Tuesday, July 10, 2012

Rindu Pada Karyaku

Sudah hampir dua minggu berada di rumahku.Sejak dua tahun lepas,aku belum berkesempatan lagi untuk menjejakkan kakiku ke tanah  air tercinta.Alhamdulillah,dengan izin Allah dipilihNya tanggal 2 julai 2012 sebagai hari yang terindah kerana aku dapat pulang ke Malaysia setelah mengharungi beberapa pertempuran menghabiskan sisa-sisa pengajianku dan juga ku kira hari yang agak menyedihkan kerana barangkali itulah kali terakhir aku menjejakkan kakiku di bumi syam iaitu Jordan yang memberiku berbagai kenangan dan di sana jugalah aku belajar untuk menjadi ''orang''.


Melalui detik dua tahun hidup di rantau bukanlah suatu yang senang dan bukan juga suatu yang susah.Yang penting kita ada keinginan seperti kata pepatah,"di mana ada kemahuan,di situ ada jalan".Mengharungi hidup sebagai anak rantau mengajar aku erti berdiri di atas kaki sendiri.Selama hidupku,seringkali mendengar perkataan itu tetapi aku gagal memahami secara baik dan berfikir lagak orang berpendidikan tinggi.Dulu,pada aku,berdikari itu adalah boleh pergi keluar bandar tanpa emak ayah,boleh uruskan pendaftaran sekolah sendiri dan segalanya sendiri.Tetapi,baru kini ku mengerti,kematangan dalam perilaku itu adalah berdikari.Bila mana,seseorang itu,mampu menuntun langkahnya di jalan yang betul dengan pemikiran yang matang dan segalanya diletakkan di bawah kuasa Allah s.w.t.


Kini,baru dua minggu aku di Malaysia,walaupun masih kaku di bumi sendiri,masih kelu lidah berbicara,masih malu berhadapan dengan masyarakat sejagat,tetapi aku yakin,keberanianku makin bertambah.Kematanganku juga makin terarah.Walaupun sikap panas baran masih lagi bersarang dalam jiwaku,tetapi ianya tidak seperti dulu.Aku sudah mampu mengawalnya.


Rindu...
Entah pada siapa aku merindu.Mungkin belum kepada kawan-kawanku yang kutinggalkan di Jordan,mungkin bukan jua kepada kawan-kawanku yang sudah bertebaran di sekitar pahang.Belum wujud lagi perasaan itu kerana perasaan itu ku tumpahkan semuanya buat adinda tercinta AQILAH ZULFAH yang ternyata sangat merinduiku.Dua minggu aku bersamanya.Bangun pagi,buka mata kulihat dia di depanku.Acapkali dia meminta untuk tidur bersamaku tetapi aku berusaha menolaknya kerana ku bimbang jika rindunya padaku menebal.Maaf kepada kawan-kawanku,bukan kutidak mahu merindui kalian,tetapi aku sedang berusaha memuaskan kerinduan kepada si anak kecil ini yang sudah dua tahun kutinggalkan.Jika kalian lihat,dia sekarang makin cantik dan manja.


Aku berharap kalian semua baik-baik sahaja.Kalian di Jordan mungkin masih awal,tetapi aku di sini agak sudah kelewatan.Kalian teruskan hidup kalian,dan biarkanlah aku menutup mataku.


Ku menulis,sekadar melepaskan kerinduan,gian...lama tidak ku hentak keyboard ini dengan jari jemariku.


Teratak Bentan..
1.06pg

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura