk esok akan aku berusaha selagi terdaya.Doakan ye.

Sekadar ini..>,<

6.52pm

Thursday, May 17, 2012

Tetap Mengharap PadaMu


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.(Mereka berdoa),''Ya Tuhan kami,janganlah Engkau Hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan.Ya Tuhan kami,janganlah Engkau Bebani  kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau Bebankan orang-orang sebelum kami.Ya Tuhan kami janganlah Engkau Pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya.Maafkanlah kami,ampunilah kami,dan rahmatilah kami.Engkaulah Pelindung kami,maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir."-(baqarah:286).

Astaghfirullah...
Susah sungguh soalan dirosat jadwa tadi.Aku merenung kertas soalan lagak gaya seperti akan timbul jawapan dari langit.Cet!!Memang tak dapat jawab.Kecewa+haru.Memandang sekeliling kelas mencari inspirasi barangkali.Ku cuba menjawab soalan yang aku tahu jawapannya.Ada empat soalan,ku kira markah setiap satu soalan markahnya besar.Tidak sampi dua soalan yang aku tahu jawapannya secara sempurna.Dua soalan lagi,aku surrender awal.

Aku hanya mampu termenung mungkin berangan barangkali.Hanya yang mampu kubayang adalah dosa-dosa yang kulakukan.Ku bimbang jika kerana dosa-dosaku itu telah menghijab hati dan akal aku untuk menjawab soalan peperiksaan hari ini.Sungguh.Hanya yang mampu aku doa adalah agar Allah mengampuni dosaku dan bagi aku lulus untuk subjek tu.

Sungguh!!Ujian tidak dapat menjawab soalan peperiksaan dan gagal adalah bebanan yang berat yang tidak mampu aku pikul.Aku tahu,mungkin ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang tercatat tetapi jauh di sudut hati aku agar Allah memberi aku ruang mengecapi kejayaan dan pulang ke Malaysia dengan cepat.

Semoga Allah mendengar rintihan hambaNya ini.Ya Allah ampuni segala dosaku.Tembakan doa yang bertubi-tubi juga dari semua manusia.

hati yang resah...
2.40 petang

Monday, May 14, 2012

Memoir Kelmarin:Angkat-angkat

Haha...
Tergelak besar tapi takdelah besar mana.Sejak dua menjak ni ramai betul junior sekolah menengah saya,SMA Al Attas tegur saya di fesbuk.Saya memang tidak mengecam wajah-wajah mereka ni sebab ramai sangat junior dan muka mereka pun lebih kurang.Kalau yang perempuan tu saya ingatlah,tapi yang lelaki tu tidak sampai sepuluh orang yang saya ingat.Ada yang tanya,"akak ingat saya lagi?".Saya hanya tersenyum tanda tidak ingat.Mereka siap bagitahu nama-nama budak satu batch dengan mereka untuk memudahkan saya mengenali mereka.InsyaAllah,akak ingat adik-adik semua.Sebenarnya,saya cukup terharu kerana mereka mengenali dan mengingati serta menegur saya di fesbuk.Siap setiap seorang dari mereka bila berborak dengan saya mesti akan cakap,"adik rindu dekat akak".hehe.

Dulu masa sekolah,mereka ni takde pun yang tegur saya.Semua diam.Kalau ada pun,mereka bagi surat nak jadi adik angkat.Ada yang nak jadi pakwe saya.Ada yang setiap hari asyik usya saya kat kelas.Padahalnya mereka ni junior saya.Saya takde adik angkat samada lelaki mahupun perempuan sebab saya takut kalau terima salah seorang dari mereka,yang lain akan kecewa,ceeewaaahh,bajet hottt...heee.

Teringat saya masa tu form 3 or form 4,ada seorang junior perempuan saya,beria-ia sangat nak jadikan saya kakak angkat dia.Saya memang tak terima habis-habis la,sebab prinsip saya,saya dah ada adik di rumah,kenapa nak ada adik lagi.he.Setiap hari dia pujuk saya,siap cakap dia ada sakit kronik.Saya tidak percaya lantas dia tunjukkan surat-surat hospital pada saya.Saya jadi kasihan.Kawan-kawan semua pujuk saya terima dia.Akhirnya saya terima dia sebagai adik angkat saya.Tetapi hubungan kami tak lama,dia cemburu sangat saya rapat dengan junior-junior perempuan saya yang lain.Saya jadi rimas.Saya bukan nak kata saya hot,hehe tapi kenyataan masa tu begitu.Saya ambil keputusan putuskan hubungan dengan dia.Saya nak bebas.Dia menangis merayu jangan putuskan hubungan kami,tapi saya nekad.Akhirnya,hubungan kami berakhir.

Saya tidak selesa kalau declare hubungan dengan orang sebab saya tidak suka terikat.Saya lebih senang kawan dengan semua,dan rasa rapat dan ngam tu wujud sendiri.Kalau declare susah,nak buat semua benda kena pikir relationship kita.Kalau dia ngajuk,kita lah orang pertama kena pujuk.Kalau dia sakit,kitalah orang pertama kena jenguk.Kalau dia marah,kitalah orang pertama kena tenangkan.Ni bukan declare hubungan in love tapi lebih kepada hubungan dengan kawan-kawan.Kalau in love tu lainlah,sebab kita ada batasan.Kalau pakwe kita sakit,memang kita akan tahu dulu,tapi bukan kita yang selalu kena hadap dia sebab pakwe kita lelaki.Kalau pakwe kita ngajuk,kita memang pujuk tapi takdelah sampai kena selalu dengan dia.Saya bukan cakap,tidak mahu melakukan semua itu kepada kawan-kawan saya,cuma kalau saya sekadar berkawan without any special relation kita takdelah kena marah kalau lupa bawa relationship kita bersiar-siar.erk.Tapi,kalau kahwin tu lainlah,memang kena declare sebab melibatkan orang yang berlainan jantina dan orang yang akan bersama-sama kita susah dan senang menghadapi kehidupan mendatang,insyaAllah sampai syurga.

Saya teringat hubungan masa sekolah yang tidak dideclare tetapi orang itu menjaga saya seperti kami ada hubungan.Masa tu,saya dan dua orang lagi member saya.Kami kawan baik.Disebabkan satu peristiwa yang lucu akibat dari pengkhianatan member satu batch saya,kami bertiga dan budak ini,biarlah saya menggelarkannya Adik Gelap,menjadi rapat.Kami tak declare dia adik angkat kami,tapi dia jaga kami macam kami ni kakak dia.Nasib baik masa tu,kami bertiga memang single lagi.So,takdelah orang nak marah.hehe.Teringat suatu hari tu masa bulan Ramadhan,dia habiskan RM 10 untuk belanja kami bertiga kat bazar ramadhan.Lucu je.Ramai orang anggap dia adik angkat kami,tapi sebenarnya tidak.Itu cerita zaman dulu yang entah apa-apa tapi this is about one memory.


Teringat pula saya pada kisah budak perempuan comel.Saya baik dengan dia without any relation.Saya selalu kacau dia macam budak nakal.Dia lembut tapi bolehlah tahan melayan je senior dia yang seorang ni,hehe.Sebenarnya dia ni adik angkat kepada kawan lelaki satu batch saya.Saya dengan abang angkat dia ni macam anjing dengan kucing.Pantang nampak confirm nak bertengkar.Saya bukan nak cerita pasal abang angkat dia ni,tapi nak cerita pasal dia.Teringat saya,tengah-tengah syok kacau dia ni,dia lamar saya jadi kakak angkat dia.Dia cakap muka saya sama macam abang angkat dia.Haha.Tergelak besar masa tu.Saya macam biasalah,menolak sehabis lembut.Tapi,dia ni tak macam adik angkat saya yang pertama,yang jenis suka buat ayat sedih,dia ni jenis gembira je.Dia paksa saya.Kelakar betul.Orang akan kata saya bodoh sebab dah ada budak comel nak ambil jadi kakak angkat tapi tolak.Saya tidak peduli,comel ke tidak ke,sebab saya ni pengawas,kalau adik angkat saya buat silap mahu bersimpang siur juga pemikiran saya.Masa tu,saya bagi dia dua choice sebelum dia boleh jadi adik angkat saya.Pertama,dia kena dapat kedudukan dalam kelas antara nombor 1-10 je ,yang kedua kalau dia tidak dapat mencapai kedudukan yang saya tetapkan,dia tidak boleh menjadi adik angkat saya.Dia kata saya jahat sebab letak terma dan syarat yang terlalu tinggi.Dia pujuk saya suruh bagi ranking 1-15.Saya kata pada dia,"tak boleh' dan saya terus berlalu pergi.Sebenarnya,ada sebab lain saya tidak mahu dia jadi adik angkat saya,sebab dia dah ada abang angkat yang merupakan kawan saya juga.Nak dijadikan cerita,dia memang berusaha belajar bersungguh-sungguh untuk dapat capai syarat yang diletakkan.Tetapi malangnya,dia tidak berjaya menepati syarat tersebut.Nyaris nak cecah 10,tapi rezekinya dia hanya mendapat nombor 11.Akhirnya,saya tidak berjaya dimilikinya.Orang akan rasa saya bajet best and hot sebab letak syarat tinggi macam tu.Tetapi saya buat tu bersebab,masa tu saya jadi Biro Akademik dekat asrama,jadi masalah-masalah akademik budak-budak perempuan saya jaga.Sebab tu saya buat macam tu.Saya tidak mahu mereka sibuk nak berangkat sana,berangkat sini tetapi akademik lintang pukang.Lihat,budak comel ini telahpun berusaha.Dia boleh buat.


Terlalu banyak kisah saya dan junior saya,tidaklah semuanya saya tulis disini.Saya hanya menceritakan cerita yang pada saya dia memberi kesan dan memberkas dalam jiwa saya.Kalau yang setakat minat saya belakang-belakang tu,malaslah sebab saya tak kenal mereka.Junior-junior saya pernah bagitahu pada saya,mereka dulu masa kat sekolah pandang je saya tapi tak berani nak tegur sebab masa tu saya pengawas dan saya masa tu ada someone special.Saya rasa kelakar je mereka ni.Kalau saya pengawas pun bukan saya makan orang pun.

