Tuesday, June 3, 2014

KASUT BATA vs KASUT MYDIN

Su termenung jauh.Sesekali dia memandang ke bawah melihat kasutnya.Tindakannya diperhatikan oleh Maria yang berdiri sejauh 10 langkah dari belakangnya.Maria gadis ceria dan jarang menunjukkan dirinya sedang bermasalah.Maria berasal dari keluarga yang sederhana sahaja,tidak miskin dan tidak kaya.Penampilannya juga biasa sahaja namun tidak selekeh.Maria tidak memakai barang-barang yang berjenama kerana tidak diajar dari kecil oleh ibubapanya untuk membeli barang-barang mewah.Maria suka bershopping tapi hanya membeli barang-barang murah.Padanya,cantik itu penting tapi biarlah berpada.Itulah salah satu motto hidupnya untuk sentiasa nampak bergaya.Bukan niatnya untuk menunjuk atau berlagak seperti orang kaya,tapi mungkin perangainya sudah dibentuk sejak dari kecil.Seingat Maria,semenjak kecil ibunya selalu membelikan mekap,kasut dan baju-baju untuknya di ekspo.Harganya tidak mahal tapi Maria tetap nampak comel sewaktu dia kecil.
Berbeza pula dengan Su,dia pun tidak terlalu kaya tapi hidupnya lebih mewah berbanding Maria.Meminati barang berjenama.Su beruntung kerana mempunyai abang dan kakak yang ramai telah bekerja dan kebanyakkan wang sakunya adalah diperolehi dari mereka.Kadang-kadang keluarga Su ada ketikanya menghadapi masalah kewangan dan saat itu keadaan Su akan berubah.Dia bersikap murung.Hari itu,dia mengadu pada Maria bahawa kehidupannya susah.Dia hanya mampu membeli kasut jenama BATA bagi menggantikan kasut jenama dia yang lain.Maria pula hanya tersenyum dan mengingati kembali kasut-kasut yang pernah dipakai,tiada satu pun kasutnya berjenama bata.Maria hanya membeli kasut-kasut di Mydin atau di kedai-kedai keling tepi jalan.Kadang-kadang memakai kasut yang diberi oleh jiran-jiran.

Su rasa susah hati terpaksa menukar jenama kasut dari sembonia kepada bata sedangkan Maria tidak hairan dengan kasut yang sedang dia pakai berharga rm16.90.Siapa kisah.

Jangan sentiasa melihat ke atas,nescaya kamu tidak akan berasa puas dengan apa yang dimilikimu kini.Sentiasa meilhat ke bawah supaya kamu lebih bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang ada sedangkan ramai lagi masih tidak mempunyai apa yang kamu miliki.

Salju Sakura