Tuesday, June 3, 2014

KASUT BATA vs KASUT MYDIN

Su termenung jauh.Sesekali dia memandang ke bawah melihat kasutnya.Tindakannya diperhatikan oleh Maria yang berdiri sejauh 10 langkah dari belakangnya.Maria gadis ceria dan jarang menunjukkan dirinya sedang bermasalah.Maria berasal dari keluarga yang sederhana sahaja,tidak miskin dan tidak kaya.Penampilannya juga biasa sahaja namun tidak selekeh.Maria tidak memakai barang-barang yang berjenama kerana tidak diajar dari kecil oleh ibubapanya untuk membeli barang-barang mewah.Maria suka bershopping tapi hanya membeli barang-barang murah.Padanya,cantik itu penting tapi biarlah berpada.Itulah salah satu motto hidupnya untuk sentiasa nampak bergaya.Bukan niatnya untuk menunjuk atau berlagak seperti orang kaya,tapi mungkin perangainya sudah dibentuk sejak dari kecil.Seingat Maria,semenjak kecil ibunya selalu membelikan mekap,kasut dan baju-baju untuknya di ekspo.Harganya tidak mahal tapi Maria tetap nampak comel sewaktu dia kecil.
Berbeza pula dengan Su,dia pun tidak terlalu kaya tapi hidupnya lebih mewah berbanding Maria.Meminati barang berjenama.Su beruntung kerana mempunyai abang dan kakak yang ramai telah bekerja dan kebanyakkan wang sakunya adalah diperolehi dari mereka.Kadang-kadang keluarga Su ada ketikanya menghadapi masalah kewangan dan saat itu keadaan Su akan berubah.Dia bersikap murung.Hari itu,dia mengadu pada Maria bahawa kehidupannya susah.Dia hanya mampu membeli kasut jenama BATA bagi menggantikan kasut jenama dia yang lain.Maria pula hanya tersenyum dan mengingati kembali kasut-kasut yang pernah dipakai,tiada satu pun kasutnya berjenama bata.Maria hanya membeli kasut-kasut di Mydin atau di kedai-kedai keling tepi jalan.Kadang-kadang memakai kasut yang diberi oleh jiran-jiran.

Su rasa susah hati terpaksa menukar jenama kasut dari sembonia kepada bata sedangkan Maria tidak hairan dengan kasut yang sedang dia pakai berharga rm16.90.Siapa kisah.

Jangan sentiasa melihat ke atas,nescaya kamu tidak akan berasa puas dengan apa yang dimilikimu kini.Sentiasa meilhat ke bawah supaya kamu lebih bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang ada sedangkan ramai lagi masih tidak mempunyai apa yang kamu miliki.

Wednesday, April 16, 2014

PiLiH SuAmi atau Ibu MerTua

related on risik merisik

Memilih sesuatu untuk perkahwinan bukan sesuatu yang mudah.Dari segala aspek perlu diperhatikan.Termasuk adakah pasangan kita berpegang pada agama yang kuat,bertanggungjawab,bertimbang rasa,sayang pada kita atau adakah pasangan kita sentiasa mendahulukan keluarganya dalam segala hal dan membiarkan kita mengikut sahaja keputusan yang dibuat olehnya atau keluarganya.Ada juga yang lihat pada siapa mertuanya.Kalau ayah mertua jarang orang pilih sebab kebiasaan ayah mertua tidak ambil kisah siapa menantunya as long as dia baik hati(biasanya ayah kepada suami).Kalau ayah perempuan,si suami kena ambil hati lebih sikit lah sebab ayah sayang anak dia dan biasanya mak perempuan akan suka menantu lelakinya.Begitu juga dengan ibu lelaki agak cerewet dengan pilihan calon isteri anaknya.Ini kebiasaannya dan tidak tepat pada sesetengah keadaan.

Aku pula lebih selesa melihat kepada keluarga sang lelaki.Terutama ibu dan adik beradik perempuannya. Aku sentiasa terfikir yang ahli keluarga perempuan kepada lelaki ni pembuli.Kadang-kadang suruh buat itu lah,ini lah. Terpengaruh dengan drama namanya. Tapi betullah,sebagai seorang perempuan aku berhak memilih environment yang sesuai,sebab kalau kahwin pun,kita tak kahwin dengan suami sahaja tapi dengan seluruh keluarganya.

menyentuh isu ibu mertua,dilema yang aku hadapi adalah memilih samada ibu mertua atau bakal suami. Dijadikan cerita,ibu kepada seniorku sangat baik.Dia benar-benar berkenan denganku namun aku terpaksa menolak lantaran sudah mempunyai pilihan hati.Kekeliruan melanda adakah ibu kepada boipren ku ini sudi menerima kelemahanku yang tak pandai memasak.Sedangkan ibu seniorku tak kisah langsung kalau dia yang masak lepas aku dan anaknya berkahwin.

kesedihan yang teramat kami sekeluarga tatkala menolak risikan keluarga pak cik zaaba seakan ada sedu yang tidak terlepas.Namun,bila aku fikir sebaiknya,aku dan seniorku tidak sesuai.Mungkin bagus keputusan ini..

saat ini masih menanti jodoh yang terbaik buatku.

