Wednesday, January 12, 2011

jELajaH SejARah

cuti sem ini agak lama lah..tapi tak tahu nak buat apa..kalau ikut planning batch kami nak jelajah syria..
tapi..
banyak pula kemungkinannya..
sepatutnya ada coster untuk bercuti ke syria,tapi coster tak lepas keluar jordan..
jadi..
keputusannya kami akan gamble ramai2 naik bas ting tong..
kalau kami jadi pergi..
insyaAllah kami akan melawat beberapa makam dan tempat bersejarah di syria..
kalau tak jadi pun tidak mengapa..
anggap ini adalah perkongsian ilmu sahaja..

fes sekali..
saya ingin berkongsi sedikit kisah ABI DARDA'


Masjid dan Maqam Abi Darda' yang terdapat di Dimasyq
Abi Darda' pernah menjadi Qadi di Dimasyq ketika Zaman Khalifah Umar Al-Khattab
dan dikatakan wafat di Dimasyq

Ringkas mengenai Abi Darda'
Abi Darda' atau nama sebenarnya Waimir bin Zaid adalah salah seorang sahabat yang masyhur, cukup tawadhu' bahkan amat takut dosa-dosanya. Sepanjang hayatnya beliau banyak menyertai peperangan bersama Rasulullah S.A.W.

Beliau memasuki Islam akibat tindakan Abdullah bin Rawahah yang memecahkan patung berhala di rumahnya. Sebaik mengetahui perbuatan itu, beliau amat marah namun terfikir dihatinya jika berhala itu berkuasa mengapa ia tidak mampu mempertahankan dirinya sendiri. Menyedari kebodohannya selama itu, maka ia segera menemui Rasulullah S.A.W dan mengistiharkan keIslamanya.

Abi Darda' telah dilantik sebagai Qadi Dimasyq oleh Saidina Umar bin Al-Khattab.

Seorang sahabat bernama Abu Qalabah bercerita tentang Abi Darda' :

Suatu hari Abi Darda' melihat orang sedang mencaci maki seorang yang telah membuat dosa lalu ia bertanya kepada kelompok yang sedang mencaci maki tersebut

"Bagaimana pandangan kalian apabila bertemu dengan orang yang terperosok ke dalam lubang?.. Bukankah seharusnya kalian berusaha menolong mengeluarkannya dari lubang tersebut?

Jawab mereka "Ya. Tentu sahaja"

Abi Darda' berkata: "Kalau begitu, janganlah kalian mencela dia, tetapi hendaklah kalian bersyukur kepada Allah yang telah menyelamatkan kalian"
Pemuda-pemuda di situ bertanya pula kepada Abi Darda': "Apakah anda tidak membencinya?"
Abi Darda' menjawab "Aku benci perbuatannya. Apabila ditinggalkannya maka ia adalah saudaraku".

second story is about..
jeng jeng jeng..

patung salahuddin al ayyubi di damsyik

Salahuddin al-Ayyubi (Arab: صلاح الدين الأيوبي / Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyubīy‎, bahasa Kurdi: سه‌لاحه ‌دينێ ئه ‌يووبى / Silhedînê Eyûbî, Parsi: صلاح الدین ایوبی, Turki: Selahaddin Eyyubi) atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurdis di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib
   
Kebangkitan
Salahuddin dilahirkan di dalam sebuah keluarga Kurdish di Tikrit dan dihantar ke Damsyik untuk menghabiskan pelajarannya. Ayahnya, Najm ad-Din Ayyub, ialah gabenor wilayah Baalbek. Selama 10 tahun Salahuddin tinggal di Damsyik kawasan istana milik Nur ad-Din


Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Shirkuh yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Nur al-Din dan sering mewakili Nur al-Din dalam kempennya menentang Kerajaan Fatimiyyah di Mesir sekitar tahun 1160. Salahuddin kemudiannya mewarisi tugas menentang Kerajaan Fatimiyyah (akhirnya tumpas) daripada bapa saudaranya dan dilantik menjadi panglima pada tahun 1169. Di sana, dia mengambil alih tugas sukar mempertahankan Mesir daripada diserang tentera Salib dibawah Kerajaan Latin Baitulmuqaddis pimpinan Almaric I. Kemampuan Salahuddin diragui pada peringkat awal perlantikkannya sebagai panglima. Tiada sesiapa yang menyangka beliau dapat bertahan lama ekoran terdapat banyak perubahan dalam kerajaan dalam tahun sebelumnya seperti perebutan kuasa oleh gabenor-gabenor yang sedia ada dalam mendapat perhatian khalifah. Sebagai seorang ketua tentera asing dari Syria, Salahuddin tiada kuasa ke atas askar-askar Mesir yang terdiri daripada golongan Syiah yang ketika itu dipimpin oleh Khalifah Al-Adid.
Apabila khalifah itu meninggal dunia pada bulan September 1171, Salahuddin mengarahkan para imam mengumumkan nama Khalifah Al-Mustadi (Khalifah Abbasiyyah di Baghdad) semasa solat Jumaat. Sekarang, walaupun Salahuddin yang memerintah Mesir tetapi hanya sebagai wakil Nur ad-Din. Selepas dilantik menjadi pemimpin Mesir, Salahuddin melakukan perubahan terhadap ekonomi Mesir, menyusun semula angkatan tentera, dan menuruti nasihat ayahnya supaya mengelak daripada sebarang konflik dengan Nur ad-Din. Beliau menunggu sehingga Nur ad-Din meninggal dunia sebelum memulakan beberapa siri kempen ketenteraan. Pada awalnya terhadap beberapa kerajaan-kerajaan Muslim yang kecil kemudian ke atas tentera Salib. Dengan kewafatan Nur ad-Din pada tahun 1174, beliau menjadi Sultan Mesir. Beliau kemudian mengisytiharkan kemerdekaan daripada kerajaan Seljuk dan mengasaskan Kerajaan Ayubbiyyah. Beliau turut mengembalikan ajaran Sunah Waljamaah di Mesir.

third  story...

bilal bin rabah..

Bilal bin Rabah r.a dilahirkan di Kota Mekah sekitar tahun 43 Sebelum Hijrah(ada pendapat yang mengatakan beliau dilahirkan di Habsyah atau kini disebut negara Ethopia). Bilal r.a dibesarkan di Kota Mekah sebagai seorang hamba anak-anak yatim Bani Abdul Dar yang berada di bawah jagaan Umaiyyah bin Khalaf. Setelah Rasulullah s.a.w dibangkitkan menjadi Nabi dengan membawa risalah Islam, Bilal adalah terdiri dari kalangan orang-orang yang paling awal memeluk Islam. 

Pengislamannya

Ketika beliau memeluk Islam, hanya terdapat beberapa orang sahaja yang memeluk Islam di atas permukaan bumi ini iaitu: Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Ali bin Abi Talib, Ammar ibn Yasir serta ibunya Sumaiyyah, Suhaib Ar-Rumi dan Miqdad Al-Aswad. Beliau menerima Islam melalui sahabatnya yang bernama al Fadl dan dilihat beliau begitu bersungguh-sungguh untuk mendalami ajaran agama Islam sehingga sanggup berulang-alik ke rumah Arqam bin Abi Al-Arqam secara rahsia supaya kegiatannya menerima Islam sebagai sebahagian daripada hidupnya tidak diketahui oleh tuannya.
Namun akhirnya Umaiyah mengetahuinya dan memujuk Bilal agar meninggalkan Islam dan kembali ke ajaran asalnya, tetapi Bilal berkeras untuk mempertahankan Islam sebagai agama dunia dan akhiratnya. Umaiyah pernah berkata,
“Aku berkuasa ke atas tubuh dan jasadmu.”
Tetapi Bilal lantas menjawab,
“Fikiranku, imanku dan kepercayaanku bukan milikmu.”
Setelah gagal memujuk Bilal, Umaiyah nekad untuk bertindak kejam ke atas Bilal dengan mengikat batu besar di tubuh Bilal yang tidak berpakaian, mengheret ke tengah padang pasir yang panas membakar dan memukul tanpa belas kasihan.

 Jasa dan Perjuangannya

Beliau meninggal dunia pada tahun 23 Hijrah di negeri Syam dan dikebumikan di Damsyik. Sepanjang hayatnya beliau diakui sebagai seorang yang patuh dan rajin terhadap tanggungjawabnya, ikhlas, amanah, berani, tabah, dan sanggup menghadapi risiko demi mempertahankan kebenaran. Beliau juga pernah menyertai barisan tentera Islam dalam beberapa peperangan dan dilantik sebagai juruazan oleh Rasulullah dan kerana itulah namanya kini diabadikan kepada setiap juruazan atau bilal.

fourth story is...

Ibnu al-Katsir menyatakan :
“Seluruh yang saya baca tentang raja, baik pada masa penggal pra Islam dan pada masa Islam hingga sekarang, saya tidak pernah melihat seorang raja yang lebih adil dan baik kepada rakyat bawahannya setelah Khulafa’ Arrasyidin dan Umar bin Abdul Aziz yang punya sejarah baik dari Nuruddin, raja yang adil.”

Pernahkah kita mendengar kisah seorang sultan yang bernama Nuruddin Mahmud al-Zinki? Ada pendapat yang mengatakan bukan 4 orang khalifah dalam Khulafa’ Arrasyidin, tetapi terdapat 6 orang khalifah termasuk Umar bin Abdul Aziz dan juga Nuruddin al-Zinki.

Nuruddin Mahmud Zinki lahir setelah 20 tahun kejatuhan Baitul Maqdis ke tangan Salib pada 17 Syawal 1511 bersamaan Februari 1118 Masihi. Beliau merupakan pengikut Mazhab Hanafi yang mempunyai ilmu yang luas sehinggakan beliau diberi izin untuk meriwayatkan hadis-hadis. Keperibadian Nuruddin memaparkan beliau sebagai seorang pemimpin ummah berwibawa. Dalam majlisnya, tidak dibicarakan hal-hal kecuali hal ilmu, agama dan jihad.

Nuruddin telah berjaya menggulingkan kerajaan Syiah Fatimiyyah di Kaherah. Maksud Kaherah adalah mengatasi ataupun bermaksud sebenarnya adalah ingin mengatasi kerajaan Sunnah di Baghdad. Pada waktu tersebut kerajaan di Baghdad begitu lemah. Nuruddin memulakan karier sebagai seorang askar biasa dan kemudianya pangkat satu per satu sehingga menjadi jeneral daripada berkat usahanya. Setelah itu beliau menggunakan kelebihan tersebut untuk menggulingkan kerajaan di Kaherah. Terdapat pelbagai sumbangan yang dilakukan oleh beliau semasa pemerintahannya antaranya menubuhkan universiti tertua di dunia iaitu university al-Azhar.

Beliau mempraktikkan dalam hidupnya dengan adab yang sentiasa menghormati ulama’ dan menghargai mereka. Apabila beliau didatangi oleh seorang fakih dan soleh, beliau berdiri terlebih dahulu dan mempersilakan orang tersebut duduk. Beliau memperlihatkan penghormatan dan penghargaan kepadanya. Maka, tidak mustahil generasi selepasnya dapat mencontohinya sehinggakan lahirnya seorang pejuang agama Salahuddin al-Ayyubi.

Kemuncak era kepimpinan Nuruddin Mahmud Zinki adalah pada 1173 Masihi bersamaan 569 Hijrah. Nuruddin bersiap sedia untuk melancarkan serangan terakhir ke Baitul Maqdis dan membebaskan tanah tempat israknya Rasulullah SAW dari cengkaman hegemoni Salib. Maka untuk itu, beliau telah menyiapkan satu mimbar baru yang cantik sekali yang diperuntukkan penggunaanya di Masjidil Aqsa kelak setelah umat Islam berjaya menakluki al-Aqsa. Beliau mengutus surat kepada orang bawahannya di Mesir, Salahuddin al-Ayyubi namun kematian terlalu cepat menjemputnya.



Sultan Nuruddin Zinki telah pulang ke rahmatullah pada 15 Mei 1174 bersamaan 11 Syawal 570 H. Usaha murni beliau diteruskan oleh pewaris selepasnya dan terbukti usaha beliau bersama beberapa individu lain berhasil apabila Baitul Maqdis dapat dibebaskan daripada cengkaman Salib yang zalim selepas 13 tahun daripada tarikh kematiannya. 

mungkin setakat ini sahaja perkongsian tentang tempat2 bersejarah ini.sebenarnye ada banyak lagi tempat yg sepatutnya dikunjungi tapi cuma ini yang mampu dikongsi.bagi maklumat lain yg tak dapat saya kongsi silalah sama2 kita mencari dan search ye...


tengah ngantuk
1055pm waktu jordan
teratak sakan yarmouk..

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura