Sunday, January 9, 2011

CerITa Di SEbaLIk pERanG UHUD

Perang Uhud berlaku pada hari Sabtu 11 Syawal tahun ke 3 hijrah/ 26 Mac 625 masihi antara pasukan Quraisy Mekah dipimpin Abu Sufyan bin Harb dengan pasukan muslimin di bawah pimpinan Nabi Muhamad SAW. Pasukan musyrikin Mekah berjumlah 3 ribu orang lengkap dengan senjata serta mendapat bantuan dari beberapa kabilah Arab antaranya Kinanah dan Tihamah. Pasukan muslimin pada mulanya berjumlah 1 ribu orang tetapi pada saat akhir Abdullah bin Ubai dan para pengikutnya seramai 300 orang menarik diri pulang ke Madinah. Dengan itu jumlah sebenar pasukan muslimin yang terlibat dengan Perang Uhud 700 orang sahaja.

Kisah dimulakan dengan kekecewaan pihak Quraisy yang kalah dalam perang Badar  walaupon perbezaan bilangan tentera sangat besar. Abu Sufian bin Harb orang yang bertanggungjawab mempengaruhi orang Quraisy untuk memerangi orang Islam. Pelbagai perancangan dilakukan, pertolongan dari suku lain dipohon untuk memantapkan tentera mereka. Beberapa peperangan kecil berlaku, dan semuanya berpihak pada tentera Islam.



Akhirnya tibalah pertempuran di Bukit Uhud, yang mana pasukan tentera Quraisy diketuai oleh Abu Sufian bin Harb, Khalid Al Walid (semasa kejadian, beliau belum memeluk Islam) dan Ikramah manakala pasukan wanita diketuai oleh Hindun. Tentara Islam dibahagikan kepada 3 pasukan iaitu kumpulan Muhajirin yang berasal dari Mekah, benderanya dipegang oleh Mush’ab bin Umair, kumpulan Aus dari kaum Ansar, benderanya dipegang oleh Usaid bin Hudlair dan kumpulan Khazraj dari kaum Ansar, benderanya dipegang oleh Al Habbab bin Al-Mundzir.


Di Bukit Uhud, 50 orang yang terdiri daripada pasukan memanah telah diperintahkan untuk mengadakan kubu pertahanan di atas bukit dan diperintahkan agar tidak meninggalkan bukit itu sama ada kalah atau menang sehingga diberitahu kelak.
Pertempuran bermula dan mula menyaksikan kegoyahan tentera Quraisy. Tentera musyrik mula berundur dan tentera Muslim mula nampak kejayaan mereka dan ketika itu, tentera yang bertahan di atas bukit mula meninggalkan tempat itu untuk memungut harta yang tertinggal dan menguasai medan kemenangan. Sebaik mereka meninggalkan bukit tersebut, Khalid al-Walid bersama tentera berkudanya serta beberapa pimpinan perang untuk mula menyerang dari belakang iaitu menerusi bukit tersebut.

Serangan tersebut memecah-belahkan tentera Muslim dan melemahkan pertahanan mereka. Ketika itulah muncul pelbagai dakwaan dan propaganda yang turut mengatakan bahawa Muhammad telah terkorban. Itu menyebabkan kebanyakan tentera Muslim menjadi lemah dan tidak bersemangat sehingga berpecah kepada kumpulan yang ingin meneruskan perang dan yang ingin lari. Walau bagaimanapun, Muhammad s.a.w. bersama Abu Bakr as-Siddiq, Umar ibni al-Khattab dan Ali bin Abi Thalib masih selamat. Ubai bin Khalaf ketika itu muncul untuk membunuh baginda dan baginda mengambil lembing terus menikam Ubai sehingga mati. Ini merupakan pembunuhan yang pertama dilakukan baginda.
Baginda turut jatuh ke dalam lubang yang digali oleh Abu Amar Ar-Rahab dan dikurung baginda di dalamnya. Ia menyebabkan kedua-dua belah lutut baginda tercedera, cedera pipi, gigi
patah dan baginda turut pitam di dalamnya. Kemudian, muncul Fatimah bersama Ali membasuh luka baginda. Tidak kurang juga tentera Muslim yang lain. Jika tidak terkorban, kebanyakannya tercedera dengan hebat. Serangan bertubi-tubi dilakukan oleh tentera Quraisy dengan penuh dendam.

Lebih 70 orang tentera Muslim terkorban manakala hanya 23 orang tentera Quraisy yang terkorban. Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang panglima Islam turut dibunuh oleh lelaki Habsyi bernama Wahsyi. Dadanya pula kelihatan telah ditebuk dan hatinya telah dikunyah oleh Hindun iaitu isteri Abu Sufyan. Baginda memerintahkan agar mereka yang syahid itu dikebumikan bersama pakaian mereka.

Setelah pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para sahabat dan umat Islam seluruhnya bahawa kita perlu taat kepada ketua selain Allah dan rasul-Nya.


sebenarnya..
sebelum peperangan bermula..
Raulullah telah bermimpi..
di dalam mimpi baginda

Demi Allah sungguh aku telah melihat pertanda baik, aku melihat seekor sapi yang disembelih, pedangku tumpul, dan aku masukkan tanganku didalam baju besi, aku ta’wilkan sapi dengan gugurnya sekelompok orang dari sahabatku, tumpulnya pedangku dengan gugurnya salah satu anggota keluargaku sementara baju besi dengan Madinah”.


same2 lah kita mengambil iktibar dari kisah perang uhud ini..


serba sedikit berkongsi..
teratak sakan yarmouk
5.30 pm..
waktu jordan..

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura