Saturday, January 5, 2013

Nikmat Silamku

Bersembang dengan tok di waktu pagi memang menyeronokkan.Walaupun usia tok aku ni sudah menjangkau awal 80-an,tapi kalau dia buat perangai sebut semula salasilah keluarga dia,termasuk jiran kampung sebelah punya keluarga pun dia tahu.Kadang-kadang,tok aku ni baru jumpa seseorang tu untuk pertama kalinya,tapi bila dia soal selidik keluarga hamba Allah tu,tara...rupanya dia kenal nenek hamba tersebut.Dahsyat betul beliau ni.Silap hari bulan,kalau aku bagi dia baca kitab aku,mungkin bila nak jawab exam aku boleh tanya sahaja tok aku ni.(hehe,gurau..)

Tok aku buka cerita pasal kampung aku.Kata tok,masa kampung ni tak dipenuhi rumah-rumah,ianya adalah hutan.Masa tu,kampung aku ni kira penuh dengan pokok buah kemunting.Beliau cakap lagi,memang menjadi kegilaan anak gadis pada masa itu,masuk ke hutan mencari buah kemunting.


Aku tak pasti you all semua kenal atau tidak pokok tersebut.Mujur zaman aku kecil-kecil dulu,pokok kemunting ni masih wujud.So,apa lagi,aku dan sepupu-sepupu aku memang setiap hari masuk hutan cari buah kemunting.



ni lah buah kemunting

Masa tu,aku tak bawa pun plastik ke bekas atau sebagainya.Kitorang kutip buah kemunting tu dan isi dalam baju sampai baju tu 'buncit'.Kitorang selalu lumba,bukan siapa kutip paling banyak,tapi siapa yang dapat banyak buah kemunting yanmg berwarna agak kehitaman.Buah kemunting yang berwarna kehitaman lebih manis rasanya berbanding yang berwarna merah.Masa tu,kitorang makan buah tu tak basuh pun.
ni pula pokok kemunting

Sambil we all jalan-jalan cari buah kat dalam hutan,we all sempat juga makan sejenis buah ni,namanya buah senduduk.Orang cakap,kalau sakit lidah,elok makan buah senduduk ni.Mula-mula aku tengok buah ni,aku geli sebab buah dia ada biji-biji kecil macam bentuk lidah.Tapi,lama-lama bila cuba makan sebiji,memang rasa nak lagi.
ni buah senduduk

Mungkin kalau you all lahir sezaman dengan aku,tapi tidak tinggal di kampung macam aku,memang tak pernah tahu lah buah ni.Sebab buah ni pun dah hampir nak pupus zaman-zaman kita tengah membesar.Yelah,orang asyik tebang hutan,jadi tiada makna lagi pokok-pokok tradisi ni untuk hidup lagi.Anak-anak zaman sekarang pun bukan nak makan sangat buah hutan ni,maklumlah strawberri berlambak jual.

Satu lagi yang aku nak cerita pada you all .Pernah tak you all  main bedil masa kecil-kecil dulu.Bedil ni diperbuat dari buluh.Pelurunya we all guna buah hutan juga.

buah ni jadi mangsa sebagai peluru bedil kami

Tapi,we all ni kira badang jugalah sebab sambil bedil orang,sambil tu we all makan 'peluru' tu.
ni lah bedil yang aku cakap tu

Emm,aku rasa buah yang ni you all mesti kenal sebab buah tu ada juga orang tanam kat rumah.Halus je tapi boleh tahan mengancam rasanya.Namanya buah cermai.Selain boleh dimakan begitu sahaja,ianya boleh dibuat jeruk.Boleh juga dimasak dengan sirap.Masih kuingat,tok aku masak air gula,lepas tu bubuh sirap dan masukkan buah cermai tu.Nanti bila dah masak,buah tu akan jadi lembut dan berwarna merah.Rasanya memang manis.

tara...ni dia pohon cermai

Itulah sedikit sebanyak pengalaman masa kecilku bersama-sama buah-buah hutan yang mungkin sekarang hanya menjadi kenangan dalam lipatan hidupku.Aku seronok dikurniakan anugerah untuk tinggal di kampung dan merasai nikmat-nikmat sebegini.Aku tak menyesal langsung jika rumahku tidak berlantaikan mozek,tidak jelek jika rumahku tidak dikelilingi swimming pool, malah tidak jemu jika lamanku hanya hamparan pasir dan sekali-sekala dihiasi tahi lembu yang sesuka hati sesedap rasa dihamburkan di hadapan rumahku.

Mungkin kerana itulah,Allah mengulang-ulang firmannya dalam surah Ar-Rahman mafhumnya:(Maka nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan).Sesungguhnya,tidak layak bagi kita mengatakan Allah memilih kasih dalam memberi nikmat kepada setiap hambanya.Kita diberi olehNya secara adil malah mungkin lebih banyak berbanding yang lain tetapi amat sedikit dari kita yang bersyukur malah memilih untuk menyalahkan Allah jika diberi sedikit ujian dariNya.

Semoga kita sama-sama menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan dan janganlah meminta lebih di luar kemampuan kita.Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita.Berusahalah mencari kejayaan dalam hidup  selagi dikurniakan lima nikmat iaitu nikmat sihat,muda,kaya(ada duit),lapang dan paling penting nikmat hidup di muka bumi.Jangan persiakan umur yang ada.InsyaAllah.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
(Allah tidak akan membebani manusia melainkan sesuai dengan kemampuannya)


Kumbang Malam
1.53am

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura