Sunday, December 25, 2011

PEmuDa HaRApan BangSA


Pemuda itu kalau disebut atau ditanya pada masyarakat atau warga-warga petua,eh warga-warga tua bahkan ditanya pada diri sendiri pasti berbagai jawapan yang diberi.Pemuda itu harapan bangsa lah,gagah berani lah,bersemangat waja lah,tegak tubuh badan lah,darah panas lah *mamalia he dan bermacam macam lagilah.
Tapi pada hakikatnya semangat pemuda yang dikatakan dan diwar-warkan setinggi gunung itu pada realiti sekarang sudah mula suram.Bahkan,pemuda yang digelar harapan bangsa itu lah yang telah merosakkan bangsa sendiri.Melakukan jenayah berulang kali tanpa rasa segan.Menyebar luaskan maksiat disana sini tanpa rasa bersalah dengan diri sendiri malah dengan Allah.Kalau macam tu siapa lagi pemuda yang tinggal untuk kita wariskan kekuatan dan keazaman yang tinggi untuk membantu agama,negara,nusa dan bangsa.ha!.

Apa beza pemuda sekarang dengan pemuda dahulu?
Teringat kisah di zaman nabi junjungan kita Muhammad saw ketika didatangi oleh 2 orang pemuda yang masing2 ketika itu berusia 13 dan 14 tahun yang merayu dengan nabi saw untuk turut sama berperang.Tapi bagaimana pula pemuda di zaman sekarang yang berusia seusia itu malahan lebih lagi?Mereka hanya tahu merungut minta duit dengan mak ayah nak beli baju,kereta,handphone baru,psp dan sebagainya yang sama waktu dengannya untuk membazir.he

Sedangkan islam itu tidak mahu melahirkan generasi pemuda yang lembik macam jelly(yek..) atau pemalas macam unta.Unta pun rajinlah.(at least...)Sedangkan islam itu kepingin benar memiliki pemuda seperti Muhammad Rasulullah saw,Salahuddin Al-Ayubi,Sultan Muhammad Al-Fateh,Umar Al-Khattab,Abu Ubaidah Al-Jarrah dan lain-lain.Mereka yang dengan usaha gigih menyebar islam dan merentas samudera semata-mata islam.Mereka yang menguasai 2/3 dunia.Mereka yang menakluki Constantinople.
Bagaimana dengan pemuda hari ini?Adakah cita-cita sekadar menakluki MYDIN,atau TUNAS MANJA atau tv3?

Bagaimana yang dikatakan pemuda itu?

1-IMAN(yakin)
    iman yang tetap dan keyakinan yang tinggi terhadap Allah swt.Segala sesuatu ia sandarkan kepada Allah.Ia meletakkan Allah dalam hati tanpa sekali-kali ingin mengekuarkanNya.

2-IKHLAS
     beriman kepada Allah dengan seikhlasnya.Jika ada ujian yang melanda hidupnya dia tetap berpegang teguh hanya pada Allah (surah al-ikhlas)

3-HAMMASAH
     bersemangat tinggi menegakkan islam.

4-AMAL
     pemuda itu harus melaksanakan tugas menyebarkan agama Allah.


Malam ini agak mengantuk sangat,jadi tak dapat meneruskan penulisan post dan amatlah saya tahu post kali ini agak kekurangan kerana kurangnya kecekapan otak saya untuk merangka ayat dan mengingat-ingat point untuk menulis.InsyaAllah nanti saya akan sambung.Takkan saya membiarkan post ini tunggang langgang begini tanpa ada sebarang pengajaran.

7.45 malam
irbid

Monday, December 19, 2011

SPeeD MeLajU merONa

Alhamdulillah internet malam ini laju betul.Bukan disebabkan GB besar atau pakai modem hebat-hebat,just pakai modem witribe(modem kat jordan) yg bersaiz 1.8gb sahaja.Tapi disebabkan housemate semua sudah awal-awal lagi dah berserah diri atas katil makanya dapatlah ana mengambil kesempatan untuk men0nline dengan speed tahap giga hehe.

Teringat pula video pasal ghuraba' yang mana salah satu potong lirik lagu tu mafhumnya ghuraba' itu bangun malam ketika semua sedang nyenyak tidur.Perrhh rasa tercabar juga bila dengar lirik lagi ni.Al-Maklumlah nama rumah kami bayt ghuraba'.


Walaupun di waktu sekarang ini jam tepat menunjukkan 12.03am ana masih belum berjaya melelapkan mata walaupun sebenarnya tidak pernah memaksa mata ini untuk tutup.(heee).Sebenarnya terdetik di hati kecil ini kerana susah benar diri ini untuk melakukan qiam.Rumah dah nama ghuraba' dah,tapi diri ini masih belum menjadi benar-benar ghuraba'.Tapi tidak mengapa,kita masih dalam proses mencuba.InsyaAllah..


Pokok penceritaannya adalah,walaupun ana tidak sering berqiamullail tapi alhamdulillah malam ini ana praktikkan juga berjaga ketika semua sedang nyenyak tidur untuk mengupdate keadaan mutarabbi-mutarabbi dalam group.Alhamdulillah keadaan mereka semua mantap-mantap.Hujung minggu ini ada satu lagi program tarbiyah akan diadakan iaitu WAHAI PEMUDA.Memang kena kerja habis-habisan lah nak pujuk mutarabbi-mutarabbi join daurah ni.Memang kena kerja pakai speed 5 ni.adooosss..
Dapat pula kena jadi ajk pendaftaran.Memang lagi kena speed.Adesssss.Due date khamis ni semua kena hantar nama.wadess..


InsyaAllah,walau dalam keadaan apa jua yg sedang kita lakukan niatlah untuk Allah s.w.t.Walaupun sekecil cuma kebaikan itu.




فمن يعمل مثقال ذرة خيرا يره
mafhumnya:maka barangsiapa membuat kebaikan sebesar zarah,niscaya dia akan melihat balasannya


ومن يعمل مثقال ذرة  شرا يره
mafhumnya:maka barangsiapa membuat keburukan sebesar zarah,niscaya dia akan melihat balasannya
(surah al zilzalah:7&8)


Tak perlu rasa inferior dengan orang lain.Kita dalah kita cuma tinggal bagaimana kita menggunakannya.Macam witribe lah,walaupun tak sehebat modem orange tapi ia still boleh digunakan dan boleh je speed dengan melaju bila kena masanya.Begitu juga kita.Kita mungkin tak sehebat mana berbanding orang lain tapi apa yang ada pada kita boleh diguna pakai dan dicerna dengan baik bila tiba masa yang sesuai yang penting kita tahu menghargai diri kita.Aaamiiin.Wasssalam.