Sunday, March 9, 2014

RiSiK MeRiSik

Perkataan kalau ulang berkali di bibir lama-lama menjadi doa jua.Begitu jua dengan mulut aku ni yang ikut suka nak cakap apa.Mulut masin juga aku ni.
Baru-baru ni,my kezen kahwin,so aku antara orang penting jugalah dalam majlis tu.Mana tidaknya,dari urusan dapur sehinggalah ke pintu rumah aku uruskan.Tema majlis pada hari itu ialah pink belacan.Warnanya macam mana pun aku tak tahu.
nak dijadikan cerita,sebagai orang penting aku pun perlu memakai baju mengikut kesesuaian tema.Aku sempat cakap pada mak aku,
   
                       "kena pakai cantik-cantik ni mak,jodoh kan ada di mana-mana,manalah tahu                                     jumpa sorang   dua...."

disebabkan kata-kata aku itulah,terjadinya inseiden yang tidak diduga.Bertanggal 8 Mac 2014,sebuah kereta gen2 hitam mewah memasuki perkarangan rumahku.Tetamu yang tidak diduga iaitu dua pupu emakku datang,ku katakan namanya pakcik zaaba bersama-sama isteri dan 3 orang anak-anaknya.Pada mulanya aku tak syak apa-apa pun tentang kehadiran mereka ke pondok usangku itu walhalnya boleh saja aku meraguinya sementelah mereka tak pernah datang ke rumahku.Aku melayan mereka seperti biasa.
Sedang asyik aku menggoreng keropok yang baru ku beli dari terengganu untuk dijadikan santapan mereka, tiba-tiba abahku memanggilku di dapur,katanya pakcik zaaba panggil.Aku yang agak berat hati dan malas-malas menurut sahaja bontot abahku menuju ke ruang tamu.Pak cik zaaba terus bertanya padaku yang ketika itu sedang malas-malas duduk di atas sofa.

                      " bila nak makan nasi minyak..",seloroh pakcik zaaba dalam air muka yang                                           bergurau tapi      ledakan hati yang serius.

                          "kedai tak bukak lagi ni nak makan nasi minyak..",jawab aku juga berseloroh                              kerana ku   dia juga bergurau.Kata-kataku disambut tawa ramai yang ada.

                          "serius la ni,bila nak makan nasi minyak....",dia mula berdiri sambil                                              memegang handphone. aku rasa seperti berada di sesi photoshoot.

                         "pakcik awak ni berkenan kat awak",tiba-tiba isterinya bersuara.Aku yang                                    ketika itu hanya    senyum tak berkata apa-apa.Kaget sebab baru faham                                     soalan-soalan itu.

Aku hanya berdiam diri di atas sofa sambil mendengar pakcik zaaba dan isterinya menceritakan perihal anak sulungnya.Aku kenal anaknya,senior aku sewaktu di sekolah menengah.Aku senyum dan sesekali memandang emakku yang sudah kegelisahan.Tak tahu nak bagi jawapan apa.Kerana jawapan diperlukan segera saat itu.

                          "Pakcik dan makcik nak tanda awak ni untuk anak sulung kami.Kami dah                                            berkenan kat   awak masa kenduri hari itu..."

Aku yang mendengar terus membulatkan mata.Seakan tak percaya,kata-kataku menjadi kenyataan.Nah, memang jodoh di mana-mana lah jawabnya ni.Ibu bapaku meminta tempoh dengan mereka untuk berfikir. Hati aku kosong.Tak tahu suka atau tidak dengan kejadian itu.

Yang menyukarkan aku membuat keputusan ialah kerana aku sudah ada seseorang yang aku sedang berkawan.Tetapi menjadi masalah sebab aku tak tahu bagaimana pengakhiran hubungan kami.Sebab tu lah jadi payah nak buat keputusan.Begitu juga alasan yang sama diberikan ibu bapaku.Bimbang kalau ditunggu orang jauh,hubungan tak menjadi.Sudah ditolak pinangan orang,bimbang tiada lagi yang datang meminang. Semua jadi tak menentu.Terlalu cepat kurasakan.Tak pernah tercatat dalam diari kehidupanku berlaku risikan terhadapku.Haru juga.

Buat masa ini,keputusan ku serahkan pada ibu bapaku.Moga Allah membantu.

   sambil aku berdoa semoga senior aku tu tak suka aku dan tolak pilihan mak ayah dia heh

ok,doakan yang terbaik buat saya.Semoga mendapat petunjuk yang betul.Aamiin

Wednesday, February 19, 2014

Jalannya tidak lurus

semester akhir baru bermula dan ia merupakan perjalanan aku menyiapkan tesis.Tapi,entah mengapa ia rasa begitu kosong,kosong,kosong.Berbeza benar dengan semester lepas yang begitu sibuk sehingga aku tidak sempat memanjakan diriku sendiri.Rasa longlai dari dalam badan sehingga dapat dipaparkan di luar begitu ketara.Perasaan seakan bercampur,matlamat jadi tidak menentu,arah hilang jejak.

Tahun 2014,usiaku meningkat 24 tahun dan sepatutnya saat ini aku sudah berbakti kepada ibu bapaku.Namun,aku masih bersama buku-buku,jurnal-jurnal dan masa yang entah berkualiti atau tidak. Bukan hendak kukesali saat ini,tapi kekadang kurasa nasib tidak sering menyebelahiku.

Seringkali aku berbicara dengan diriku mengenang nasibku dan kucuba memotivasikan diri,tapi hanya sehari dua aku bertahan dengan motivasi itu sedangkan aku masih hidup selepas sehari dua yang lalu.Melihat kejayaan orang-orang disekelilingku,aku jadi cemburu.Cemburu kerana mereka punya duit sendiri,kereta sendiri,perbelanjaan harian yang tidak perlu disekat,tidak seperti ku.Perbelanjaan untuk keperluan asas sahaja seperti makan sahaja harus kusekat.Makan sekali sehari dan harga makanan tidak melebihi rm4. Bagaimana aku mahu mencapai sasaran rm4 sehari dengan keadaan hidup di tempat yang dikira bandar ini.
Jawapannya,ambil nasi separuh dan pilih lauk telur dan sayur,atau daging dan sayur.Kalau makan ayam dan sayur harga nasi kekadang rm4.50.

Ibuku,kekadang memujukku bahawa rezeki sudah ditetapkan untuk setiap orang,cuma jalan menujunya sahaja berbeza.Ada orang senang dapat rezeki,ada orang bukan main payah nak dapat sesuatu.Ada orang,usahanya sedikit,tapi  mudah pula diberi rezeki dan ada orang kuat benar usahanya tapi susah pula mendapatkan apa yang diingini.Aku percaya itu kerana ajal,maut,jodoh dan rezeki semua di tangan Tuhan .Dan jika Dia berkehendakkan untuk memberi kepada seseorang,maka akan diberikan dan sebaliknya.

Kekadang,aku tertekan apabila melihat keluarga susah mendapat apa yang dingini dan akulah yang berasa terpanggil dan bertanggungjawab memnuhi keperluan mereka disebabkan aku anak pertama.Bila aku sampaikan angan-anganku kepada keluargaku,ada sahaja antara adik beradikku yang menyindirku.

"Mak,jangan risau,nanti saya belanja itu,ini..."

"kau tak payah cakap lah,cakap macam orang berjaya,padahal tak nampak pun berjaya" (my younger brother said to me)

Aku redha dengan perjalanan yang telah ditetapkan,namun saat ada sindiran dan herdikan dari mereka yang kuharap menyokong perjalananku,aku jadi tidak betah.

Saat sekarang,hidupku benar-benar kucar dan aku berharap aku juga dapat perjalanan yang mudah seperti yang lain.

#jiwaharubiru

Friday, January 17, 2014

Mamat PELIK

Lama juga rasanya tak hapdate belog ni.Sibuk sikit dengan study yang haru biru dan kacau bilau yang membotakkan seluruh kepala.Di kesempatan mata yang tak tertutup ni,bolehlah saya menghapdate belog ni kan.

cerita pagi ini adalah berkaitan seorang kawan saya.Dia lelaki.Dia classmate saya untuk satu sem ni.Dia kira junior saya tapi umurnya lagi tua dari saya,i guess.Sepanjang satu sem ni saya tak pernah bercakap dengan dia walaupun namanya sering meniti di bibir saya.Saya gelarkan dia Farz.

First time saya kenal dia ni,bukan main benci lagi saya pada dia.Sebab dia sound direct kawan saya.Padahal junior kot,bajet tahu serba serbi.Ok,nak dijadikan cerita,dia ada usya kawan saya ni and start from that moment la nama dia meniti di bibir saya dan rakan-rakan yang lain.Bukan setakat yang rapat dengan saya,malah satu batch bercerita pasal Farz ni.

Pada pandangan mata saya ni,dia ni nampak berlagak nak mati.Sombong,angkuh and PELIK.Saya ingat saya je yang rasa dia pelik,rupanya semua orang pun rasa dia pelik termasuk kawan-kawan lelaki.So, i guess dia ni memang pelik la kalau semua pun tak boleh nak masuk dengan dia.

Tapi,sejak kawan saya reject dia ni sebab sakit hati tahap gaban kat dia,Farz ni start mesej saya.Saya pun pelik juga tapi saya dapat hidu dia rapat dengan saya sebab kawan saya .Mula-mula saya tak rasa pun nak layan mamat ni sebab dia ni berlagak and suka tunjuk kemegahan yang dia ada menurut cerita kawan saya lah.But,saya rasa terpanggil-panggil nak kenal siapa dia ni,and sejauh mana kebenaran bahawa dia ni berlagak.So,saya try lah kawan dengan dia.Mula-mula boleh handle but lama-lama mamat ni dah start tunjuk belang dia.Makin lama makin berlagak.Semua kehebatan keluarga dia,dia nak cerita pada saya.Saya dah start bosan sebab tak pernah jumpa orang macam poyo macam ni.Kawan-kawan saya pun ada je anak orang kaya yang bapak diorang gaji berbelas ribu,tapi tidaklah sebelagak mamat ni.

mula-mula saya boleh sabar,tapi lama-lama,i cannot gi with him lah.So,disebabkan rasa menyampah saya dekat dia ni,terjadi perselisihan kecil antara kami.Dia ni selalu berlagak profesional tapi hampeh.Asal ada masalah sikit deactive facebook.Lantak dia lah.

Tapi,bila makin lama saya terfikir.Saya ni main lepas cakap je dengan dia sebab niat saya nak ubah dia totally different.Tapi,sepatutnya saya kena terima dulu keadaan dia,buka ubah dulu.So,misi saya nak ubah dia supaya tak jadoi pelik musnah.Grrr..

harap tak jumpa dah orang pelik macam ni.he

sebenarnya dia ni sunyi sebab tu kadang-kadang nak tarik perhatian orang tapi caranya tak betul.Harap dia dapat jumpa seseorang yang boleh tolong dia.


Sunday, November 17, 2013

Rasa Itu

Mengakui di usia begini,tidak betah melihat impian diri dimiliki orang lain.Pada mulanya,aku sendiri mengambil keputusan untuk buat tidak tahu tatkala melihat kegembiraan mereka.Menyibukkan diri dengan buku-buku yang bertambun dan assignment serta presentation yang bersusun dalam list untuk diselesaikan sebagai student master.

Siapa sahaja pun mengerti bahawa perkahwinan itu adalah impian semua insan.Begitu juga aku walau sekuat manapun menafikan akan keinginannya atas alasan tidak mahu mendera jiwa.Sangat cemburu melihat mereka yang muda dari ku dapat melangsungkan perkahwinan.Aku juga mengerti itu adalah kerja Tuhan,tiada siapa pun yang mampu menghalangnya.Melalui hari-hari dengan impian ini bersama kekasih hati sangat melukakan hatiku.Tidak berani aku menyuarakan hasrat tentang perkahwinan kepadanya disebabkan dia baru sahaja tamat pengajian.Aku biarkan masa membawa semuanya.

Mungkin sekarang,orang akan sibuk bertanya kepada ustaz ustazah bagaimana menghadapi perkahwinan atau rumah yang bahagia,bagaimana menyiapkan diri dan segalanya,tetapi mungkin aku akan bertanya, bagaimana menghilangkan rasa ingin berkahwin.

Kadang-kadang,aku berjaya menempuhinya,kadang-kadang aku juga kalah dan saat itu kekalahan aku bersama leraian air mata.

cet..poyo!!!! Kembali ke matlamat asal..

Ok saya baru ketemui cara untuk kurangkan rasa ingin berkahwin yang membuak.Saya percaya ramai dari kita yang mampu menahannya,tetapi pertahanan itu tiba-tiba hancur dek kerana tengok gambar kawan-kawan kita yang kahwin di fb.Jadi saya sarankan kita semua tutup mata bila part orang post gamba kahwin. Atau hide sahaja post mereka dari home kita supaya kebahagiaan mereka tak mengganggu gugat kehidupan kita.Kita bukan cemburu,cuma kita mahu melindungi diri dan hati kita.Lebih-lebih lagi yang tengah berkaple ye..Sila buat macam ni.Cemburu dekat orang yang tengah single sebab perasaan nak kahwin kurang membuak di hati mereka.Ok,jadi kepada yang dah kaple buat-buat la macam single ok. Hehe

wallah

Salju Sakura