Friday, September 7, 2012

Muallimah Sekolah Rendah



'
'Muallimah!Muallimah!''

Seumur hidupku,itulah kali pertama aku bergelar guru.Ternyata menjadi seorang guru itu bukanlah suatu
 perkara yang mudah.Mengimbau kembali saat aku masih keanak-anakan,masih di awal persekolahan.Ketika itu,masih belum tahu menulis dan membaca.Di saat,kegemaranku bukanlah pada buku-buku berkulit coklat apatah lagi memandang pada papan hitam yang gagah melekat di dinding yang tidak mengerti sakit tatkala dicucuk-cucuk dengan kapur putih.

Aku kini mengerti mengapa Cikgu Samsudin itu terlalu garang.Di tangannya tidak pernah berenggang dengan pembaris kayu yang sepanjang 1 meter itu.Pembaris yang rakus memukul  puluhan tapak tangan murid-murid yang masih lincah melompat.

Itu kisah lebih 15 tahun dahulu.Dahulu,aku adalah seorang kanak kecil yang tidak mengerti tujuanku ke sekolah.Kini,aku kembali ke sekolah,bukan sebagai anak kecil yang berjalan menggalas beg yang sarat dengan buku-buku tebal.Tetapi,kini ku menggalas tanggungjawab yang besar  untuk memastikan anak-anak kecil itu Berjaya.


Ya!Aku seorang MUALLIMAH!

dari pelajar-pelajar yang comel


Aku sekarang  bertugas sebagai Muallimah di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad.Tetapi,hanya sebagai guru ganti.Ketika aku menerima tawaran mengajar di sana,aku telah diberi amaran awal supaya berlaku tegas dan garang.Aku masih tidak mendapat gambaran sejauh mana kenakalan mereka ketika itu.

Tugas aku senang.Hanya mengajar Bahasa Melayu untuk pelajar darjah satu.Aku tersenyum ketika diberitahu tentang tugas ku itu kerana aku membayangkan semua pelajar akan mendengar arahanku supaya membuat kerja sekolah.

Aku silap!

Mereka tidak tertarik pada buku bahkan hanya gemar berlari-lari di dalam kelas dan bermain.Kekadang ada yang menangis dan bergaduh.Aku semakin tertekan kerana mereka tidak mahu mendengar arahanku supaya membuat latihan.Akhirnya,aku membiarkan sahaja mereka bermain.

Kadang-kadang aku rasa seperti seorang ibu kerana kanak-kanak kecil ini gemar memelukku.Baik walad mahupun banat.Mereka sangat manja.Ada saja aduan yang akan mereka adukan kepadaku.Aku hanya mendengar tanda hormat pada mereka walaupun ada masanya aku tidak faham apa yang dikatakan mereka kerana ada sebilangan mereka masih pelat.

Kata otai lama di Irsyad,menjadi muallim dan muallimah Irsyad ini perlu berjiwa besar.Memang benar kerana pelajar-pelajar terlalu nakal sehinggakan tidak boleh dikawal.

Aku sangat kagum pada mereka yang sanggup menjadi guru-guru sekolah rendah.Dahulu sebelum jadi guru,aku memandang pekerjaan sebagai guru sekolah rendah adalah kerja enteng.Teringat perbualanku dengan seorang kawanku ketika kami berada di Jordan dahulu.

Kawanku memula bicara.
"Jetty,saya rasa saya nak jadi cikgu sekolah rendah lah…"

"La,awak tak payahlah jadi cikgu sekolah rendah,bagi je kerja tu kat orang lain.Kita ada degree in banking,so kerja la kat bank."

"tapi,saya tak minat kerja kat bank."

"ok,kalau awak nak jugak jadi cikgu,awak jadi guru sekolah menengah.Ajar ekonomi."

''taknak..kalau ajar sekolah menengah,dorang dah pandai,nanti dorang buli saya,baik ajar sekolah rendah,dorang tak kuat buli."

Hehe

Itu perbualan aku dan kawanku,Ain.Dan itu perbualan beberapa bulan yang lepas ketika aku belum benar mengerti pekerjaan seorang guru itu.

Kini…
Jika ada kawan-kawanku ingin menjadi seorang guru sekolah rendah,aku sokong mereka dan aku kagum jika anda semua bertahan.

Percayalah..
Menjadi guru sekolah rendah itu kerja yang bagus dan mencabar kerna kita mendidik mereka dari tidak tahu membaca dan tidak tahu erti hidup sehingga mereka pandai membaca dan faham erti hidup.Itu tugas muallimah sekolah rendah.Mereka Berjaya di sekolah menengah kerana berjayanya didikan guru dari sekolah rendah.

Inilah pengalamanku dan inilah kesedaranku.Apa yang penting,bekerjalah dengan hati yang ikhlas bukan kerana duit semata.InsyaAllah,berkat…

10pm
teratak asalku.. 

Salju Sakura