Sunday, November 17, 2013

Rasa Itu

Mengakui di usia begini,tidak betah melihat impian diri dimiliki orang lain.Pada mulanya,aku sendiri mengambil keputusan untuk buat tidak tahu tatkala melihat kegembiraan mereka.Menyibukkan diri dengan buku-buku yang bertambun dan assignment serta presentation yang bersusun dalam list untuk diselesaikan sebagai student master.

Siapa sahaja pun mengerti bahawa perkahwinan itu adalah impian semua insan.Begitu juga aku walau sekuat manapun menafikan akan keinginannya atas alasan tidak mahu mendera jiwa.Sangat cemburu melihat mereka yang muda dari ku dapat melangsungkan perkahwinan.Aku juga mengerti itu adalah kerja Tuhan,tiada siapa pun yang mampu menghalangnya.Melalui hari-hari dengan impian ini bersama kekasih hati sangat melukakan hatiku.Tidak berani aku menyuarakan hasrat tentang perkahwinan kepadanya disebabkan dia baru sahaja tamat pengajian.Aku biarkan masa membawa semuanya.

Mungkin sekarang,orang akan sibuk bertanya kepada ustaz ustazah bagaimana menghadapi perkahwinan atau rumah yang bahagia,bagaimana menyiapkan diri dan segalanya,tetapi mungkin aku akan bertanya, bagaimana menghilangkan rasa ingin berkahwin.

Kadang-kadang,aku berjaya menempuhinya,kadang-kadang aku juga kalah dan saat itu kekalahan aku bersama leraian air mata.

cet..poyo!!!! Kembali ke matlamat asal..

Ok saya baru ketemui cara untuk kurangkan rasa ingin berkahwin yang membuak.Saya percaya ramai dari kita yang mampu menahannya,tetapi pertahanan itu tiba-tiba hancur dek kerana tengok gambar kawan-kawan kita yang kahwin di fb.Jadi saya sarankan kita semua tutup mata bila part orang post gamba kahwin. Atau hide sahaja post mereka dari home kita supaya kebahagiaan mereka tak mengganggu gugat kehidupan kita.Kita bukan cemburu,cuma kita mahu melindungi diri dan hati kita.Lebih-lebih lagi yang tengah berkaple ye..Sila buat macam ni.Cemburu dekat orang yang tengah single sebab perasaan nak kahwin kurang membuak di hati mereka.Ok,jadi kepada yang dah kaple buat-buat la macam single ok. Hehe

wallah

Thursday, April 25, 2013

Budak ADAB 2


Sarah Lina....

Dua patah nama yang tidak asing lagi di bumi Irbid.Lebih mesra dengan panggilan Orkid oleh rakan-rakan yang baru dikenali.Langkah kakinya sentiasa gagah mengheret sandalnya ke sana dan ke mari.Aku tidak pasti,seberapa banyak tenaga yang Sarah ada di dalam badannya.Pagi sibuk ke kelas,petang pula beriadhah nun jauh meredah jalan raya yang tidak pernah kosong dengan kenderaan dan bunyi hon yang memekik.


Petang itu,aku hanya duduk di sofa ruang tamuku.Menekan-nekan alat kawalan jauh televisyen mencari siaran yang sesuai ditonton petang itu sambil menunggu Hafizah,rakan serumahku menyiapkan cekodok ikan bilis buat halwa tekakku menjamah makanan petang itu.Dari jauh seperti ada bunyi yang mengganggu telingaku.Bunyi gesekan seluar dan hentakan kaki seperti kedengarannya laju.Seperti sudah menduga,ku lihat Sarah Lina sudah bersedia dalam pakaian riadhah seperti hari-hari biasanya.Memberi senyum dan ajakan turut beriadhah kepada ku.Aku mencipta alasan tidak mahu menurutinya.Dan itulah,hari petang biasa aku dan Sarah.Sarah mengajakku beriadhah dan balasanku hanyalah kerana kemalasanku.

***
Hujung minggu itu,seperti minggu-minggu yang lain di Irbid.Tidak pernah lengang dengan aktiviti.Minggu itu ada program persatuan.Makanan harus disiapkan.Dalam kuantiti pelajar Malaysia yang ramai,seharusnya kuantiti makanan juga banyak.Bagi mereka yang "crazy man" dengan aktiviti persatuan,pastinya tentatif hujung minggu itu menjadi kerisauan seminggu sebelum hari kejadian.Tidak pada aku.Sedangkan aktiviti persatuan jarang aku hadiri,almaklum sahajalah,aku senior.Dan kebanyakkan aktiviti persatuan diuruskan oleh junior.Sarah Lina juga begitu,sama sepertiku tidak risau dengan tentatif hujung minggu itu.Tetapi entah mengapa,aku lihat awal pagi lagi dia sudah bangun dan bersiap.Aku masih berbaring di atas katil sambil memerhati Sarah ke hulur ke hilir dari bilik kami ke bilik Adibah.Walaupun suasana pagi begitu memberatkan mulutku untuk berbicara,demi rasa berkepentingan menjaga ukhwah,aku bertanya Sarah ke mana mahu dia pergi seawal jam 8 pagi itu.Cuaca di luar masih kabur-kabur kerana ditutupi kabus tebal.Malam semalam sejuk.Sarah sudah siap berseluar jeans dan berkot tebal.Sarah mahu menghadiri majlis rewang untuk membantu biro bahagian makanan menyiapkan hidangan untuk program itu.Dia tidak mengajakku kerana Sarah faham benar dengan perangaiku yang sering memberi alasan kerana kemalasanku.Aku menarik kembali hirom sehingga menutupi sebahagian mukaku.Memerhati Sarah sehingga dia hilang dari pandanganku.

***
Di sebalik batang-batang pohon zaitun itu,aku melihat satu sosok tubuh yang ku kenali.Itu Sarah,dan kenapa dia berseorangan di situ.Aku hanya memandang Sarah dari jauh.Baru 15 minit tadi aku bersama Sarah selepas keluar dari kelas Dr Adnan untuk subjek Development and Planning in Islam.Tiba-tiba,apabila ku pusing belakang,aku lihat Sarah sudah hilang.Aku tidak mencarinya kerana itu bukan kali pertama dia selalu hilang tiba-tiba,banyak kali dan aku tidak akan mencarinya kerana aku pasti dia akan menelefonku jika Sarah kehilangan jejakku.

Aku ingin menuju ke arahnya namun langkahku terhenti apabila teringat aku perlu menunggu sepupuku Syamsiah yang masih berborak dengan teman-temanku yang lain.Ku bulatkan tekad untuk bertanya kepada Sarah setibanya kami di rumah.Aku pasti ada yang tidak beres dengan Sarah lebih-lebih lagi Dr Adnan baru sahaja memulangkan kertas ujian dua kepada kami.Ramai dari kami yang mendapat markah corot pada ujian kali itu.Walaupun aku dalam kategori markah 10 ke atas dan dicirikan dalam keadaan selamat,namun itu bukan titik kegembiraanku.Bukan kerana aku mahukan markah 20/20 tetapi kegembiraanku terhalang kerana aku yakin ini saat Sarah berada dalam kesusahan.Itu bukan kali pertama baginya mendapat markah yang rendah,dan kerana banyak kalinya Sarah kecundang dalam peperiksaan,jiwanya tidak terlalu tegar untuk itu.Markah perlu dikejar agar pointer tak jatuh teruk.Aku tahu itu yang berlegar dalam benak pemikiran Sarah.Sementelah itu adalah tahun akhir kami di Irbid,harus terus memacu langkah untuk mengumpul markah yang banyak sebelum pulang ke Malaysia.Impian kami untuk berkonvokesyen bersama di Bumi Barakah itu.

Sarah menghulurkan kertas ujian yang baru kami terima pagi tadi kepadaku,Hafizah,Syamsiah dan Adibah. Aku terkejut kerana nombor yang tertulis ialah 1/20.Aku lihat wajah sugul Sarah.Sarah ternyata bimbang bagaimana mahu menaikkan pointer sedangkan untuk mengumpul markah yang perlu dibawa ke peperiksaan akhir pun cukup menyesakkan.Aku bukanlah orang yang terbaik untuk memberi nasihat,kerana aku tidak merasai perasaan itu.Kami hanya bercadang untuk menemani Sarah berjumpa Dr Adnan dan 
memohon pertolongan dari Dr.

Selama beberapa hari itu,kami cuba menemui Dr Adnan,tetapi beliau sering tiada di dalam pejabatnya.Mula-mula kami hampa,tetapi melihat keadaan Sarah yang agak tekad,semangat kami bergerak dengan kibaran semangat Sarah.Usaha Sarah berhasil,setelah berhari-hari mencari Dr akhirnya kami berpeluang berjumpa dengannya.Masuk dengan hormat salam dan memulakan bicara.Belum sempat Sarah menerang dan merayu,Dr Adnan sudah tidak mahu mendengar kata-kata Sarah.Sarah terus memujuk.Sebak hati aku saat mendengar pujukan Sarah.Jika aku berada di tempat Sarah,aku takkan pujuk Dr dan pasrah tanpa usaha.Tapi Sarah memang begitu,pantang menyerah sebelum ajal.Walaupun Sarah tahu dia tidak akan mendapat hasil,tetapi dia sentiasa mencuba.Itu yang aku kagum tentang Sarah.Kami keluar dari bilik Dr dengan perasaan hampa.Kami diam dan hafizah,Adibah dan Syamsiah cuma memandang kami minta kepastian yang tidak jelas.Aku sendiri tidak tahu mahu bermula dari mana.Hanya mengekori Sarah dan tiba-tiba Sarah memusing ke belakang dan mengajak kami ke kedai zinger.Ya Allah,kuat betul Sarah.Walaupun banyak dugaan yang dihadapi,aku jarang melihat air matanya di pipi dan tidak pernah kurang senyum di bibirnya.Walaupun Sarah bukanlah pelajar terbaik batch kami,tetapi dia yang aku kagumi.Sentiasa berkongsi ilmu dan sudi mengajarkan pada yang perlu.Suka membantu orang lain walaupun di saat rakan-rakan bergelumang dengan buku.Sentiasa memberi kerehatan pada mindaku tatkala melihatnya.

Pada seorang Sarah Lina,kegagalan bukan memaksa kita untuk berduka,tetapi ia memberi ruang dan peluang untuk kita membuka potensi diri untuk mencapai kejayaan.Itu yang aku kagumi tentang seorang Sarah Lina dan sampai bila-bila pun akan aku kagumi.

Sekian...


Tuesday, April 16, 2013

Human Sense

Kepelikan..
Aku merenung tombol pintu yang seakan dipulas seseorang dari luar.Ya,teman rumahku sudah pulang dari kelas.Dia tidak bertanya apa-apa tentang wajahku yang masam mencuka.Dia meletakkan beg di atas kerusi lalu mengambil tuala menuju ke bilik air.Mahu mandi,katanya berpeluh.

Sepuluh minit sebelum..
Aku mengangkat kain di jemuran sebelum kera-kera menapakkan kaki di atas bajuku.Tiba-tiba aku disapa dari belakang oleh suara yang amat ku kenali.

"Hai Nova,kenapa nampak kurus dari tepi,cemburulah saya tengok.Makanlah banyak sikit."

Seperti buah kelapa jatuh ke muka,aku menerima tamparan hebat yang keluar dari mulut Sofia.Kalau diikut rasa hati,mahu sahaja aku tumbuk dia di situ juga.Tapi,mujur iman menyelaputi diri,aku sabar dan masuk ke bilik tanpa berkata apa-apa.Itu bukan pujian,kalau tepi aku yang bersaiz XL kurus,kalau mahu dibanding dia XS tentu-tentu Sofia lagi kurus.Itu tidak lain tidak bukan mahu menghina aku la tu.Mentang-mentang aku jenis ceria sepanjang hayat,ikut suka hati dia nak cakap apa.Apa dia kira,orang-orang sanguine macam aku ni tiada punya hati dan perasaan.Sabar dan urut dada perlahan.

Pada aku,manusia zaman sekarang hilang human sense atau common sense dalam menjaga hati orang lain.Mereka ingat,setiap perkataan mereka boleh diterima sesiapa sahaja.Kalaulah secara realitinya kita boleh letakkan dekat tepi bibir masing-masing tanda U untuk Umum,18 SG,18 SX macam dalam tv,sudah tentu orang lain akan mengesan perkataan yang akan dilontarkan oleh si empunya diri.

Mengapa realiti itu tidak berlaku?Bukankah dapat menyenangkan hati ramai manusia dan dapat mengurangkan dosa akibat dari bisanya kata-kata.Pada aku,perbuatan manusia itu bukanlah boleh dihalang dengan meletakkan tanda amaran di bibir,ataupun simbol-simbol yang dapat memberi ingatan kepada si pendengar dan orang yang bercakap.Tetapi setiap perkara yang kita lakukan samada menggunakan tangan,kaki,telinga,mulut dan sebagainya boleh dihalang dan digerakkan dengan iman.

Hipotesis yang dapat dibuat sepanjang aku membuat kajian pada diri aku,kawan-kawan dan masyarakat di luar sana,aku mendapati hanya ada satu kesimpulan yang memang boleh dipakai hingga hujung nyawa.Semakin menebal iman dalam diri seseorang,semakin menebal halangannya dari melakukan perkara yang mungkar,dan jika menipis iman seseorang maka akan mudahlah ia melakukan perkara mungkar.

Apa yang dapat aku simpulkan di sini,peliharalah iman dan bajailah ia kerana iman akan melindungi kita di sepanjang jalan.InsyaAllah.

Nova 

# aku tulis untuk orang sedar kita hidup masih punya masyarakat.Moga cerita yang aku sembahkan ini dapat memberi manfaat kepada semua#

Monday, March 18, 2013

The Fundamental of "TENANG"

"Apa benda yang doktor cakap kat depan tu.Satu habuk pun aku tak faham".
Mula membuka makanan ringan yang berada di hadapanku lalu dituang ke tapak tangan dan memasukkan secara sembunyi-sembunyi ke dalam mulut.

"Doktor tulis apa pula kat depan tu?Tak nampak sangatlah.Tiba-tiba je.Tadi cerita benda lain,sekarang tulis benda lain ".Mengesat wajah yang tidak berpeluh.Mengambil chewing gum yang berada di depanku dan memasukkan ke dalam mulut usai doktor menyambung penulisannya di papan putih.

Terdetik.

"Asal lah aku tak sambung je kat U satu lagi tu,tak payahlah aku nak menghadap benda alah ni."

Semenjak melanjutkan pelajaran di peringkat degree sehingga ke master,aku paling tidak suka subjek yang ada nombor dalam erti kata lain matematik dan adik beradiknya statistik,matematik ekonomik dan yang terbaru ekonometrik.Berpeluh.

Tiba-tiba timbul penyesalan yang amat dalam hatiku mengapa aku memilih universiti ini sedangkan aku terseksa untuk menghadap buku ekonometrik yang begitu menyesakkan jiwa.

Mujur ada ukhti yang kuat cuba meneutralkan perasaanku yang sedang di hasut syaitan.Huh.
Kata ukhti,tidak baik kita menyesal kerana itu seolah menolak takdir Allah.Ada jalan untuk kita melaluinya dengan tenang iaitu sabar,redha dan berusaha bersungguh-sungguh.Mengesat air mata penyesalan.

Wahai EKONOMETRIK
Akan ku gagahkan kakiku ini menapak membawamu saban hari,
akan ku pantaskan tangan ini memberi makanan formula buatmu,
Demi sebuah kejayaan pantang undur sebelum menyerang.



Doakan hamba terus kuat menghadapi subjek ini.Warrgggggghhhhhhhhhhh....


Saturday, February 23, 2013

Pengorbanan Dua Cinta 2

"Ada apa-apa yang tak kena ke doktor?".Tiba-tiba jantung Ain berdegup kencang tatkala melihat muka Dr Sufiah dihadapannya agak tegang.Seperti ada kerisauan yang membeku di jiwanya.Dr Sufiah merenung tajam Ain.Dia sendiri tidak tahu untuk bermula dari mana.Sebagai wanita,dia juga mengerti perasaan Ain.

"Cik Ain,saya harap lepas cik Ain tahu tentang ini,cik Ain dapat bersabar dan teruskan semangat.Saya percaya cik Ain seorang wanita yang kuat."

"Apa maksud doktor.Saya tak faham." Ain masih bingung.Kenapa disuruh dirinya bersabar sedangkan hatinya saat itu tidak sabar untuk bertemu kekasihnya diluar bilik doktor.

"Doktor,apa yang doktor nak cakap sebenarnya." Ain seperti mendesak Dr Sufiah bila dirasakan soalannya tidak dijawab.Dr Sufiah pula tidak sampai hati untuk memberitahu Ain perkara sebenar saat beliau teringat akan kemesraan Ain dan Adam.Namun,bila mengingat kembali tugasnya sebagai seorang doktor,beliau cuba sedaya upaya membuang sikap simpati yang berlebihan itu dan lebih professional dalam melakukan tugas.

"Cik Ain,setelah menjalani ujian kesihatan,saya dapati Cik Ain mengalami ketumbuhan di bahagian rahim dan kemungkinan Cik Ain untuk mengandung sangat tipis."

"Habis tu doktor,adakah penyakit saya boleh sembuh?"

"InsyaAllah ,ketumbuhan itu tidak terlalu besar dan ia boleh dirawat dengan pembedahan."

"Terima kasih doktor." Ain bangun meninggalkan Dr Sufiah.Tidak sanggup rasanya dia mendengar apa-apalagi keluar dari mulut doktor itu.Hatinya begitu terluka apatah lagi bila terkenangkan Adam.Pasti Adam antara manusia yang paling kecewa setelah mendengar berita itu.

Sementara Adam di luar seperti cacing kepanasan menunggu Ain keluar dari bilik doktor.Sekejap dia duduk,sekejap berdiri.Sekejap ke kanan,sekejap ke kiri.Baru setengah jam ditinggalkan Ain,itupun tidak jauh dia sudah berasa rindu begitu,bagaimana pula berjauhan untuk jangka masa yang lama.

Krrkkk...
Pintu dikuak.Adam memandang buah hatinya keluar dari bilik doktor.Ditariknya Ain menghampirinya.Benar-benar dia rindu.Tanpa terduga,Ain memegang erat lengan Adam dan Adam merasakan ada titisan basah yang menitis di lengan bajunya.Adam terus mengangkat muka Ain dan memang benar kekasihnya itu sedang menangis.

"Ain,kenapa ni?Apa yang doktor cakap?" Adam kini berasa cuak.Tak pernah dia tengok Ain menangis.Biasanya Ain akan bersikap tenang walaupun dihimpit pelbagai masalah.Tetapi,kali ini lain pula sikap Ain.Sudah tentu beban yang ditanggung saat itu terlalu berat.Tetapi,tidk mungkin dia bertanyakan kepada Ain saat itu,kerna Ain benar-benar sedang bersedih.Adam memimpin Ain masuk ke dalam kereta.Dibiarkan Ain tenang sendiri kerana memang itu sikap Ain tidak suka dipujuk bila sedang merajuk atau bersedih.

Sepanjang perjalanan mereka tidak bercakap.Ain hanya memandang keluar tingkap dan air matanya tidak berhenti mengalir.Adam pula masih bingung.Berkerut dahinya bila melihat keadaan Ain begitu.Apa yang doktor katakan kepada Ain itu sehingga Ain jadi begitu benar-benar menganggu benak fikirannya.Mahu sahaja dia pusing semula ke hospital dan tanya pada doktor apa masalah sebenar.

Kereta Adam berhenti betul-betul dihadapan rumah Ain.Dia melihat Ain disebelahnya sudah terlelap,mungkin sudah penat menangis.Dia tidakengejutkn Ain,kasihan pula buah hatinya itu.Dia mengangkat Ain dan meletakkan Ain di atas sofa
Selepas menyalami ibu dan ayah Ain,Adam meminta diri untuk pulang.Dia sendiri tidak tahu apa jawapan terbaik yang patut diberikan kepada ibu dan bapa Ain tatkala mereka bertanya tentang Ain.Itu kli pertama sejak 10 menjalinkn hubungan cinta dengan Adam,Ain pulang dalam keadaan sedang tidur dan terpaksa diangkat oleh Adam.

Adam memacu keretanya meninggalkan rumah Ain.Dia bingung dan harus mencari penyelesaiannya.Dia mesti bertemu Dr Sufiah untuk menjelaskan kepadanya perkara sebenar.


to be continue..

Tuesday, February 19, 2013

Pengorbanan Dua Cinta

"Ain,tak lama lagi Ain akan jadi isteri abang."

"Abang,terima kasih sebab abang sudi menyayangi Ain selama beberapa tahun ni.Ain gembira sangat sebab akhirnya kita akan berkahwin."

"Abang pun nak ucapkan terima kasih sebab Ain setia dengan abang.10 tahun bukan masa yang sekejap,tapi Ain sanggup tunggu abang."

***

"Adam,mama rasa sebelum kamu berdua kahwin,eloklah buat medical check up dulu,ujian kesuburan,check darah,takut ada sakit yang tak diingini.Penting tahu."

"Penting ye mama.Tapi Adam rasa Ain ok je,".Adam mengerling Ain disebelahnya sambil mencuit lengan Ain.Ain hanya senyum sambil membalas cuitan Adam.Puan Suraya,ibu kepada Adam menjeling tajam sambil mengukir senyum ke arah anak dan bakal menantunya.Adam satu-satunya anak lelakinya dan kebahagiaan Adam adalah kebahagiaannya.Adam sudah mencecah hampir 34 tahun,tetapi baru sekarang dia terbuka hati untuk berkahwin lantaran kesibukkannya bekerja sebagai seorang engineer.Mujur keberadaan Ain sedikit sebanyak mewarnai kehidupan Adam.

"Ain,lusa kita pergi medikal check up ye."

Ain mengangguk.Tiada apa yang perlu dibangkang lagi tatkala berdepan buah hatinya itu.Jika semua mata melihatnya,semua jantung juga akan berhenti.Kacaknya hanya Allah yang tahu.

"Ain,kenapa tenung abang macam tu?".Adam suka mengusik Ain begitu walaupun Puan Suraya ada di situ.Puan Suraya juga tidak kisah,kerana dia menyayangi Ain dan dia tahu Ain orang paling Adam sayang selepas dirinya.Dan kerana sikap Ain yang menghormati orang tua sangat membuatkan hati Puan Suraya lembut tatkala berdepan dengannya.
***

"Encik Adam,saya nak berjumpa dengan Cik Ain sebentar."

"Ok.,tapi jangan lama-lama,nanti saya rindu pula."Sempat lagi Adam mengusik Ain.Ain yang malu dengan doktor yang memandang mereka terus mencubit perut Adam.Adam berpura- pura sakit dan meminta doktor merawatnya.

"Abang,jangan kacau doktor.Pergi duduk sana.Tunggu Ain."
Adam mengikut sahaja perintah Ain tanpa bantahan.Ain berlalu pergi meninggalkan Adam.

Di bilik doktor..

"Cik Ain.."

To be continue..










break for breakfast for a while...

Monday, February 18, 2013

Kanta Pengalaman:Kera.Ya...

Only five days but we had many experiences since we're studying in ukm.

First day arrived at UKM for registration.

Kami dapat hostel yang memang hujung alam.Nama hostel tu kolej keris mas.So,UKM ni dikelilingi dengan hutan.JAdi,of course lah haiwan ternakan wujud di situ.Dijadikan cerita,petang tu kami semua sedang berehat.Tiba-tiba sekumpulan kera datang mengacau.MAsa tu saya baru nak solat.Tiba-tib nampak kera tengah mengintai kat tingkap bilik saya.Saya pun apa lagi,terus berlari ke bilik sebelah.Tengok-tengok kera tu tengah minum susu dan mkan biskut chipsmore.Memang superb la kera-kera tu.Memang petang tu terpaksa lah mengemas bilik .Tak pasal-pasal bilik bau susu.FUhhhh...

Roomate from sabah masa awal-awl takut dengan kera,sekarang ni boleh lalu sebelah kera je hikhik

Sunday, February 17, 2013

Berada Di Tempat Baru

Alhamdulillah wa syukurillah atas nikmat dari Allah yang tak terhingga..
DikurniakanNya kepada kita tanpa meminta balasan
alhamdulillah alhamdulillah alhdulillah AllahuAkbar

18/2/2013
Today is my first day as a master's student.Of course,banyak perkara baru yang ditemui dan bakal diterokai lagi.
Meninggalkan banyak harapan di belakang sudah tentu sukar bagi diri ini untuk melakukan tapi percayalah dengan satu harapan baru yang diberikan mampu mengubah kehidupan akan datang.
Lambat atau cepat terhasilnya usaha dari sebuah harapan itu smuanya kerja Allah.Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan berdoa selebihnya Allah akan pastikannya.

Hidup selalunya tidak sendirian.DikurniakanNya teman-teman seperjuangan sudah cukup membuatkan langkah terasa kuat dan kegoyahan bisa terhapus.

Bertemankan Ad dhuhaMu aku terasa kuat berada di bumi Mu.Walaupun ini seakan tanah mereka,tetapi masih tidak dapat mengubah sebuah hakikat setiap yang wujud adalah milikMu tanpa sebarang bantahan.

Semoga Engkau sentiasa bersama kami dan menurunkan rahmat kepada kami .
Thank you Allah..

Thursday, January 31, 2013

budak ADAB (Agen DAri Bank) - episod 1

Malam yang sungguh sayu.Entah kenapa malam ini tidak seperti malam-malam kelmarin.Dada rasa berdebar,jantung terasa pantas berlari.

10 minit sebelum

"Apa khabar agaknya kawan-kawanku di sana?"

Aku membuka profile mereka,di mulakan dengan facebook si A.Aku hanya melihat status si A yang terpalit beberapa nama temanku sahaja.Pada mulanya,aku berlagak tenang,iya,apa yang perlu dihairankan,mereka teman rapat.Kemudian aku membuka facebook si B,juga begitu.Hampir ke semua facebook teman-temanku kubuka.Hanya ada beberapa nama di ulang dalam setiap facebook teman-temanku.Masih ada beberapa nama yang tidak di sentuh.Ke mana mereka menghilang.Apakah tidak punya teman?

Aku cuba memahami keadaan.Ku buka profile ku.Juga ku lihat,hanya nama-nama teman rapatku yang sama seperti yang diulang-ulang dalam facebook sebahagian temanku.Aku jadi kaget.Aku mencari punca di sebalik keterasingan itu.Kami ada 18 orang,tetapi mengapa hanya ada 10 nama sahaja yang biasa ditag di facebook kami.Ke mana 8 lagi?


lebih setahun yang lalu....

Ku kira,rindu itu akan menggamit tatkala diri berjauhan.Tatkala kita bertemu hanya di medan ilmu,kemudian terpisah antara dua pagar.Di saat itu,ku lihat ada yang pulang ke teratak secara berkumpulan dan ada yang hanya pulang sendirian.Ku kira itu akan menambah rasa kasih antara kami.
Aku juga menjadi kepikiran,apakah rumah-rumah yang menjadi teduhan kita dari musim yang silih berganti itu adalah pemisah antara kita?
Aku jadi pusing.Apakah teman-teman yang mendamba kasih di dalam teratak yang sama itu pemisah antara tembok yang telah kita bina sejak empat tahun itu?
Aku jadi enggak tahu mahu digambarin seperti apa lagi.Setelah kita berusaha mengharungi semua kepincangan yang terjadi antara kita,akhirnya kita sendiri yang menghancurkannya sekali lagi.

Beberapa bulan yang lalu...

"Sampai Malaysia nanti jangan lupa calling2,jangan loss contact."

Entah.
Entah mengapa baru sehari kembali ke tanah air aku juga sudah tidak mengingati siapa-siapa lagi yang pernah ku kenali empat tahun dulu.Aku tumpahkan segala perasaan rindu kepada kerabat-kerabat aku.Aku pasti mereka juga sama.
Setelah rindu bertamu,kami harus fokus pada masa depan.Sudah pasti mengorbankan beberapa keutamaan agar misi mencapai kejayaan itu lebih terarah.

Mengorbankan masa-masa bersama keluarga?Oh tidak?Mereka yang banyak berkorban sejak kami lahir hingga kami sudah berjaya mengenggam segulung ijazah.Mana mungkin mereka harus kami korbankan.

Teman lelaki kami?Oh tidak?Dia yang banyak memberi sokongan kepada kami.Dan dengan usia sebegini,kami mungkin susah untuk mencari lelaki sebaik mereka yang sanggup menunggu kami dan menghabiskan masanya untuk kami.Kalau dia pergi,kami sudah tidak punya siapa-siapa untuk dicintai.

Akhirnya,kami memilih teman sebagai kos lepasnya.Kerana kami percaya sejauh mana pun kami meninggalkan teman-teman kami,kami pasti akan bertemu kembali.Walaupun mungkin selepas 10 tahun,kami akan bertemu di shopping complex,kami tetap akan bertanya khabar dan memeluk tubuh teman-teman kami itu seeratnya.
Jika kami memilih ibu bapa kami,tentu sahaja mereka tidak akan maafkan kami sampai bila-bila.
Jika kami memilih teman lelaki kami,pasti kami akan menyembunyikan diri jika terlihat si dia dari jauh.
Oleh itu,kami memilih teman sebagai korban untuk dilupakan buat seketika.Itu kerana kami percaya kami akan bertemu kembali.

ADAKAH ITU PUNCANYA KITA BERTEMAN?

Hanya untuk mengisi ruang tatkala kosong dan di akhirnya menjadi korban untuk sebuah kejayaan.
Bukankah firasat sebuah persahabatan itu,bersama-sama susah dan senang dan jangan pula dilupakan?


Aku mengeluh seakan mendengus.
Berat sungguh perasaan yang sudah lama kuabaikan.
Aku berharap,aku dan mereka akan berteman hingga ke syurga.
Aku berharap,kami sentiasa mencalit nama-nama antara kami di laman muka buku kami.
Aku berharap,bukan rumah-rumah itu menjadi pemisah antara kami.

Setiap tahun aku mendengar temanku ini berkata,
"Jika ditakdirkan kita sempat merasa tua,alangkah seronoknya dapat berkumpul di rumah orang tua bersama-sama."
Bunyi seakan kelakar,tetapi itulah impian kami untuk setia bersama hingga hujung nyawa.

Aku berharap,persahabatan kita adalah yang terindah.Bermaafan antara kita kerana kita saling melupakan.




........
kecewa dengan tingkah sendiri
2.00am
teratak usang

Wednesday, January 16, 2013

Hilang Rentak

Jemu..
nak menulis pun malas sebab rentak sudah berbeza.Kadang-kadang betul orang cakap,nak berkarya atau nak hidup dalam dunia seni memang kena ikut rentak.Macam komposer lagu,mereka akan buat lagu berdasarkan trend zaman sekarang.So,macam tu jugalah dengan menulis.Bila buka blog kawan-kawan,beribu perasaan timbul.Rasa segan,rasa berdebar,rasa tak patut,dan macam-macam rasa lagi.
Sekarang mood kawan-kawan bekerja,so apa-apa yang mereka post whether about their feeling always related with their new job.Doesnt matter if they posted that they are so happy because got the job or they are so frusrated because of the job,but all of them about the job.Bukan bermaksud cemburu,cuma ingin menyatakan hilangnya rentak dalam menulis.Mereka menulis tentang kerja baru mereka,so apa yang saya boleh tulis supaya rentak saya sama dengan mereka sedangkan saya masih belum bekerja.Nothing.
So,i wont let my soul dibawa lari oleh rentak yang kadang-kadang tidak betul.Let them with their life,and me with my life.

.................

1.57 am
pekan

Friday, January 11, 2013

Samar-samar Cinta


Bab 1

Siapa yang tidak mengenali tuan punya badan yang menjadi kegilaan ramai di kampus 
itu,Haikal Hakimi.Pantang disebut,pasti ada yang cuba memuji  tentangnya. Berduyun gadis menuju  ke arahnya tatkala  keretanya masuk ke perkarangan  kampus.Sudah menjadi nasibnya berbapakan seorang ahli perniagaan yang terkenal,yang nyata merupakan orang penting di kampus itu.Jadi tidak hairanlah jika keretanya diparkir betul-betul di hadapan 
kampusnya.

"Hi girls,please take my bag,and you, please bring my books"

Itulah gelagatnya setiap pagi.Menyuruh gadis-gadis di kampusnya itu membawa beg dan buku-bukunya setiap pagi ke dalam kelas.Dan si gadis sudah tentu tidak menolak perintah dari lelaki sekacak Haikal Hakimi itu.Prinsip mereka,"tak dapat jadi bini,jadi orang gaji pun ok".Kadang-kadang,ada gadis yang bertuah akan dapat bersarapan dengannya.

"Takkanlah orang sekacak Haikal masih belum berpunya?"

"Semua perempuan mungkin akan tergila-gilakan si Haikal ni,tapi tidak untuk perempuan yang bernama Aliya Natasya."

Sangat mudah didekati kerana sifatnya yang lemah lembut dan tidak sombong.Aliya Natasya gadis bermata bulat dan berhidung mancung,mempunyai susuk tubuh tinggi lampai sangat disegani di kampusnya.Jarang lelaki menganggunya kerana Aliya sangat tegas orangnya.Tapi sebenarnya,mereka tidak berani mengganggu Aliya dek kerana Haikal sudah memberi amaran kepada mereka supaya tidak mengganggu gadis idamannya itu.Sesuka hati Haikal melabelkan Aliya sebagai teman wanitanya tanpa kebenaran Aliya.

"Hai penyejuk hatiku,dah breakfast?"

"Dah…"

"Ala..teman i makan jap,I belum makan lagi tahu.Semata-mata nak breakfast dengan you. "

"You makanlah sendiri.Ajak Iwan dengan Amir tu."

"Oh,no!You tahu kan I tak suka dengar perkataan tidak dari sesiapapun termasuk you."

"Oklah,but don't be late,I have a class.."

"Let's go.I  bayar.You makan je anything you want."

"Aliya,you look so pretty today!"

"Macam biasa je."

"Yelah.Hari-hari you memang cantik."

"Whatever.."\

Susah betul nak tarik minah ni.Aku punya handsome macam ni,berani dia buat tak layan.Siap kau Aliya.Aku akan pastikan kau takkan menolak aku.

"Aliya,malam ni kita keluar tengok movie nak?"

"Emm,Aliya…."

Siapa pula yang dia pandang ni.

Haikal cuba memandang ke arah Aliya memandang.Soalan yang ditanya masih belum dijawab Aliya.Siapa dan apa yang dipandang pun tidak diketahui.Haikal memang nampak cool tetapi dia cepat naik angin.Tetapi entah kenapa,Aliya berani acuh tidak acuh dengan Haikal.

"Aliya…".Haikal mula naik geram.Dia memanggil Aliya sambil memegang dagunya.Aliya terkejut dengan tindakan Haikal.Lalu bangun meninggalkan Haikal sendiri.

"Aliya! Aliya!"

Aliya berjalan agak pantas agar tidak dapat dikejar oleh Haikal.Entah apa silapnya,dia terlanggar seseorang  dihadapannya dek kerana sibuk memandang ke belakang.Habis berterabur buku.

"Opss,sori awak.Saya nak cepat."

"Takpe.Nah buku awak."

"Teri……."

Belum sempat Aliya mengucapkan terima kasih,lelaki yang dilanggarnya terus berlalu pergi.Aliya pun tidak sempat mengecam wajah lelaki itu kerana dia hanya tunduk sahaja.Aliya cepat-cepat berdiri untuk meneruskan langkahnya agar tidak dikejar Haikal.Sambil berjalan,sambil pandang ke belakang.Pupp,terlanggar lagi.

"Aduhh..apalah malang nasib aku hari ni.Kalau tak disebabkan Haikal,takdelah aku jadi macam ni."

"Dah habis cakap?"

Macam kenal suara tu.Haikal Hakimi.

Aliya cuba membuat pusingan u-turn.Tidak mahu dia berjumpa dengan Haikal.Kesalahan Haikal menyentuh dagunya memang tidak harus dimaafkan.Aliya mahu juga mengajar Haikal agar lebih menghormati orang lain.Sudahlah sesuka hati dia melabel Aliya kekasihnya,sekarang berani-berani menyentuh wajahnya.Tidak patut.

"Aliya,awak ni kenapa?Kelas kan lalu kat sini,".Kini tangan Aliya yang menjadi mangsa.Ditariknya tangan Aliya dan diheret menuju ke kelas.

Sakit di hati Aliya bukan kepalang.Mentang-mentang dia anak orang kaya,suka hati dia sahaja buat itu ini.Haikal pula,kalau dimarah,bukannya mahu didengar.Maklum sahajalah,dia anak bongsu.Itupun dua beradik sahaja.Abang Haikal pula tidaklah berperangai sepertinya.

Aliya mencari jalan bagaimana mahu melepaskan tangannya.Dia mendapat idea.

"Argghhhh!!!!Sakitnya.Awak kenapa Aliya gigit tangan saya?Sakit tahu.."

"Manja."

Aliya berlalu dari situ.Berjaya juga akhirnya dia melepaskan tangannya dari mamat jambu ni.Muka je lawa,tapi perangai hanya Allah sahaja yang tahu.

"Haish,minah ni.Sampai hati gigit tangan aku.Lepas tu blah macam tu je."

Haikal tidak berputus asa mengejar Aliya.Sakit di tangannya bukan menjadi alasan lagi.Lagipun,tujuan utama dia belajar di kampus itu hanyalah untuk memikat Aliya.

"Aliya,sampai hati you tinggalkan i sendirian kat bawah tu,".Haikal meletakkan kepalanya di bahu Aliya.Aliya terkejut tetapi tidak terus bertindak.Dia melayan sahaja kerenah dan perangai kebudakan Haikal itu.Namun,Aliya tetap tidak kering idea.Ada sahaja taktik untuk mengenakan Haikal.

"Ala sayang..sakit ye,mari saya tengok tangan awak.Sorry tahu.Saya tak sengaja,".Aliya menggosok-gosok tangan Haikal yang digigitnya menggunakan tangan kanannya sambil tangan kirinya mencubit perut Haikal.

"Aduhh,Aliya sakitlah,".Haikal seperti mengerang.Sebenarnya bukan mengerang sakit tapi lebih kepada mengada.Aliya arif benar dengan sikap Haikal itu.

"Kalau sakit,alihlah kepala awak tu.Duduk diam-diam,".Aliya hanya berbisik ditelinga Haikal agar percakapannya tidak didengari oleh pelajar yang lain.

Haikal pula bagai orang terkena ubat guna-guna.Dituruti sahaja arahan Aliya.Sempat juga dia mendekati mukanya ke arah Aliya, dia sukakan minyak wangi yang dipakai Aliya.Lembut baunya.  

Aliya sememangnya tidak takut untuk mengasari tubuh Haikal kerana dia tahu,Haikal tetap akan mencarinya walaupun lebam satu badan sekalipun.

***

to be continue

12.15am
teratak aku

Saturday, January 5, 2013

Nikmat Silamku

Bersembang dengan tok di waktu pagi memang menyeronokkan.Walaupun usia tok aku ni sudah menjangkau awal 80-an,tapi kalau dia buat perangai sebut semula salasilah keluarga dia,termasuk jiran kampung sebelah punya keluarga pun dia tahu.Kadang-kadang,tok aku ni baru jumpa seseorang tu untuk pertama kalinya,tapi bila dia soal selidik keluarga hamba Allah tu,tara...rupanya dia kenal nenek hamba tersebut.Dahsyat betul beliau ni.Silap hari bulan,kalau aku bagi dia baca kitab aku,mungkin bila nak jawab exam aku boleh tanya sahaja tok aku ni.(hehe,gurau..)

Tok aku buka cerita pasal kampung aku.Kata tok,masa kampung ni tak dipenuhi rumah-rumah,ianya adalah hutan.Masa tu,kampung aku ni kira penuh dengan pokok buah kemunting.Beliau cakap lagi,memang menjadi kegilaan anak gadis pada masa itu,masuk ke hutan mencari buah kemunting.


Aku tak pasti you all semua kenal atau tidak pokok tersebut.Mujur zaman aku kecil-kecil dulu,pokok kemunting ni masih wujud.So,apa lagi,aku dan sepupu-sepupu aku memang setiap hari masuk hutan cari buah kemunting.



ni lah buah kemunting

Masa tu,aku tak bawa pun plastik ke bekas atau sebagainya.Kitorang kutip buah kemunting tu dan isi dalam baju sampai baju tu 'buncit'.Kitorang selalu lumba,bukan siapa kutip paling banyak,tapi siapa yang dapat banyak buah kemunting yanmg berwarna agak kehitaman.Buah kemunting yang berwarna kehitaman lebih manis rasanya berbanding yang berwarna merah.Masa tu,kitorang makan buah tu tak basuh pun.
ni pula pokok kemunting

Sambil we all jalan-jalan cari buah kat dalam hutan,we all sempat juga makan sejenis buah ni,namanya buah senduduk.Orang cakap,kalau sakit lidah,elok makan buah senduduk ni.Mula-mula aku tengok buah ni,aku geli sebab buah dia ada biji-biji kecil macam bentuk lidah.Tapi,lama-lama bila cuba makan sebiji,memang rasa nak lagi.
ni buah senduduk

Mungkin kalau you all lahir sezaman dengan aku,tapi tidak tinggal di kampung macam aku,memang tak pernah tahu lah buah ni.Sebab buah ni pun dah hampir nak pupus zaman-zaman kita tengah membesar.Yelah,orang asyik tebang hutan,jadi tiada makna lagi pokok-pokok tradisi ni untuk hidup lagi.Anak-anak zaman sekarang pun bukan nak makan sangat buah hutan ni,maklumlah strawberri berlambak jual.

Satu lagi yang aku nak cerita pada you all .Pernah tak you all  main bedil masa kecil-kecil dulu.Bedil ni diperbuat dari buluh.Pelurunya we all guna buah hutan juga.

buah ni jadi mangsa sebagai peluru bedil kami

Tapi,we all ni kira badang jugalah sebab sambil bedil orang,sambil tu we all makan 'peluru' tu.
ni lah bedil yang aku cakap tu

Emm,aku rasa buah yang ni you all mesti kenal sebab buah tu ada juga orang tanam kat rumah.Halus je tapi boleh tahan mengancam rasanya.Namanya buah cermai.Selain boleh dimakan begitu sahaja,ianya boleh dibuat jeruk.Boleh juga dimasak dengan sirap.Masih kuingat,tok aku masak air gula,lepas tu bubuh sirap dan masukkan buah cermai tu.Nanti bila dah masak,buah tu akan jadi lembut dan berwarna merah.Rasanya memang manis.

tara...ni dia pohon cermai

Itulah sedikit sebanyak pengalaman masa kecilku bersama-sama buah-buah hutan yang mungkin sekarang hanya menjadi kenangan dalam lipatan hidupku.Aku seronok dikurniakan anugerah untuk tinggal di kampung dan merasai nikmat-nikmat sebegini.Aku tak menyesal langsung jika rumahku tidak berlantaikan mozek,tidak jelek jika rumahku tidak dikelilingi swimming pool, malah tidak jemu jika lamanku hanya hamparan pasir dan sekali-sekala dihiasi tahi lembu yang sesuka hati sesedap rasa dihamburkan di hadapan rumahku.

Mungkin kerana itulah,Allah mengulang-ulang firmannya dalam surah Ar-Rahman mafhumnya:(Maka nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan).Sesungguhnya,tidak layak bagi kita mengatakan Allah memilih kasih dalam memberi nikmat kepada setiap hambanya.Kita diberi olehNya secara adil malah mungkin lebih banyak berbanding yang lain tetapi amat sedikit dari kita yang bersyukur malah memilih untuk menyalahkan Allah jika diberi sedikit ujian dariNya.

Semoga kita sama-sama menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan dan janganlah meminta lebih di luar kemampuan kita.Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita.Berusahalah mencari kejayaan dalam hidup  selagi dikurniakan lima nikmat iaitu nikmat sihat,muda,kaya(ada duit),lapang dan paling penting nikmat hidup di muka bumi.Jangan persiakan umur yang ada.InsyaAllah.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
(Allah tidak akan membebani manusia melainkan sesuai dengan kemampuannya)


Kumbang Malam
1.53am

Salju Sakura