Saya takdelah rasa bajet hot sebab cerita kononnya ramai orang minat.Cuma sengaja mengisi masa lapang menulis menghilangkan tekanan jiwa dan bakul jawab exam.Tiba-tiba junior saya tegur di laman muka buku,terus tergerak hati nak menulis tentang mereka semua.Tetapi,itu dulu.Dulu kononnya saya hot,sekarang tidak lagi.Sudah dewasa,diri pun sudah dimamah usia.Hanya yang tinggal adalah kenangan yang terindah dalam hidupku.

Semua orang ada kenangan.Cuma cara menyampaikannya sahaja yang berbeza.Saya dengan cara saya iaitu menulis,awak dengan cara awak,dan mereka dengan cara mereka.Apa yang penting bagaimana kita mengambil iktibar dari sejarah yang berlaku dalam hidup kita.Saya  serious! kenangan yang banyak ini telah banyak membawa saya ke arah kematangan dan menghargai orang lain.Saya banyak belajar bagaimana ingin mengawal emosi bila berhadapan dengan keadaan yang kita tidak jangka.Saya belajar bagaimana menolak pelwaan orang dengan cara berhemah.Semua yang berlaku pada saya mebuatkan saya lebih matang untuk menghadapi hari ini.Sebab tu orang kata saya pandai motivate orang,sebab semuanya sudah diatur pada masa dahulu.Semuanya saya belajar berdasarkan pengalaman.Pengalaman mematangkan kita.

emm,terima kasih kepada yang sudi membaca.Walaupun artikel ini tidak ilmiah,tetapi cukuplah ia membawa erti pada sesetengah jiwa.Tidak perlu semua jiwa tersentuh hanya dengan satu kata,cukuplah ada yang tersentuh walau satu jiwa.

menoreh kenangan kelmarin,
7.53pm

Sunday, May 13, 2012

Smartphone Tak Boleh Challenge SmartHeart!!

Teringat zaman muda-muda dulu,kalau tiba musim peperiksaan,semua jumpa kawan-kawan dan peluk kawan-kawan untuk minta maaf.Aku pun antara yang tidak terlepas berbuat demikian,padahalnya peluk dan cium pipi member paling aku lemah sekali.Tapi,sebab exam punya pasal,relakan juga tangan ni peluk kawan-kawan aku.Yelah,masa tu facebook mana ada lagi,la budda (tidak boleh tidak) kena jumpa juga kawan-kawan face to face hulur tangan minta maaf.Masa tu mengalir air mata tak terkira.Yelah,masa muda-muda memang nakal,mulut pun main lepas so,memang banyak lah salah dengan member.Tapi aku pula buat muka slumber yaya tak menangis pun,bukan sebab rasa takde salah cuma jiwa aku masa tu kental lagi.Nangis-nangis ni bukan aku lah.

Tetapi...

Sekarang dunia makin maju,budaya sudah makin hilang.Sekarang bila tiba musim peperiksaan tidak lagi kedengaran orang sergah dari belakang minta maaf,tiada lagi kedengaran esak  tangisan memohon ampun,tiada lagi terdengar tawa riang di ejek manja oleh member,yang ada hanyalah notification di facebook dari kawan-kawan memohon maaf.Aku buka satu sahaja post, berderet post di bawah dalam satu group yang sama juga tentang permintaan maaf dari kawan-kawan.Kita tidak boleh salahkan teknologi,dah itu namanya perkembangannya,jangan kufur nikmat ye.Style minta maaf melalui tulis status di laman muka buku,mesej dan kad memang my favourite sebab aku kan tak suka peluk-peluk.Cumanya kita tak dapatlah tengok muka kawan-kawan nangis.This part is my favourite.Lihat orang nangis dan gelak kuat-kuat.

Aisshhh..
Bukan itu sebenarnya..
Cuma mengimbau kisah lama di zaman muda-muda sungguh seronok tatkala diri sudah dimamah usia.Kenangan di zaman muda-muda tidak direkod dalam kamera mahupun handycam apatah lagi smartphone or i-phone, yelah zaman dulu-dulu yang paling femes handset 33seposen.Nak tangkap gambar tu dalam mimpi jelah.

Sekarang  zaman aku sudah besar,
Aku sudah ada kamera,laptop and handset yang lagi canggih dari 33seposen,siap sekarang sudah memiliki smartphone lagi.Kenangan harus direkod dan disimpan.Lebih canggih dari dulu.Tetapi,ianya tetap beda.Kenangan tetap kenangan.Kita punya pelbagai peralatan canggih sekalipun tetap tidak mampu merekod kenangan yang indah yang hanya sesuai disimpan di dalam hati.
Kenangan dahulu tetap kenangan dahulu,tidak sama dengan kenangan sekarang.Sekarang kita cipta kenangan lain dan rakamlah kenangan hari ini sebanyaknya agar boleh dikenang pada masa akan datang yang belum tentu lagi kita dapat merekod lagi kenangan kita.


Sekarang sudah besar ni,,
Belajar oversea pula tu,kawan-kawan ramai dari satu malaysia.Tempat nak peluk makin ramai,pipi yang nak kena cium pun dah makin bertambah.Tetapi,semua orang sibuk mengejar cita masing-masing.Sebab masing -masing sudah besar.Matlamat sudah makin bertambah.Kalau tension jawab exam,dah tiada tempat nak peluk lepaskan tekanan jiwa.Terpaksa lah aku peluk kotak zulfa lepas stress jawab exam tadi.hehe.


Tetapi,gone-gone pong...
Kenangan bersama kawan-kawan itu adalah tetap yang paling indah kerana bersama mereka kita belajar erti menghargai,erti menyayangi,erti merindui,erti berkorban,erti memberi,erti menerima dan erti memaafkan.Aku juga belajar dari kawan-kawan saya untuk peluk orang,cium pipi orang,cakap terima kasih dan cakap minta maaf kat orang.Aku belajar itu dari mereka semua.

I LOVE YOU ALL MY FRIENDS!!!

bayt ghuraba'
6.43pm

Dakwah Itu Cinta


RISALAH PERTAMA

Wahai saudaraku di jalan Allah,

Salamullah ke atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatanNya,manusia mengucapkannya sebagai kebiasaan tetapi kita mengucapkannya sebagai ibadah.Kita merasakan makna yang mendalam tatkala kita mengucapkannya.Salamullah ke atas kamu dan rahmat Allah seta keberkatanNya.

Sesungguhnya aku berdiri di atas mihrab solat dalam doa hamba yang benar membawa cinta dan kasih sayang.Aku mengucapkannya kepada kamu dengan ikhlas:Salamullah ke atas kamu dan rahmat Allah serta keberkatanNya dan doa pun sempurna.Aku berdoa kepada Allah s.w.t untuk kamu dengan salam,rahmat dan berkat.Sesungguhnya,doa ku dari hati,aku mencintaiMu tanpa aku melihatMu.Tetapi aku mmencintai manusia dan aku melihat mereka dengan hatiku.Hati adalah gudang rahmat,cinta dan kehidupan.Dan hati yang menjadikan manusia disifatkan dengan kebaikan,kebenaran,rasa,kecantikan dan kehidupan,dan ini wasiat aku yang pertama untuk kamu supaya menjadikan seluruh jasad kita untuk kebaikan,kebenaran,rasa,malu dan indah.Kuasa malu itu dapat menundukkan hati,dan kuasa cantik itu dapat menundukkan akal.Dan kecantikan yang aku maksudkan ialah menjelaskan ruh itu dengan kejernihan wajah,(..pada wajah mereka tampak tanda-tanda bekas sujud..)-[al-fath:29].

Dan manusia yang memberi kebaikan ini di tunggu-tunggu dan mereka memiliki kurniaan untuk menjadi lilin yang menerangi manusia dan disokong lagi dengan kurniaan Allah kepada mereka dengan akhlak yang baik yang berdiri atas jalan Allah dan menyeru dengan kalimah Allah,(Dan sungguh,inilah jalan ku yang lurus.Maka ikutilah aku!Janganlah kamu ikuti jalan-jalan(lain) yang akan menceberaikan kamu dari jalanNya)-[al-an'am:153]

Wahai saudaraku,

Alam ini memerlukan kepada hati,emosi dan perasaan.Maka hati merupakan jantung kepada alam ini dan hidupnya dengan emosi dan perasaan.Sesungguhnya manusia yang hidup tanpa hati,emosi dan perasaan hanyalah hidup sebagai teori sahaja.Sesungguhnya manusia itu hati,jiwa dan perasaan.Dan apabila aku katakan emosi ini dengan gambaran pujian maka ianya bukanlah emosi mutlak tanpa batas atau halangan.Sesungguhnya emosi itu adalah nadi dan kehidupan dan ia terikat dengan usul syariah.Orang-orang yang berurusan dengan emosi jahiliyyah tidak akan sama kakinya berdiri dengan orang yang berurusan dengan emosi yang suci yang merupakan rahsia hidup seorang muslim dan rahsia wujudnya ruh.
Ia adalah kesedaran imam kami rahimahullah tentang hakikat ini ketika beliau berkata: (wahai saudara-saudara:Adakah hawa nafsu yang mengekang perasaan dengan pandangan akal,dan adakah perasaan yang menyuluh pandangan akal kita).

