Saturday, February 23, 2013

Pengorbanan Dua Cinta 2

"Ada apa-apa yang tak kena ke doktor?".Tiba-tiba jantung Ain berdegup kencang tatkala melihat muka Dr Sufiah dihadapannya agak tegang.Seperti ada kerisauan yang membeku di jiwanya.Dr Sufiah merenung tajam Ain.Dia sendiri tidak tahu untuk bermula dari mana.Sebagai wanita,dia juga mengerti perasaan Ain.

"Cik Ain,saya harap lepas cik Ain tahu tentang ini,cik Ain dapat bersabar dan teruskan semangat.Saya percaya cik Ain seorang wanita yang kuat."

"Apa maksud doktor.Saya tak faham." Ain masih bingung.Kenapa disuruh dirinya bersabar sedangkan hatinya saat itu tidak sabar untuk bertemu kekasihnya diluar bilik doktor.

"Doktor,apa yang doktor nak cakap sebenarnya." Ain seperti mendesak Dr Sufiah bila dirasakan soalannya tidak dijawab.Dr Sufiah pula tidak sampai hati untuk memberitahu Ain perkara sebenar saat beliau teringat akan kemesraan Ain dan Adam.Namun,bila mengingat kembali tugasnya sebagai seorang doktor,beliau cuba sedaya upaya membuang sikap simpati yang berlebihan itu dan lebih professional dalam melakukan tugas.

"Cik Ain,setelah menjalani ujian kesihatan,saya dapati Cik Ain mengalami ketumbuhan di bahagian rahim dan kemungkinan Cik Ain untuk mengandung sangat tipis."

"Habis tu doktor,adakah penyakit saya boleh sembuh?"

"InsyaAllah ,ketumbuhan itu tidak terlalu besar dan ia boleh dirawat dengan pembedahan."

"Terima kasih doktor." Ain bangun meninggalkan Dr Sufiah.Tidak sanggup rasanya dia mendengar apa-apalagi keluar dari mulut doktor itu.Hatinya begitu terluka apatah lagi bila terkenangkan Adam.Pasti Adam antara manusia yang paling kecewa setelah mendengar berita itu.

Sementara Adam di luar seperti cacing kepanasan menunggu Ain keluar dari bilik doktor.Sekejap dia duduk,sekejap berdiri.Sekejap ke kanan,sekejap ke kiri.Baru setengah jam ditinggalkan Ain,itupun tidak jauh dia sudah berasa rindu begitu,bagaimana pula berjauhan untuk jangka masa yang lama.

Krrkkk...
Pintu dikuak.Adam memandang buah hatinya keluar dari bilik doktor.Ditariknya Ain menghampirinya.Benar-benar dia rindu.Tanpa terduga,Ain memegang erat lengan Adam dan Adam merasakan ada titisan basah yang menitis di lengan bajunya.Adam terus mengangkat muka Ain dan memang benar kekasihnya itu sedang menangis.

"Ain,kenapa ni?Apa yang doktor cakap?" Adam kini berasa cuak.Tak pernah dia tengok Ain menangis.Biasanya Ain akan bersikap tenang walaupun dihimpit pelbagai masalah.Tetapi,kali ini lain pula sikap Ain.Sudah tentu beban yang ditanggung saat itu terlalu berat.Tetapi,tidk mungkin dia bertanyakan kepada Ain saat itu,kerna Ain benar-benar sedang bersedih.Adam memimpin Ain masuk ke dalam kereta.Dibiarkan Ain tenang sendiri kerana memang itu sikap Ain tidak suka dipujuk bila sedang merajuk atau bersedih.

Sepanjang perjalanan mereka tidak bercakap.Ain hanya memandang keluar tingkap dan air matanya tidak berhenti mengalir.Adam pula masih bingung.Berkerut dahinya bila melihat keadaan Ain begitu.Apa yang doktor katakan kepada Ain itu sehingga Ain jadi begitu benar-benar menganggu benak fikirannya.Mahu sahaja dia pusing semula ke hospital dan tanya pada doktor apa masalah sebenar.

Kereta Adam berhenti betul-betul dihadapan rumah Ain.Dia melihat Ain disebelahnya sudah terlelap,mungkin sudah penat menangis.Dia tidakengejutkn Ain,kasihan pula buah hatinya itu.Dia mengangkat Ain dan meletakkan Ain di atas sofa
Selepas menyalami ibu dan ayah Ain,Adam meminta diri untuk pulang.Dia sendiri tidak tahu apa jawapan terbaik yang patut diberikan kepada ibu dan bapa Ain tatkala mereka bertanya tentang Ain.Itu kli pertama sejak 10 menjalinkn hubungan cinta dengan Adam,Ain pulang dalam keadaan sedang tidur dan terpaksa diangkat oleh Adam.

Adam memacu keretanya meninggalkan rumah Ain.Dia bingung dan harus mencari penyelesaiannya.Dia mesti bertemu Dr Sufiah untuk menjelaskan kepadanya perkara sebenar.


to be continue..

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura