Sunday, January 30, 2011

panorama jordan

alhamdulillah...
selesai jaulah kami semua sekitar jordan yang bermula pada tarikh 23 jan-28 jan 2011..
banyak tempat yang di lawati..
antaranya..UMMU QAIYS,MAKAM2 SAHABAT,JERASH,AJLOUN CASTLE,PETRA,AQABAH, DEAD SEA dan MA'RIKAH MU'TAH

memang sangat cantik tempat2 tersebut..
di sini saya kongsikan sedikit gambar2 yang dapat snap..

sekitar ummu qaiys...


satu terowong yg di jumpai di ummu qaiys

tasik thabari dan bukit golan..tasik thabari yg mnjadi rebutan antara israel,jordan dan syria..yang sekarang ini tasik ini dikuasai oleh israel



kawasan sekitar ummu qaiys...terdapat 5 zaman di sini..
yunani,rom,benzontyne,uthman dan umawi
pemandangan hadapan ajloun castle



dalam ajloun castle


berliku2 ajloun castle ni



panorama pintu masuk jerash



sekitar panorama jerash




tempat mandi

sekitar runtuhan bangunan jerash



colloseum di jerash


patung isteri nabi luth dan anknya



sekitar shawbak castle




menuju ke pemandangan yang paling indah di petra..



jalan2 lagi..jumpe lagi istana



pemandangan dari atas bukit petra



wadi rum



makam nabi syuaib





ukiran di petra......


begitulah serba sedikit gambar2 yang boleh dikongsi..banyak je lagi gambar..cuma sekadar ini dulu..so,lepas ni kalau ada yang berhajat nak melancong atau honeymoon bolehlah memilih jordan sebagai pilihan yang paling atas sekali..renung2kan..


sakan dakhil jami3ah..
5.20 pm..


Saturday, January 15, 2011

IBraH Dari ROti canAI..


ROTI CANAI
bukan calang-calang makanan
yang pabila lapar
atau kepingin nak makan
baru lah cari kedai makan atau baru sibuk-sibuk nak buat

bahkan..
ia adalah sejenis makanan yang bermotivasi kepada manusia..

dan..
orang yang dapat motivasi dari roti canai ni pun bukan semua orang..
dan mungkin kalau kita sekadar makan sahaja 
mungkin tak dapat secara langsung motivasi yang ada pada roti

saya pun dulu tak dapat motivasi pun dari roti canai ni..
sebab tahu makan sahaja..
tapi sejak pertama kali saya buat roti canai..
start dari buat doh adunan tu(untuk menebar)
lepas tu start menebar
goreng 
kemudian menepuk roti tu..
banyak perkara yang dapat saya belajar dari roti canai..


sebelum apa-apa..
saya akan cerita dulu step2 buat roti canai

pertama-uli tepung dulu..





second-buatkan doh




third-start menebar


fourth-goreng la..
dan tersedia lah roti canai..




kalau nak dilihat dari setiap step2 nak buat roti canai..
sampailah siap tu
banyak sangat cabaran 
dan yang paling penting..
ada banyak sangat ibrah  atau pengajaran yg kita boleh dapat


ibrah dari menguli tepung
kita mestilah berusaha gigih dalam menjalani kehidupan
tidak boleh berputus asa dan mengalah
kuat semangat


contohnya
menguli tepung untuk buat roti canai bukan senang..
ia memerlukan tenaga yang banyak
kalau orang yang tak kuat pasti akan mengalah cepat dan meninggalkan adunan tersebut..
begitu juga dengan kehidupan kita sebagai hamba Allah..
bukan senang menjalani kehidupan di muka bumi ini..
setiap masa ada sahaja ujian yang menimpa 
samada ujian berbentuk kesenangan atau kepayahan..
ia memerlukan usaha yang tinggi dan kental jiwa agar dapat melalui ujian tersebut dengan baik..


ibrah dari buat doh..
cermat


kita mesti melakukan sesuatu pekerjaan dengan cermat..
supaya pekerjaan kita terurus


begitu juga tugas kita sebagai daie..
buat perancangan untuk islam juga harus cermat..
agar perjalanan dakwah kita tidak tersekat dek kerana tidak tersusun urusan kita..


ibrah dari menebar


kena bersabar banyak..
menebar roti bukan perkara yg senang..
mungkin boleh terseliuh tangan agaknya..


itu lah yang sepatutnya ada pada daie..
bersabar dalam menjalankan dakwah..
biar sikit2 janji dakwah itu terkesan..

jangan nak cepat setle urusan dakwah sahaja..

tapi dakwah itu tidak terkesan pun..


dan kalau juga dakwah kita mendapat tentangan..
bersabarlah..
kerana bukan semua yang kita harapkan diterima 
kadang2 direject juga..
kita wajib bersabar sebagai daie..


ibrah dari menggoreng


kita sebagai daie ini normal kalau kerja kita ditentang ramai..
langsung juga ada yang terkorban..
contoh terdekat adalah..
imam hassan al banna.
di bunuh kerana jalan dakwah nya


lihat lah roti canai itu..
setelah ditebar2 maka digoreng..
dan bila digoreng maka boleh dimakan..


begitu juga kita..
walaupun umur tidak panjang..
atau terkorban di tengah perjuangan
namun dakwah yang kita sampaikan
insyaAllah memberi manfaat kepada manusia lain..


kalau boleh kita lihat..
contoh yang paling paling dekat di hati kita..
walaupun kita tidak pernah bersua dgnnya..
iaitu Rasul junjungan mulia..
Nabi Muhammad S.A.W..
walaupun baginda sudah wafat..
namun ajaran2 baginda sebelum kewafatan sangat bermanfaat kepada kita sekarang..
malah kita seperti dapat merasai baginda masih lagi berdakwah kepada kita...
masih lagi merasai baginda berada di depan kita melihat pekerjaan kita..




begitulah sedikit sebanyak ibrah2 yang dapat dikongsi..
sesungguhnya kita akan dapat banyak sangat perkara
daripada makanan


lepas nie...
sebelum makan bolehlah kita tadabbur dulu makanan
atau cari sesuatu yg bermanfaat dari makanan yang kita makan
dalam al-quran ada juga menyebut agar kita memperhatikan makanan kita 
dan bersyukur


(....maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya) )
'abasa 24

same2 lah kita mentadabbur makanan agar kita dapat banyak ibrah yang berharga..


sakan jami3ah..
1140pm

Wednesday, January 12, 2011

jELajaH SejARah

cuti sem ini agak lama lah..tapi tak tahu nak buat apa..kalau ikut planning batch kami nak jelajah syria..
tapi..
banyak pula kemungkinannya..
sepatutnya ada coster untuk bercuti ke syria,tapi coster tak lepas keluar jordan..
jadi..
keputusannya kami akan gamble ramai2 naik bas ting tong..
kalau kami jadi pergi..
insyaAllah kami akan melawat beberapa makam dan tempat bersejarah di syria..
kalau tak jadi pun tidak mengapa..
anggap ini adalah perkongsian ilmu sahaja..

fes sekali..
saya ingin berkongsi sedikit kisah ABI DARDA'


Masjid dan Maqam Abi Darda' yang terdapat di Dimasyq
Abi Darda' pernah menjadi Qadi di Dimasyq ketika Zaman Khalifah Umar Al-Khattab
dan dikatakan wafat di Dimasyq

Ringkas mengenai Abi Darda'
Abi Darda' atau nama sebenarnya Waimir bin Zaid adalah salah seorang sahabat yang masyhur, cukup tawadhu' bahkan amat takut dosa-dosanya. Sepanjang hayatnya beliau banyak menyertai peperangan bersama Rasulullah S.A.W.

Beliau memasuki Islam akibat tindakan Abdullah bin Rawahah yang memecahkan patung berhala di rumahnya. Sebaik mengetahui perbuatan itu, beliau amat marah namun terfikir dihatinya jika berhala itu berkuasa mengapa ia tidak mampu mempertahankan dirinya sendiri. Menyedari kebodohannya selama itu, maka ia segera menemui Rasulullah S.A.W dan mengistiharkan keIslamanya.

Abi Darda' telah dilantik sebagai Qadi Dimasyq oleh Saidina Umar bin Al-Khattab.

Seorang sahabat bernama Abu Qalabah bercerita tentang Abi Darda' :

Suatu hari Abi Darda' melihat orang sedang mencaci maki seorang yang telah membuat dosa lalu ia bertanya kepada kelompok yang sedang mencaci maki tersebut

"Bagaimana pandangan kalian apabila bertemu dengan orang yang terperosok ke dalam lubang?.. Bukankah seharusnya kalian berusaha menolong mengeluarkannya dari lubang tersebut?

Jawab mereka "Ya. Tentu sahaja"

Abi Darda' berkata: "Kalau begitu, janganlah kalian mencela dia, tetapi hendaklah kalian bersyukur kepada Allah yang telah menyelamatkan kalian"
Pemuda-pemuda di situ bertanya pula kepada Abi Darda': "Apakah anda tidak membencinya?"
Abi Darda' menjawab "Aku benci perbuatannya. Apabila ditinggalkannya maka ia adalah saudaraku".

second story is about..
jeng jeng jeng..

patung salahuddin al ayyubi di damsyik

Salahuddin al-Ayyubi (Arab: صلاح الدين الأيوبي / Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyubīy‎, bahasa Kurdi: سه‌لاحه ‌دينێ ئه ‌يووبى / Silhedînê Eyûbî, Parsi: صلاح الدین ایوبی, Turki: Selahaddin Eyyubi) atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurdis di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib
   
Kebangkitan
Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik kawasan istana milik Nur ad-Din


Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I. Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat awal perlantikkannya sebagai panglima. Tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.
Apabila khalifah itu meninggal dunia pada bulan September 1171, Salahuddin mengarahkan para imam mengumumkan nama Khalifah Al-Mustadi (Khalifah Abbasiyyah di Baghdad) semasa solat Jumaat. Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke atas tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.

third  story...

bilal bin rabah..

Bilal bin Rabah r.a dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah(ada pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan di Habsyah atau kini disebut negara Ethopia). Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam. 

Pengislamannya

Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu: Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar ibn Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Miqdad Al-Aswad. Beliau menerima Islam melalui sahabatnya yang bernama al Fadl dan dilihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mendalami ajaran agama Islam sehingga sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi Al-Arqam secara rahsia supaya kegiatannya menerima Islam sebagai sebahagian daripada hidupnya tidak diketahui oleh tuannya.
Namun akhirnya Umaiyah mengetahuinya dan memujuk Bilal agar meninggalkan Islam dan kembali ke ajaran asalnya, tetapi Bilal berkeras untuk mempertahankan Islam sebagai agama dunia dan akhiratnya. Umaiyah pernah berkata,
“Aku berkuasa ke atas tubuh dan jasadmu.”
Tetapi Bilal lantas menjawab,
“Fikiranku, imanku dan kepercayaanku bukan milikmu.”
Setelah gagal memujuk Bilal, Umaiyah nekad untuk bertindak kejam ke atas Bilal dengan mengikat batu besar di tubuh Bilal yang tidak berpakaian, mengheret ke tengah padang pasir yang panas membakar dan memukul tanpa belas kasihan.

 Jasa dan Perjuangannya

Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan dikebumikan di Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau juga pernah menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai juruazan oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap juruazan atau bilal.

fourth story is...

Ibnu al-Katsir menyatakan :
“Seluruh yang saya baca tentang raja, baik pada masa penggal pra Islam dan pada masa Islam hingga sekarang, saya tidak pernah melihat seorang raja yang lebih adil dan baik kepada rakyat bawahannya setelah Khulafa’ Arrasyidin dan Umar bin Abdul Aziz yang punya sejarah baik dari Nuruddin, raja yang adil.”

Pernahkah kita mendengar kisah seorang sultan yang bernama Nuruddin Mahmud al-Zinki? Ada pendapat yang mengatakan bukan 4 orang khalifah dalam Khulafa’ Arrasyidin, tetapi terdapat 6 orang khalifah termasuk Umar bin Abdul Aziz dan juga Nuruddin al-Zinki.

Nuruddin Mahmud Zinki lahir setelah 20 tahun kejatuhan Baitul Maqdis ke tangan Salib pada 17 Syawal 1511 bersamaan Februari 1118 Masihi. Beliau merupakan pengikut Mazhab Hanafi yang mempunyai ilmu yang luas sehinggakan beliau diberi izin untuk meriwayatkan hadis-hadis. Keperibadian Nuruddin memaparkan beliau sebagai seorang pemimpin ummah berwibawa. Dalam majlisnya, tidak dibicarakan hal-hal kecuali hal ilmu, agama dan jihad.

Nuruddin telah berjaya menggulingkan kerajaan Syiah Fatimiyyah di Kaherah. Maksud Kaherah adalah mengatasi ataupun bermaksud sebenarnya adalah ingin mengatasi kerajaan Sunnah di Baghdad. Pada waktu tersebut kerajaan di Baghdad begitu lemah. Nuruddin memulakan karier sebagai seorang askar biasa dan kemudianya pangkat satu per satu sehingga menjadi jeneral daripada berkat usahanya. Setelah itu beliau menggunakan kelebihan tersebut untuk menggulingkan kerajaan di Kaherah. Terdapat pelbagai sumbangan yang dilakukan oleh beliau semasa pemerintahannya antaranya menubuhkan universiti tertua di dunia iaitu university al-Azhar.

Beliau mempraktikkan dalam hidupnya dengan adab yang sentiasa menghormati ulama’ dan menghargai mereka. Apabila beliau didatangi oleh seorang fakih dan soleh, beliau berdiri terlebih dahulu dan mempersilakan orang tersebut duduk. Beliau memperlihatkan penghormatan dan penghargaan kepadanya. Maka, tidak mustahil generasi selepasnya dapat mencontohinya sehinggakan lahirnya seorang pejuang agama Salahuddin al-Ayyubi.

Kemuncak era kepimpinan Nuruddin Mahmud Zinki adalah pada 1173 Masihi bersamaan 569 Hijrah. Nuruddin bersiap sedia untuk melancarkan serangan terakhir ke Baitul Maqdis dan membebaskan tanah tempat israknya Rasulullah SAW dari cengkaman hegemoni Salib. Maka untuk itu, beliau telah menyiapkan satu mimbar baru yang cantik sekali yang diperuntukkan penggunaanya di Masjidil Aqsa kelak setelah umat Islam berjaya menakluki al-Aqsa. Beliau mengutus surat kepada orang bawahannya di Mesir, Salahuddin al-Ayyubi namun kematian terlalu cepat menjemputnya.



Sultan Nuruddin Zinki telah pulang ke rahmatullah pada 15 Mei 1174 bersamaan 11 Syawal 570 H. Usaha murni beliau diteruskan oleh pewaris selepasnya dan terbukti usaha beliau bersama beberapa individu lain berhasil apabila Baitul Maqdis dapat dibebaskan daripada cengkaman Salib yang zalim selepas 13 tahun daripada tarikh kematiannya. 

mungkin setakat ini sahaja perkongsian tentang tempat2 bersejarah ini.sebenarnye ada banyak lagi tempat yg sepatutnya dikunjungi tapi cuma ini yang mampu dikongsi.bagi maklumat lain yg tak dapat saya kongsi silalah sama2 kita mencari dan search ye...


tengah ngantuk
1055pm waktu jordan
teratak sakan yarmouk..

inDaHNya uKHwaH


"Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan"


normal..
bila bersahabat,berkawan dan berteman..
selisih faham..
bergaduh..
pasti akan berlaku..

dimana2 sahaja..
perkara ini tak boleh dielakkan..
kita berlarilah sejauh mana pun..
ia tetap mengejar kita..
sebab itu semua merupakan ujian..
dan ujian datangnya dari Allah azza wa jalla..

begitu juga dengan nasib saya dan sahabat-sahabat..

ukhwah yg kami bina erat di malaysia
telah di uji di jordan..
dasyat ujian itu..
terasa seperti tidak berdaya untuk bangun kembali..
namun Alhamdulillah..
ujian itu kami tempuhi dengan sabar...
dan akhirnya kami berjaya..
ukhwah itu kembali tererat malah lebih erat..
dan kasih sayang begitu menebal..

alhamdulillah.
oleh itu...
di mana kita berada 
jagalah ukhwah sesama sahabat kita.
tambahan jika duduk berjauhan dari keluarga..
kerana yang ada di sekeliling kita adalah sahabat2 kita..
berkasih sayanaglah kerana Allah..

insyaAllah diberkati..

ditengah kerinduan
bait halib 
7.15pm..

IsLaM pAK kaDOk



Cerita Pak Kaduk adalah cerita masyhur orang Melayu yang diwarisi turun termurun. Di zaman moden ramai yang tidak menghargainya mungkin kerana cerita Pak Kaduk tidak membantu dalam membina kelebihan. Pak Kaduk itu sendiri kisahnya adalah seorang yang tidak berilmu dengan tindakannya yang banyak menyusahkan diri sendiri.
Di sini cerita Pak Kaduk adalah kisah yang paling sinonim. Pak Kaduk menang sabung kampung tergadai. Demikianlah juga kisah orang kita yang menang debat tetapi agama tergadai. Ramai orang amat sukar berbincang ilmiah dan selalu ingin menang berdebat dan sudahnya beratus-ratus hadith dan ayat Al-Quran menjadi dalil dan bahan sokongan isi debat mereka.
Adakah mereka ini orang yang mahir atau memahami agama? Tidak dinafikan ada golongan yang tahu dan mengetahui tetapi golongan yang tidak mengetahui itu lebih ramai. Ramai yang menjadi 'Ustaz Google' dan 'Ustaz Search Engine' untuk mendapatkan nas dan dalil dari blog dan website sebagai bahan aktiviti perang mulut yang tidak berfaedah. Adakah mereka ini membuat pengesahan bahawa huraian dan sumber itu adalah betul? Adakah hadith yang diambil itu adalah sahih atau daif? Adakah benar huraian ayat Al-Quran itu mereka cerakinkan dengan kaedah yang betul? Adakah mereka merujuk orang yang mahir dalam agama sebelum mereka mengeluarkan pendapat yang bakal dibaca dan dirujuk orang lain sebagai panduan? Adakah mereka ingat Islam ini agama yang tidak ada kaedah?
Jadi apa bezanya mereka ini dengan Pak Kaduk? Menang bercerita tetapi kesan kerosakan daripada huraian agama itu membuatkan agama tercinta ini semakin tergadai. Bukankah perosak agama ini harus kita basmi supaya ia tidak berleluasa?

same2 lah kita memantapkan ilmu di dada agar kita  ada bahan dan rujukan tatkala berhujah..jangan berhujah tanpa bahan sahih..silap2 agama boleh di jual beli nanti..
same2 jadi individu muslim for ustaziatul alam..


ketika kenyang..
di bait halib..
sakan yarmouk..
6.41

Sunday, January 9, 2011

huryah n horey...

huryah adalah berasal dari perkataan arab iaitu حرية yg bereti merdeka..
dari segi istilah merdeka boleh diertikan bebas dari sebarang ikatan..
hehe..suke2 jer buat takrifan sendiri..
dan..

merdeka dapat digambarkan bila sumone cakap horey!!

da..
pada tanggal ini.
maka saya dan sahabat2 saya yang mengambil kos islamic banking di universiti yarmouk jordan
telah merdeka
setelah hampir seminggu lebih bertarung dengan kitab2..
dan bercinta dengan final exam..

final exam yang berlangsung dari 2 jan 2010 telah berakhir pada 9 jan 2010
dengan 4 paper yg begitu killer...
fes..microeconomics..
second..asalib bahas..
third..fikr iqtisad
forth..macroeconomics..

microeconomics,macroeconomics masih lagi dikire senang ..
asalib bahas agak mencabar..
dan yang paling mencabar dan sangat killer adalah paper fikr iqtisad..
satu soalan pun tak tahu jawapan apa..
macam x blaja pun ada rasanya...
huhu..
mintak2 lah doktor bg markah rahmah..

tapi..
walaupun da abeh exam..
kami xde a huryah lame sgt..
sebab lepas ni ade test n exam kt markaz hafsah plak..
tempat kitowg blaja ngaji n membetulkan bacaan..
bile pikir sal kelas ngaji memang stress sebenarnye...
sebab kene hafal banyak sangat,..
patu kene study n mu3allimah tanya..
mengalahkan doktor2 kt jami3ah ag..huhu
moge2 leh lepas exam kt markaz nie..aameen..

tp sebenarnya..
kehidupan kita adalah sebagai khalifah dan 'ubudiyah
takde istilah huryah dan berehat panjang..
kita hanya bebas melakukan tugas sebagai khalifah dan beribadah kepada Allah..

dan dalam kita menjalankan tugas2 kita..
tidak lupa kepada misi utama kita adalah UA..
USTAZIATUL ALAM..

jadi..
manfaatkan rehat ini dengan membincangkan strategi dan method2..
untuk mencapai UA..
ayuh bekerja bersama2 demi islam...


atas mimbar pejuang..
6.42 pm..
waktu jordan...

CerITa Di SEbaLIk pERanG UHUD

Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu 11 Syawal tahun ke 3 hijrah/ 26 Mac 625 masihi antara pasukan Quraisy Mekah dipimpin Abu Sufyan bin Harb dengan pasukan muslimin di bawah pimpinan Nabi Muhamad SAW. Pasukan musyrikin Mekah berjumlah 3 ribu orang lengkap dengan senjata serta mendapat bantuan dari beberapa kabilah Arab antaranya Kinanah dan Tihamah. Pasukan muslimin pada mulanya berjumlah 1 ribu orang tetapi pada saat akhir Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya seramai 300 orang menarik diri pulang ke Madinah. Dengan itu jumlah sebenar pasukan muslimin yang terlibat dengan Perang Uhud 700 orang sahaja.

Kisah dimulakan dengan kekecewaan pihak Quraisy yang kalah dalam perang Badar  walaupon perbezaan bilangan tentera sangat besar. Abu Sufian bin Harb orang yang bertanggungjawab mempengaruhi orang Quraisy untuk memerangi orang Islam. Pelbagai perancangan dilakukan, pertolongan dari suku lain dipohon untuk memantapkan tentera mereka. Beberapa peperangan kecil berlaku, dan semuanya berpihak pada tentera Islam.



Akhirnya tibalah pertempuran di Bukit Uhud, yang mana pasukan tentera Quraisy diketuai oleh Abu Sufian bin Harb, Khalid Al Walid (semasa kejadian, beliau belum memeluk Islam) dan Ikramah manakala pasukan wanita diketuai oleh Hindun. Tentara Islam dibahagikan kepada 3 pasukan iaitu kumpulan Muhajirin yang berasal dari Mekah, benderanya dipegang oleh Mush’ab bin Umair, kumpulan Aus dari kaum Ansar, benderanya dipegang oleh Usaid bin Hudlair dan kumpulan Khazraj dari kaum Ansar, benderanya dipegang oleh Al Habbab bin Al-Mundzir.


Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.
Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.

Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakr as-Siddiq, Umar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.
Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi
patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.

Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hindun iaitu isteri Abu Sufyan. Baginda memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.

Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya.


sebenarnya..
sebelum peperangan bermula..
Raulullah telah bermimpi..
di dalam mimpi baginda

Demi Allah sungguh aku telah melihat pertanda baik, aku melihat seekor sapi yang disembelih, pedangku tumpul, dan aku masukkan tanganku didalam baju besi, aku ta’wilkan sapi dengan gugurnya sekelompok orang dari sahabatku, tumpulnya pedangku dengan gugurnya salah satu anggota keluargaku sementara baju besi dengan Madinah”.


same2 lah kita mengambil iktibar dari kisah perang uhud ini..


serba sedikit berkongsi..
teratak sakan yarmouk
5.30 pm..
waktu jordan..

Thursday, January 6, 2011

isLAm dAn jAhiliyYAh tiada TiTik E

perkataan islam itu menurut kamus dewan adalah
agama yg disampaikan oleh Nabi M uhammad S.A.W

maksud islam dari segi bhs dan istilah...
hasil dari pembacaan dr artikel laen iailah...
Islam berasal dari kata salima yuslimu istislaam –artinya tunduk atau patuh– selain yaslamu salaam –yang berarti selamat, sejahtera, atau damai. Menurut bahasa Arab, pecahan kata Islam mengandung pengertian: islamul wajh (ikhlas menyerahkan diri kepada Allah), istislama (tunduk secara total kepada Allah), salaamah atau saliim (suci dan bersih), salaam (selamat sejahtera), dan silm (tenang dan damai)

Sementara sebagai istilah, Islam memiliki arti: tunduk dan menerima segala perintah dan larangan Allah yang terdapat dalam wahyu yang diturunkan Allah kepada para Nabi dan Rasul yang terhimpun di dalam Alquran dan Sunnah. Manusia yang menerima ajaran Islam disebut muslim. Seorang muslim mengikuti ajaran Islam secara total dan perbuatannya membawa perdamaian dan keselamatan bagi manusia. Dia terikat untuk mengimani, menghayati, dan mengamalkan Alquran dan Sunnah.

dalam makna islam..
terdapat 6 prinsip yg penting..

pertama: islam adalah ketundukan
kedua: islam adalah wahyu Allah
ketiga: islam adalah agama para nabi dan rasul
keempat: islam adalah hukum2 Allah dalam al-quran dan as-sunnah
kelima: islam adalah jalan yg lurus
keenam: islam pembawa keselamatan dunia dan akhirat

begitupun..
islam adalah agama suci..
namun tidak ramai insan yg mensucikan agama ini seputih2 nye..
kite masih lagi mencemarkan kesucian islam itu dgn sepalit jahiliyyah..
yg sy kire jahiliyyah itu tidak layak bergandingan dgn islam..

nmun..
apa maksud d sebalik jahiliyyah itu..
klu dr segi bhs dapt diperhatikan jahiliyyah berasal dari perkataan jahala yg bermaksud bodoh ataw tidak tahu..

klu takrifan dr kamus dewan pula...
tidak mengetahui (ajaran agama Islam, sesuatu hal, dll), bodoh
atau cetek pengetahuan..

apepun dalam al quran banyak menyebut tentang jahiliyyah..
sama2 lah kita membuka dan membaca serta mentadabbur al quran..
supaya kita sendiri ley tahu ape itu jahiliyyah dan bagaimana praktikal jahiliyyah yg ade dlm quran..


apepun..
tjuk yg ingin saye kupas adlah..
adakah jahiliyyah dan islam ada titik  e atau titik keseimbangan..
klu dilihat secara realiti kehidupan pada diri setiap mnusia memang kite nampak keseimbangan ini..
malah kite nampak yg jahiliyyah lebih besar dari islam
tp sebenarnya..
jahiliyyah dan islam tidak boleh seimbang..
kerana kalau jahiliyyah dan islam seimbang maka..
tidak akan wujudlah manusia muslim yg benar2 muslim.
krn masih wujud lagi jahiliyyah dalam diri mereka..

bagaimana yg di maksudkan jahiliyyah dan islam itu seimbang dalam diri muslim malah..
jahiliyyah lebih besar @akbar min islam..
iaitu..
kite lihat pada diri kite sekarang ini..
yang mana kita islam..
tp masih ada lagi jahiliyyah yg kita tak nak buang,,,
sebagai contoh..
seorang perempuan muslim tp tidak mahu tutup aurat..
sedangkan dy tau menutup aurat itu wajib...
itulah yg dikatakn jahiliyyah yg membatasi islam dan iman itu..

klu nak dibezakan jahiliyyah kita sekarang dengan jahiliyyah zaman Rasulullah dulu..
zaman sekarang lagi teruk..
kerana ape??
kerana jahiliyyah dulu dalam keadaan islam belum datang lagi..
tp jahiliyyah kite jahiliyyah yg islam dah datang..
sedih bile terkenang perkara ini..

contoh jahiliyyah dulu yg sama dengan jahiliyyah sekarang iailah
bunuh anak..
klu di zaman jahiliyyah dulu..
bunuh anak di anggap biasa..mereka menanam anak2 mereka hidop2 tnp belas,,
begitu juga dengan keadaan sekarang
buang anak di tepi longkang,,,
dalam tong sampah..
nampak secara tulisan sama sahaja..
tp bila diperhalusi lagi..
jahiliyyah di zaman sekarang sangat teruk krn kita buat dalam keadaan islam sudah ada berbanding dulu..

 jadi apa tugas kita sekarang??
sebagai individu muslim...
adakah masih mahu punyai titik keseimbangan antara jahiliyyah dan islam..??

saya bg satu analogi..
ibarat pinggan adalah manusia..
ada 2 jenis nasi..
1 nasi yg baru di masak..
1 lagi nasi yg dah basi..

dalam sebiji pinggan itu ada nasi baru di masak..
after that,kita campur dengan nasi yg dah basi...
agak2 nya apa akan berlaku pada nasi baru dan pinggan itu.
pasti akan berbau busuk  dek kerana nasi basi itu..
jadi..
fikir2lah adakah kita mahu membusukkan atau mengotorkan diri kita dengan jahiliyyah itu??
saya tinggalkan persoalan ini untuk kita merenung dan memikir sejenak...

di bawah ini saya sediakan sedikit perkongsian dengan antum tentang tajuk ini..
sekadar tambahan sahaja..ini pandangan dari student ekonomi..
same2 kita baca dan fahami..
ök..klü kıté amık çth çürvé şımplé şüpply démand..aş ü knöw çürvé démand hübünğan şönğşanğ antara 2 pakşı dan çürvé şüpply adalah şébalıknyé..şö klü kıté amık thış şamplé la kan..çürvé şüpply adalah ışlamıç çürvé dan çürvé démand jahılıyyah çürvé..şö şépértı yğ kıté lıhat 2 çürvé nı bérşıl...anğ pada şatü tıtık ıaıtü tıtık é yanğ bérmakşüd pértémbünğan antara 2 ınştrüméN nı şémaşa dlm pröşéşnyé (pérgérakan tıtık pada çürvé bukan mövémént çürvé térşébüt).

  • şamb...


    şö dh dé la kn tıtık é yğ dıçarı tü kan..théN ışlam kéép ön traçk ütk bérkémbanğ whılé jahılıyyah kéép ön track dımınışhınğ..abaıkan ğap yanğ dé antara 2 cürvé nı..


    dlm köntékş ékönömınyé démand>şüpply thén démand=şüpply thén şüpply>d...émand

    şékıan..klü şalah pé şüşah wat jé téörı barü..
     

    anda memang sentiasa ke depan dalam bab ekonomi ni..secara teori, saya setuju, adik2 ni pun saya yakin dorg setuju..tapi perlu kepada kefahaman mudah teori titik pertemuan jahiliyah n islam ni..menarik teori yang anda buat ni..terima kasih ...atas prkongsian..curve ni mgkin boleh digunakan dlm teori kenaikan Islam n buang jahiliyah dlm dri kita, bkn titik pertemuan islam n jahiliyah..

    *tidak ada tampal menampal, tidak ada penyelesaian separuh jalan, tidak ada pertemuan di pertengahan jalan biar bagaimana sekalipun jahiliyah itu menyalutkan badannya dengan pakaian Islam atau memakai nama Islam* SQ

    sekian..




    maka..
    wajarlah kita menidakkan islam dan jahiliyyah wujud titik keseimbangan..
    kerana tidak wujud islam tampal2..
    sebenarnya untuk membincangkan tjuk ini mungkin memerlukan masa yg begitu lama..
    tidak cukup hanya d blog.
    malah perlu masa ratusan tahun mungkin..
    kerana jahiliyyah memang susah di buang..


    namun..
    saya tetap berharap perkongsian ini mampu membuka hati kita..
    untuk say  sayonara to jahiliyyah...


    insyaAllah..




    dalam teratak gelap..
    irbid,jordan
    12.06am..

Salju Sakura