Sesungguhnya perasaan muslim itu terikat dan berakar umbi dengan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dan bukannya dari akal semata yang mengelilingi,memperbodohkan dan membunuh kita kerana perasaan itu adalah fiitrah.Telah datang islam yang suci membuka pintu-pintu kesucian dan kebersihan.Dan keagungan pintu-pintu ini.

translate from kitab "الدعوة إلى الله الحب"
 simsar islam
6.08pm 

Saturday, May 12, 2012

Aku Suka Kalau Hidupku Berusaha

Dalam masa beberapa jam lagi first paper sebagai pembuka tirai final exam kami iaitu subjek ulum askari atau dalam bahasa pekannya ialah ilmu ketenteraan akan bermula.Aku membelek buku ulum askari dari petang tadi dan membaca point penting iaitu tarikh dan perkara-perkara berkaitan.Pada mulanya aku sedikit putus asa untuk mengulangkaji subjek ini kerana ada beberapa suara yang telah mempengaruhi jiwa ketenteraanku ini,cewaah.Tetapi ku tabahkan jua hatiku ini untuk membaca buku itu walaupun tidak semua point yang ku sentuh,cukuplah aku berasa lega menjawab exam nanti,sekurang-kurangnya aku berusaha.

Malam tadi aku masih mencari-cari peluru yang terbaik sebagai penyediaan untuk ku tembak dalam dewan peperiksaan esok.Orang cakap,kalau nak tembak pun,bukan sebarang tembak,at least kena ada sedikit ilmu.Kalau tembak tanpa ilmu,bimbang tersalah tembak,kita juga terima padahnya.Aku agak bosan study malam itu.Aku melihat rakan-rakan tentera ku tidak memegang buku ketenteraan ini.Mereka cakap kalau tak baca buku pun boleh lulus.Aku tahu itu.Senior ku dulu pun bercakap perihal yang sama.Exam untuk subjek ni janji datang penuh kelas sudah cukup syarat untuk lulus.hehe.Tetapi,cuma sikap aku,kalau dinamakan exam itu,tetap kena baca buku.Pada aku,nasib memang sudah ditentukan Allah samada kita berjaya atau gagal,tetapi itu tidak bermakna kita tidak perlu berusaha.Aku suka berusaha walaupun aku tak pandai.Aku suka berusaha walaupunorang yang tak baca buku tetap dapat markah tinggi dari aku.Walaupun kadang-kadang aku sendiri selalu berputus asa dengan usaha yang aku lakukan,tetapi aku tetap suka berusaha kerana Allah pandang pada orang yang berusaha.

Lagi satu,ini ilmu Allah.Walaupun pada sesetengah orang,apalah sangat nak belajar subjek ini padahal tiada kaitan langsung dengan pengkhususan.Tetapi pada aku,ia adalah ilmu Allah.Allah turunkan sesuatu untuk kita  tahu tentangnya dan beramal dengannya.Tidak seharusnya kita memandang rendah pada ilmu Allah seolah-olah kita merendahkan nikmat yang Allah bagi pada kita.Tidak semua manusia terpilih untuk tahu sejarah jordan merangkumi sejarah islam tetapi aku antara ribuan manusia terpilih,seharusnya aku lebih mensyukuri.

Teringat satu potongan kata-kata yang selalu aku jumpa dalam buku-buku ekonomi  yang aku belajar di kuliyyah iaitu "Allah suka kepada seseorang itu apabila ia melakukan sesuatu,dia bersungguh-sungguh".Aku kan belajar tentang itu,jadi aku harus laksanakan apa yang aku terima.Aku mesti bersungguh-sungguh untuk belajar walaupun aku tidak tahu aku lulus atau tidak untuk subjek ini.Apa yang aku harap memang lulus lah.

Semoga berjaya untuk sem terakhir dan lulus semua subjek.Aamiin.Ya Allah tenangkanlah hati hambaMu ini untuk menghadapi hari esok dan seterusnya.

12.50am
ghuraba's home

Wednesday, May 9, 2012

Gembira Di Ulang Tahun Abah

Hari ini hari ulang tahun kelahiran abah.Aku menelefon keluarga di kampung untuk bertanya khabar dan mengucapkan selamat hari lahir buat abah.Sebenarnya jarang sekali aku mengucapkan tiga kalimah tersebut kepada abah.Itulah hikmahnya kenapa aku berada di Jordan.Rasa kasih dan sayangku untuk abah menjadi semakin menebal dan aku tidak segan silu mengucapkan terima kasih abah,selamat hari lahir abah,abah sihat dan sebagainya.Alhamdulillah,Allah menguatkan lagi rasa cinta kami sekeluarga.

Berbual dengan emak yang nyata tidak pernah bosan berbual dengan puteri sulungnya ini.Rancak berbual bercerita perihal sepupu-sepupu semua bakal menimang cahaya mata.Aku paling suka part ni sebab mesti lepas tu emak aku akan cakap,"bila lah mak pula nak dapat cucu ".Bolehlah lepas ni aku terus cakap dekat emak,aku nak kahwin.No reason lagi emak aku tak bagi sebab hampir semua sepupu aku ingin menamatkan zaman bujang mereka.(bila lah orang tu nak datang meminang hehe..cet,tepuk dahi!!berangan!!!)

Aku menanyakan kepada ibuku tentang sepupu yang ku jaga dari kecil iaitu Aqilah Zulfah.Emak aku cakap,Aqilah selalu sebut tentang aku.Bila Aqilah tengok kapal terbang kat langit,dia cakap "acik,kenapa kak ti tak turun-turun lagi?" dengan bahasa pelatnya mungkin.Kelakar betul dia ni.Bila aku tengok dan ingat si Aqilah ni,terasa dia sebiji macam perangai aku.Yelah,orang cakap kuih mengikut acuannya,bagaimana ia di acu begitulah bentuknya.Aku yang menjaga Aqilah,sudah tentu aku membentuknya seperti aku membentuk diriku.Hehe.

Bila aku tengok budak kecil terasa tenang sahaja hati ini.Rasa semua masalah yang pernah ada hilang macam tu sahaja.Mana tidaknya,melihat mereka berjalan terkedek-kedek,berlari tidak tetap tapak kaki itu,membuatkanku tersenyum.Suci sahaja melihat kanak-kanak kecil yang hidup tanpa dosa.Mereka umpama kain putih yang suci dan ibu bapa serta yang disekelilingnyalah yang mencorak mereka.Tapi,yang paling aku geram ada juga manusia yang perangai kalah haiwan peliharaan nenek aku.Baru petang tadi melihat sebuah video seorang ibu memukul dan menyepak-nyepak bayinya yang masih kecil itu tanpa sebab yang musabah.Aku tidak sanggup menghabiskan melihat video itu.Masakan seorang ibu boleh perlakukan anak sebegitu.Mungkin juga dia bukan ibu bayi itu,tapi sekurang-kurangnya sebagai manusia yang berakal tidak seharusnya melakukan hal sedemikian kepada seorang manusia yang lain.Kucing di rumah aku pun tahu menjaga anaknya dari dicekik Aqilah hehe.emmm,macam-macam yang berlaku.

Melihat laman muka bukuku mencari seseorang yang lama tidak aku berbual dengannya.Cuba menegurnya di laman chat tapi tidak berbalas.Hampa.Mungkin aku sudah dilupai.Harap tidak.

Harap malam ini,aku lebih bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran dengan masa yang masih berbaki ini.Ini sem terakhir ku dan ini peperiksaan terakhir ku.Aku harus berusaha supaya dapat pulang berjumpa dengan keluargaku dan dapat menjawab soalan matematik yang adikku tanyakan padaku semasa menelefon mereka di rumah.he.

Semoga masa yang berbaki dapat ku manfaati dengan sebaiknya.InsyaAllah biiznillah.

bayt ghuraba'
8.35pm

Sunday, May 6, 2012

Mereka Cahaya Kita

Baru selesai berbual dengan seorang ibu yang berada di Malaysia.Anda pelik saya seakan mempunyai dua ibu?Saya bukan setakat ada dua ibu malahan ada tiga ibu.Ibu yang pertama tentulah ibu yang melahirkan saya iaitu Puan Rozita Binti Zahari,dan ibu yang kedua tentulah yang banyak menahan derita kerana sentiasa digigit saya ketika mahu menyuapkan makanan ke mulut saya iaitu Puan Ibu Jari Tangan saya dan ibu yang ketiga ialah ibu yang telah banyak berkorban dan menahan sabar dengan saya kerana saya selalu menyakitinya dan memaksanya berjalan laju iaitu Puan Ibu Jari Kaki saya.(>,<).Opppss.Nampaknya saya telah membuatkan anda membuntangkan mata dan menjelirkan lidah.Ok,saya akan bagitahu hanya cerita benar dan masuk akal.

Saya sambung.Saya begitu sedih dan tersentuh hati setelah selesai berbual dengan seorang ibu kepada kawan saya di Malaysia melalui facebook.Saya memang kawan dengan ramai ibu kepada kawan-kawan saya sehinggakan ibu saya pun pening dengan anak daranya yang sorang ni.Bukan setakat ibu kepada kawan-kawan perempuan malahan ibu kepada kawan-kawan lelaki juga rapat dengan saya.Sebenarnya hampir dua bulan lebih atau tiga bulan tidak berborak dengan makcik ni.Hari ini dia tegur saya di laman muka buka dan saya membalas sapaannya.Makcik ni baanyak meluahkan perasaannya kepada saya.Dia cerita perihal anaknya yang makin hari makin liar sebab seronok sangat bercinta dengan minah mana entah.Yelah,kalau dah namanya bercinta,lautan api sanggup di redah apatah lagi paya kat depan rumah.

KERANA CINTA?
Anak-anak boleh bersikap biadap dengan ibu bapa.Saya dengar cerita makcik ni,memang menyiraplah darah muda saya yang tidak tahu jenis apa ni.Saya hanya mendengar dan cuba memberi nasihat apa yang patut dan menenangkan makcik tu.Kasihan.Beliau hanya redha atas apa yang telah dilakukan anaknya itu kepadanya.Dia hanya mahu melihat anaknya berjaya dan hidup senang dan tidak tertipu permainan manusia.Dia hanya mahukan itu.Bukan susah pun bagi seorang anak nak taat.Saya risau juga,takut-takut nanti makcik ni minta anak dia kahwin dengan saya pula.Susah lah hati nanti hehe.Sebenarnya makcik itu macam ibu angkat saya jugalahh.Saya kan banyak admire juga hehe.

