Wednesday, February 29, 2012

BuKaN ku RiNdU,cuma..

sudah hampir kurang lebih 2 minggu saya dan dia mendiamkan diri untuk hubungan kami.Dalam masa dua minggu itu jugalah saya sentiasa menyemak inbox saya kalau-kalau si dia ada menghantar mesej kepada saya.Bukan saya berharap atau masih tidak redha dengan keputusan ini atau merindui si dia tapi cuma sekadar ingin tahu apakah keadaan si dia ok sahaja.Alhamdulillah,dia juga mampu menerima keputusan ini dan nyata sangat redha.
Namun,sejam tadi saya membuka laman muka buku ini dan terlihat ada mesej di inbox.Lantas saya membuka dan tertera mesej di situ ''take care selalu'',saya terdiam.Dia menghantar mesej itu.Hanya itu.

***
Dua hari yang lepas saya menelefon emak di kampung.Kami berbual seperti biasa sambil diganggu oleh adik-adikku yang nakal itu diselang-seli dengan gelak tawa emak dan adik-adik serta saya.Saya berdoa agar emak tidak menanyakan perihal saya dan dia sebab saya tidak tahu apa jawapan yang terbaik untuk diberitahukan kepada emak.Dulu,masa saya dan dia memberhentikan seketika hubungan kami,saya ada memberitahu emak,tapi emak marah saya balik and then cakap "kesian kat menantu mak,tak baik awak buat macam tu".Saya hanya tergelak sebab emak gunakan word ''menantu''Emak memang berkenan dengan dia sejak pandang pertama lagi.Emak ingat muka si dia pun sebab emak teringat yang dia pernah naik basikal dan macam nak langgar mirul(sepupu saya).Itu cerita emak tak tahulah pula betul ke tidak atau emak tersalah orang.Tapi emak memang suka dia pun.Itu cerita tentang emak saya.
Nak dijadikan cerita,memang emak bertanyakan pun perihal si dia.Saya diam dan terus menukar topik.Emak perasan saya tukar topik dan melayan sahaja saya.

Apa-apapun yang terjadi,saya mesti tekad dengan keputusan saya.Saya lebih rela tinggalkan ini dari disiksa api neraka yang bahan bakarnya dari batu dan menusia.Tapi jauh di sudut hati saya mendoakan agar saya menemui jodoh yang baik dan diredhaiNya.
Selepas solat,saya sentiasa berdoa agar di beri petunjuk yang jelas tentang jodoh ini.
"ya Allah ya Tuhanku,Engkau kurniakanlah kepada ku jodoh yang baik.Jika dia adalah jodohku Engkau permudahkanlah jalan kami,namun jika dia bukan yang Engkau redhai untukku lepaskanlah dia dariku dengan cara yang baik.Aamiin.''

Astaghfirullah......

maaf,coretan hati saya yg mungkin membuatkan tekak anda kembang dan mungkin akan ada yg mengutuk bertubi-tubi tanpa henti.he.Tapi,percayalah!blog ini blog saya,jadi suka hati saya lah nak tulis ape.he.Bukan,apa yang baik ambillah sebagai pengajaran,yang buruk jadikan sempadan.Dan jika ada yang ingin untuk menasihati saya bolehlah membuat sedemikian.Saya sangat mengalukan.

jiwa mutmaiinah,
1204am
bayt ghuraba'

Monday, February 27, 2012

KahWiN LAgi

haiiiii..
Baru selesai mengstalker blog kawan-kawan.Ada yang menyentuh jiwa,ada yang menyentap tulang rusuk,ada yang akademik,ada yang islamik dan tak kurang juga ada terselit kisah impian perkahwinan.Kadang-kadang jadi makin pelik bila dah lama berada di Jordan,bila mana jauh dari emak ayah isu kahwin menjadi-jadi.Tidak kisah dari mulut sehingga sampai kepada penulisan blog.Sehingga saya sendiri banyak kali membaca penulisan seseorang dalam blognya yang memang hampir setiap post ada terselit perkataan akhawat.Dahulu,kalau di Malaysia mahu menyebut perkataan kahwin,perempuan,isteri,lelaki,suami,anak,pelamin,cincin dan sama waktu dengannya cukup malu.Kalau tersalah sebut tu, mahu di ejek sebulan berturut tanpa henti.Rasa mahu menyorok bawah bantal pun ada.Tapi sekarang sudah berbeza,anak-anak muda bebas bercerita tentang ini.Kalau di tanya soalan bila mahu berkahwin,laju sahaja masing-masing menjawab,"insyaAllah,kalau boleh nak kahwin lepas habis belajar","dah suruh mak yang tolong carikan","dah usya dah" dan macam-macam lagi lah. Saya sendiri pun tidak lari dari membicarakan isu itu.Yelah,dah masuk 22tahun.hehe.

Saya pun mula membuat pemerhatian terhadap fenomena yang berlaku ini.Salah satunya yang saya perhatikan adalah kerana jarak tempat tinggal dengan family.Kalau dulu dekat dengan rumah,apa-apa masalah atau mahu makan itu ini semua balik rumah atau suruh parents datang.Tapi kalau di  Jordan memang takde lah mak ayah nak minta itu ini dan ini salah satu penyebab fenomena bicara rumahtangga berlaku.Yelah,kalau di sini syabab tengok akhawat dan fikir,"bagusnya kalau jadi isteri aku,bolehlah masak setiap hari" dan akhawat tengok syabab dan kata,"memandangkan keadaan Jordan ni banyak sangat kes baik aku kahwin je,alang-alang boleh dapat murakib tetap".Kalau di Malaysia semua bergantung dengan mak ayah.

Dan selain itu,keadaan di Jordan sendiri yang mana budak-budak malaysia cepat sangat berkahwin.Mungkin ini salah satu penyebab kerana bila tengok ramai yang kahwin hati pun melonjak riang ingin turut sama membina rumahtangga.Tambahan lagi syabab-syabab melayu di jordan semua caring-caring manalah hati si gadis tidak keruan.Akhawat-akhawat melayu di jordan juga apa kurangnya,masakan memang superb sampai syabab melayu kecur air liur dibuatnya.

Tidak mengapa.Itulah perkara-perkara yang memang wajib dibicarakan menjelang dewasa.Apatah lagi banyak masa kosong.Tengok lah nanti kalau sudah bekerja memang tak menyyempatlah nak fikir tentang hal  kahwin ni.Silap haribulan suruh mak ayah settlekan.he.Sebab tu,kita bagi chance jelah borak sal kahwin sekarang.Nanti sudah bekerja memang takde masa dah.

Apa-apa pun kepada sahabat-sahabatku yang sudah bersedia berkahwin silalah cepat-cepat mendirikan rumahtangga dan jemput saya kenduri ye.Yang baik apa salahnya dipercepatkan.

nah,saya hadiahkan lagu ini buat kalian dan ketahuilah anda cinta yang mana harus di cari terlebih dahulu.

irbid,jordan
1050pm

Thursday, February 23, 2012

ShAwL hOT mASa kiNi

''ti,ko sorang je sempoi dari dulu sampai sekarang,tak berubah-ubah..''

ujar seorang kawan satu batch saya ketika kami lepak-lepak di surau kuliah sementara menunggu kelas ulum askari(pengajian ketenteraan).Saya faham maksud dia.Dia maksudkan penampilan saya memang tidak berubah langsung.Bagaimana saya di Malaysia begitulah saya di sini.

''ko ketinggalan zaman la jetty.Kat malaysia pun fesyen makin berubah ko ni makin ke belakang pulak,mak-mak kita pun lagi meletup dari ko la''

pleaseeeeee,talk to the hand!!!
suka hatilah kalau fesyen i  tak berubah pun.(note:ni bukan ditujukan kepada kawan batch saya,tapi kepada sesiapa yang cuba mengutuk saya kih2)

saya membalas kata-kata kawan sebatch saya tu dengan suara yang agak malu-malu kucing tambah bangga sedikit,"ana memang macam ni"(hehe).Bukan apa saya masih berbangga dengan diri saya buat setakat ini kerana tidak terpengaruh cepat dengan budaya fesyen zaman sekarang ni yang makin melampau.Buka sini,angkat sana,tarik situ,koyak sana.Kadang-kadang naik pening saya memikir.

Sekarang pun di Malaysia fesyen yang makin meletup dan hot adalah fesyen selendang ala-ala hana tajima.Siapa dia ni?Saya pun tak kenal.Tapi apa yang saya pasti dia yang telah memperkenalkan fesyen-fesyen 'samseng' tudung kepala muslimah.Tapi saya pun tak pasti hana tajima ni nama orang ke jenama selendang.hehe.Maaflah agak ketinggalan.hu.Risau betul saya.Beberapa bulan je lagi tinggal nak balik ke Malaysia.Makin saya risau kalau di kedai-kedai sudah tiada menjual tudung-tudung bidang 60.Yelah,market sekarang ni selendang.Orang pun sudah tidak memandang tudung-tudung ala alas meja ni.

Di Jordan lagilah banyak selendang sebab memang fesyen mereka orang-orang jordan pakai shawl.Tapi tahanlah juga,ada selendang besar jual.Bolehlah saya nak beli barang satu dua helai.
''eleh jetty,konon nak tunjuk baik lah tak  pakai selendang,kitorang pernah je nampak hari tu dua kali ko pakai"

hehe.Betul lah tu.Saya ada masa pakai je tapi dalam masa 5bulan maybe sekali.Itupun saya pakai hujung-hujung tahun lepas dan awal tahun tahun lepas.Dahnya,time tu winter.Boleh lah pakai sebab pakai jaket kat luar.he.Saya bukan tidak berminat mahu menggayakan fesyen selendang ni,tapinya saya tak reti.Mahu belit tudung bidang 60 ni pun saya  failed ,inikan pula nak membelit selendang.Tercekik urat leher.

Ingat saya zaman kanak-kanak ribenna dulu.Sepupu saya yang paling hot belit tudung dia macam waheeda wassini tu.Abah saya pun tanya saya,'akak tak nak ke pakai macam lili tu'.Saya pantas menjawab,saya tak reti nak pakai macam tu.Jadi saya pun beraya dalam keadaan tak berbelit tudung.Masa tu kanak-kanak ribenna,kalau tak nak pakai tudung pun tidak mengapa,bukan  wajib lagi pun.
Masa raya tahun-tahun dulu pun,masa tu kami yang kanak-kanak ribenna ni dah besar gajah dah pun.Saya tengok sepupu-sepupu perempuan yang sebaya dengan saya memang meletup la.Selendang berwarna-warni,berpintal-pintal,berbunga-bunga,cuma saya masa tu bawa fesyen lama lagi.Ala,saya ni pula memang jenis sempoi,apa yang ada depan mata saya sebat je.Saya tak banyak songeh sangat bab-bab fesyen ni.Malas saya.Kalau di rumah pun,mak yang menentukan fesyen saya.Mak yang semangat-semangat nak belikan baju baru untuk saya.Saya tak kisah pun.Baju adik lelaki saya kan banyak,saya ambil sahajalah baju dia,dia pun selalu pakai baju saya.(ces,nada geram)

Hai,tapi dalam masa saya tak reti nak berselendang-lendang ni,ada juga koleksi selendang saya 5 helai terletak elok dalam beg.Tandanya pernah berniat nak pakai tapi sebab leceh tu yang tak pakai tu.Kadang-kadang geram tengok orang pakai,nampak kemas.Musim sejuk yang berbaki lagi ni masih ada kesempatan untuk memakai shawl  ala-ala malizi yang tampak lebih menutup aurat sebab labuh dan tidak mengikut bentuk kepala.Ala,budak-budak perempuan batch saya pakai shawl memang tak gaya shawl pun sebab mereka masih menepati syariat.Itulah,kalau islam tu berbekas dalam jiwa,kita boleh control .Saya memang respect kawan-kawan saya,masih mengekalkan imej islam  walaupun orang kata kita budak kolej yang sosial.(peduli hape).Selendang,selendang juga,imej islam jangan lupa.Kita ini muslimat.

"ala jetty,ko cakap macam ko ni gaya geng tudung bulat je"

Ala,saya tahu lah saya bukan jenis budak pakai tudung bulat tu sebab tu saya tak menolak mana-mana fesyen asalkan ia menepati syariat.Sebab tu fesyen yang saya memilih sekarang fesyen tudung bidang 50@60.Pakai jelah selendang ke,tudung ariani ke,tudung bulat ke,telekung ke,tudung saji ke asal ikut syariat sudah.Boleh jalan.Tapi kalau awak semua pakai tudung tapi tak menutup dada,nampak telinga lah,leher nampak lah,itu memang tak boleh.Mahu berfesyen tak salah,tapi yang salahnya tidak ikut syariat dan gaya islam tu.Islam tidak kejam.Allah pun tidak berfirman dalam quran,kita mesti memakai tudung bulat,bukan tudung ariani,tapi Allah berfirman dalam surah annur ayat 31 mafhumnya:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka (terjemahan langsung adalah: 'dan hendaklah mereka menutup dada mereka dengan penutup'); dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
  • suami mereka atau
  • bapa mereka atau
  • bapa mertua mereka atau
  • anak-anak mereka, atau
  • anak-anak tiri mereka atau
  • saudara-saudara mereka atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau
  • anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
  • perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau
  • orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan
  • kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An Nur : Ayat 31)[3]


  • hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Ibn Jarir daripada ‘Aishah r.a.:
“Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama, apabila turunnya ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta mereka mengoyakkan apa sahaja kain (yang ada di sekeliling mereka) lalu bertudung dengannya.”

  • hadis sahih yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Hatim dan Abu Dawud daripada Safiyyah bint Shaybah katanya:
“Ketika kami bersama ‘Aishah r.a., kami menyebut-nyebut tentang kelebihan-kelebihan wanita Quraisy, lalu ‘Aishah menyampuk: “Memang benar wanita Quraisy ada kelebihan, tetapi demi Allah sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita yang lebih baik daripada wanita Ansar dari segi kuatnya iman dan pegangan mereka terhadap kitab Allah. Apabila Allah turunkan ayat (yang bermaksud) “…dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka…”, serta-merta suami-suami mereka balik dan membacakan kepada mereka apa yang Allah turunkan kepada mereka, anak perempuan mereka, saudara perempuan mereka dan semua kaum kerabat mereka, sehingga tiada seorang perempuan pun daripada mereka melainkan bergegas mencari apa saja kain yang ada di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah turunkan, maka jadilah mereka wanita-wanita yang bertudung bersama Rasulullah saw, seperti sekumpulan gagak hitam berada atas kepala mereka.”

Nah,lihat di situ,tidak ada pun ayat al-quran dan hadis yang mengdetailkan jenis-jenis tudung yang mesti dipakai.Cuma meletakkan syarat menutup belahan leher atau menutup dada kita.Allah menciptakan manusia,dan Dia amat tahu apa yang kita mahukan.Allah tahu wanita itu suka berfesyen,mahu kelihatan cantik sebab itu Allah tidak berlaku kejam kepada kita dengan meletakkan  jenis tudung yang wajib di pakai.Cukup Allah kata menutup dada dan menutup aurat kita kecuali apa yang hanya boleh dilihat iaitu tapak tangan dan muka.Jadi tidak salah memakai selendang asalkan tutup dada,tutup aurat.Kalau rasa selendang tu buka sana,buka sini baik buat kain buruk jelah.hehe.Kalau nak pakai selendang,tapi tak pandai nak buat style muslimah punya,tunggu budak-budak batch saya balik atau tunggu budak keluaran jordan balik Malaysia  and then belajar dengan mereka cara pakai shawl ikut syariat.Saya pun nak belajar juga sikit-sikit.Kalau tak pakai bawa keluar rumah pun,tunjuk kat suami cukuplah.(he,nada gatal)
InsyaAllah kalau kita buat semua benda kerana Allah,Allah will be guide us.Perempuan ni senang masuk syurga,senang juga masuk neraka.Jangan disebabkan fesyen kita masuk neraka ye.Nasihat juga untuk diri saya sendiri yang masih liat memakai jubah.Asyik nak pakai blaus and t-shirt labuh je.Bila lagi nak jadi perempuan melayu terakhir ni.he.Doakan saya terus thabat bertudung labuh.

p/s:niat hati belum terbuka lagi nak bertudung bulat,tapi kalau dapat suami yang suruh pakai tudung bulat,insyaAllah saya taat.
post tertangguh dari tengah hari tadi,
irbid,jordan
1.03am


Monday, February 20, 2012

rupanya DIA dengar..

Aduss..
Terkejut saya di buatnya ketika seorang lecturer masuk ke kelas saya tadi.Puas saya menenangkan hati sendiri yang memang tak tentu arah di buatnya dengan pertukaran tiba-tiba lecturer di saat-saat tengah happy datang lambat.hu.

kata seorang teman kepada saya ketika kami sama-sama menuju ke tangga,"nasib baik ni kelas dr.imad,kalau dr.adnan mesti kita kena datang awal kan?''

Bagai batu menghempap jari,kelibat seseorang yang cukup di kenali.Wajah tampannya yang membuatkan ramai manusia sentiasa ingat.Gaya smartnya yang sentiasa menjadi bualan si gadis jelita.DR.ADNAN!! Mana dr imad?
Saya memandang teman saya,dan kami sama-sama mengucapkan kalimah "kita baru je cakap tadi".Saya bangun dan menukar tempat duduk di belakang orang arab supaya saya dapat melindungi diri dari di lihat dr.adnan.Walaupun sudah 2 sem saya belajar dengan dr.adnan,dan ternyata cara pengajaran beliau memang  superb,dan kami sangat faham dengan apa yang ingin di sampaikan,tapi saya tidak boleh menipu diri saya,perasaan takut berdepan dengan dr.adnan masih berbaki lagi dalam jiwa gadis melayu saya ini.

Saya ingat lagi,minggu lepasnya saya berbisik dalam hati saya,"kenapa lah aku tak faham apa yang dr.imad nak cakap ni,kalau dr.adnan ajar maybe faham kot".Sekali,Allah tunjuk pada saya.Memang dr.adnan yang ganti dr.imad.Rupa-rupanya Allah masih memandang saya.Allah masih mendengar apa yang saya bisikkan dalam lubuk hati yang kecil ini.

Selama ini saya berprasangka terhadap Allah.Kononnya Allah tidak dengar permintaan saya.Tapi tidak sebenarnya.Allah masih lagi melihat saya dan masih sudi mengabulkan permintaan saya.

Jadi perbanyakkanlah berdoa dan meminta pada Allah dengan ikhlas kerana DIA pasti akan memaqbulkan doa kita.Kerana DIA sangat tahu apa yang diperlukan hambaNya.Jangan malu minta dengan Allah nanti kita di gelar bodoh sombong.Dari kita meminta selain Allah baik kita minta dari Allah.

coretan insaf
hamba ghuraba'
11.46pm

Sunday, February 19, 2012

CiK Kak,ENcik ABang APo koNO eJAng??

Semalam saya menemani sahabat yang tak dianggap saya menemui 'mak' dan 'ayah'nya yang datang ke irbid.Mereka baru sahaja melangsungkan perkahwinan mereka minggu lepas.Bahagia saya melihat mereka.
Saya tak banyak berbual dengan mereka kerana masih ada sekelumit rasa malu di hati saya.Agak kekok saya pada awalnya tapi lama kelamaan saya buat biasa je.


Kami menemani mereka membeli kasut di Max(Arabella Mall,irbid-jordan).Sedang saya mundar mandir dalam Mall  mata saya terarah pada kelibat dua orang manusia.Susuk tubuh mereka berdua amat saya kenali.Terkejut saya.Budak melayu.Syabab dan akhawat.Arrgghh.Saya cuba mengikuti mereka tapi malangnya gerak langkah mereka terlalu laju.Guurrrlpp.


Otak saya mula ligat berfikir.Entah apa yang mereka fikirkan dan rasakan.Tidakkah langsung mereka malu dengan Allah.Ok,fine!Niat kita murni untuk berkahwin tapi niat tidak menghalalkan cara.Saya tidak mahu berbicara lanjut hukum bercouple kerana saya bukan dari jurusan ilmu fiqh untuk membahaskan bab ini dan sungguh saya tidak tahu langsung keterangan yang jelas tentang bab bercinta sebelum nikah.Ada sebahagian ustaz yang cakap haram,ada sebahagian lagi yang cakap boleh.Saya pun jadi confuse.Tetapi pegangan personal saya,saya mengambil hukum syubhah kerana saya tidak tahu halal atau haram.This is my personal pegangan.




HADIS 6 DARIPADA HADIS 40 IMAM NAWAWI
Maksudnya:
“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. 



Kalau dulu,saya mengaku pernah terlibat dengan bermacam-macam perkara yang saya tidak tahu apakah haram atau halal.Saya tidak tahu di antara keduanya ada perkara syubhat.Yang saya tahu perkara syubhah jangan makan binatang dua alam.Itu yang saya pelajari di sekolah dan itu yang saya amalkan.Ustaz ustazah di sekolah tidak pernah pula menyebut dan menjelaskan secara detail  tentang ini.Mungkin tidak ramai yang memikirkan kepentingan berbicara dan mengupas isusyubhah sedangkan perkara syubhah inilah yang menjerumuskan kita ke dalam perkara haram.Ini kerana ramai dari kita tidak tahu perkara itu haram atau halal dan mereka juga tidak tahu apa pula perkara syubhah.Oleh disebabkan itu mereka memilih untuk melakukan sahaja perkara-perkara yang tidak di yakini halal atau haram itu.Tolonglah 'ustaz,ustazah' caknalah isu umat.Kami tak tahu tentang itu.

Berbalik kepada isu budak melayu tadi.Ok fine!Kalau kita rasa macam tak malu sangat dengan Allah,malulah dengan orang sekeliling.Mungkin orang arab akan anggap kita dah kahwin,tapi kami ni orang melayu yang belajar di Jordan confirm2 tahu yang mana satu sudah berkahwin atau belum.Setakat ini,muka korang tiada lagi dalam liputan pasangan yang berkahwin of the year.
Saya bukanlah cemburu melihat mereka berdua,tapi saya cuma rasa kesal kalau saya tidak memainkan peranan untuk amar ma3ruf nahi munkar.
''tegurlah depan-depan,kenapa tulis blog.Orang tu bukan baca blog ko pun.''

Betul.Tapi saya ni jenis tak berani tegur depan.Jadi sebab tu saya menulis di blog moga-moga ada yang membaca dan mendapat pengajaran darinya.Kalau tegur kepada mereka sahaja orang lain tentu tak dapat pengajaran kan!Lagipun saya tidak menceritakan perihal mereka berdua kerana saya hanya dapat lihat dari belakang sahaja.Cuma saya kenal itu budak melayu.Sebab struktur budak melayu kan pendek-pendek.he.

ok,lah.Semoga kita sama-sama mendapat pengajaran dari apa yang berlaku.Ingatlah 
(....... Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)




rasa perihatin ummat,
bayt ghuraba',
11.03pm.

Monday, February 13, 2012

Ku TuLiS keRAna DIA

Semasa jaulah saya baru-baru ini bertemu kakak-kakak saya di sana,tersentak saya ketika mendengar bait-bait kata dari seorang ukhti iaitu kak muna.
''kalau bukan kerana Allah,aku takkan buat kerja ni!!''
Pada malam itu,semalaman saya tidak senang duduk.Berbagai persoalan bermain di minda saya.Saya memikirkan apa yang telah saya lakukan selama ini.Bukan soal saya tidak serious dengan kerja dakwah.Tapi soalnya,apa yang kononnya saya telah insaf dari melakukannya adakah benar-benar kerana Allah.fuhhh.
Saya berfikir di sana untuk betul-betul melakukan perubahan itu kerana Allah.Mungkin dulu saya bersedia  memutuskan hubungan itu kerana mungkin saya hanya sedar untuk sementara waktu sahaja.Tapi lama kelamaan saya hilang rasa sedar itu.Mungkin saya makin jauh dengan Allah.Walaupun mungkin betul saya tidak selalu menghubunginya,chatting dengannya,tapi saya masih menyimpan sedikit ruang untuknya dalam hati saya.Mungkin saya tidak selalu mengingatinya tapi saya tetap menyimpannya dalam hati saya.Walaupun sebenarnya saya still rasa bersalah ketika masih menghubunginya,tapi syaitan telah pun mengaburi pandangan saya serta membisik-bisik di telinga saya.
Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: “Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu, dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu”. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: “Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah, dan Allah sangat berat azab seksaNya”.-AL-ANFAL :48
Segala yang sepatutnya salah dirasakan saya benar belaka.hu.
Saya mencuba untuk tidak membalas mesejnya atau menekan button handset menelefonnya.Tapi saya sangat lemah untuk itu.

***
Bolehkah saya tidak mereply mesej awak?
Bolehkah saya buat tak tahu tentang awak?
Bolehkah saya menangguh dulu perasaan saya terhadap awak sehingga waktu yang ditetapkan?jika diizinkan.


Sebab saya buat semua ini kerana saya tidak tahu pengakhiran kisah kita.Saya sangat bimbang kita terbeban dengan dosa yang banyak.Bimbang di akhirat kelak,beratnya timbangan di sebelah kiri kita kerana dosa yang kita lakukan ini.

Saya tahu ini mungkin terlalu kejam tetapi lagi kejam kalau kita menjerumuskan diri kita ke lembah kehinaan.Tunggu sedikit masa sahaja lagi.Kalau betul serious percepatkanlah nikah walaupun tanpa  kenduri.Apa salah kalau buat berasingan dulu.Bukan bermaksud saya menggesa cuma saya mahu menjaga diri dan hati saya.

Jika masih menunggu saya,perbanyakkanlah doa dan istikharah agar penantian itu tidak sia-sia.Saya tidak mahu menghukum awak menunggu saya terlalu lama.Dan bukan juga saya punya kekasih hati lain,tapi saya lebih mencintai Allah dan saya rasa saya perlu buat sebegini kerana Dia.Saya tidak kisah kalau awak marah,kerana yang lebih ditakuti adalah kemurkaan Allah.Cukuplah apa yang telah lama kita lakukan.Hampir 5 tahun kita cuba pertahankan tetapi jika tidak diizinkan Allah bukankah itu sia-sia.Saya tahu awak membaca blog saya setiap hari sebab itu saya menulis ini supaya awak juga dapat kebaikan itu.Tapi janganlah berhenti dari membaca blog saya supaya awak sentiasa mendapat pesan dari saya.Supaya kita sama-sama menginsafi apa yang telah kita lakukan.Saya sedar,kerana hubungan saya dengan awak jugalah yang banyak membantu saya membuat perubahan ke arah yang lebih baik.Awak sangat baik,jadi saya tidak mahu merosakkan awak dengan apa yang telah kita lakukan.InsyaAllah kalau ada jodoh,kita akan bertemu jua.Ingat tak saya pernah berkata kepada awak "saya tidak akan berkahwin selagi awak belum berkahwin''.Itu mungkin dulu dan mungkin ia masih kekal sehingga sekarang.Saya belum pasti itu.Saya memberitahu awak kerana saya tidak mahu awak pelik kalau saya tidak melayan mesej awak.Biar awak fikir yang baik sahaja.Lagi pun kali terakhir awak melihat saya sebelum saya ke Jordan,jadi macam-macam boleh berlaku dalam tempoh itu.Dan mungkin awak akan berubah setelah melihat saya kembali.Mungkin.

Saya bersabar untuk penentuan dari Allah,harap awak juga begitu.Saya akan pulang dalam masa beberapa bulan sahaja lagi.Jika mahu menunggu saya silakan.Saya masih mengingati janji itu.Maafkan saya.


nukilan rasa bersalah,
4.18pm
jordan.

Friday, February 10, 2012

MY FutURe huSBanD!!

Pejam celik pejam celik umur sudah pun hampir mencecah 22 tahun.Bila telefon mak di kampung cerita yang famous terkeluar dari mulut mak ialah sepupu-sepupu sudah berkahwin,baru balik kenduri kahwin,tahun depan sepupu seorang lagi mahu berkahwin.Saya mendengar sahajalah pertuturan emak sambil tergelak kecil.Dalam hati bermonolog ''mesti mak tak sabar nak suruh aku kahwin ni he''.Memang betul selepas itu mak bertanya saya tidak mahu berkahwin kah?.Saya menepis soalan mak dengan menjawab ''bukan ke mak kata nak saya ada rumah besar ke,kalau nak ada rumah besar kena kerja dulu,kahwin letak tepi''.Sebenarnya saya sengaja menggunakan alasan itu padahal memang dalam hati ini teringin je mahu mendirikan rumahtangga tapi apakan daya bimbang emak bertanya ''takde sape-sape yang berkenan ke kat sana?''.Lagipun saya sedikit malu berbicara soal ini dengan mak dan abah walaupun usia saya memang sesuai sangatlah memandangkan saya tengok ramai sangat di Jordan pelajar-pelajar melayu berkahwin pun usia yang agak muda.Ada yang berkahwin usia 18 lagi.Tapi berbicara soal kahwin memang mudah,melihat orang membina masjid cukup kita gembira.Tapi cabarannya adalah setelah kita sah menjadi suami isteri.Ketika itu segala kelebihan dan kekurangan pasangan akan muncul dan di situ perlu toleransi antara pasangan.fuhh bernafas panjang saya bila memikirkan hal ini,kerana perkara inilah yang sangat saya takuti bila sudah di alam perkahwinan nanti.

***
Teringat dulu ketika ada seorang kawan bertanya saya ciri-ciri lelaki yang saya ingin jadikan suami,saya memang tidak list kan terlalu banyak pun.Cukup ada suami yang islam,baik,faham saya,terima saya seadanya,boleh membimbing saya,boleh bawa saya jalan-jalan memandangkan saya suka berjalan,dia suka menyanyi untuk saya sebab saya suka nyanyi dan ada lah satu dua lagi ciri-ciri yang lain.Tapi itu ketika usia saya belasan tahun.Belum cukup kenal erti hidup sebenar.Mungkin.

Tapi,bila usia semakin meningkat,setelah banyak pengalaman dan perjalanan hidup dilalui dan yang paling penting setelah saya betul-betul kenal Allah dan mendapat tarbiyah dari-Nya,taste saya pun dah berubah.
Saya tidak hairan sangatlah kalau tidak dapat suami handsome (hehe) tapi apa yang penting dia islam,mempunyai hubungan yang erat dengan Allah,dia mencintai Allah sepenuh jiwa,dia mencintai Rasul teramat sangat,dia mendahulukan Allah daripada saya,dia yang selalu membisikkan kalamullah ke telinga saya,dia memujuk saya bukan dengan coklat dan bunga,cukup dengan ayat al-quran yang menusuk dijiwa saya.Saya ingin setiap hari dia mentadabbur al-quran bersama saya.Saya ingin setiap hari dia mengajak saya membaca ma'thurat walaupun ketika itu saya tidak boleh solat.Saya ingin setiap hari dia ingatkan saya untuk tajdid niat dan niatkan seluruh perbuatan saya kepada Allah.Dan saya ingin setiap hari,setiap malam dia ajak saya untuk bermuhasabah perjalanan hidup seharian agar saya tidak tersasar dari jalan lurus.

Saya sedar,mungkin terlalu tinggi dream saya tapi tidak salah kerana kalau kita menyimpan impian di awal-awal kita akan cuba berusaha untuk ke arah itu.''hey ko,ko ingat ko baik sangat nak dapat suami macam tu,cerminlah diri dulu!!''.Yelah,saya tahu itu,tapi saya tidak membuat pernyataan di atas untuk saya tidak perlu berubah.Jadi untuk merealisasikan impian kita,kita sendiri yang kena berusaha ke arah itu selain pertolongan dari Allah.Kita sendiri yang kena jadi baik,barulah kita nampak serius ke arah itu.em.

***
Itulah,kadang-kadang apa yang kita impikan tidak semestinya kita akan dapat.
''tetapi ,boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagimu,dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu''(al-baqarah -216)

Tetapi,itu tidak bererti kita boleh berhenti berharap dari Allah.Allah sentiasa bersama dan memandang hamba-hambaNya.Jadi,selalulah berdoa kepada Allah dengan ikhlas dan sabar dan penuh rasa rendah diri.
Sekian.

nah!saya hadiahkan video ini.


irbid,
9.19malam

Friday, February 3, 2012

JiwAku KosONg di KoTA itu

Tidak pernah terduga sudah pun menjejakkan kaki di sebuah kota yang menjadi impian ramai orang untuk bercuti di sana.Alhamdulillah Allah mengizinkan aku dan beberapa teman seperjuangan ku untuk menziarah ke bumi itu.

Sewaktu kali pertama aku menjejakkan kaki ke kota itu,hati ku mengucap syukur.Cantik sungguh bangunan-bangunan ini.Rumput-rumputnya yang hijau dan begitu menenangkan.Alhamdulillah,keindahan seperti ini tidak aku dapati di Jordan.

***
Dalam bas,aku duduk memandang dan mentadabbur alam.Sungguh indah.Ku buka sarung camera Samsung merah ku dan ku on kan dan menekan button movie dan ku rakam setiap keindahan alam yang sudah lama tidak ku temu.Kemudian itu,aku membuka penyejuk hati ku dan menyelak helaian demi helaian.Sehingga aku terjumpa satu ayat yang menyentak hatiku.Sepotong ayat dari surah al-baqarah ayat 218 yang bermaksud "sesungguhnya orang-orang yang beriman,dan orang orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah,mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah.Allah Maha Pengampun,Maha Penyayang".

Termenung jauh aku seketika.Aku mengaku beriman kepada Allah tetapi sejauh manalah sangat pengorbanan aku kepadaNya.Aku mengharapkan rahmatNya tetapi sejauh mana beraninya aku berjihad dan bermandi darah di jalanNya.Fuhh,bernafas panjang aku.Bimbang kalau-kalau jaulah aku ini satu penghijrahan yang sia-sia.Lama aku termenung sehingga tidak langsung aku sedari mataku sudah rapat tertutup.Perjalanan yang agak panjang itu memaksa aku untuk melelapkan mata agak lama.

***
Alhamdulillah,moga tidurku menjadi ibadat.Aku tiba di kota itu.Kedatanganku dan teman-teman di sambut oleh seorang ukhti yang begitu suci tampak riak wajahnya.Dia berjalan agak laju mungkin sudah terbiasa dengan rentak langkah masyarakat di kota itu.Aku cuba mengikuti jejak langkah ukhti itu dengan laju namun masih berhati-hati dan agak tersekat pergerakan ku kerana hand luggage yang ku bawa.Aku pasrah.Dia membawa kami semua membeli kad oyster agar memudahkan pergerakan kami menaiki train dan bas untuk pergi ke destinasi yang telah disusun dalam tentatif.Setelah membeli kad oyster  kami bergerak menaiki train beramai-ramai.Ini kali kedua naik train,mula-mula dulu gayat sekarang dah seronok.Train ni sudah menjadi kenderaan wajib buat kami sepanjang berada di kota itu.Kami sampai di rumah ukhti itu dan membersihkan diri serta bersolat jama' taqdim.Selepas itu,kami keluar berjalan-jalan di sekitar kawasan beli belah untuk mencari souvenirs barang sedikit untuk kawan-kawan dan diri sendiri.Setelah puas membeli souvenirs kami pulang ke bayt wafaa' .Malam itu ada pengisian dari akhawati fillah  di sana.Mata kami semua agak berat malam itu.Ramai teman-teman seperjuanganku sudah 'syahid',cuma aku agak gagah sedikit kerana memang niat aku ke kota itu adalah untuk mendapatkan pengisian.Jadi aku gagahkan juga mata dan telingaku ini untuk mendengar apa yang dituturkan oleh akhawati.Setelah selesai pengisian malam itu kami semua tidur sementara menunggu hari esok untuk meneruskan tugas kami sebagai khalifah dan ubudiah.Dan keesokannya pula kami akan pergi ke destinasi yang menjadi kebanggaan rakyat dan pelancong-pelancong di situ.

***
Lama juga berada di sana.Aku pada mulanya sangat excited  bila sampai ke sana.Tapi tak sampai sejam aku sudah lemah.Jiwaku kosong.Ingin sekali aku menjerit tapi apakan daya kesejukan yang barangkali mencapai tahap negatif itu membantut niatku.Aku hanya fokus pada kesejukanku.Aku melihat teman-teman seperjalanan ku sibuk menangkap gambar.klik!klik!.Tapi aku hanya membisu.Jiwaku hambar.Aku lihat bangunan yang tersergam cukup indah tapi kosong.Aku mencuba untuk mencari makna di sebalik itu.Ces!sia-sia.Kosong!

Lama aku mendiamkan diri di sepanjang perjalanan.Aku hairan melihat betapa ramainya orang mahu ke kota ini.Sedangkan kota ini nothing.Saat itu aku benar-benar bersyukur kerana aku terpilih belajar di Jordan.Walaupun Jordan berpasir dan bangunannya tidak cantik,tapi masih punya tinggalan sejarah yang akanku kenang sampai bila-bila.Aku memaksa juga kaki ku berjalan namun aku terhenti pada satu bangunan yang lain.Nah!aku temui ini.Ini punca jiwaku kosong.Ya,tanda salib yang terpaku di setiap tiang-tiang dan menara-menara bangunan.Tetibe teringat pesanan ustaz,jangan pandang tanda salib nanti hati jadi gelap.Nah! Terima.Aku cepat-cepat berjalan dan mencurahkan segala perasaan yang ku alami tika itu kepadanya.Alhamdulillah lega sedikit.

Perjalanan seharian aku di kota itu benar-benar menyentakkan aku.Aku duduk di dalam train diam-diam sambil melihat gelagat masyarakat di kota itu sibuk dengan urusan masing-masing.Aku rasa betul kata hatiku.Kehidupan di kota ini memang sangat menguji tahap keimanan kita.Aku setuju kalau ada yang cakap iman kena kasi mantap sebelum datang sini.Boleh jadi je kita hanyut di kota ini kerana environment di sini cukup membuatkan kita mudah terpengaruh.Apatah lagi bacon di jual di mana-mana dan dijadikan favour makanan lagilah membantu menggelapkan hati kita.Memang ukhti-ukhti di sini mantap lah ikatan mereka dengan Allah.Sebab tu mereka still mantain di kota ini tapi masih mengekalkan imej islam dan mampu pula menyebarkan islam di kota ini.Kagum.

Jaulah kali ini betul-betul menguji tahap keimanan aku kepadaNya seperti yang telah Dia katakan dalam surah al-baqarah ayat 218.Semoga perjalanan yang kita hadapi dalam hidup kita sentiasa di redhai olehNya dan sentiasa membawa kepada peningkatan tahap iman kita.InsyaAllah.

irbid,
10.27pm

SoRry AnaK maMA!!

Sorry  anak mama sebab mama holiday  tak bawa anak mama sekali.Bukan apa,mama cuma mahu ajar anak-anak mama kenal erti hidup melalui pengalaman seperti mana mama ketika dulu.Mama tidak mahu menyusun hidup anak-anak mama sebab mama bimbang anak-anak mama akan memberontak.Mama dulu pernah rasa hidup di susun,mama sangat marah.Jadi mama tidak mahu anak-anak mama marah pada mama.Cukup bagi mama ingin menjadi mama yang baik buat anak-anak mama setelah mama kurang bagi perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak mama suatu ketika dulu.

***

Selama ini mama cukup pelik dengan anak-anak mama sebab setiap kali mama ajak ikut mama kat tempat mama kerja,anak-anak mama mesti bagi alasan.Kadang-kadang mama sendiri rasa alasan anak-anak mama tak logik pun.Tapi mama bersangka baik dengan anak-anak mama dan lagi satu mama tak nak paksa anak-anak mama buat sesuatu yang anak-anak mama tak suka.Mama pasrah.

Tapi baru-baru ini,semasa mama berholidays di kota penuh ruuhi berjumpa dengan kakak-kakak mama di sana,baru mama tersedar kesilapan mama dalam mendidik anak-anak mama.Mama minta maaf sebab mama baru sedar mama tak pernah peluk anak-anak mama erat-erat.Mama tidak selalu mengunjungi anak-anak mama.Mama hanya berjumpa dengan anak-anak mama seminggu sekali,dan kadang-kadang sampai tiga minggu mama tak jumpa anak-anak mama.

***
Masa holiday tu,kakak mama nama dia kak jasmin ada ajar mama buat kek oren dan kek pisang.Katanya,kita kena ada skill  nak pikat anak-anak kita.Jadi mama dah belajar buat kek dan mama akan cuba buat sebiji kek yang special  untuk anak-anak mama.

Nanti mama jumpa anak-anak mama dan bawakan hadiah untuk anak-anak mama.Jumpa nanti ye sayang-sayang mama.

nukilan kecil
irbid.

Salju Sakura