12.22am
irbid,jordan



Sunday, December 18, 2011

KerUSi MeJA vs ManUSia

Suka dengar kata orang.Orang kata kalau buat something biar bersebab.Semalam ana pergi library jami3ah yarmouk yang besar dan cantik ada mungkin 4 atau 5 tingkat.Ana tak pasti.Maklumlah hati ini bukanlah melekat benar dengan objek yang bergelar library ini.Ana sendiri tidak mengerti kenapa sukar benar kaki ana ingin menjejaki ke sana.Mungkin kerana keadaan di sana sangat terikat dengan disiplin yang  makanya perlu di patuhi oleh setiap pengunjung dan salah satu disiplin yang "fofular" atau dalam bahasa Pekannya femes adalah 'keep silent'.Arrrgghh!!bosan ana.Jadi disebabkan itu ana memilih untuk tidak selalu berkunjung ke library.Cukup kalau setahun tu 2 atau 3 kali.Memadailah! janji pernah menjejaki kaki ke sana.



Bila kaki menjejaki ke dalam susuk tubuh library suasana gamat bertukar menjadi sunyi.Kelihatan meja-meja dan kerusi-kerusi di susun begitu terapi.Terlihatnya pekerja-pekerja library sibuk menyusun buku-buku yang telah dibiarkan oleh pembaca di atas meja tanpa kasih sayang.Ana memandang di sekeliling library mencari tempat duduk yang kosong.Tapi malangnya sukar di temui.Jadi ana mengambil keputusan bersama sahabat ana untuk naik ke tingkat 3.Alhamdulillah,dapat juga akhirnya.Dalam kesempatan itu,sempat juga ana berfikir tambah mengelamun melihat di sekeliling.Meja-meja di susun secara berkumpulan.Satu meja boleh duduk 4 orang.Hanya di tingkat 2 sahaja ada tempat duduk individu.Tapi tidaklah banyak,cuma beberapa sahaja.Dalam fikiran ana ligat berpikir,seakan menjadi fitrah kita harus hidup dalam atau bermasyarakat berkumpulan atau beramai-ramai atau dalam bahasa arabnya berjemaah.Tapi tidak ramai manusia yang bersetuju untuk hidup berjemaah kerana lebih senang dengan urusan sendiri.Sedangkan bila berjemaah kan lebih afdhal.Boleh memberi manfaat kepada orang lain.Kalau kita tidak mahu berkongsi dengan orang lain duduk satu meja apa akan jadi?Boleh jadi mereka itu memang terdesak perlukan tempat duduk untuk study tapi kita biarkan mereka berlalu begitu sahaja.Bukankah lebih baik kita duduk bersama saling memberi manfaat?Makanya saudara kita itu dapat mentelaah pelajarannya di samping dapat menambah kenalan di "muka buku".
Makanya,bukan menjadi satu kesalahanlah wujudnya jemaah islam di muka bumi untuk saling memanfaatkan.Seperti yang ana katakan,seakan fitrah jemaah itu wujud.Sedangkan kerusi dan meja tersusn dalam kumpulan apatah lagi manusia.Kalau kita tidak mahu hidup dalam jemaah makanya kita ni mengalahkan kerusi dan meja gamaknya.

Itu pada pandangan sudut sisi jemaah atau kumpulan.Yang kedua kalau kita lihat pada meja-meja dan kerusi-kerusi yang tersusun itu cukup mengambarkan kita boleh study sama-sama.Berbincang pelajaran dengan sebulat suara.Tapi bila tiba musim exam kita kena duduk sorang-sorang,mana boleh bincang-bincang.Melihat kepada perkara itu,terfikir ana,urusan dunia mungkin kita boleh buat bersama-sama.Kita boleh berkerja bersama-sama,belajar bersama-sama,berdakwah bersama-sama,melakukan kebaikan bersama-sama dan mungkin melakukan keburukan atau maksiat pun bersama-sama.Tapi ingatlah,bila sampai hari penghisaban maka kita akan dihisab sorang-sorang.

"Ermmm,kalau macam itu baik tak payah hidup berkumpulan,berjemaah,bermasyarakat.Nanti last-last hisab sorang-sorang jugak."

Nah!! apa beza kalau kita siapkan projek secara berkumpulan dengan secara individu?Sudah tentulah yang berkumpulan lebih cepat siap dan terbaik projeknya kerana ada pelbagai otak yang berfikir untuk melaksanakan projek tersebut.Tinggallah kita sorang-sorang terkapai-kapai aku kelemasan..lalalala.Contoh kalau di yarmouk,nanti masa last sem bagi brader2 dan sisters2 yg ambil course economy&islamic banking akan ambil satu subjek yg bernama dirosah jadwa atau dalam bahasa mudahnya subjek yg kena buat projek-projek lah.Projek tu kena buat dalam group.Nah!!Kat sini lah cabaran bermula.Buat projek katakan.Tetapi yang menjadi bestnya disini adalah kerana projek yang dilakukan secara berkumpulan dan insyaAllah siapnya pun sama-sama dan dapat markah pun sama-sama untuk projek tu.Nanti bukan ke mumtaznya bersama-sama.
"biar  betul enti ni,ana buat juga projek berkumpulan,tapi cgpa ana macam tu juga lah,takde maknonyo eh''

Sabar dulu,jangan cepat gelabah mahupun rebah.Cuba pula tengok bagaimana gaya kita study,projek,projek juga,tapi antum semua ulang kaji ke tak??Kalau tak,jangan bagitau kat sini,malu dek orang.Biarpun begitu kita punya kerja berkumpulan atau projek,ulang kaji atau buat nota dan pergantungan pada Allah itu terletak pula pada usaha kita.Itu semua yang menentukan tinggi atau rendahnya CGPA kita mahupun GPA.fullstop

Begitulah yang cuba ana sampaikan tentang perlunya hidup dan bekerja dalam jemaah atau kumpulan.Hidup kita bukan sorang-sorang.Nah!! Apa buktinya??Habis tu kalau keluar rumah nampak mak limah tengah jemur kain,mak eton sedang berbual dengan cucunya yang baru berusia 8 bulan,pak andak pula sedang membasuh tayar motornya.Nah!!Ramai kot orang di sekeliling kita.Tipulah kalau ada yang kata 'aku duduk sorang-sorang jelah'.Habis tu tangan dan kaki serta anggota yang lain itu bukan makhluk Allah juga kah?Itu lagi stress,nanti silap hari bulan seluruh anggota badan kita ni bercerita pada Allah pasal amalan kita.fuhhh..Nah!!! terkena sebiji kat batang hidung.

Ana macam nampak seakan mempromote pada hidup berkumpulan atau berjemaah.Tapi itulah yang terjadi.Kerana diri yang lemah ini tidak mampu menaikkan islam di atas muka bumi ini secara vertical tanpa ada halangan horizontal mahupun keluk permintaan dan penawaran secara sorang-sorang.Perlukan ramai-ramai.Bukankah sudah dikatakan dalam surah Al-Maidah ayat 2..

((وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان))
maksudnya:dan tolong menolonglah kamu dalam kebaikan dan ketaqwaan,dan janganlah kamu tolong menolong dalam dosa dan permusuhan.

Jadi sama-samalah kita hidup saling memberi manfaat antara satu sama lain.Semoga ukhwah bertambah rapi dan teguh seteguh karang.Semoga kita saling berpesan pesan dengan kesabaran dan kebenaran.

((وتواصوا بالحق وتواصوبالصبر ))
maksudnya:dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran (al-asr:3)

Dan sentiasalah kita saling topup menopup antara satu sama lain dalam kebaikan dan berlumba-lumbalah memberi peringatan dan moga-moga peringatan itu bermanfaat kepada saudara-saudara kita.
((وذكر فإن الذكرى تنفع المؤمنين ))
maksudnya:dan tetaplah memberi peringatan,sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang mukmin.
 (az-zariyay:55)

ada program setiap bulan,
mesti dapat makan dalam talam,
makanya post dah habis sekian,
jadinya wassalam.

middle east,
4.36 pm
maghrib,suhu 17 celcius


Friday, December 9, 2011

TERsibuk !!!

Tak silap aku,hari ni macam dah masuk 3 minggu hak adik-adik tak dipenuhi.Urusan dunia telah menyibukkan aku sehingga urusan akhirat ku sedikit terganggu.Imtihan thani(ujian 2) yang telah bermula pada tarikh 1 dis bersambung pula pada 4 dis dan berterusan sehingga 8 dis seakan-akan tidak lansung memberi ruang untuk aku bertemu adik-adikku walau seketika cuma.Walau cuma memeluk mereka melepaskan rindu yang terbeban ini.Aduss..kepala seperti di hempap buah kelapa bila mengenangkan hal ini.

Dari awal-awal lagi aku tidak mahu menerima tawaran menjadi "mak" kepada budak2 ini.Tapi setelah "mak lama" dan "mak baru" serta "adik beradik" lain meletakkan harapan yang tinggi menggunung setinggi gunung tahan makanya aku menerima tawaran ini.Bukan aku tidak mahu berbakti pada jalan "duduk & terbaring" ini,tapi mengenangkan kelemahan dan kemalasan diri yang melantun-lantun untuk bergerak ke sana ke mari ini telah menghalangi jalan aku.Tapi,insyaAllah aku akan tetap cuba sedaya upaya aku untuk terus berjuang memimpin tangan adik-adik ini dalam jalan "duduk &terbaring" agar meraka pula yang akan menjadi tulang belakang pada jalan ini.

Mataku sungguh berat menahan rasa mengantuk yang tidak terkira membantutkan niat aku untuk menulis begitu panjang pada malam ini sepanjang post yg ditulis oleh inche gabbana.Jadi aku akhiri post ini dengan rasa berat kepalanya dengan harapan agar masih ada ruang untuk aku berjuang.

9.38malam
suhu 9 celcius,irbid


Monday, November 21, 2011

SAmpAi BiLa?

Sampai bile agaknya aku join tarbiyah ni?

Islam tak tertegak lagi ni.Boleh ke aku berhenti setakat di Jordan sahaja tarbiyah ni.Aku tidak pasti dengan apa yang akan berlaku selepas aku tamat pengajian ku di Jordan dan pulang ke Malaysia sebagai graduasi Jordan.Niat di hati memang tidak ada untuk menghentikan langkah aku dalam terus menyertai  pejuang-pejuang islam yang bertungkus lumus bekerja untuk islam.


Kenapalah aku susah payah nak join program tarbiyah ni?

Ustaz dengan ustazah kan sudah ada.Biarlah mereka yang bekerja untuk islam.Aku tengok cukuplah lepas tu sokong sudahlah apa yang mereka buat.Tidak!! kerja dakwah kerja semua orang.Bukankah setiap orang itu berdosa selagi islam masih belum tertegak.Jadi pada aku,aku mesti meneruskan langkah aku dalam jalan dakwah ini.Bukan semua orang yang dipilih untuk menjadi daie walaupun pada hakikatnya ramai yang memegang degree course dakwah tapi ternyata tidak semua mereka yang ringan tulang bekerja untuk islam.Realiti yang aku lihat sendiri di Jordan,ustaz ustazah ramai tapi tak ramai yang pun yang nak cuba faham islam.Tak ramai dari mereka yang terasa nak bawa orang pada islam.Tapi ramai yang berkeinginan untuk mengembalikan manusia kepada Allah adalah mereka yang mengambil jurusan perubatan.Apa kejadahlah bakal-bakal doktor tu sibuk-sibuk tarik orang kenal islam,suruh orang join program tarbiya,suruh jelah ustaz ustazah yang dakwah.Tapi,kalaulah ramai ustaz ustazah yang bertitle degree syariah tu sedar yang kewajipan dakwah itu perlu,maka aku rasa tak perlu bakal-bakal doktor sibuk cari orang semata-mata nak bawa orang tu dekatkan diri pada Allah.Oleh disebabkan kerja dakwah tidak mengenal siapa maka ia menjadi kewajipan pada semua tak kira ustaz ustazah,doktor,polis,tukang sapu sekalipun.Jadi walaupun mungkin kalau diizinkan aku jadi banker,aku mesti kena jalankan kerja dakwah ni.Lagi-lagi masalah riba tak setle lagi.Sekarang aku pun dah faham pentingnya menaikkan ekonomi islam supaya kita boleh kuasai dunia dan dapat menghapuskan ustaziatul alam(rujukan seluruh alam) kita sekarang ni iaitu amerika syarikat yang kita sedia maklum mereka sangat kaya dan boleh buat apa sahaja di atas muka bumi ini.


Dah dapat kerja pastu kena kahwin pula.Boleh ke agak-agaknya dapat pergi program tarbiyah lagi?

Naqibah cakap untuk menjamin kelangsungan tarbiyah lebih baik berbait muslim je.Kahwin dengan ikhwah insyaAllah ikhwah faham kerja islam dan dia akan benarkan join tarbiyah.InsyaAllah dia faham  kalau kita selalu keluar hujung minggu,ada masa tak balik rumah sebab qiam atau kena pergi program luar.Kalau kahwin dengan orang yang tak join tarbiyah macam mana?Kalau dapat suami yang faham takpe.Tapi kalau dapat suami yang awal-awal sokong lepas tu lepas sebulan dua tak bagi kita keluar rumah,payah tu.Senang-senang ajak jelah husband join tarbiyah.Tapi antara nak atau tidak join terserah lah.Moga Allah sentiasa membantu aku dalam setiap urusan dunia ku agar mudah menuju akhiratNya.



bayt ghuraba'
6.56pm
waktu syita'

Friday, September 30, 2011

boSan DALam Nur ISLAM

Pagi ni sempat lah ana ke rumah sahabat ana (bayt kampung) nak online sekejap.Pagi2 lagi dua sahabat ana dah keluar untuk meneruskan kerja2 untuk ummah.Dah jadi cam mughirat ni.


وَالْعَادِيَاتِ ضَبْحًا(1) فَالْمُورِيَاتِ قَدْحًا(2) فَالْمُغِيرَاتِ صُبْحًا(3) فَأَثَرْنَ بِهِ نَقْعًا(4)فَوَسَطْنَ بِهِ جَمْعًا (5)


Terjemahan

[100: 1] Demi Kuda-kuda yang tangkas berlari dengan kedengaran nafasnya kencang.
bu it
[100: 2] Dan demi Kuda yang mencetuskan api dari hentakan kakinya.

[100: 3] Dan demi kuda-kuda perang yang meluru menyerbu musuh pada waktu pagi.
[100: 4] Sehingga menerbangkan debu berkepul-kepul
[100: 5] Lalu dengan kepulan debu itu ia menggempur di tengah-tengah kumpulan musuh.


Mula2 tu ana pelik juga,sebab biasanya kitorang akan keluar bertiga.Ana ingat orang lupa hantar mesej,jadi ana sendiri yang hantar mesej pada murabbi ana.Alhamdulillah,weekend ni tiada sebarang program kecuali sabtu malam je.Bukan maksud ana lega sebab tiada program cuma lega sebab ana tidak ketinggalan.Ana agak bosan juga duduk di rumah seorang diri,ahl bayt ana yg lain sibuk uruskan barang hantaran sebab awal oktober ni sebuah 'masjid' lagi hendak dibina di jordan ini.Si suami iron chef kat jordan si isteri pula memang fasih benar bercakap arab.Katanya sendiri ketika di temubual keluarga mereka memang bercakap arab,dia sendri dulu tidak tahu kalimah melayu.Semoga mereka dirahmati dan kekal hingga akhir hayat dunia dan akhirat.


Dari semalam sebenarnya ana bosan,tapi cemas ana tak buat sesuatu yang akan menyebabkan hati ana mencintai dunia terlebih.Ana hampir sudah mencapai weinak(kad untuk telefon ke malaysia..kat malaysia tak ingat panggil apa kad ni hehe) di dalam kotak dan mencari2 nombor seseorang yang agak sudah lama tidak dihubungi.Nasib baik ketika itu handphone ana dicas.Jadi nak call kenalah tunggu baterinya penuh.Saat2 sedang menunggu sempat ana membaca satu artikel di laptop sahabat ana tentang kisah akhawat UK yg sedar akan kesilapannya setelah menyulam kasih dengan seorang lelaki.Dia menyedari hakikat percintaan yg dibinanya bersama seorang lelaki yg bukan suaminya adalah kesilapan yg dilakukan dalam hidupnya.


Sewaktu dulu ana juga seperti akhawat itu.Larut dalam cinta sendiri.Tapi apabila ana kenal islam itu bagaimana,ana bertekad untuk meninggalkan apa yg pernah ana lakukan.Dan apabila ana kesunyian atau banyak masa lapang memang ana sentiasa berfikir tentang masa lampau ana supaya ia menjadi penguat untuk hari ini.Ana seringkali berbicara dengan sahabat ana yang memang juga sudah tahu siapa ana di masa lampau.Setiap kali beliau menyebut tentang kedegilan dan kenakalan ana dulu,ana rasa sangat kelakar sebab masakan seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah boleh melakukan itu.Tapi apakan daya,bukan semua muslim faham apa itu islam.Sebab itulah ramai yang larut dengan dunia tanpa mengendahkan akhirat.Yelah,kita islam dah sebab rukun islam dah cukup lima(betul ke macam tu??weird kan?kalau dah islam patutnya nothing yang kejam dan jahat berlaku kat dunia ni kan.).Fuhhh...bernafas panjang ana pabila melihat masyarakat2 islam tidak mempraktikkan islam dalam kehidupan mereka.Tapi hati semacam lega kerana Allah masih memberi peluang kepada ana untuk tahu dan faham islam supaya ana mampu merubah kehidupan ana.


Tapi,apa yang ana takut adalah jika ana bukan berubah secara keseluruhan.Ana bimbang jika masih ada jahiliyyah2 yang ana masih lakukan.Dan tidak dinafikan masih ada lagi sedikit jahiliyyah yang melekat kuat dalam diri ana ni,cuma alhamdulillah Allah bagi ana hati untuk berfikir.Nescaya jika Allah bagi akal ana menjadi ketua pemikir mungkin sudah lama agaknya ana buat je apa yang ana rasa nak buat tanpa ada tapisan islam.


Alhamdulillah,walaupun agak lewat ana kenal islam tapi ana bersyukur Allah bagi peluang sekurang2nya.


walaupun agak mengarut2 dan meleweh2 tp itu lah apa yg ana rasa sekarang.Semoga rasa ini sentiasa kekal di bawah muraqabatillah.


khilaf kerana merasa bosan
bayt kampung,irbid,urdun
12.40 pm













































Sunday, September 11, 2011

BaiT MuSLim



Semua orang mengimpikan sebuah rumah tangga yang benar2 harmoni dan diredhai Allah yang pastinya kekal hingga ke syurga,Tetapi sebahagian manusia yang mendirikan rumah tangga tidak mendasarkan mahligai itu terhadap CINTA kepada illahi.Mereka hanya berkahwin atas dasar cinta kepada pasangan.Malah ada yang berkahwin atas dasar terpaksa kerana mengikut pilihan mak ayah atau berkahwin disebabkan sudah terlanjur.
Bait muslim ini haruslah dibina atas dasar iman dan taqwa yang teguh di sisi Allah.


fuhhhh..
Bait muslim?
berlegar2 dalam fikiran ana sekarang ini.Ana harus berkahwin dengan ikhwah utk meneruskan lagi perjuangan ana di medan dakwah.Pertama kali ana dengar pasal bait muslim ni masa itu murabbi ana ada bagi pasal muratib amal.Ada 7 tangga dari individu muslim sehinggalah kepada ustaziatul alam.Dan tangga yang kedua adalah bait muslim.Pada mulanya ana faham bait muslim ni kita kahwin macam biasa dan terapkan nilai2 islam dalam rumah tangga.Tidak pula ana terfikir yang ada beberapa syarat dan cara2 mungkin juga ciri2 dalam membina bait muslim ini.




Tetapi,pada suatu hari,sahabat ana bercerita kepada ana tentang bait muslim ni.Kebetulan ada daurah tentang bait muslim tapi ana tidak turut serta utk daurah kali ini.Dari cerita2 dia tu boleh lah ana highlight kan bahawa utk meneruskan lagi perjuangan kita ini adalah berkahwin dengan ikhwah yang memang sama2 berjuang di atas jalan yang sama.katanya itu lebih afdhal.Supaya suami kita faham tentang kerja-kerja yang kita lakukan.Mungkin dia faham kalau kita selalu tiada di rumah,selalu tidur luar,hujung minggu seringkali keluar.Ana faham je apa yang diperkatakan oleh sahabat ana ni.Yelah,kalau kahwin dengan yang bukan ikhwah yang sama sahaja dalam lingkungan kita ni mungkin akan menghadapi kesukaran selepas berkahwin.Ada yang tak bagi keluar rumah lah,dan paling dahsyat suruh kita berhenti je dari buat kerja-kerja semacam ini.Ada benar kata-kata itu.


Tapi,entah mengapa itu yang ana bimbangkan.Mungkin hati ana belum lagi merasakan utk berkahwin dengan ikhwah.Itu ana belum pasti.Tapi yang pasti ana belum bersedia dan belum bercita2. Mungkin ada pilihan hati sendiri itupun ana tak tahu.Dipendekkan cerita ana tak tahu lah.


Ana memohon kepada Allah supaya di permudahkan segala urusan ana dalam pencarian jodoh ana.Apa yang terbaik pada Allah terbaiklah pada ana.Jika ditakdirkan ana berkahwin dengan yang bukan "ikhwah" mungkin ada sesuatu di sebalik itu.InsyaAllah..



Thursday, August 18, 2011

SeKaLi LaGi

bukan tajuk filem SEKALI LAGI yg lisa surihani dan syahizi sam tu berlakon.Ini benar-benar sekali lagi yang berlaku dalam hidup ana dan seluruh ahli bayt ana.Sekali lagi terkena imsonia tahap satu.Sudah hampir seminggu kami bertiga terkena penyakit sukar tidur malam.Tapi yang paling dasyat adalah ana.Sebab ada dalam sehari ana just tidur 1 jam je.Pada saat ini,ana sangat merasakan bagaimana stress nya jiwa-jiwa manusia yang ditarik nikmat tidur.Ana berfikir sepanjang hari ini mungkin teguran dari Allah di bulan ramadhan kerana kurangnya ibadah hambaNya.Allah memberi kami kesempatan di waktu malam untuk melakukan ibadah kepadaNya dan ini mungkin salah satu sebab Dia tidak mengizinkan kami untuk tidur,kerana di siang harinya kami sibuk benar dengan urusan dunia.Ini tanda Allah sayang hambaNya,kami menjadi insan yang special kerana telah dipilih waktu oleh Allah untuk mengabdikan diri padaNya.(tp,astaghfirullah..kami gagal menikmatinya)
Tetapi dalam masa kami gagal itu,terselit satu fikrah dalam hati ana ni,dalam masa ana cuba untuk tidur dan pejamkan mata ana tidak berjaya.Ana mula mengerti yang sejauh mana manusia itu cuba melakukan sesuatu tetapi tetap tidak diizinkan Allah maka dia tidak akan berjaya.Begitulah kehidupan ini,relation begiru kuat dengan sang Pencipta.Hidup ini merupakan aturan dari Allah.Kalau Allah kata kun,fayakun.So,sebagai manusia yang sudah terbiasa dengan tarbiyah islamiyyah seharusnya redha atas ketentuan Tuhan dan harus bijak cari kesempatan untuk mendekatiNya.
Dan alhamdulillah,tanggal 18/8/2011 mata ana sudah kembali menjadi mata yang normal.Sudah tidak berkedip terlalu banyak kerana kurangnya tidur.Akan ana hargai nikmat yang sekejap ini sebelum Allah benar matikan ana.Moga ana mensyukuri dalam keadaan iman dan islam.Agar tidur ana ini menjadi ibadah bukan tidur yang sia-sia.
Moga hidup kita ini benar-benar kita persembahkan ke hadrat illahi agar ia menjadi modal di akhirat kelak.Agar tidur kita menjadi tidur yang paling mantap di sisi Allah kerana tidur kita itu tidak tersia-sia.


sedikit coretan dari ana agar dapat dikongsi bersama.INGAT!walau ia sekadar tidur tapi ia tetap di nilai Allah s.w.t."maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarrah niscaya dia akan melihat balasannya,dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarrah niscaya dia kan melihat balasannya"(az zalzalah 7-8)


sekian ...renungkan dan selamt beramal.

Tuesday, June 21, 2011

NuKILaN BuaT AbAH..

Sudah lama hatiku tergerak untuk menulis post ini.Kira-kira 2 bulan yang lalu setelah kusedari ABAH benar-benar insan yang sangat berharga,tidak ternilai dengan emas dan perak.

ABAH..
betul orang cakap,makin kita berjauhan makin kita sayang.Dan akak tahu kenapa akak ada di sini,salah satunya Allah nak bagi akak rasa sayang pada abah yang mana perasaan itu suatu ketika dulu pernah hilang.Allah nak bagitahu akak,abah adalah insan yang paling baik dan Allah nak bagitahu akak segala perasaan marah,benci,sakit hati yang pernah ada dalam hati akak untuk abah itu adalah salah dan berdosa.Maafkan akak abah kerana pernah ada perasaan begitu.

ABAH..
Setiap kali akak tengok orang kutip sampah akak teringat abah.Akak ingat abah selalu pesan masa kecil-kecil dulu sehinggakan dah besar pun dekat akak dan adik2 jangan buang sampah merata2.Setiap  kali akak nak buang sampah merata2 akak teringat abah.Tapi sebenarnya ada sesuatu yang lebih besar yang akak ingat abah bila tengok orang kutip sampah.Hanya itu Allah,abah dan akak je tahu.

ABAH..
Bila sampai Jordan,abah lah insan yang paling akak ingat.Setiap kali teringat abah pasti airmata panas mengalir di pipi.Kadang2 akak menyesal kenapa dari dulu lagi akak tak nampak jasa2 abah.Akak  teringat masa di IKIP,lepas balik kerja abah terus jumpa akak hantar duit.Tapi,paling akak sayu abah duduk luar pagar je dan tak bagi akak salam abah sebab abah kata abah busuk nanti tangan akak bau busuk.Abah tak tahu setiap  kali akak jumpa abah air mata mesti bergenang.Masa kan seorang abah masih sempat memikirkan maruah anaknya.Akak minta maaf kalau pernah terdetik di hati akak perasaan malu bila jumpa abah.

ABAH..
Akak minta maaf sangat sebab masih tak sedar2 yang kita bukan keluarga senang.Malah akak berbelanja ikut suka.Setiap bulan beli baju,makan sedap2.Akak tak fikir pun yang abah mana beli baju pun.Abah hanya ada enam,tujuh helai je baju.Abah mana selalu makan sedap.Adik2 pun selalu cite kat rumah kadang2 makan telur dengan ikan bilis je tapi akak kat sini makan ayam hari2.Mesti abah sesal kan dapat anak yang tak ingat asal usul??

ABAH..
Akak minta maaf sebab selalu buat kerosakan.Dulu akak rosakkan first handphone yang abah bagi kat emak.Spek mata tak perlu di cerita sentiasa pecah.Sekarang akak rosakkan laptop pula.Hanya tinggal handphone je yang akak akan jaga betul2.

ABAH..
Minta maaf dulu akak selalu rasa malu sebab abah selalu ambil akak balik rumah naik motor.Kawan2 akak naik kereta.Kalau naik kereta pula,akak malu juga sebab  kereta kita tak cantik macam kereta orang lain.Bila sebut pasal kereta abah relaks je bagi jawapan "akak ingat orang2 yang pakai kereta cantik ni kaya ke?dorang pun berhutang.Dari abah berhutang baik abah pakai je kereta ni".Tapi abah berhasrat nak beli kereta baru kan untuk memudahkan abah ulang alik kerja.Akak doakan abah dapat realisasikan impian abah tu,bukan apa apa ulang alik dari pekan ke kuantan naik motor.At least kalau pakai kereta terlindung lah abah dari hujan panas kan.


ABAH..
Akak tahu pasti abahlah insan yang paling sedih saat akak menjejakkan kaki di airport dan menuju ke flight.Abah tak nangis tapi akak yakin abah paling sedih kan.Akak ingat abah selalu cium dahi akak di hari2 terakhir akak berada di rumah.Abah yang sentiasa teman akak kemas barang.Abah tak pernah miss solat jemaah dengan akak.


ABAH..
Apa2 pun akak akan cuba sedaya upaya untuk cemerlang dalam kehidupan akak dan kalau boleh akak nak realisasikan impian abah nak tinggal dengan akak kat rumah sendiri akak.

ABAH..

Terima kasih sebab didik akak betul2.Walaupun abah bukan cikgu,apatah lagi lecturer.bukan jua berkerja di pejabat tapi didikan abah lebih dari mereka.Baru akak sedar segala kebaikan yang ada pada akak atas berkat didikan abah juga.Abah pendidik yang terbaik.

Terima kasih abah sebab abah tak ajar anak2 abah keluar bersosial walaupun dulu anak abah ini pernah memberontak untuk berbuat demikian.

Terima kasih abah sebab abah tak ajar anak abah pakai barang2 branded walaupun hati anak abah ini kepingin sekali.

Terima kasih abah sebab ajar jangan malu dengan taraf hidup kita.



ABAH..
Kalau nak di sebut segala kebaikan abah tak terhitung.Sebab jasa abah tertabur dari sebelum akak lahir samapai akak dah pergi Jordan pun.Abah,kalau boleh akak nak jerit kat satu dunia bahawa insan yang paling akak sayang dan rindui saat ini adalah ABAH...

I MISS U ABAH

anak yang rindu
irbid,urdun

Friday, June 10, 2011

pEraSaAN itU JAngaN DIbiaR BEgitU







so sweet bila bercerita tentang tarbiyah.Dan tentunya lebih sweet dari berbicara tentang artis AF atau MENTOR.Dan tidak seronok berbicara tentang tarbiyah dan islan itu jika tidak punya 'family'.Dan bila bersama 'family' yang sama-sama berjuang untuk berdakwah dan mencapai khalifah atau UA itu sangat senang dan tenang.Kerana mereka bersahabat kerana Allah dan islam.Dan sudah tentu mereka sangat saling menyayangi.
Dalam 'family' sering membincangkan isu ummah,agama dan dunia serta bermacam lagi namun ada sesuatu yang dia terlupa tentang...


PERASAAN ITU..


sememangnya level antara ahli 'family' dengan ahli yang lain tidak sama.Ada yang memang sudah sampai tahap daie yang kerjanya mengejar  mad3u.Malah ada ahli 'family' yang baru hendak bertapak.Dan biasanya golongan ini tidak kuat langkahnya dalam medan dakwah.Kadang2 liqa' tidak pergi,daurah diberi banyak alasan,mabit katanya alasan study dan beribu lagi alasan.Namun tidak sepatutnya golongan ini disalahkan.Sepatutnya ahli2 'family' mereka yang lain harus banyak membantu mereka.Harus menguatkan hati mereka di tahap paling terbaik supaya dapat bersama2 utk capai cita2 mendapatkan daulah islamiyyah.


TAPI..realitinya tidak itu yang berlaku.Golongan yang lemah sebegini terus ditinggalkan dan tidak diberi hak utk faham perasaan dan jiwa mereka.


Dan berlaku juga situasi yang mutarabbi2 yg sudah berada pada level yang sama yang tahapnya sudah boleh menjadi daie tapi belum sampai tahap betul-betul menjadi muharrikah kata orang macam sifu la.Baru nak melangkah tapi kebanyakan golongan seperti ini tidak dijaga perasaan dan hak mereka.Tidaklah dikatakan mutarabbi yg bercita-cita menjadi daie itu manja tapi dia  juga punya perasaan yang kadang2 perlu ahli 'family' utk faham.Kalau tidak SIAPA LAGI??kenapa mutarabbi yang ini tidak di beri hak untuk memenuhi haknya??kalau tiada ahli 'family' yang faham perasaan dan memenuhi haknya sebagai 'family' pasti hancur perasaannya.


dan ada sebilangan ahli dalam 'family' yang bila berkaitan dengan kepentingan dirinya atau itu adlah kehendak atau kemahuan dia,malah dia mengajak sahabat2 dia membantunya.Tapi apabila sahabat2nya memohon bantuan atau memohon sedikit hak dipenuhi malah dia bagi bermacam alasan. Mengantuklah,recording tak habis dengar lagi,taknak hati terdedah pada benda2 maksiat la.Padahal ahli 'family' dia ajak utk beriadhah atau memenuhi undangan sahaja.Tapi bila orang lain yang mengajaknya ke mana2 rajin pula dia ikut.


kadang2 bila difikir tidak mengapa kalau begitu.Sebab kita sama level  mesti kita faham tujuan sahabat2 kita berbuat demikian.Tapi kadang2 terfikir tindakan itu agak sedikit kejam bila perasaan sahabat sefikrah sendiri di biar begitu.Kalau diajak ke mana2 alhamdulillah dia mengucapkan insyaAllah,tapi tidak perlulah selepas itu dia menghangatkan suasana dengan merancang itu ini seolah2 dia memang pasti akan pergi.Bila tengok esoknya tak jadi pergi,bila di tanya hanya menjawab "kan saya cakap insyaAllah je" tp tiada pun usaha untuk cuba memenuhi apa yang diminta.sebab itu pernah murabbi ana menegaskan setiap kali ditanya bersedia atau tidak nak DF mad3u,mutarabbi menjawab insyaAllah.Beliau menegaskan jangan insyaAllah sahaja tapi kena buat.Sebab insyaAllah orang zaman sekarang tanpa usaha.Lagi2 dalam mendakwah orang.Asyik2 insyaAllah tapi satu usaha untuk buat kerja tu tidak terlaksana pun.


dan kadang2 terfikir je kenapa sahabat2 seperjuangan lari dari berjuang.Mungkin ini salah diri kita yang abaikan perasaan mereka.









jiwa bersalah
2.15pm
irbid,jordan

Tuesday, May 17, 2011

PeNipU tEGar







Maharat Hayatiah atau dalam bahasa melayu kemahiran hidup,subjek paling bosan bab kata orang arab(urduni) tapi bagi malizi(orang malaysia)subjek ni paling santai.Bila nak test atau exam biasanya kami memang tak payah nak pening kepala atau stress,cool je. Subjek ni memang best sebab banyak bagi motivasi sebagai student.


tanggal 17 mei 2011,
bermulalah pertempuran kami dengan paper maharat hayatiah.Ada 3 bentuk soalan,isi tempat kosong,betol salah dan subjektif.Soaln tu senang je cuma tak faham dan tak sempat habiskan pembacaan >,< .tapi still cool je jawab sebab salah satu point penting dalam subjek maharat ni ialah masa tengah exam jangan fikir soalan tu susah(nanti pengaruh kat kita).Dan paling penting soalan tu bahasa arab,of course la budak malizi susah nak faham.Dan yang paling penting ambil exam dekat negara jordan dan rata2 penduduk tetap tu orang arab(urduni).
Tapi masa mereka jawab soalan tadi macam budak malizi.Bukan maksudnya mereka diam atau akur dengan soalan,tapi macam tak faham bahasa arab.Sudahlah baca kitab arab ditulis oleh lecturer arab tapi bila jawab exam pun tak faham bahasa arab.huhu.Tapi bijak mereka ni menyusun strategi jawab exam.Semua jawapan mereka sama je antara satu sama lain.Dan apa sikap mereka yang paling bagus masa exam adalah membantu rakan2 mereka ketika dalam exam hall.Orang malizi yang beradab ni pun tak tolong member masa exam.(perrhhh..)Tak heran lah kenapa urduni ni selalu dapat markah tinggi masa test2.KERJASAMA rupenya 'secret recipe' mereka.
hai urduni..
sudah2 lah menipu masa exam..
cukup2lah meniru tu..
lecturer memang tak nampak..
Allah kan ada.


"من غشنا فليسا منا"
(barangsiapa yang menipu maka dia bukankah dari kami)


antara keratan hadis yang selalu dibacakan oleh doktor majid masa menuntut di IKIP dulu ketika berlangsungnya exam.




mood kesal
5.10 pm
bilik 9 
sakan dakhil jami3ah

Tuesday, May 3, 2011

GUraUAn ALLah..







semalam...
bertanggal 2 mei 2011..


bukan ujian yang diterima..
malah gurauan dari Pencipta kepada hambanNya,,


balik kelas 5pm(kelas maharat hayatiah)
kawan2 jerit..
"cepat bukak sis..tgok subjek..kowg dapat tilawah tak?"
dengan semangat ku buka laman sis dan memasukkan nombor hawiyah dan password,dan keluarlah laman sis lalu ku tekan tasjil maddah..seperti api membakar muka..sepatutnya kena ambil sem soifi 4 maddah 10 jam kredit hour..tapi bila tengok je dekat kotak tasjil maddah tu cuma ada 3 je subjek dapat..masa tu Tuhan je yang tahu betapa frustnye bila jadi macam tu.Masa tu dah memang fikir nak beli tiket dan balik malaysia je dan extend sem.Tapi dalam masa berfikir nak beli tiket dan nak balik malaysia banyak juga bermain di dalam kepala aku dan kawan-kawanku tentang hikmah Allah di sebalik peristiwa itu.Masa tu kami memikir keadilan Allah,kasih sayang Allah,kebijaksaan Allah dan banyak lagi.Lebih mudah banyak berprasangka baik lah dengan Allah kiranya.Masa tu dah serah segalanya kepada Allah.Apa yang baik pada Allah maka baiklah pada kami.


hari ini
jam 2pm


aku tergerak hati untuk membukA SIS..perlahan-lahan ku tekan button keyboard sambil berdoa.
Ya Allah.terima kasih..4 subjek dapat..dan kiranya kami tak perlu extend pun..