Teringat sewaktu muda-muda belasan tahun dulu,saya pernah bertanya pada emak saya Puan Rozita.
"emak,nanti kalau saya dah besar,mak nak pilih tak calon suami untuk saya?".Emak saya membalas,"awaklah cari sendiri,mak cuma tengok dan pilih je,kalau mak suka,mak terima je..".Emak saya memang sporting lah.Emak saya benarkan anak-anaknya mencari jodohnya sendiri.Memandangkan saya ini sangat manja dengan emak saya,jadi saya akan dan sentiasa menuruti perintah emak.Kalau emak tidak suka dengan orang yang saya suka,maka saya pun jadi tak suka.Bukan apa,saya berpegang,"redha Allah atas redha mak ayah".Jadi oleh kerana itulah saya tidak akan melawan kata emak tersayang saya.Untunglah kepada sesiapa yang pernah menyukai saya dan emak serta abah saya juga suka padanya.(jangan blushing2 ye).

Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa,janganlah persiakan mereka hanya kerana cinta yang belum pasti.Cinta yang kekal adalah cinta Allah,cinta yang tulus suci cintakan ibu bapa.Jangan kerana cinta manusia yang tidak pasti lagi kita akan bersamanya,kita sanggup buang ibu bapa kita,itu memang kerja gila.

Sayangilah ibu bapa anda selagi mereka masih ada.

Anak kepada tiga ibu,
hehe,
7.03pm
bayt ghuraba'.


Thursday, May 3, 2012

Menangis Dalam Hati

"Dan sungguh,Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu;dan akan Kami uju perihal kamu"-(muhammad:31)

gulpp..
INI SUNGGUH OSEM!!
Inilah kalimah yang pertama kali aku sebut sambil menepuk dahiku setelah video yang sudah siap di edit dan cuma tinggal untuk di save hilang.HILANG!!Selama 4 hari aku berusaha berpenat lelah menyiapkan video itu,ia hilang sekelip mata.Perasaan aku ketika itu hanyalah untuk membaling sahaja laptop ku keluar jendela atau memijaknya hidup-hidup.Aku cuba untuk menangis tetapi apakan daya air mataku tidak mampu untuk mengalir hanya kerana urusan dunia.


Aku menarik nafas lega.Seolah-olah cuba menenangkan diriku sendiri di kala semua manusia sudah melelapkan mata.Aku hanya ditemani bunyi kipas angin.Malam itu,juga tidak kedengaran langsung suara syabab-syabab arab menjerit dan berbual di luar.Seakan-akan seluruh makhluk memahami gelisah di hatiku ini.Mungkin benar.Allah mahu menguji sejauh mana tahap kesabaran aku.YA.Aku masih mampu bersabar untuk ini.Allah uji aku dengan sesuatu yang aku suka iaitu video.DIA bagi aku berkali-kali kepenatan dengan  movie maker not responding,DIA bagi aku berkali-kali rasa ingin marah tatkala dihadirkan kepadaku manusia di luar sana yang tidak memahamiku.Yang tidak mahu menenangkanku tatkala aku berputus asa.

Di sebalik ujian yang menimpa aku ini,aku tetap rasa bersyukur.DIA tidak pernah membiarkanku hidup tanpaNya.Aku serius.Adakalanya ketika aku sibuk dengan videoku itu,aku kadang-kadang hilang pergantungan dengan Allah.Aku hampir menyandarkan seluruh usaha aku dan kejayaan video itu atas diriku sendiri tanpa aku fikir yang hanya berhak menentukan siap atau tidak video itu pada masa yang ditentukan hanyalah DIA.Mungkin di sebabkan itu juga,Allah mengingatkanku bahawa bergantunglah segala urusan hanya pada DIA.Alhamdulillah,setelah video pertama ku itu musnah di tanganku sendiri,aku telah pun menyiapkan video ku buat kali kedua dengan begitu lancar.Semuanya biiznillah.


 Gambar-gambar ini adalah bahan untuk aku menyiapkan video untuk program Pahang.Ini adalah pertama kali aku menyumbangkan buah fikiranku untuk orang luar.Biasanya potensi aku,hanya ku simpan untuk diriku dan orang yang terdekat denganku.Aku tak tahu apa akan jadi saat video itu ditayangkan,mungkin disukai atau dikutuk.Kalau dikutuk aku tidak sedih kerana itu kali pertama aku buat.Lagipun kalau orang nak mengutuk lebih,kenapa tiada yang sukarela membantu biro multimedia buat video kan.Aku sebenarnya pada mulanya memang malas nak tolong,tapi memikirkan kawan,aku tolong juga.Orang cakap,kalau buat kerja tak ikhlas bukan dapat apa pun,baik tak payah buat langsung.Tapi pada aku,untuk kes-kes terpencil macam ni,kita kena juga buat walaupun tak ikhlas,sebab kalau nak tunggu ikhlas tu memang sampai  program habis pun takde yang nak ikhlas.Sebab itu,apa-apa yang penting adalah niat kita.Walaupun tak ikhlas nak menyumbang tenaga kita,tetapi kita cuba niatkan nak tolong orang,mana tahu pahala dikira atas perbuatan kita nak tolong orang.Ikhlas tu akan menyusul selepas itu.Ini pendapat aku sahaja sebab aku ni antara orang yang susah nak ikhlas.Aku selalu paksa diri aku untuk ikhlas.Sebab tu motto hidup aku adalah paksa diri untuk capai ikhlas.Sehinggakan aku melakukan dakwah pun kadang-kadang ada rasa tidak ikhlas dan rasa tidak mahu untuk keluar berdakwah,tetapi aku tetap paksa diri aku buat supaya aku jadi suka pada apa yang aku lakukan sehingga ia membuah ikhlas di hati.Tapi,alhamdulillah,setakat ini,video yang aku hasilkan adalah ikhlas dan terhasil atas dasar kasih sayang aku kepada kawan-kawan aku.

Ini hanyalah coretan hatiku yang empat hariku pendam.Walaupun ada yang cakap padaku"jangan merungutlah,tak dapat pahala",aku kira sebagai kata-kata pembakar semangat.hehe.Aku tidak merungut walau sedikitpun,itu kan kerja yang aku sukai.Cuma aku ingin meluahkan rasa supaya ada yang mendengar dan menyokongku.Aku nak katakan pada kau wahai kawanku,"tolonglah faham orang lain dengan mengukur orang itu ikut keadaan dia,jangan ikut keadaan diri kita,dan aku ingin katakan lagi,kalaulah semua orang di dunia ini bersikap seperti kau,aku rasa aku boleh gila.''

Selama ini aku selalu nyanyikan dan persembahkan lagu ini untuk housemate ku.Aku tidak tahu lagu ini aku ingin tujukan untuk siapa.Kadang-kadang aku rasa,aku berdosa nyanyi lagu itu kerana ia seolah-seolah menduakan Allah.Tetapi aku yakin,dan semalam aku nyanyikan lagu ini untuk Engkau kerana aku telah merasai kehilangan itu.Terimalah "kehilangan" by firman.Boleh cari di youtube ye.

sejujurnya ku tak bisa
hidup tanpa ada KAMU 
aku gila

seandainya KAMU bisa
mengulang kembali lagi cinta kita
takkan kusia-siakan KAMU lagi



Oklah,dah nak bersiap dan berkemas untuk bertolak ke aqabah malam ini.Harap Allah redhai perjalanan kami.

haha.Pahang yang kucintai.Semoga menjadi sebuah negeri yang penuh adab-adab islami bukan sekadar ketimuran ye.



selamat jumpa lagi.

bayt ghuraba'
6.48pm

Tuesday, May 1, 2012

Kita Hanya Diam Sahaja



orang mengatakan kita salah
kerana kita memecah belahkan orang

orang mengatakan kita salah
kerana kita sering tinggalkan rumah

orang mengatakan kita salah
kerana kita tidak punya waktu mendengar masalah mereka

orang mengatakan kita salah
kerana jarang masak makanan istimewa buat ahli rumah

orang mengatakan kita salah
kerana kita pulang rumah tatkala tengah malam

orang menganggap kita tidak berguna
kerana kita bukan selalu bersamanya

tetapi..
kalaulah mereka tahu kita sedang jalankan tugas ini
tugas menjalankan misi penyelamat ummah
juga menyelamatkan mereka
pasti mereka tahu kita berguna untuk mereka
tetapi..
kita diamkan diri
kerana kita tidak perlukan pengiktirafan mereka
kita lebih senang begini
kita diamkan diri
kerana kita tahu mereka tidak akan faham jika kita ceritakan ini
kerana selalunya hanya kita yang salah
kerana selalunya hanya kita yang biadap
kerana selalunya hanya kita yang pemecah
mereka tidak tahu apa kerja kita
jadi kita lebih rela begini
kita diamkan diri
kita terus susun langkah
agar suatu hari nanti mereka akan mengikuti kita
biar mereka tahu kerja kita
biar mereka tahu kita juga berguna untuk mereka

kita tidak mahukan pengiktirafan
cuma kita mahu keikhlasan
kerja ini perlukan orang yang ikhlas
hanya orang yang ikhlas sahaja bisa tempuhi ini
hanya yang ikhlas sahaja mahu lakukan
kerja tanpa nama
kerja tanpa puji
kerja tanpa gaji
hanya yang ikhlas sahaja sudi kerja tanpa rehat
hanya yang ikhlas sahaja mahu kerja hingga lelah
itu orang yang ikhlas

kita hanya perlukan rijal-rijal yang ikhlas
agar dia bisa lakukan kerja ini
tidak cukup hanya rijal itu sekadar agen pengubah
tetapi dia tidak punya keikhlasan
tidak cukup kita punyai rijal hebat berbicara
jika ikhlas tidak bersarang di hati
tidak hanya sekadar rijal itu punya potensi pada pengkaryaan
jika dia tidak punya keikhlasan
kerana semua itu bisa hilang
jika dia tidak punya keihklasan



Salju Sakura