Friday, July 27, 2012

Tolong Tanya saya Soalan Lain

Sudah hampir sebulan berada di Malaysia.Tiada apa yang boleh dilakukan melainkan berbakti kepada ibu bapa sambil menanam anggur di sekeliling rumah dan di dalam rumah.Emak dah mula bising sebab saya masih belum mahu bekerja.Bukan tidak mahu memikirkan masa depan tetapi,saya masih kabur dengan arah tuju saya.

Masa di Jordan,ada juga berfikir,kerjaya apa yang sesuai dengan naluri kewanitaan saya ni,erk.Saya memilih untuk bekerja di bank.Tapi,bila sampai Malaysia,semua itu sudah berubah.Emak dan Abah lebih senang kalau saya bekerja dekat-dekat sahaja,maybe area Kuantan atau Pekan.Abah galakkan bekerja di Jabatan Agama dan Emak pula mendorong saya mencari rezeki sebagai pensyarah.Saya sendiri tidak tahu.Berpusing ligat semua jenis pekerjaan dalam kepala saya.Pada hemat saya sebagai orang yang akan bekerja dan berbakti kepada keluarga dan masyarakat,izinkan untuk saya berehat sehingga hari raya puasa.hehe.

Kalau emak saya tak tahu nak jawab apa bila makcik-makcik kampung tanya,"anak awak bila nak kerja?",sebenarnya saya lagi pening nak fikir bila saya nak bekerja.Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.Saya faham perasaan seorang emak inginkan anaknya bekerja dengan cepat dan pantas supaya dapat menabur bakti kepada tanah yang seluas 4 ekar itu,erk.hehe.Mujur abah menyokong hasrat murniku untuk menanam anggur di rumah.hehe.Dan kepada makcik-makcik kampung,sudah-sudahlah tanya "bila saya mahu bekerja".Kalau boleh,kan lebih enak kalau tanyakan kepada emak saya,"anak awak tu dah ada yang punya ke?".Baru lah saya tersenyum walaupun jawapan yang akan diberikan kepada makcik-makcik itu,"insyaAllah,dah ada..",hehe.(silalah kepada yang berkenaan untuk tersipu-sipu malu membaca post saya hehe)

Cukuplah sekadar itu dulu,sekadar menghapdate belog ini supaya ianya tidak bersarang.Dan sekadar memenuhi permintaan pembaca yang ingin mengetahui keadaan saya di kampung ini.Doakan saya moga dimurahkan rezeki untuk dapat pekerjaan yang bersesuaian.InsyaAllah.Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.Jangan tinggal sahur,jangan tinggal puasa ok.Wallah.

Salam dari Pahang.

12.02am

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura