Thursday, January 31, 2013

budak ADAB (Agen DAri Bank) - episod 1

Malam yang sungguh sayu.Entah kenapa malam ini tidak seperti malam-malam kelmarin.Dada rasa berdebar,jantung terasa pantas berlari.

10 minit sebelum

"Apa khabar agaknya kawan-kawanku di sana?"

Aku membuka profile mereka,di mulakan dengan facebook si A.Aku hanya melihat status si A yang terpalit beberapa nama temanku sahaja.Pada mulanya,aku berlagak tenang,iya,apa yang perlu dihairankan,mereka teman rapat.Kemudian aku membuka facebook si B,juga begitu.Hampir ke semua facebook teman-temanku kubuka.Hanya ada beberapa nama di ulang dalam setiap facebook teman-temanku.Masih ada beberapa nama yang tidak di sentuh.Ke mana mereka menghilang.Apakah tidak punya teman?

Aku cuba memahami keadaan.Ku buka profile ku.Juga ku lihat,hanya nama-nama teman rapatku yang sama seperti yang diulang-ulang dalam facebook sebahagian temanku.Aku jadi kaget.Aku mencari punca di sebalik keterasingan itu.Kami ada 18 orang,tetapi mengapa hanya ada 10 nama sahaja yang biasa ditag di facebook kami.Ke mana 8 lagi?


lebih setahun yang lalu....

Ku kira,rindu itu akan menggamit tatkala diri berjauhan.Tatkala kita bertemu hanya di medan ilmu,kemudian terpisah antara dua pagar.Di saat itu,ku lihat ada yang pulang ke teratak secara berkumpulan dan ada yang hanya pulang sendirian.Ku kira itu akan menambah rasa kasih antara kami.
Aku juga menjadi kepikiran,apakah rumah-rumah yang menjadi teduhan kita dari musim yang silih berganti itu adalah pemisah antara kita?
Aku jadi pusing.Apakah teman-teman yang mendamba kasih di dalam teratak yang sama itu pemisah antara tembok yang telah kita bina sejak empat tahun itu?
Aku jadi enggak tahu mahu digambarin seperti apa lagi.Setelah kita berusaha mengharungi semua kepincangan yang terjadi antara kita,akhirnya kita sendiri yang menghancurkannya sekali lagi.

Beberapa bulan yang lalu...

"Sampai Malaysia nanti jangan lupa calling2,jangan loss contact."

Entah.
Entah mengapa baru sehari kembali ke tanah air aku juga sudah tidak mengingati siapa-siapa lagi yang pernah ku kenali empat tahun dulu.Aku tumpahkan segala perasaan rindu kepada kerabat-kerabat aku.Aku pasti mereka juga sama.
Setelah rindu bertamu,kami harus fokus pada masa depan.Sudah pasti mengorbankan beberapa keutamaan agar misi mencapai kejayaan itu lebih terarah.

Mengorbankan masa-masa bersama keluarga?Oh tidak?Mereka yang banyak berkorban sejak kami lahir hingga kami sudah berjaya mengenggam segulung ijazah.Mana mungkin mereka harus kami korbankan.

Teman lelaki kami?Oh tidak?Dia yang banyak memberi sokongan kepada kami.Dan dengan usia sebegini,kami mungkin susah untuk mencari lelaki sebaik mereka yang sanggup menunggu kami dan menghabiskan masanya untuk kami.Kalau dia pergi,kami sudah tidak punya siapa-siapa untuk dicintai.

Akhirnya,kami memilih teman sebagai kos lepasnya.Kerana kami percaya sejauh mana pun kami meninggalkan teman-teman kami,kami pasti akan bertemu kembali.Walaupun mungkin selepas 10 tahun,kami akan bertemu di shopping complex,kami tetap akan bertanya khabar dan memeluk tubuh teman-teman kami itu seeratnya.
Jika kami memilih ibu bapa kami,tentu sahaja mereka tidak akan maafkan kami sampai bila-bila.
Jika kami memilih teman lelaki kami,pasti kami akan menyembunyikan diri jika terlihat si dia dari jauh.
Oleh itu,kami memilih teman sebagai korban untuk dilupakan buat seketika.Itu kerana kami percaya kami akan bertemu kembali.

ADAKAH ITU PUNCANYA KITA BERTEMAN?

Hanya untuk mengisi ruang tatkala kosong dan di akhirnya menjadi korban untuk sebuah kejayaan.
Bukankah firasat sebuah persahabatan itu,bersama-sama susah dan senang dan jangan pula dilupakan?


Aku mengeluh seakan mendengus.
Berat sungguh perasaan yang sudah lama kuabaikan.
Aku berharap,aku dan mereka akan berteman hingga ke syurga.
Aku berharap,kami sentiasa mencalit nama-nama antara kami di laman muka buku kami.
Aku berharap,bukan rumah-rumah itu menjadi pemisah antara kami.

Setiap tahun aku mendengar temanku ini berkata,
"Jika ditakdirkan kita sempat merasa tua,alangkah seronoknya dapat berkumpul di rumah orang tua bersama-sama."
Bunyi seakan kelakar,tetapi itulah impian kami untuk setia bersama hingga hujung nyawa.

Aku berharap,persahabatan kita adalah yang terindah.Bermaafan antara kita kerana kita saling melupakan.




........
kecewa dengan tingkah sendiri
2.00am
teratak usang

Wednesday, January 16, 2013

Hilang Rentak

Jemu..
nak menulis pun malas sebab rentak sudah berbeza.Kadang-kadang betul orang cakap,nak berkarya atau nak hidup dalam dunia seni memang kena ikut rentak.Macam komposer lagu,mereka akan buat lagu berdasarkan trend zaman sekarang.So,macam tu jugalah dengan menulis.Bila buka blog kawan-kawan,beribu perasaan timbul.Rasa segan,rasa berdebar,rasa tak patut,dan macam-macam rasa lagi.
Sekarang mood kawan-kawan bekerja,so apa-apa yang mereka post whether about their feeling always related with their new job.Doesnt matter if they posted that they are so happy because got the job or they are so frusrated because of the job,but all of them about the job.Bukan bermaksud cemburu,cuma ingin menyatakan hilangnya rentak dalam menulis.Mereka menulis tentang kerja baru mereka,so apa yang saya boleh tulis supaya rentak saya sama dengan mereka sedangkan saya masih belum bekerja.Nothing.
So,i wont let my soul dibawa lari oleh rentak yang kadang-kadang tidak betul.Let them with their life,and me with my life.

.................

1.57 am
pekan

Friday, January 11, 2013

Samar-samar Cinta


Bab 1

Siapa yang tidak mengenali tuan punya badan yang menjadi kegilaan ramai di kampus 
itu,Haikal Hakimi.Pantang disebut,pasti ada yang cuba memuji  tentangnya. Berduyun gadis menuju  ke arahnya tatkala  keretanya masuk ke perkarangan  kampus.Sudah menjadi nasibnya berbapakan seorang ahli perniagaan yang terkenal,yang nyata merupakan orang penting di kampus itu.Jadi tidak hairanlah jika keretanya diparkir betul-betul di hadapan 
kampusnya.

"Hi girls,please take my bag,and you, please bring my books"

Itulah gelagatnya setiap pagi.Menyuruh gadis-gadis di kampusnya itu membawa beg dan buku-bukunya setiap pagi ke dalam kelas.Dan si gadis sudah tentu tidak menolak perintah dari lelaki sekacak Haikal Hakimi itu.Prinsip mereka,"tak dapat jadi bini,jadi orang gaji pun ok".Kadang-kadang,ada gadis yang bertuah akan dapat bersarapan dengannya.

"Takkanlah orang sekacak Haikal masih belum berpunya?"

"Semua perempuan mungkin akan tergila-gilakan si Haikal ni,tapi tidak untuk perempuan yang bernama Aliya Natasya."

Sangat mudah didekati kerana sifatnya yang lemah lembut dan tidak sombong.Aliya Natasya gadis bermata bulat dan berhidung mancung,mempunyai susuk tubuh tinggi lampai sangat disegani di kampusnya.Jarang lelaki menganggunya kerana Aliya sangat tegas orangnya.Tapi sebenarnya,mereka tidak berani mengganggu Aliya dek kerana Haikal sudah memberi amaran kepada mereka supaya tidak mengganggu gadis idamannya itu.Sesuka hati Haikal melabelkan Aliya sebagai teman wanitanya tanpa kebenaran Aliya.

"Hai penyejuk hatiku,dah breakfast?"

"Dah…"

"Ala..teman i makan jap,I belum makan lagi tahu.Semata-mata nak breakfast dengan you. "

"You makanlah sendiri.Ajak Iwan dengan Amir tu."

"Oh,no!You tahu kan I tak suka dengar perkataan tidak dari sesiapapun termasuk you."

"Oklah,but don't be late,I have a class.."

"Let's go.I  bayar.You makan je anything you want."

"Aliya,you look so pretty today!"

"Macam biasa je."

"Yelah.Hari-hari you memang cantik."

"Whatever.."\

Susah betul nak tarik minah ni.Aku punya handsome macam ni,berani dia buat tak layan.Siap kau Aliya.Aku akan pastikan kau takkan menolak aku.

"Aliya,malam ni kita keluar tengok movie nak?"

"Emm,Aliya…."

Siapa pula yang dia pandang ni.

Haikal cuba memandang ke arah Aliya memandang.Soalan yang ditanya masih belum dijawab Aliya.Siapa dan apa yang dipandang pun tidak diketahui.Haikal memang nampak cool tetapi dia cepat naik angin.Tetapi entah kenapa,Aliya berani acuh tidak acuh dengan Haikal.

"Aliya…".Haikal mula naik geram.Dia memanggil Aliya sambil memegang dagunya.Aliya terkejut dengan tindakan Haikal.Lalu bangun meninggalkan Haikal sendiri.

"Aliya! Aliya!"

Aliya berjalan agak pantas agar tidak dapat dikejar oleh Haikal.Entah apa silapnya,dia terlanggar seseorang  dihadapannya dek kerana sibuk memandang ke belakang.Habis berterabur buku.

"Opss,sori awak.Saya nak cepat."

"Takpe.Nah buku awak."

"Teri……."

Belum sempat Aliya mengucapkan terima kasih,lelaki yang dilanggarnya terus berlalu pergi.Aliya pun tidak sempat mengecam wajah lelaki itu kerana dia hanya tunduk sahaja.Aliya cepat-cepat berdiri untuk meneruskan langkahnya agar tidak dikejar Haikal.Sambil berjalan,sambil pandang ke belakang.Pupp,terlanggar lagi.

"Aduhh..apalah malang nasib aku hari ni.Kalau tak disebabkan Haikal,takdelah aku jadi macam ni."

"Dah habis cakap?"

Macam kenal suara tu.Haikal Hakimi.

Aliya cuba membuat pusingan u-turn.Tidak mahu dia berjumpa dengan Haikal.Kesalahan Haikal menyentuh dagunya memang tidak harus dimaafkan.Aliya mahu juga mengajar Haikal agar lebih menghormati orang lain.Sudahlah sesuka hati dia melabel Aliya kekasihnya,sekarang berani-berani menyentuh wajahnya.Tidak patut.

"Aliya,awak ni kenapa?Kelas kan lalu kat sini,".Kini tangan Aliya yang menjadi mangsa.Ditariknya tangan Aliya dan diheret menuju ke kelas.

Sakit di hati Aliya bukan kepalang.Mentang-mentang dia anak orang kaya,suka hati dia sahaja buat itu ini.Haikal pula,kalau dimarah,bukannya mahu didengar.Maklum sahajalah,dia anak bongsu.Itupun dua beradik sahaja.Abang Haikal pula tidaklah berperangai sepertinya.

Aliya mencari jalan bagaimana mahu melepaskan tangannya.Dia mendapat idea.

"Argghhhh!!!!Sakitnya.Awak kenapa Aliya gigit tangan saya?Sakit tahu.."

"Manja."

Aliya berlalu dari situ.Berjaya juga akhirnya dia melepaskan tangannya dari mamat jambu ni.Muka je lawa,tapi perangai hanya Allah sahaja yang tahu.

"Haish,minah ni.Sampai hati gigit tangan aku.Lepas tu blah macam tu je."

Haikal tidak berputus asa mengejar Aliya.Sakit di tangannya bukan menjadi alasan lagi.Lagipun,tujuan utama dia belajar di kampus itu hanyalah untuk memikat Aliya.

"Aliya,sampai hati you tinggalkan i sendirian kat bawah tu,".Haikal meletakkan kepalanya di bahu Aliya.Aliya terkejut tetapi tidak terus bertindak.Dia melayan sahaja kerenah dan perangai kebudakan Haikal itu.Namun,Aliya tetap tidak kering idea.Ada sahaja taktik untuk mengenakan Haikal.

"Ala sayang..sakit ye,mari saya tengok tangan awak.Sorry tahu.Saya tak sengaja,".Aliya menggosok-gosok tangan Haikal yang digigitnya menggunakan tangan kanannya sambil tangan kirinya mencubit perut Haikal.

"Aduhh,Aliya sakitlah,".Haikal seperti mengerang.Sebenarnya bukan mengerang sakit tapi lebih kepada mengada.Aliya arif benar dengan sikap Haikal itu.

"Kalau sakit,alihlah kepala awak tu.Duduk diam-diam,".Aliya hanya berbisik ditelinga Haikal agar percakapannya tidak didengari oleh pelajar yang lain.

Haikal pula bagai orang terkena ubat guna-guna.Dituruti sahaja arahan Aliya.Sempat juga dia mendekati mukanya ke arah Aliya, dia sukakan minyak wangi yang dipakai Aliya.Lembut baunya.  

Aliya sememangnya tidak takut untuk mengasari tubuh Haikal kerana dia tahu,Haikal tetap akan mencarinya walaupun lebam satu badan sekalipun.

***

to be continue

12.15am
teratak aku

Saturday, January 5, 2013

Nikmat Silamku

Bersembang dengan tok di waktu pagi memang menyeronokkan.Walaupun usia tok aku ni sudah menjangkau awal 80-an,tapi kalau dia buat perangai sebut semula salasilah keluarga dia,termasuk jiran kampung sebelah punya keluarga pun dia tahu.Kadang-kadang,tok aku ni baru jumpa seseorang tu untuk pertama kalinya,tapi bila dia soal selidik keluarga hamba Allah tu,tara...rupanya dia kenal nenek hamba tersebut.Dahsyat betul beliau ni.Silap hari bulan,kalau aku bagi dia baca kitab aku,mungkin bila nak jawab exam aku boleh tanya sahaja tok aku ni.(hehe,gurau..)

Tok aku buka cerita pasal kampung aku.Kata tok,masa kampung ni tak dipenuhi rumah-rumah,ianya adalah hutan.Masa tu,kampung aku ni kira penuh dengan pokok buah kemunting.Beliau cakap lagi,memang menjadi kegilaan anak gadis pada masa itu,masuk ke hutan mencari buah kemunting.


Aku tak pasti you all semua kenal atau tidak pokok tersebut.Mujur zaman aku kecil-kecil dulu,pokok kemunting ni masih wujud.So,apa lagi,aku dan sepupu-sepupu aku memang setiap hari masuk hutan cari buah kemunting.



ni lah buah kemunting

Masa tu,aku tak bawa pun plastik ke bekas atau sebagainya.Kitorang kutip buah kemunting tu dan isi dalam baju sampai baju tu 'buncit'.Kitorang selalu lumba,bukan siapa kutip paling banyak,tapi siapa yang dapat banyak buah kemunting yanmg berwarna agak kehitaman.Buah kemunting yang berwarna kehitaman lebih manis rasanya berbanding yang berwarna merah.Masa tu,kitorang makan buah tu tak basuh pun.
ni pula pokok kemunting

Sambil we all jalan-jalan cari buah kat dalam hutan,we all sempat juga makan sejenis buah ni,namanya buah senduduk.Orang cakap,kalau sakit lidah,elok makan buah senduduk ni.Mula-mula aku tengok buah ni,aku geli sebab buah dia ada biji-biji kecil macam bentuk lidah.Tapi,lama-lama bila cuba makan sebiji,memang rasa nak lagi.
ni buah senduduk

Mungkin kalau you all lahir sezaman dengan aku,tapi tidak tinggal di kampung macam aku,memang tak pernah tahu lah buah ni.Sebab buah ni pun dah hampir nak pupus zaman-zaman kita tengah membesar.Yelah,orang asyik tebang hutan,jadi tiada makna lagi pokok-pokok tradisi ni untuk hidup lagi.Anak-anak zaman sekarang pun bukan nak makan sangat buah hutan ni,maklumlah strawberri berlambak jual.

Satu lagi yang aku nak cerita pada you all .Pernah tak you all  main bedil masa kecil-kecil dulu.Bedil ni diperbuat dari buluh.Pelurunya we all guna buah hutan juga.

buah ni jadi mangsa sebagai peluru bedil kami

Tapi,we all ni kira badang jugalah sebab sambil bedil orang,sambil tu we all makan 'peluru' tu.
ni lah bedil yang aku cakap tu

Emm,aku rasa buah yang ni you all mesti kenal sebab buah tu ada juga orang tanam kat rumah.Halus je tapi boleh tahan mengancam rasanya.Namanya buah cermai.Selain boleh dimakan begitu sahaja,ianya boleh dibuat jeruk.Boleh juga dimasak dengan sirap.Masih kuingat,tok aku masak air gula,lepas tu bubuh sirap dan masukkan buah cermai tu.Nanti bila dah masak,buah tu akan jadi lembut dan berwarna merah.Rasanya memang manis.

tara...ni dia pohon cermai

Itulah sedikit sebanyak pengalaman masa kecilku bersama-sama buah-buah hutan yang mungkin sekarang hanya menjadi kenangan dalam lipatan hidupku.Aku seronok dikurniakan anugerah untuk tinggal di kampung dan merasai nikmat-nikmat sebegini.Aku tak menyesal langsung jika rumahku tidak berlantaikan mozek,tidak jelek jika rumahku tidak dikelilingi swimming pool, malah tidak jemu jika lamanku hanya hamparan pasir dan sekali-sekala dihiasi tahi lembu yang sesuka hati sesedap rasa dihamburkan di hadapan rumahku.

Mungkin kerana itulah,Allah mengulang-ulang firmannya dalam surah Ar-Rahman mafhumnya:(Maka nikmat Tuhanmu yang manakah engkau dustakan).Sesungguhnya,tidak layak bagi kita mengatakan Allah memilih kasih dalam memberi nikmat kepada setiap hambanya.Kita diberi olehNya secara adil malah mungkin lebih banyak berbanding yang lain tetapi amat sedikit dari kita yang bersyukur malah memilih untuk menyalahkan Allah jika diberi sedikit ujian dariNya.

Semoga kita sama-sama menjadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan dan janganlah meminta lebih di luar kemampuan kita.Kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat kita.Berusahalah mencari kejayaan dalam hidup  selagi dikurniakan lima nikmat iaitu nikmat sihat,muda,kaya(ada duit),lapang dan paling penting nikmat hidup di muka bumi.Jangan persiakan umur yang ada.InsyaAllah.

لا يكلف الله نفسا إلا وسعها
(Allah tidak akan membebani manusia melainkan sesuai dengan kemampuannya)


Kumbang Malam
1.53am

Salju Sakura