Ya Allah..
ujian yang kau datangkan kepada kami semalam bukan musibah..
malah itu adalah gurauan dari Mu...
Engkau mengingatkan kami di kala terlupa dengan cara yang lembut dan bersahaja,,
Engkau sangat tahu kelemahan kami..
aku terasa begitu gembira dan bersyukur bila memikirkan gurauan semalam..
malah lebih terasa hampir dekat aku denganMu Ya Allah..

Engkau begitu sayang pada hamba2Mu..
tapi kami tetap tidak taat padaMu,,
Ya Allah,,
ampuni kami..
kami bersyukur Engkau masih mahu bergurau dan mengingati kami,,..


jadilah hamba Allah yang paling bersyukur..










tersenyum lagi
sakan yarmouk...

PerASa DUnia

berbagai masalah yang menimpa dalam kehidupan seharian..
penghias untuk kehidupan dunia yang tidak lama..
kata orang kalau nak masakan sedap tambah lah banyak perasa..

kalau orang yang dah "tak larat" dengan kehidupan di dunia pasti mengeluhnya panjang..
sampai ada juga yang berani cakap..
"bila gamaknya nak mati aku ni"....(erm erm...amalan dah cukup ke...)

tapi kenapa semua orang mesti berputus asa dalam kehidupan dan KENAPA??
jawapannya hanya satu..
sebab kita tak serahkan kehidupan kita ini pada Allah..

mengimbau kembali saat di uji dengan kerosakan,kesakitan,kebosanan dan macam-macam lagi..
banyak juga keluhan yang di buat..
mungkin kurang kuat ikatan dengan Allah..
bak kata orang "ghair siqqah billah wa ghair siqqah binnafs"
maksudnya tak percaya dengan Allah dan tak percaya dengan diri..

TERINGAT...

"salam bro,boleh tolong baiki laptop saya tak?x boleh bukak lah"
"insyaAllah boleh"
"bro,cane?laptop saya boleh baiki tak?"
"sori la ye....laptop tu dah banyak kali repair...tapi tak boleh jugak...dah rosak teruk sangat lah tu.anta kedai jela.."

"ye bang..mahu beli spek macam mana?''
"boleh buat yang jenis plastik tak encik..pasal anak saya ni ganas sangat,kalau yang kaca cepat pecah"
"macam ini lah abang,power anak abang ini manyak tinggi,manyak teruk...kena juga pakai kaca punya"
"cam mana akak.takpe ye pakai yang kaca"
"tak pelah abah...nak wat cane..tak kisah pown"

"aduhhh...sakitnya gigi"
''jom lah kita gi klinik"

"doktor..gigi saya saket"
"saket kat mane??"
"kat belakang,bahagian bawah"
"oh..dah jumpa da punca masalahnya..so saya akan buang ni untuk kurangkan sakit awak nie ok?"
" erm...."
"teruk sebenarnya masalah gigi awak nie...."

"asal la ko ni makin gemuk aku tengok.."
"aku ase teruk sangat gemuk ko nie..dulu xde la macam ni..."


emm...
baru sedikit ujian yang diterima..
namun kalah pada pandangan teruk manusia..
paling penting pandangan teruk pada diri sendiri..
rasa kita sahaja yang diuji..

wahai ummat yang disayangi..
kita memandang diri kita teruk bila ditimpa ujian dari Allah...
manusia memandang kita teruk bila ditimpa ujian dari Allah...
sedarkah yang sebenarnya ujian yang Allah bagi adalah bonus untuk kita menambahkan pahala..

contohnya....
sabar bila ditimpa ujian...
berprasangka baik dengan Allah bila diberi ujian..
mendekatkan diri pada Allah untuk mengadu dan memohon ampun...

ujian adalah wasilah untuk manusia kembali kepada Allah..
tanda sayang Pencipta pada hambaNya..

jadi..
moga kita kuat menempuh ujian....
moga kuat ikatan kasih sayang kita dan Allah

lepas ujian tilawah..
sakan yarmouk

Sunday, January 30, 2011

panorama jordan

alhamdulillah...
selesai jaulah kami semua sekitar jordan yang bermula pada tarikh 23 jan-28 jan 2011..
banyak tempat yang di lawati..
antaranya..UMMU QAIYS,MAKAM2 SAHABAT,JERASH,AJLOUN CASTLE,PETRA,AQABAH, DEAD SEA dan MA'RIKAH MU'TAH

memang sangat cantik tempat2 tersebut..
di sini saya kongsikan sedikit gambar2 yang dapat snap..

sekitar ummu qaiys...


satu terowong yg di jumpai di ummu qaiys

tasik thabari dan bukit golan..tasik thabari yg mnjadi rebutan antara israel,jordan dan syria..yang sekarang ini tasik ini dikuasai oleh israel



kawasan sekitar ummu qaiys...terdapat 5 zaman di sini..
yunani,rom,benzontyne,uthman dan umawi
pemandangan hadapan ajloun castle



dalam ajloun castle


berliku2 ajloun castle ni



panorama pintu masuk jerash



sekitar panorama jerash




tempat mandi

sekitar runtuhan bangunan jerash



colloseum di jerash


patung isteri nabi luth dan anknya



sekitar shawbak castle




menuju ke pemandangan yang paling indah di petra..



jalan2 lagi..jumpe lagi istana



pemandangan dari atas bukit petra



wadi rum



makam nabi syuaib





ukiran di petra......


begitulah serba sedikit gambar2 yang boleh dikongsi..banyak je lagi gambar..cuma sekadar ini dulu..so,lepas ni kalau ada yang berhajat nak melancong atau honeymoon bolehlah memilih jordan sebagai pilihan yang paling atas sekali..renung2kan..


sakan dakhil jami3ah..
5.20 pm..


Salju Sakura