Tuesday, December 11, 2012

Siri Perjalanan Along

Melalui kehidupan sebagai seorang anak seni dalam dunia yang cukup menyesakkan ini seringkali menjadikan jiwa si anak seni meruntun hiba.Apatah lagi,memikirkan hanya dia satu-satunya harapan keluarga untuk menghidang seribu kebahagiaan.

Sebelum menamatkan Ijazah pertamanya di luar negara,Along menyusun segala perancangan di atas sekeping kertas.Dia harus berfikir lebih serius tentang masa depannya dan keluarganya.

"Sebulan sahaja lagi aku akan pulang,perancanganku harus teliti.Pasti ibu bapa ku mengharapkan yang terbaik dari aku.Aku harus mempersembahkan kejayaan aku di hadapan mereka dan aku perlu mencari kerja agar dapat membantu keluargaku dengan titik peluhku sendiri.''

Tetapi segalanya seakan hiba.Cuaca mendung seakan-akan tidak menampakkan akan cerah kembali.Along duduk termenung dihadapan komputer ribanya.Along hanya merenung keyboardnya itu.Terasa jari yang sedari tadi berada di atas pehanya seakan bergerak perlahan-lahan menuju ke arah button yang tertulis huruf dan berbagai simbol.Along mencoret dihalaman blognya tentang rasa hatinya.

Sudah hampir dua bulan dia berada di rumah tanpa sebarang tawaran bekerja yang diterimanya.Hampir seluruh jiran bertanya tentang dirinya kepada ibu Along.Ibu Along terasa tertekan dengan soalan jiran-jiran.

"Along,bila kau nak mula kerja.Takkan nak duduk kat rumah ni je terperap.Semua orang kampung dah tanya pasal kau.Kau suka sangatlah kan,yang tanggung malunya aku."

"Mak,baru dua bulan Along balik rumah.Along belum dianggap menganggur sebab sekurang-kurangnya enam bulan tak dapat kerja baru kira menganggur mak.."

"Pandailah kau menjawab.Cuba yang ditanya tu kau,baru kau tahu mana nak letak muka kau.Tak kuasa aku nak melayan kau ni.Teruslah jadi ular sawa kat dalam rumah ni.Biar sampai bila-bila pun Bapak kau yang tanggung kau."

Along menarik nafas panjang.Sedikit duka dihatinya mengenangkan kata-kata dari ibunya itu.Dia tidak menyalahkan ibunya atas apa yang berlaku.Dia tahu ibunya tertekan.

Bagaimana harus aku menghadapi semua ini.Menjadi harapan keluarga malahan satu-satunya anak kampung yang berhijrah ke luar negara.Pasti aku yang dikagumi.Tekad harus kubulatkan demi keluargaku.Jika terpaksa aku menumpang belas kasihan orang,aku sanggup asalkan aku mampu bahagiakan mereka.

***
"Along,ada tawaran jadi cikgu kat sekolah tempat aku mengajar ni.Cikgu gantilah.Kalau kau nak,aku tolong usyakan."

"Berapa gaji sebulan?"

"RM 800."

RM800!
Aku tidak pasti jika gaji sebanyak itu mampu dan berbaloi.Jarak sekolah dengan rumah itu pun jauh.Tambang bas pergi balik sahaja sudah mencecah RM10.Kalau 25 hari aku kerja maybe cukup je gaji tu.Tapi untuk aku bergerak dari rumah ke stesen bas,memerlukan aku meminta jasa baik ibu saudaraku untuk menghantarku setiap pagi.Aduhai,malas juga rasa hati nak menyusahkan orang.

"aku rasa takpe lah kot.Payah juga kan nak ke sekolah tu.Lagi pula sekolah tu jauh masuk ke dalam.Kena jalan kaki lagi."
Alasan itu ku kira tidak cukup bagus.Nampak tidak berusaha dan tidak mahu berusaha.

"Along,aku rasa kita boleh minta tumpang dengan cikgu yang duduk dekat area tempat kau tinggal.Kebetulan dia pun mengajar kat sini."

"Ok,tapi kena tanya tuan badan juga la kan.Bagi sini phone number beliau.Biar aku sendiri yang uruskan.Terima kasih sebab kau sudi tolong aku."

"My pleasure as a friend."


Kata persetujuan dari cikgu itu telah menaikkan kembali semangat Along.Dia bersetuju bekerja sebagai guru ganti.Baginya,itulah permulaan dalam hidupnya untuk keluar dari rumah dan mencari rezeki dengan titik peluhnya sendiri.

Sudah sebulan dia bekerja sebagai guru.Hari itu,Along dapat gaji pertamanya.Tidak banyak.Hanya RM680 sahaja kerana gaji dibayar ikut hari,kalau ada hari yang tidak bekerja,maka gaji akan dipotong.Kebetulan bulan itu banyak cuti.Cuti hari rayalah,cuti itu lah,cuti ini lah.Maka gaji pun berkurang.Awal-awal lagi sudah Along asingkan duitnya.RM100 untuk cikgu yang ditumpanginya,RM50 untuk bayar minyak kereta ibu saudaranya.RM250 disimpannya untuk bayaran konvonya dan RM30 lagi untuk bayaran bagi permohonannya melanjutkan pelajaran di peringkat Master.

"Masih ada baki."

Dipujuk Bapaknya untuk membawanya ke Super Market untuk membeli sesuatu yang dikira sebagai hadiah untuk keluarganya sempena gaji pertamanya.Sampai sahaja di Super Market,dia bergegas menuju ke arah tempah makanan sejuk beku seperti nugget,sausage,chicken chop dan sebagainya.Sudah lama dia impikan untuk belanja satu familynya makan chicken chop walaupun sekadar sejuk beku.Itu harapannya.Nak dibawa ke restoran mewah,masih belum mampu.Kelihatan keluarga Along gembira ketika Along mencapai chicken chop satu persatu dan dimasukkan ke dalam troli bersama dengan kentang.Selama ni asyik tengok anak-anak ibu saudaranya sahaja makan sedap,hari itu biarlah dia menggembirakan keluarganya pula.

Sudah hampir dua bulan dia menjadi guru.Banyak pengalaman suka dan duka yang Along lalui.Semuanya dilalui dengan tabah. Kekadang dirasakan sesak untuk bernafas,ada masa begitu banyak Along mereka alasan,tetapi dengan berkat doa dan sokongan terutama dari ibunya,dia masih berdiri sebagai seorang guru.Itu minggu terakhir Along di sekolah itu.Perasaannya bercampur.Sedih kerana terpaksa meninggalkan anak-anak muridnya.Gembira kerana terlepas dari beban kerja yang memberatkan.Tertekan,kerana berakhirnya persekolahan bermakna bermula hidupnya sebagai penganggur lagi.

Kini sudah hampir dua minggu dia berada di rumah.Sibuk berada dihadapan komputer ribanya.Membuka laman web untuk mencari pekerjaan.Banyak kerja kosong,tetapi nak mencari yang halalan toyyiba itu yang susah.Tapi,kalau cakap dengan orang kampung,mereka takkan faham.Bagi mereka,kerja sahajalah yang penting duit masuk.Bagi Along,itu tidak patuh syariah.

Puas di mencari kerja.Puas juga dia mendengar penghinaan bertubi-tubi tentang dirinya yang tidak bekerja.Kali itu entah kenapa,Along berani meninggikan suara kepada ibunya.Mungkin Along tertekan.

"Along,mak dah tak tahan dengan orang kampung.Lepas sorang,sorang tanya pasal kau."

"Mak,Along bukan tidak mahu bekerja.Along dah usaha,dah Along tak dapat.Lepas ni kalau Along dapat kerja jauh mana pun Along akan pergi je.Along tak boleh duduk sini lama-lama.Lagi lama Along duduk rumah,lagi banyak dosa Along."

Sehingga suatu hari,Along menerima panggilan dari seorang perempuan menawarkan kepadanya untuk mengikuti sebuah kursus untuk lepasan ijazah.Along tanpa berfikir panjang akhirnya menerima tawaran itu.Akan dia buktikan pada semua dia juga mampu berjaya.

Kini Along sedang tekun melalui hari-harinya.Berkenalan dengan kawan baru menjadikan hidupnya semakin matang.Dia hanya mampu berdoa agar diberi kejayaan olehNya untuk kehidupan yang lebih baik.Aamiin.

Saturday, November 24, 2012

Adusss..Jari ku Patah..

Seorang lelaki berjalan masuk ke sebuah klinik.Muka dia kelihatan kusut sekali.Selepas mendaftar namanya,dia duduk di kerusi sambil memusing-musing jari telunjuknya.Mungkin bosan dengan tindakannya,dia kemudian memicit lengannya menggunakan jari telunjuknya tadi.Selepas 5 minit,namanya dipanggil.

Di dalam bilik doktor..

"Encik Poad...encik sakit apa?"
"Tolonglah saya doktor,saya takut mati...".Poad memberitahu doktor tentang penyakitnya sambil menangis dengan kuat.Doktor cuba menenangkan.
"Tapi,Encik Poad ni sakit apa?Cuba bagitahu saya,bila saya dah tahu sakit apa senang saya nak rawat"
"Kalau saya tahu sakit apa,kompem saya tak datang sini.."

gurlppp...

"Emm..betul juga tu..kalau macam tu,encik bagitahu saya,macam mana rasa sakit tu?"
"Saya rasa seluruh badan saya sakit.Kalau saya sentuh tangan saya,tangan saya sakit.Kalau saya sentuh kepala saya,kepala saya sakit,kalau saya sentuh perut saya,perut saya sakit.Doktor tengok ni,tengok.."
"Cuba awak sentuh pipi saya."
Poad pun mengikut arahan doktor.
"Aduh doktor..kan saya dah cakap...huwaaa"
"Encik Poad,saya tahu apa masalahnya.Yang sakitnya bukan badan encik,tapi yang sakitnya jari encik."
"Hah...."
"Tak percaya,cuba pegang baju encik"
"Argghhh..betul sakit encik.."
"Meh,saya balut jari awak..."

hehe..

Kepincangan yang berlaku di atas muka bumi ini sering dikaitkan dengan pelbagai punca.Anak luar nikah berleluasa terbuang digonggong anjing,dikatakan salah mak ayah mendidik.Darah berpercikan di sana sini,sembelih anak tanpa simpati,bunuh isteri tanpa nurani,dikatakan akibat berlebihan dadah di dalam badan.

Semuanya adalah punca sampingan,tapi ada satu punca yang utama yang perlu dirawat.Dengan baik punca yang satu ini,akan terhapus seluruh punca yang lain iaitu ubatilah hati.

Hati yang sakit menyebabkan pelbagai masalah timbul seperti rasuah,bunuhan,sembelih,buang anak,rusuhan dan pelbagai lagi masalah yang tragis lagi sadis yang berlaku.

Semuanya perlu kepada pembersihan hati..

tata..

Friday, September 7, 2012

Muallimah Sekolah Rendah



'
'Muallimah!Muallimah!''

Seumur hidupku,itulah kali pertama aku bergelar guru.Ternyata menjadi seorang guru itu bukanlah suatu
 perkara yang mudah.Mengimbau kembali saat aku masih keanak-anakan,masih di awal persekolahan.Ketika itu,masih belum tahu menulis dan membaca.Di saat,kegemaranku bukanlah pada buku-buku berkulit coklat apatah lagi memandang pada papan hitam yang gagah melekat di dinding yang tidak mengerti sakit tatkala dicucuk-cucuk dengan kapur putih.

Aku kini mengerti mengapa Cikgu Samsudin itu terlalu garang.Di tangannya tidak pernah berenggang dengan pembaris kayu yang sepanjang 1 meter itu.Pembaris yang rakus memukul  puluhan tapak tangan murid-murid yang masih lincah melompat.

Itu kisah lebih 15 tahun dahulu.Dahulu,aku adalah seorang kanak kecil yang tidak mengerti tujuanku ke sekolah.Kini,aku kembali ke sekolah,bukan sebagai anak kecil yang berjalan menggalas beg yang sarat dengan buku-buku tebal.Tetapi,kini ku menggalas tanggungjawab yang besar  untuk memastikan anak-anak kecil itu Berjaya.


Ya!Aku seorang MUALLIMAH!

dari pelajar-pelajar yang comel


Aku sekarang  bertugas sebagai Muallimah di Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad.Tetapi,hanya sebagai guru ganti.Ketika aku menerima tawaran mengajar di sana,aku telah diberi amaran awal supaya berlaku tegas dan garang.Aku masih tidak mendapat gambaran sejauh mana kenakalan mereka ketika itu.

Tugas aku senang.Hanya mengajar Bahasa Melayu untuk pelajar darjah satu.Aku tersenyum ketika diberitahu tentang tugas ku itu kerana aku membayangkan semua pelajar akan mendengar arahanku supaya membuat kerja sekolah.

Aku silap!

Mereka tidak tertarik pada buku bahkan hanya gemar berlari-lari di dalam kelas dan bermain.Kekadang ada yang menangis dan bergaduh.Aku semakin tertekan kerana mereka tidak mahu mendengar arahanku supaya membuat latihan.Akhirnya,aku membiarkan sahaja mereka bermain.

Kadang-kadang aku rasa seperti seorang ibu kerana kanak-kanak kecil ini gemar memelukku.Baik walad mahupun banat.Mereka sangat manja.Ada saja aduan yang akan mereka adukan kepadaku.Aku hanya mendengar tanda hormat pada mereka walaupun ada masanya aku tidak faham apa yang dikatakan mereka kerana ada sebilangan mereka masih pelat.

Kata otai lama di Irsyad,menjadi muallim dan muallimah Irsyad ini perlu berjiwa besar.Memang benar kerana pelajar-pelajar terlalu nakal sehinggakan tidak boleh dikawal.

Aku sangat kagum pada mereka yang sanggup menjadi guru-guru sekolah rendah.Dahulu sebelum jadi guru,aku memandang pekerjaan sebagai guru sekolah rendah adalah kerja enteng.Teringat perbualanku dengan seorang kawanku ketika kami berada di Jordan dahulu.

Kawanku memula bicara.
"Jetty,saya rasa saya nak jadi cikgu sekolah rendah lah…"

"La,awak tak payahlah jadi cikgu sekolah rendah,bagi je kerja tu kat orang lain.Kita ada degree in banking,so kerja la kat bank."

"tapi,saya tak minat kerja kat bank."

"ok,kalau awak nak jugak jadi cikgu,awak jadi guru sekolah menengah.Ajar ekonomi."

''taknak..kalau ajar sekolah menengah,dorang dah pandai,nanti dorang buli saya,baik ajar sekolah rendah,dorang tak kuat buli."

Hehe

Itu perbualan aku dan kawanku,Ain.Dan itu perbualan beberapa bulan yang lepas ketika aku belum benar mengerti pekerjaan seorang guru itu.

Kini…
Jika ada kawan-kawanku ingin menjadi seorang guru sekolah rendah,aku sokong mereka dan aku kagum jika anda semua bertahan.

Percayalah..
Menjadi guru sekolah rendah itu kerja yang bagus dan mencabar kerna kita mendidik mereka dari tidak tahu membaca dan tidak tahu erti hidup sehingga mereka pandai membaca dan faham erti hidup.Itu tugas muallimah sekolah rendah.Mereka Berjaya di sekolah menengah kerana berjayanya didikan guru dari sekolah rendah.

Inilah pengalamanku dan inilah kesedaranku.Apa yang penting,bekerjalah dengan hati yang ikhlas bukan kerana duit semata.InsyaAllah,berkat…

10pm
teratak asalku.. 

Friday, July 27, 2012

Tolong Tanya saya Soalan Lain

Sudah hampir sebulan berada di Malaysia.Tiada apa yang boleh dilakukan melainkan berbakti kepada ibu bapa sambil menanam anggur di sekeliling rumah dan di dalam rumah.Emak dah mula bising sebab saya masih belum mahu bekerja.Bukan tidak mahu memikirkan masa depan tetapi,saya masih kabur dengan arah tuju saya.

Masa di Jordan,ada juga berfikir,kerjaya apa yang sesuai dengan naluri kewanitaan saya ni,erk.Saya memilih untuk bekerja di bank.Tapi,bila sampai Malaysia,semua itu sudah berubah.Emak dan Abah lebih senang kalau saya bekerja dekat-dekat sahaja,maybe area Kuantan atau Pekan.Abah galakkan bekerja di Jabatan Agama dan Emak pula mendorong saya mencari rezeki sebagai pensyarah.Saya sendiri tidak tahu.Berpusing ligat semua jenis pekerjaan dalam kepala saya.Pada hemat saya sebagai orang yang akan bekerja dan berbakti kepada keluarga dan masyarakat,izinkan untuk saya berehat sehingga hari raya puasa.hehe.

Kalau emak saya tak tahu nak jawab apa bila makcik-makcik kampung tanya,"anak awak bila nak kerja?",sebenarnya saya lagi pening nak fikir bila saya nak bekerja.Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Saya faham perasaan seorang emak inginkan anaknya bekerja dengan cepat dan pantas supaya dapat menabur bakti kepada tanah yang seluas 4 ekar itu,erk.hehe.Mujur abah menyokong hasrat murniku untuk menanam anggur di rumah.hehe.Dan kepada makcik-makcik kampung,sudah-sudahlah tanya "bila saya mahu bekerja".Kalau boleh,kan lebih enak kalau tanyakan kepada emak saya,"anak awak tu dah ada yang punya ke?".Baru lah saya tersenyum walaupun jawapan yang akan diberikan kepada makcik-makcik itu,"insyaAllah,dah ada..",hehe.(silalah kepada yang berkenaan untuk tersipu-sipu malu membaca post saya hehe)

Cukuplah sekadar itu dulu,sekadar menghapdate belog ini supaya ianya tidak bersarang.Dan sekadar memenuhi permintaan pembaca yang ingin mengetahui keadaan saya di kampung ini.Doakan saya moga dimurahkan rezeki untuk dapat pekerjaan yang bersesuaian.InsyaAllah.Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.Jangan tinggal sahur,jangan tinggal puasa ok.Wallah.

Salam dari Pahang.

12.02am

Tuesday, July 10, 2012

Rindu Pada Karyaku

Sudah hampir dua minggu berada di rumahku.Sejak dua tahun lepas,aku belum berkesempatan lagi untuk menjejakkan kakiku ke tanah  air tercinta.Alhamdulillah,dengan izin Allah dipilihNya tanggal 2 julai 2012 sebagai hari yang terindah kerana aku dapat pulang ke Malaysia setelah mengharungi beberapa pertempuran menghabiskan sisa-sisa pengajianku dan juga ku kira hari yang agak menyedihkan kerana barangkali itulah kali terakhir aku menjejakkan kakiku di bumi syam iaitu Jordan yang memberiku berbagai kenangan dan di sana jugalah aku belajar untuk menjadi ''orang''.


Melalui detik dua tahun hidup di rantau bukanlah suatu yang senang dan bukan juga suatu yang susah.Yang penting kita ada keinginan seperti kata pepatah,"di mana ada kemahuan,di situ ada jalan".Mengharungi hidup sebagai anak rantau mengajar aku erti berdiri di atas kaki sendiri.Selama hidupku,seringkali mendengar perkataan itu tetapi aku gagal memahami secara baik dan berfikir lagak orang berpendidikan tinggi.Dulu,pada aku,berdikari itu adalah boleh pergi keluar bandar tanpa emak ayah,boleh uruskan pendaftaran sekolah sendiri dan segalanya sendiri.Tetapi,baru kini ku mengerti,kematangan dalam perilaku itu adalah berdikari.Bila mana,seseorang itu,mampu menuntun langkahnya di jalan yang betul dengan pemikiran yang matang dan segalanya diletakkan di bawah kuasa Allah s.w.t.


Kini,baru dua minggu aku di Malaysia,walaupun masih kaku di bumi sendiri,masih kelu lidah berbicara,masih malu berhadapan dengan masyarakat sejagat,tetapi aku yakin,keberanianku makin bertambah.Kematanganku juga makin terarah.Walaupun sikap panas baran masih lagi bersarang dalam jiwaku,tetapi ianya tidak seperti dulu.Aku sudah mampu mengawalnya.


Rindu...
Entah pada siapa aku merindu.Mungkin belum kepada kawan-kawanku yang kutinggalkan di Jordan,mungkin bukan jua kepada kawan-kawanku yang sudah bertebaran di sekitar pahang.Belum wujud lagi perasaan itu kerana perasaan itu ku tumpahkan semuanya buat adinda tercinta AQILAH ZULFAH yang ternyata sangat merinduiku.Dua minggu aku bersamanya.Bangun pagi,buka mata kulihat dia di depanku.Acapkali dia meminta untuk tidur bersamaku tetapi aku berusaha menolaknya kerana ku bimbang jika rindunya padaku menebal.Maaf kepada kawan-kawanku,bukan kutidak mahu merindui kalian,tetapi aku sedang berusaha memuaskan kerinduan kepada si anak kecil ini yang sudah dua tahun kutinggalkan.Jika kalian lihat,dia sekarang makin cantik dan manja.


Aku berharap kalian semua baik-baik sahaja.Kalian di Jordan mungkin masih awal,tetapi aku di sini agak sudah kelewatan.Kalian teruskan hidup kalian,dan biarkanlah aku menutup mataku.


Ku menulis,sekadar melepaskan kerinduan,gian...lama tidak ku hentak keyboard ini dengan jari jemariku.


Teratak Bentan..
1.06pg

Sunday, June 24, 2012

Ini Kisah Saya dan Dia

Sudah lama menyimpan hasrat untuk menulis tentang seseorang.Banyak kali juga saya meminta keizinan darinya untuk menulis tentangnya di blog saya.Mula-mula dia macam tak bagi,tapi lama-lama macam ok je.


(amaran awal:kalau tak nak baca takpe,terus menukar ke laman lain kerana post kali ini tidak mempunyai sebarang unsur pendidikan keagamaan mahupun fakta-fakta..hanyalah sekadar cerita yang mahu ditulis..)


Berkenalan dengannya sejak lebih kurang empat tahun sungguh bererti buat saya.Walaupun saya benar-benar rapat dengannya semenjak tahun lalu dan banyak mengetahui dan memahaminya sejak itu iaitu sejak kami sama-sama sampai ke Jordan.


Teringat masa di kolej 2 tahun dulu,kami selalu duduk bersebelahan.Dari semester pertama sampailah semester terakhir di kolej.Tetapi anehnya,saya tidak langsung mengambil peluang untuk mengenalinya dengan lebih dalam.Sekadar tahu dia anak seorang pensyarah,seorang yang otai dan sempoi dan suka buat kerja sendiri.Yang paling saya kenal,dia ni budak library sebab hari-hari dia lepak library dan baca buku.Oleh disebabkan itulah,antara tempat yang akan saya cari dia adalah di library.Itu tempat dia.


Dia makhluk yang sangat tabah...


Sedangkan laut ada pasang surut,inikan pula hidup manusia.Tidak semua orang berjaya dalam hidup mereka tanpa mengalami kegagalan dan kekecewaan.Saya sangat kagum dengannya.Saya tak pernah jumpa orang yang tahap tabah setabah dia di zaman sekarang.Dia gagal beberapa kali dalam perjalanannya menimba sedikit ilmu,tetapi dia tidak pernah terbaring lama.Dia jatuh hanya sekejap,tapi dia bangun kembali.Berbanding dengan orang lain,yang gagal satu dua subjek sahaja,tetapi kecewanya lama dan tidak mahu berjumpa dengan kawan-kawan.
Teringat saya di majlis konvokesyen kami,berlaku sedikit krisis dan kami sebagai orang yang dah grad menenangkan kawan-kawan yang tidak dapat grad  bersama-sama.Mereka yang tidak dapat berkonvo bersama-sama kami masih sedih dengan kejadian yang berlaku pada saat-saat terakhir,ada yang tidak mahu keluar bilik,berjumpa kawan-kawan dan tidak mahu hadir bersama-sama meraikan kejayaan kami ber18.Kami faham mereka sedih,kami tak paksa mereka datang tapi selagi kami ada kudrat kami pujuk mereka agar mereka tidak rasa inferrior dengan kami,dan kami juga ingin meraikan kejayaan kami bersama mereka.Tetapi,Allah lebih tahu mana lagi terbaik di saat itu,kami pasrah.
Tapi...
Hanya dia sahaja yang masih memberi semangat kepada kami.Masih terngiang statusnya dalam group batch kami,"raikan kawan-kawan kita walaupun kita belum khirrij".Dia datang ke majlis konvokesyen kami.Saya sentiasa memandangnya yang duduk di tempat para keluarga duduk.Usai majlis itu,saya dan kawan-kawan perempuan saya menuju ke arah dia dan memeluknya.Dia sangat tabah.


Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri,,


Hubungan kami sangat rapat without any declaration that she is my buddy or best friend  atau apa sahaja,kami cuma rapat tanpa sebab.Yes!That's right because i'm actually don't know why i'm still  berkawan dengannya sedangkan saya tahu dia pernah benci saya.Yes!She hate me.


Saya pernah cuba untuk menjauhi diri darinya sebab saya tak nak dia terluka kerana saya.Tetapi ia tidak pernah berjaya.Persahabatan kami sangat best,sebab kalau saya tak puas hati dengan dia,saya akan bagitahu depan-depan dan begitu juga dengan dia.Saya selalu merajuk dengan dia dan begitu juga dengan dia.Tetapi,kami akan kembali berbaik semula seperti biasa macam tidak ada sesuatu pun yang pernah berlaku antara kami.Mungkin kami kongsi rasa.Dia ada hidup dia sendiri begitu juga saya.Kami tidak selalu bersama pun,cuma kami selalu berkongsi rasa.Dia  tahu segala rahsia saya dan apa yang saya rasa.Dia selalu buat saya menangis dan tahu kenapa saya menangis.Saya cerita segalanya pada dia sebab saya tahu kami sama.Saya selalu menyakiti hatinya dan dia juga begitu,tapi kami tak pernah berdendam.


Orang selalu cemburu persahabatan kami.Ada orang cakap saya tak boleh berenggang dengannya.Ya!Itu benar.Mereka tidak pernah tahu betapa payahnya saya membina ukhwah kami.Betapanya saya tahu dia sangat membenci saya,tetapi saya cuba mendekatinya.Umpama membina istana pasir,betapanya kita tahu ombak sering mengganas menghancurkan istana kita tetapi kita tetap mahu membinanya.Orang lain bina ukhwah bermula dengan kasih sayang,suka sama suka,tetapi kami bina ikatan yang sepanjang perjalanannya penuh dengan kebencian.Sekarang kami berjaya.Kami tak macam dulu.Kami sekarang lebih senang berterus terang jika ada ketidakpuasan hati antara kami.


Saya dahulu berjanji pada diri sendiri,saya tidak mahu masuk campur dalam hidupnya.Biarkan dia lakukan apa sahaja yang dia ingin lakukan kerana salah satu sebab dia tidak suka saya dahulu adalah kerana saya masuk campur halnya.Itu kerana saya mahu yang terbaik buatnya tapi sekarang saya pegang kata-katanya,"don't pretend that you love me!!",yes saya takkan.Sebenarnya cara itu lebih berkesan,kerana sekarang dia yang selalu merujuk dan bercerita kepada saya.Saya takkan tanya pasal dia kecuali dia yang mulakan dulu.Bukan saya pentingkan diri atau kejam,tetapi saya menghormati kehendak manusia.


Kadang-kadang,saya rasa sangat takut jika tidak selalu bersamanya bimbang nanti dia cakap saya bukan sahabat susah senangnya walaupun dia pernah cakap kat saya bahawasanya saya masih belum jadi sahabat dia,dan saya pasrah.Tetapi,bila fikir-fikir balik kami tiada apa-apa hubungan istimewa.Sekadar kawan.Namun,suatu hari saya terbaca status di laman muka buku tentang persahabatan.Baru saya faham,sahabat itu tidak semestinya sentiasa bersama susah senang,tetapi dia ada bersama sahabatnya di saat seisi dunia meninggalkannya.Saya tak pasti dia faham tentang ini tapi saya faham.Dan saya tak pasti kami sebegini atau tidak.


Tetapi,sekarang sangat bersyukur kerana Allah sangat membantu perjalanan persahabatan kami.Bermula dengan kepahitan tetapi kini terasa manisnya.Saya serious akan sedih untuk balik Malaysia kerana akan berpisah dengannya walaupun saya tak pasti apa perasaannya sekarang.Walaupun kami bukan best friend tapi kami saling cuba memahami dan menyayangi.Saya masih tidak tahu bahagian mana yang menyebabkan saya masih bersamanya dan sayang pada dia walaupun saya masih tidak boleh baca perasaannya.


ini kisah saya dan dia,anda boleh sahaja meluat tetapi ini kisah yang ingin lama saya ceritakan bukan bertujuan membuka rahsia tetapi untuk dikongsi semua rasa cinta yang ada.menulis ini juga atas aturan Allah yang menggerakkan jari-jari saya untuk menaip dan masih memberi idea menulis di waktu pagi begini.Apa yang baik ambil,tak baik tinggal.


3.45pg
irbid,jordan..

Thursday, June 21, 2012

Ibadurrahman....Aiwaaaa







Ibadurrahman adalah hamba-hamba Tuhan yang Maha Pengasih.Aiwaaaa..!! :-)


Di dalam Surah Al-Furqan bermula ayat 63,disebut dalam firman Allah ciri-ciri Ibadurrahman.


1-orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati (ayat 63)


2-dan apabila orang-orang bodoh menyapa mereka dengan (kata-kata yang menghina),mereka mengucapkan,"salam," (ayat 63)


3-dan orang-orang yang menghabiskan waktu malam untuk beribadah kepada Tuhan mereka dengan bersujud dan berdiri. (ayat 64)


4-dan orang-orang yang berkata,"Ya Tuhan kami,jauhkanlah azab Jahanam dari kami,karena sesungguhnya azabnya itu membuat kebinasaan yang kekal," (ayat 65)


5-orang-orang yang apabila menginfakkan (harta),mereka tidak berlebihan,dan tidak (pula) kikir,diantara keduanya secara wajar, (ayat 67)


6-dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan lain. (ayat 68)


7-dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar. (ayat 68)


8-dan tidak berzina (ayat 68)


9-dan orang-orang yang tidak memberikan kesaksian yang palsu (ayat 72)


10-dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah,mereka berlalu dengan menjaga kehormatan dirinya. (ayat 72)


11-dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka,mereka tidak bersikap sebagai orang-orang yang tuli dan buta. (ayat 73)


12-dan orang-orang yang berkata,"Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami),dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa." (ayat 74)


begitulah serba sedikit yang dapat dikongsikan.kalau belum berpuas hati,boleh merujuk sumber yang paling shahih lagi tiada keraguan iaitu Al-Quran kalamullah.


sumber
al-quran karim..
6.26pm
irbid Jordan

Wednesday, June 20, 2012

Kisah Nabi Nuh A.S : Dakwah Kepada Kaumnya



Nabi Nuh adalah nabi keempat sesudah Adam, Syith dan Idris dan keturunan kesembilan dari Nabi Adam. Ayahnya adalah Lamik bin Metusyalih bin Idris. 


Dakwah Nabi Nuh Kepada Kaumnya

Nabi Nuh menerima wahyu kenabian dari Allah dalam masa "fatrah" masa kekosongan di antara dua rasul di mana biasanya manusia secara beransur-ansur melupakan ajaran agama yang dibawa oleh nabi yang meninggalkan mereka dan kembali bersyirik meninggalkan amal kebajikan, melakukan kemungkaran dan kemaksiatan di bawah pimpinan Iblis.
Demikianlah maka kaum Nabi Nuh tidak luput dari proses tersebut, sehingga ketika Nabi Nuh datang di tengah-tengah mereka, mereka sedang menyembah berhala ialah patung-patung yang dibuat oleh tangan-tangan mereka sendiri disembahnya sebagai tuhan-tuhan yang dapat membawa kebaikan dan manfaat serta menolak segala kesengsaraan dan kemalangan.berhala-berhala yang dipertuhankan dan menurut kepercayaan mereka mempunyai kekuatan dan kekuasaan ghaib ke atas manusia itu diberinya nama-nama yang silih berganti menurut kehendak dan selera kebodohan mereka.Kadang-kadang mereka namakan berhala mereka " Wadd " dan " Suwa " kadangkala " Yaguts " dan bila sudah bosan digantinya dengan nama " Yatuq " dan " Nasr ".

Nabi Nuh berdakwah kepada kaumnya yang sudah jauh tersesat oleh iblis itu, mengajak mereka meninggalkan syirik dan penyembahan berhala dan kembali kepada tauhid menyembah Allah Tuhan sekalian alam melakukan ajaran-ajaran agama yang diwahyukan kepadanya serta meninggalkan kemungkaran dan kemaksiatan yang diajarkan oleh Syaitan dan Iblis.
Nabi Nuh menarik perhatian kaumnya agar melihat alam semesta yang diciptakan oleh Allah berupa langit dengan matahari, bulan dan bintang-bintang yang menghiasinya, bumi dengan kekayaan yang ada di atas dan di bawahnya, berupa tumbuh-tumbuhan dan air yang mengalir yang memberi kenikmatan hidup kepada manusia, pengantian malam menjadi siang dan sebaliknya yang kesemua itu menjadi bukti dan tanda nyata akan adanya keesaan Tuhan yang harus disembah dan bukan berhala-berhala yang mereka buat dengan tangan mereka sendiri.Di samping itu Nabi Nuh juga memberitakan kepada mereka bahwa akan ada gajaran yang akan diterima oleh manusia atas segala amalannya di dunia iaitu syurga bagi amalan kebajikan dan neraka bagi segala pelanggaran terhadap perintah agama yang berupa kemungkaran dan kemaksiatan.

Nabi Nuh yang dikurniakan Allah dengan sifat-sifat yang patut dimiliki oleh seorang nabi, fasih dan tegas dalam kata-katanya, bijaksana dan sabar dalam tindak-tanduknya melaksanakan tugas risalahnya kepada kaumnya dengan penuh kesabaran dan kebijaksanaan dengan cara yang lemah lembut mengetuk hati nurani mereka dan kadang kala dengan kata-kata yang tajam dan nada yang kasar bila menghadapi pembesar-pembesar kaumnya yang keras kepala yang enggan menerima hujjah dan dalil-dalil yang dikemukakan kepada mereka yang tidak dapat mereka membantahnya atau mematahkannya.

Akan tetapi walaupun Nabi Nuh telah berusaha sekuat tanaganya berdakwah kepda kaumnya dengan segala kebijaksanaan, kecekapan dan kesabaran dan dalam setiap kesempatan, siang mahupun malam dengan cara berbisik-bisik atau cara terang dan terbuka terbyata hanya sedikit sekali dari kaumnya yang dpt menerima dakwahnya dan mengikuti ajakannya, yang menurut sementara riwayat tidak melebihi bilangan seratus orang Mereka pun terdiri dari orang-orang yang miskin berkedudukan sosial lemah. Sedangkan orang yang kaya-raya, berkedudukan tingi dan terpandang dalam masyarakat, yang merupakan pembesar-pembesar dan penguasa-penguasa tetap membangkang, tidak mempercayai Nabi Nuh mengingkari dakwahnya dan sesekali tidak merelakan melepas agamanya dan kepercayaan mereka terhadap berhala-berhala mereka, bahkan mereka berusaha dengan mengadakan persekongkolan hendak melumpuhkan dan mengagalkan usaha dakwah Nabi nuh.

Berkata mereka kepada Nabi Nuh:"Bukankah engkau hanya seorang daripada kami dan tidak berbeda drp kami sebagai manusia biasa. Jikalau betul Allah akan mengutuskan seorang rasul yang membawa perintah-Nya, nescaya Ia akan mengutuskan seorang malaikat yang patut kami dengarkan kata-katanya dan kami ikuti ajakannya dan bukan manusia biasa seperti engkau hanya dpt diikuti orang-orang rendah kedudukan sosialnya seperti para buruh petani orang-orang yang tidak berpenghasilan yang bagi kami mereka seperti sampah masyarakat.Pengikut-pengikutmu itu adalah orang-orang yang tidak mempunyai daya fikiran dan ketajaman otak, mereka mengikutimu secara buta tuli tanpa memikirkan dan menimbangkan masak-masak benar atau tidaknya dakwah dan ajakanmu itu. Cuba agama yang engkau bawa dan ajaran -ajaran yang engkau sadurkan kepada kami itu betul-betul benar, nescaya kamilah dulu mengikutimu dan bukannya orang-orang yang mengemis pengikut-pengikutmu itu. kami sebagai pemuka-pemuka masyarakat yang pandai berfikir, memiliki kecerdasan otak dan pandangan yang luas dan yang dipandang masyarakat sebagai pemimpin-pemimpinnya, tidaklah mudak kami menerima ajakanmu dan dakwahmu.Engkau tidak mempunyai kelebihan di atas kami tentang soaL-soal kemasyarakatan dan pergaulan hidup.kami jauh lebih pandai dan lebih mengetahui drpmu tentang hal itu semua.nya.Anggapan kami terhadapmu, tidak lain dan tidak bukan, bahawa engkau adalh pendusta belaka."

Nuh berkata, menjawab ejekan dan olok-olokan kaumnya:"Adakah engkau mengira bahwa aku dpt memaksa kamu mengikuti ajaranku atau mengira bahwa aku mempunyai kekuasaan untuk menjadikan kamu orang-orang yang beriman jika kamu tetap menolak ajakan ku dan tetap membuta-tuli terhadap bukti-bukti kebenaran dakwahku dan tetap mempertahakan pendirianmu yang tersesat yang diilhamkan oleh kesombongan dan kecongkakan karena kedudukan dan harta-benda yang kamu miliki.Aku hanya seorang manusia yang mendpt amanat dan diberi tugas oleh Allah untuk menyampaikan risalah-Nya kepada kamu. Jika kamu tetap berkeras kepala dan tidak mahu kembali ke jalan yang benar dan menerima agama Allah yang diutuskan-Nya kepada ku maka terserahlah kepada Allah untuk menentukan hukuman-Nya dan gajaran-Nya keatas diri kamu. Aku hanya pesuruh dan rasul-Nya yang diperintahkan untuk menyampaikan amanat-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Dialah yang berkuasa memberi hidayah kepadamu dan mengampuni dosamu atau menurunkan azab dan seksaan-Nya di atas kamu sekalian jika Ia kehendaki.Dialah pula yang berkuasa menurunkan seksa danazab-nya di dunia atau menangguhkannya sampai hari kemudian. Dialah Tuhan pencipta alam semesta ini, Maha Kuasa ,Maha Mengetahui, maha pengasih dan Maha Penyayang.".

Kaum Nuh mengemukakan syarat dengan berkata:"Wahai Nuh! Jika engkau menghendaki kami mengikutimu dan memberi sokongan dan semangat kepada kamu dan kepada agama yang engkau bawa, maka jauhkanlah para pengikutmu yang terdiri dari orang-orang petani, buruh dan hamaba-hamba sahaya itu. Usirlah mereka dari pengaulanmu karena kami tidak dpt bergaul dengan mereka duduk berdampingan dengan mereka mengikut cara hidup mereka dan bergabung dengan mereka dalam suatu agama dan kepercayaan. Dan bagaimana kami dpt menerima satu agama yang menyamaratakan para bangsawan dengan orang awam, penguasa dan pembesar dengan buruh-buruhnya dan orang kaya yang berkedudukan dengan orang yang miskin dan papa."

Nabi Nuh menolak pensyaratan kaumnya dan berkata:"Risalah dan agama yang aku bawa adalah untuk semua orang tiada pengecualian, yang pandai mahupun yang bodoh, yang kaya mahupun miskin, majikan ataupun buruh ,diantara peguasa dan rakyat biasa semuanya mempunyai kedudukan dan tempat yang sama trehadap agama dan hukum Allah. Andai kata aku memenuhi pensyaratan kamu dan meluluskan keinginanmu menyingkirkan para pengikutku yang setia itu, maka siapakah yang dpt ku harapkan akan meneruskan dakwahku kepada orang ramai dan bagaimana aku sampai hati menjauhkan drpku orang-orang yang telah beriman dan menerima dakwahku dengan penuh keyakinan dan keikhlasan di kala kamu menolaknya serta mengingkarinya, orang-orang yang telah membantuku dalam tugasku di kala kamu menghalangi usahaku dan merintangi dakwahku. Dan bagaimanakah aku dpt mempertanggungjawabkan tindakan pengusiranku kepada mereka terhadap Allah bila mereka mengadu bahawa aku telah membalas kesetiaan dan ketaatan mereka dengan sebaliknya semata-mata untuk memenuhi permintaanmu dan tunduk kepada pensyaratanmu yang tidak wajar dan tidak dpt diterima oleh akal dan fikiran yang sihat. Sesungguhnay kamu adalah orang-orang yang bodoh dan tidak berfikiran sihat.

Pada akhirnya, karena merasa tidak berdaya lagi mengingkari kebenaran kata-kata Nabi Nuh dan merasa kehabisan alasan dan hujjah untuk melanjutkan dialog dengan beliau, maka berkatalah mereka:"Wahai Nabi Nuh! Kita telah banyak bermujadalah dan berdebat dan cukup berdialog serta mendengar dakwahmu yang sudah menjemukan itu. Kami tetap tidak akan mengikutimu dan tidak akan sesekali melepaskan kepercayaan dan adat-istiadat kami sehingga tidak ada gunanya lagi engkau mengulang-ulangi dakwah dan ajakanmu dan bertegang lidah dengan kami. datangkanlah apa yang engkau benar-benar orang yang menepati janji dan kata-katanya. Kami ingin melihat kebenaran kata-katamu dan ancamanmu dalam kenyataan. Karena kami masih tetap belum mempercayaimu dan tetap meragukan dakwahmu." 

Nabi Nuh Berputus Asa Dari Kaumnya

Nabi Nuh berada di tengah-tengah kaumnya selama sembilan ratus lima puluh tahun berdakwah menyampaikan risalah Tuhan, mengajak mereka meninmggalkan penyembahan berhala dan kembali menyembah dan beribadah kepada Allah Yang maha Kuasa memimpin mereka keluar dari jalan yang sesat dan gelap ke jalan yang benar dan terang, mengajar mereka hukum-hukum syariat dan agama yang diwahyukan oleh Allah kepadanya, mangangkat darjat manusia yang tertindas dan lemah ke tingak yang sesuai dengan fitrah dan qudratnya dan berusaha menghilangkan sifat-sifat sombong dan bongkak yang melekat pd para pembesar kaumnya dan medidik agar mereka berkasih sayang, tolong-menolong diantara sesama manusia. Akan tetapi dalam waktu yang cukup lama itu, Nabi Nuh tidak berhasil menyedarkan an menarik kaumnya untuk mengikuti dan menerima dakwahnya beriman, bertauhid dan beribadat kepada Allah kecuali sekelompok kecil kaumnya yang tidak mencapai seramai seratus orang, walaupun ia telah melakukan tugasnya dengan segala daya-usahanya dan sekuat tenaganya dengan penuh kesabaran dan kesulitan menghadapi penghinaan, ejekan dan cercaan makian kaumnya, karena ia mengharapkan akan dtg masanya di mana kaumnya akan sedar diri dan dtg mengakui kebenarannya dan kebenaran dakwahnya. Harapan Nabi Nuh akan kesedaran kaumnya ternyata makin hari makin berkurangan dan bahawa sinar iman dan takwa tidak akan menebus ke dalam hati mereka yang telah tertutup rapat oleh ajaran dan bisikan Iblis. Hal mana Nabi Nuh berupa berfirman Allah yang bermaksud:

"Sesungguhnya tidak akan seorang drp kaumnya mengikutimu dan beriman kecuali mereka yang telah mengikutimu dan beriman lebih dahulu, maka jgnlah engkau bersedih hati karena apa yang mereka perbuatkan."
Dengan penegasan firman Allah itu, lenyaplah sisa harapan Nabi Nuh dari kaumnya dan habislah kesabarannya. Ia memohon kepada Allah agar menurunkan Azab-Nya di atas kaumnya yang berkepala batu seraya berseru:"Ya Allah! Jgnlah Engkau biarkan seorang pun drp orang-orang kafir itu hidup dan tinggal di atas bumi ini. Mareka akan berusaha menyesatkan hamba-hamba-Mu, jika Engkau biarkan mereka tinggal dan mereka tidak akan melahirkan dan menurunkan selain anak-anak yang berbuat maksiat dan anak-anak yang kafir spt.mereka."

Doa Nabi Nuh dikalbulkan oleh Allah dan permohonannya diluluskan dan tidak perlu lagi menghiraukan dan mempersoalkan kaumnya, karena mereka itu akan menerima hukuman Allah dengan mati tenggelam. 

Nabi Nuh Membuat Kapal

Setelah menerima perintah Allah untuk membuat sebuah kapal, segeralah Nabi Nuh mengumpulkan para pengikutnya dan mulai mereka mengumpulkan bhn yang diperlukan untuk maksud tersebut, kemudian dengan mengambil tempat di luar dan agak jauh dari kota dan keramaiannya mereka dengan rajin dan tekun bekerja siang dan malam menyelesaikan pembinaan kapal yang diperintahkan itu.
Walaupun Nabi Nuh telah menjauhi kota dan masyarakatnya, agar dpt bekerja dengan tenang tanpa gangguan bagi menyelesaikan pembinaan kapalnya namun ia tidak luput dari ejekan dan cemuhan kaumnya yang kebetulan atau sengaja melalui tempat kerja membina kapal itu. Mereka mengejek dan mengolok-olk dengan mengatakan:"Wahai Nuh! Sejak bila engkau telah menjadi tukang kayu dan pembuat kapal?Bukankah engkau seorang nabi dan rasul menurut pengakuanmu, kenapa sekarang menjadi seorang tukang kayu dan pembuat kapal.Dan kapal yang engkau buat itu di tempat yang jauh dari air ini adalah maksudmu untuk ditarik oleh kerbau ataukah mengharapkan angin yang ankan menarik kapalmu ke laut?"Dan lain-lain kata ejekan yang diterima oleh Nabi Nuh dengan sikap dingin dan tersenyum seraya menjawab:"Baiklah tunggu saja saatnya nanti, jika kamu sekrg mengejek dan mengolok-olok kami maka akan tibalah masanya kelak bg kami untuk mengejek kamu dan akan kamu ketahui kelak untuk apa kapal yang kami siapkan ini.Tunggulah saatnya azab dan hukuman Allah menimpa atas diri kamu."

Setelah selesai pekerjaan pembuatan kapal yang merupakan alat pengangkutan laut pertama di dunia, Nabi Nuh menerima wahyu dari Allah:"Siap-siaplah engkau dengan kapalmu, bila tiba perintah-Ku dan terlihat tanda-tanda drp-Ku maka segeralah angkut bersamamu di dalam kapalmu dan kerabatmu dan bawalah dua pasang dari setiap jenis makhluk yang ada di atas bumi dan belayarlah dengan izin-Ku."
Kemudian tercurahlah dari langit dan memancur dari bumi air yang deras dan dahsyat yang dalam sekelip mata telah menjadi banjir besar melanda seluruh kota dan desa menggenangi daratan yang rendah mahupun yang tinggi sampai mencapai puncak bukit-bukit sehingga tiada tempat berlindung dari air bah yang dahsyat itu kecuali kapal Nabi Nuh yang telah terisi penuh dengan para orang mukmin dan pasangan makhluk yang diselamatkan oleh Nabi Nuh atas perintah Allah.

Dengan iringan"Bismillah majraha wa mursaha"belayarlah kapal Nabi Nuh dengan lajunya menyusuri lautan air, menentang angin yang kadang kala lemah lembut dan kadang kala ganas dan ribut. Di kanan kiri kapal terlihatlah orang-orang kafir bergelut melawan gelombang air yang menggunung berusaha menyelamat diri dari cengkaman maut yang sudah sedia menerkam mereka di dalam lipatan gelombang-gelombang itu.
Tatkala Nabi Nuh berada di atas geladak kapal memperhatikan cuaca dan melihat-lihat orang-orang kafir dari kaumnya sedang bergelimpangan di atas permukaan air, tiba-tiba terlihatlah olehnya tubuh putera sulungnya yang bernama "Kan'aan" timbul tenggelam dipermainkan oleh gelombang yang tidak menaruh belas kasihan kepada orang-orang yang sedang menerima hukuman Allah itu. Pada saat itu, tanpa disadari, timbullah rasa cinta dan kasih sayang seorang ayah terhadap putera kandungnya yang berada dalam keadaan cemas menghadapi maut ditelan gelombang.

Nabi Nuh secara spontan, terdorong oleh suara hati kecilnya berteriak dengan sekuat suaranya memanggil puteranya:Wahai anakku! Datanglah kemari dan gabungkan dirimu bersama keluargamu. Bertaubatlah engkau dan berimanlah kepada Allah agar engkau selamat dan terhindar dari bahaya maut yang engkau menjalani hukuman Allah." Kan'aan, putera Nabi Nuh, yang tersesat dan telah terkena racun rayuan syaitan dan hasutan kaumnya yang sombong dan keras kepala itu menolak dengan keras ajakan dan panggilan ayahnya yang menyayanginya dengan kata-kata yang menentang:"Biarkanlah aku dan pergilah, jauhilah aku, aku tidak sudi berlindung di atas geladak kapalmu aku akan dapat menyelamatkan diriku sendiri dengan berlindung di atas bukit yang tidak akan dijangkau oleh air bah ini."

Nuh menjawab:"Percayalah bahawa tempat satu-satunya yang dapat menyelamatkan engkau ialah bergabung dengan kami di atas kapal ini. Masa tidak akan ada yang dapat melepaskan diri dari hukuman Allah yang telah ditimpakan ini kecuali orang-orang yang memperolehi rahmat dan keampunan-Nya."
Setelah Nabi Nuh mengucapkan kata-katanya tenggelamlah Kan'aan disambar gelombang yang ganas dan lenyaplah ia dari pandangan mata ayahnya, tergelincirlah ke bawah lautan air mengikut kawan-kawannya dan pembesar-pembesar kaumnya yang durhaka itu.

Nabi Nuh bersedih hati dan berdukacita atas kematian puteranya dalam keadaan kafir tidak beriman dan belum mengenal Allah. Beliau berkeluh-kesah dan berseru kepada Allah:"Ya Tuhanku, sesungguhnya puteraku itu adalah darah dagingku dan adalah bahagian dari keluargaku dan sesungguhnya janji-Mu adalha janji benar dan Engkaulah Maha Hakim yang Maha Berkuasa."Kepadanya Allah berfirman:"Wahai Nuh! Sesungguhnya dia puteramu itu tidaklah termasuk keluargamu, karena ia telah menyimpang dari ajaranmu, melanggar perintahmu menolak dakwahmu dan mengikuti jejak orang-orang yang kafir drp kaummu.Coretlah namanya dari daftar keluargamu.Hanya mereka yang telah menerima dakwahmu mengikuti jalanmu dan beriman kepada-Ku dpt engkau masukkan dan golongkan ke dalam barisan keluargamu yang telah Aku janjikan perlindungannya danterjamin keselamatan jiwanya.Adapun orang-orang yang mengingkari risalah mu, mendustakan dakwahmu dan telah mengikuti hawa nafsunya dan tuntutan Iblis, pastilah mereka akan binasa menjalani hukuman yang telah Aku tentukan walau mereka berada dipuncak gunung. Maka janganlah engkau sesekali menanyakan tentang sesuatu yang engkau belum ketahui. Aku ingatkan janganlah engkau sampai tergolong ke dalam golongan orang-orang yang bodoh."

Nabi Nuh sedar segera setelah menerima teguran dari Allah bahwa cinta kasih sayangnya kepada anaknya telah menjadikan ia lupa akan janji dan ancaman Allah terhadap orang-orang kafir termasuk puteranya sendiri. Ia sedar bahawa ia tersesat pd saat ia memanggil puteranya untuk menyelamatkannya dari bencana banjir yang didorong oleh perasaan naluri darah yang menghubungkannya dengan puteranya padahal sepatutnya cinta dan taat kepada Allah harus mendahului cinta kepada keluarga dan harta-benda. Ia sangat sesalkan kelalaian dan kealpaannya itu dan menghadap kepada Allah memohon ampun dan maghfirahnya dengan berseru:"Ya Tuhanku aku berlindung kepada-Mu dari godaan syaitan yang terlaknat, ampunilah kelalaian dan kealpaanku sehingga aku menanyakan sesuatu yang aku tidak mengetahuinya. Ya Tuhanku bila Engkau tidak memberi ampun dan maghfirah serta menurunkan rahmat bagiku, nescaya aku menjadi orang yang rugi."

Setelah air bah itu mencapai puncak keganasannya dan habis binasalah kaum Nuh yang kafir dan zalim sesuai dengan kehendak dan hukum Allah, surutlah lautan air diserap bumi kemudian bertambatlah kapal Nuh di atas bukit " Judie " dengan iringan perintah Allah kepada Nabi Nuh:"Turunlah wahai Nuh ke darat engkau dan para mukmin yang menyertaimu dengan selamat dilimpahi barakah dan inayah dari sisi-Ku bagimu dan bagi umat yang menyertaimu." 

Kisah Nabi Nuh Dalam Al-Quran

Al-Quran menceritakan kisah Nabi Nuh dalam 43 ayat dari 28 surah di antaranya surah Nuh dari ayat 1 sehinga 28, juga dalam surah "Hud" ayat 27 sehingga 48 yang mengisahkan dialog Nabi Nuh dengan kaumnya dan perintah pembuatan kapal serta keadaan banjir yang menimpa di atas mereka. 

Pengajaran Dari Kisah Nabi Nuh A.S.

Bahawasanya hubungan antara manusia yang terjalin karena ikatan persamaan kepercayaan atau penamaan aqidah dan pendirian adalah lebih erat dan lebih berkesan drp hubungan yang terjalin karena ikatan darah atau kelahiran. Kan'aan yang walaupun ia adalah anak kandung Nabi Nuh, oleh Allah s.w.t. dikeluarkan dari bilangan keluarga ayahnya karena ia menganut kepercayaan dan agama berlainan dengan apa yang dianut dan didakwahkan oleh ayahnya sendiri, bahkan ia berada di pihak yang memusuhi dan menentangnya.

Maka dalam pengertian inilah dapat difahami firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:"Sesungguhnya para mukmin itu adalah bersaudara." Demikian pula hadis Rasulullah s.a.w.yang bermaksud:"Tidaklah sempurna iman seseorang kecuali jika ia menyintai saudaranya yang beriman sebagaimana ia menyintai dirinya sendiri."Juga peribahasa yang berbunyi:"Adakalanya engkau memperolehi seorang saudara yang tidak dilahirkan oleh ibumu."



kisah ini di copy paste dari link http://yudhim.blogspot.com/2008/07/kisah-nabi-nuh-as.html

irbid,jordan
5.09pm

Kisah Nabi Idris A.S:Seorang yang membenarkan


Idris atau Nabi Idris a.s. (Arab: إدريس ) adalah salah seorang rasul yang merupakan putra Adam yang pertama kali diberikan hak kenabian oleh Allah setelah Adam sendiri danShiyth a.s. (Set menurut Yahudi danNasrani). Dalam Alkitab, Idris dikenal dengan nama Henokh.
Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam, putra dari Yarid bin Mihla’iel bin Qinan bin Anusy bin Shiyth bin Adam a.s. yang menjadi keturunan pertama yang diutus menjadi nabi setelah Adam dan Shiyth. Menurut kitab tafsir, beliau hidup 1.000 tahun setelah Nabi Adam wafat.
Nabi Idris dianugerahi kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan untuk menciptakan alat-alat untuk mempermudah pekerjaan manusia, seperti pengenalan tulisan, matematikaastronomi, dan lain sebagainya. Menurut suatu kisah, terdapat suatu masa di mana kebanyakan manusia akan melupakanAllah sehingga Allah menghukum manusia dengan bentuk kemarau yang berkepanjangan. Nabi Idris pun turun tangan dan memohon kepada Allah untuk mengakhiri hukuman tersebut. Allah mengabulkan permohonan itu dan berakhirlah musim kemarau tersebut dengan ditandai turunnya hujan.
Nabi Idris diperkirakan bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk menegakkan agama Allah, mengajarkan tauhid, dan beribadah menyembah Allah serta memberi beberapa pendoman hidup bagi pengikutnya supaya selamat dari siksa dunia dan akhirat.
Menurut buku berjudul The Prophet of God Enoch: Nabiyullah Idris, Idris adalah sebutan atau nama Arab bagi Enoch, nenek moyang Nabi Nuh. Beliau dinyatakan di dalam Al-Quran sebagai manusia pilihan Allah sehingga Dia mengangkatnya ke langit. Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan bahwa Nabi Idris wafat saat beliau sedang berada di langit keempat ditemani oleh seorang malaikat. Beliau hidup sampai usia 82 tahun

1. Nabi Idris Kedatangan Tamu

Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah ‘Akhnukh’. Sebab beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.
Setiap hari Nabi Idris menjahit qamis (baju kemeja), setiap kali beliau memasukkan jarum untuk menjahit pakaiannya, beliau mengucapkan tasbih. Jika pekerjaannya sudah selesai, kemudian pakaian itu diserahkannya kepada orang yang menempahnya dengan tanpa meminta upah. Walaupun demikian, Nabi Idris masih sanggup beribadah dengan amalan yang sukar untuk digambarkan. Sehingga Malaikat Maut sangat rindu berjumpa dengan beliau.
Kemudian Malaikat Maut bermohon kepada Allah SWT, agar diizinkan untuk pergi menemui Nabi Idris as. Setelah memberi salam, Malaikat pun duduk.
Nabi Idris as. mempunyai kebiasaan berpuasa sepanjang masa. Apabila waktu berbuka telah tiba, maka datanglah malaikat dari Syurga membawa makanan Nabi Idris, lalu beliau menikmati makanan tersebut.
Kemudian baginda beribadah sepanjang malam. Pada suatu malam Malaikat Maut datang menemuinya, sambil membawa makanan dari Syurga. Nabi Idris menikmati makanan itu. Kemudian Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai tuan, marilah kita nikmati makanan ini bersama-sama.” Tetapi Malaikat itu menolaknya.
Nabi Idris terus melanjutkan ibadahnya, sedangkan Malaikat Maut itu dengan setia menunggu sampai terbit matahari. Nabi Idris merasa hairan melihat sikap Malaikat itu.
Kemudian beliau berkata: “Wahai tuan, mahukah tuan bersiar-siar bersama saya untuk melihat keindahan alam persekitaran? Malaikat Maut menjawab: Baiklah Wahai Nabi Allah Idris.”
Maka berjalanlah keduanya melihat alam persekitaran dengan berbagai jenis tumbuh-tumbuhan hidup di situ. Akhirnya ketika mereka sampai pada suatu kebun, maka Malaikat Maut berkata kepada Nabi Idris as.: “Wahai Idris, adakah tuan izinkan saya untuk mengambil ini untuk saya makan? Nabi Idris pun menjawab: Subhanallah, mengapa malam tadi tuan tidak mahu memakan makanan yang halal, sedangkan sekarang tuan mahu memakan yang haram?”
2. Malaekat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris atas permintaannya.
Kemudian Malaikat Maut dan Nabi Idris meneruskan perjalanan mereka. Tidak terasa oleh mereka bahawa mereka telah bersiar-siar selama empat hari. Selama mereka bersahabat, Nabi Idris menemui beberapa keanehan pada diri temannya itu. Segala tindak-tanduknya berbeza dengan sifat-sifat manusia biasa. Akhirnya Nabi Idris tidak dapat menahan hasrat ingin tahunya itu.
Kemudian beliau bertanya: “Wahai tuan, bolehkah saya tahu, siapakah tuan yang sebenarnya?"
Malaikat menjawab, "Saya adalah Malaikat Maut.”
“Tuankah yang bertugas mencabut semua nyawa makhluk?”
 “Benar ya Idris.”
“Sedangkan tuan bersama saya selama empat hari, adakah tuan juga telah mencabut nyawa-nyawa makhluk?”
“Wahai Idris, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk-makhluk itu bagaikan hidangan di hadapanku, aku ambil mereka bagaikan seseorang sedang menyuap-nyuap makanan.”
“Wahai Malaikat, apakah tujuan tuan datang, apakah untuk ziarah atau untuk mencabut nyawaku?”
“Saya datang untuk menziarahimu dan Allah SWT telah mengizinkan niatku itu.”
“Wahai Malaikat Maut, kabulkanlah satu permintaanku kepadamu, iaitu agar tuan mencabut nyawaku, kemudian tuan mohonkan kepada Allah agar Allah menghidupkan saya kembali, supaya aku dapat menyembah Allah Setelah aku merasakan dahsyatnya sakaratul maut itu.”
Malaikat Maut pun menjawab: “Sesungguhnya saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan keizinan Allah.”
Lalu Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut, agar ia mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris saat itu juga. Maka Nabi Idris pun merasakan kematian ketika itu.
Di waktu Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia. Dengan perasaan hiba dan sedih ia bermohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu. Allah mengabulkan permohonannya, dan Nabi Idris pun dihidupkan oleh Allah SWT kembali.
3. Malaekat Izrail membawaNabi Idris ke Syurga dan ke Neraka
Kemudian Malaikat Maut memeluk Nabi Idris, dan ia bertanya: “Wahai saudaraku, bagaimanakah tuan merasakan kesakitan maut itu? Bila seekor binatang dilapah kulitnya ketika ia masih hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripadanya. Padahal-kelembutan yang saya lakukan terhadap tuan, ketika saya mencabut nyawa tuan itu, belum pernah saya lakukan terhadap sesiapa pun sebelum tuan."
 "Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai permintaan lagi kepada tuan, iaitu saya sungguh-sungguh berhasrat melihat Neraka, supaya saya dapat beribadah kepada Allah SWT lebih banyak lagi, setelah saya menyaksikan dahsyatnya api neraka itu. Wahai Idris as. saya tidak dapat pergi ke Neraka jika tanpa izin dari Allah SWT.”
Akhirnya Allah SWT mewahyukan kepada Malaikat Maut agar ia membawa Nabi Idris ke dalam Neraka. Maka pergilah mereka berdua ke Neraka. Di Neraka itu, Nabi Idris as. dapat melihat semua yang diciptakan Allah SWT untuk menyiksa musuh-musuh-Nya. Seperti rantai-rantai yang panas, ular yang berbisa, kala, api yang membara, timah yang mendidih, pokok-pokok yang penuh berduri, air panas yang mendidih dan lain-lain.
Setelah merasa puas melihat keadaan Neraka itu, maka mereka pun pulang. Kemudian Nabi Idris as. berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, saya mempunyai hajat yang lain, iaitu agar tuan dapat menolong saya membawa masuk ke dalam Syurga. Sehingga saya dapat melihat apa-apa yang telah disediakan oleh Allah bagi kekasih-kekasih-Nya. Setelah itu saya pun dapat meningkatkan lagi ibadah saya kepada Allah SWT. Saya tidak dapat membawa tuan masuk ke dalam Syurga, tanpa perintah dari Allah SWT.” Jawab Malaikat Maut.
Lalu Allah SWT pun memerintahkan kepada Malaikat Maut supaya ia membawa Nabi Idris masuk ke dalam Syurga.
Kemudian pergilah mereka berdua, sehingga mereka sampai di pintu Syurga dan mereka berhenti di pintu tersebut. Dari situ Nabi Idris dapat melihat pemandangan di dalam Syurga. Nabi Idris dapat melihat segala macam kenikmatan yang disediakan oleh Allah SWT untuk para wali-waliNya. Berupa buah-buahan, pokok-pokok yang indah dan sungai-sungai yang mengalir dan lain-lain.
Kemudian Nabi Idris berkata: “Wahai saudaraku Malaikat Maut, saya telah merasakan pahitnya maut dan saya telah melihat dahsyatnya api Neraka. Maka mahukah tuan memohonkan kepada Allah untukku, agar Allah mengizinkan aku memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya, untuk menghilangkan kesakitan mati dan dahsyatnya api Neraka?”
Maka Malaikat Maut pun bermohon kepada Allah. Kemudian Allah memberi izin kepadanya untuk memasuki Syurga dan kemudian harus keluar lagi. Nabi Idris pun masuk ke dalam Syurga, beliau meletakkan kasutnya di bawah salah satu pohon Syurga, lalu ia keluar kembali dari Syurga. Setelah beliau berada di luar, Nabi Idris berkata kepada Malaikat Maut: “Wahai Malaikat Maut, aku telah meninggalkan kasutku di dalam Syurga.
Malaikat Maut pun berkata: Masuklah ke dalam Syurga, dan ambil kasut tuan.”
Maka masuklah Nabi Idris, namun beliau tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut memanggilnya: “Ya Idris, keluarlah!. Tidak, wahai Malaikat Maut, kerana Allah SWT telah berfirman bermaksud:
“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.”
(Ali-Imran: 185)
Sedangkan saya telah merasakan kematian. Dan Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.”
(Maryam: 71)
Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud:
“… Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).”
(Al-Hijr: 48)
Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan di azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.”
Allah menceritakan tentang kisah Nabi Idris ini kepada Rasulullah SAW dengan firman-Nya bermaksud: “Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.” (Maryam: 56-57)
4. Idris di dalam Al-Qur’an dan Hadits
Terdapat empat ayat yang berhubungan dengan Idris dalam Al-Qur’an, dimana ayat-ayat tersebut saling terhubung didalam Surah Maryam (Maryam) dan Surah Al-Anbiya’ (Nabi-nabi).
Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka, kisah) Idris(yang tersebut) di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi. (Qur’an 19:56-57)
Dan (ingatlah kisah) IsmailIdris dan Dzulkifli. Semua mereka termasuk orang-orang yang sabar. Kami telah memasukkan mereka kedalam rahmat Kami. Sesungguhnya mereka termasuk orang-orang yang saleh.” (Qur’an 21:85-86)
Dalam sebuah haditsIdris disebutkan sebagai salah seorang dari nabi-nabi pertama yang berbicara dengan Muhammad dalam salah satu surga selama Mi’raj.
  • Diriwayatkan dari Abbas bin Malik: … Gerbang telah terbuka, dan ketika aku pergi ke surga keempat, disana aku melihat IdrisJibril berkata (kepadaku). ‘Ini adalah Idris; berilah dia salammu.’ Maka aku mengucapkan salam kepadanya dan ia mengucapkan salam kepadaku dan berkata. ‘Selamat datang, O saudaraku yang alim dan nabi yang saleh.; … Sahih Bukhari5:58:227
Idris dipercayai sebagai seorang penjahit berdasarkan hadits ini:
  • Ibnu Abbas berkata, “Daud adalah seorang pembuat perisai, Adam seorang petani, Nuh seorang tukang kayu, Idris seorang penjahit dan Musa adalah penggembala.” (dari al-Hakim)
5. Nasihat dan Ajaran
Berikut ini adalah beberapa nasihat dan untaian kata mutiara Nabi Idris.
  1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah (akan) membawa kemenangan.
  2. Orang yang bahagia adalah orang yang waspada dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal salehnya.
  3. Bila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa, maka ikhlaskanlah niatmu. Demikian pula (untuk) puasa dan shalatmu.
  4. Janganlah bersumpah palsu dan janganlah menutup-nutupi sumpah palsu supaya kamu tidak ikut berdosa.
  5. Taatlah kepada rajamu dan tunduklah kepada pembesarmu serta penuhilah selalu mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah.
  6. Janganlah iri hati kepada orang-orang yang baik nasibnya karena mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kebaikan nasibnya.
  7. Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.
  8. Tanpa membagi-bagikan nikmat yang diperolehnya, seseorang tidak dapat bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehnya itu.

irbid,Jordan
4.09pm

Salju Sakura