Thursday, April 25, 2013

Budak ADAB 2


Sarah Lina....

Dua patah nama yang tidak asing lagi di bumi Irbid.Lebih mesra dengan panggilan Orkid oleh rakan-rakan yang baru dikenali.Langkah kakinya sentiasa gagah mengheret sandalnya ke sana dan ke mari.Aku tidak pasti,seberapa banyak tenaga yang Sarah ada di dalam badannya.Pagi sibuk ke kelas,petang pula beriadhah nun jauh meredah jalan raya yang tidak pernah kosong dengan kenderaan dan bunyi hon yang memekik.


Petang itu,aku hanya duduk di sofa ruang tamuku.Menekan-nekan alat kawalan jauh televisyen mencari siaran yang sesuai ditonton petang itu sambil menunggu Hafizah,rakan serumahku menyiapkan cekodok ikan bilis buat halwa tekakku menjamah makanan petang itu.Dari jauh seperti ada bunyi yang mengganggu telingaku.Bunyi gesekan seluar dan hentakan kaki seperti kedengarannya laju.Seperti sudah menduga,ku lihat Sarah Lina sudah bersedia dalam pakaian riadhah seperti hari-hari biasanya.Memberi senyum dan ajakan turut beriadhah kepada ku.Aku mencipta alasan tidak mahu menurutinya.Dan itulah,hari petang biasa aku dan Sarah.Sarah mengajakku beriadhah dan balasanku hanyalah kerana kemalasanku.

***
Hujung minggu itu,seperti minggu-minggu yang lain di Irbid.Tidak pernah lengang dengan aktiviti.Minggu itu ada program persatuan.Makanan harus disiapkan.Dalam kuantiti pelajar Malaysia yang ramai,seharusnya kuantiti makanan juga banyak.Bagi mereka yang "crazy man" dengan aktiviti persatuan,pastinya tentatif hujung minggu itu menjadi kerisauan seminggu sebelum hari kejadian.Tidak pada aku.Sedangkan aktiviti persatuan jarang aku hadiri,almaklum sahajalah,aku senior.Dan kebanyakkan aktiviti persatuan diuruskan oleh junior.Sarah Lina juga begitu,sama sepertiku tidak risau dengan tentatif hujung minggu itu.Tetapi entah mengapa,aku lihat awal pagi lagi dia sudah bangun dan bersiap.Aku masih berbaring di atas katil sambil memerhati Sarah ke hulur ke hilir dari bilik kami ke bilik Adibah.Walaupun suasana pagi begitu memberatkan mulutku untuk berbicara,demi rasa berkepentingan menjaga ukhwah,aku bertanya Sarah ke mana mahu dia pergi seawal jam 8 pagi itu.Cuaca di luar masih kabur-kabur kerana ditutupi kabus tebal.Malam semalam sejuk.Sarah sudah siap berseluar jeans dan berkot tebal.Sarah mahu menghadiri majlis rewang untuk membantu biro bahagian makanan menyiapkan hidangan untuk program itu.Dia tidak mengajakku kerana Sarah faham benar dengan perangaiku yang sering memberi alasan kerana kemalasanku.Aku menarik kembali hirom sehingga menutupi sebahagian mukaku.Memerhati Sarah sehingga dia hilang dari pandanganku.

***
Di sebalik batang-batang pohon zaitun itu,aku melihat satu sosok tubuh yang ku kenali.Itu Sarah,dan kenapa dia berseorangan di situ.Aku hanya memandang Sarah dari jauh.Baru 15 minit tadi aku bersama Sarah selepas keluar dari kelas Dr Adnan untuk subjek Development and Planning in Islam.Tiba-tiba,apabila ku pusing belakang,aku lihat Sarah sudah hilang.Aku tidak mencarinya kerana itu bukan kali pertama dia selalu hilang tiba-tiba,banyak kali dan aku tidak akan mencarinya kerana aku pasti dia akan menelefonku jika Sarah kehilangan jejakku.

Aku ingin menuju ke arahnya namun langkahku terhenti apabila teringat aku perlu menunggu sepupuku Syamsiah yang masih berborak dengan teman-temanku yang lain.Ku bulatkan tekad untuk bertanya kepada Sarah setibanya kami di rumah.Aku pasti ada yang tidak beres dengan Sarah lebih-lebih lagi Dr Adnan baru sahaja memulangkan kertas ujian dua kepada kami.Ramai dari kami yang mendapat markah corot pada ujian kali itu.Walaupun aku dalam kategori markah 10 ke atas dan dicirikan dalam keadaan selamat,namun itu bukan titik kegembiraanku.Bukan kerana aku mahukan markah 20/20 tetapi kegembiraanku terhalang kerana aku yakin ini saat Sarah berada dalam kesusahan.Itu bukan kali pertama baginya mendapat markah yang rendah,dan kerana banyak kalinya Sarah kecundang dalam peperiksaan,jiwanya tidak terlalu tegar untuk itu.Markah perlu dikejar agar pointer tak jatuh teruk.Aku tahu itu yang berlegar dalam benak pemikiran Sarah.Sementelah itu adalah tahun akhir kami di Irbid,harus terus memacu langkah untuk mengumpul markah yang banyak sebelum pulang ke Malaysia.Impian kami untuk berkonvokesyen bersama di Bumi Barakah itu.

Sarah menghulurkan kertas ujian yang baru kami terima pagi tadi kepadaku,Hafizah,Syamsiah dan Adibah. Aku terkejut kerana nombor yang tertulis ialah 1/20.Aku lihat wajah sugul Sarah.Sarah ternyata bimbang bagaimana mahu menaikkan pointer sedangkan untuk mengumpul markah yang perlu dibawa ke peperiksaan akhir pun cukup menyesakkan.Aku bukanlah orang yang terbaik untuk memberi nasihat,kerana aku tidak merasai perasaan itu.Kami hanya bercadang untuk menemani Sarah berjumpa Dr Adnan dan 
memohon pertolongan dari Dr.

Selama beberapa hari itu,kami cuba menemui Dr Adnan,tetapi beliau sering tiada di dalam pejabatnya.Mula-mula kami hampa,tetapi melihat keadaan Sarah yang agak tekad,semangat kami bergerak dengan kibaran semangat Sarah.Usaha Sarah berhasil,setelah berhari-hari mencari Dr akhirnya kami berpeluang berjumpa dengannya.Masuk dengan hormat salam dan memulakan bicara.Belum sempat Sarah menerang dan merayu,Dr Adnan sudah tidak mahu mendengar kata-kata Sarah.Sarah terus memujuk.Sebak hati aku saat mendengar pujukan Sarah.Jika aku berada di tempat Sarah,aku takkan pujuk Dr dan pasrah tanpa usaha.Tapi Sarah memang begitu,pantang menyerah sebelum ajal.Walaupun Sarah tahu dia tidak akan mendapat hasil,tetapi dia sentiasa mencuba.Itu yang aku kagum tentang Sarah.Kami keluar dari bilik Dr dengan perasaan hampa.Kami diam dan hafizah,Adibah dan Syamsiah cuma memandang kami minta kepastian yang tidak jelas.Aku sendiri tidak tahu mahu bermula dari mana.Hanya mengekori Sarah dan tiba-tiba Sarah memusing ke belakang dan mengajak kami ke kedai zinger.Ya Allah,kuat betul Sarah.Walaupun banyak dugaan yang dihadapi,aku jarang melihat air matanya di pipi dan tidak pernah kurang senyum di bibirnya.Walaupun Sarah bukanlah pelajar terbaik batch kami,tetapi dia yang aku kagumi.Sentiasa berkongsi ilmu dan sudi mengajarkan pada yang perlu.Suka membantu orang lain walaupun di saat rakan-rakan bergelumang dengan buku.Sentiasa memberi kerehatan pada mindaku tatkala melihatnya.

Pada seorang Sarah Lina,kegagalan bukan memaksa kita untuk berduka,tetapi ia memberi ruang dan peluang untuk kita membuka potensi diri untuk mencapai kejayaan.Itu yang aku kagumi tentang seorang Sarah Lina dan sampai bila-bila pun akan aku kagumi.

Sekian...


Tuesday, April 16, 2013

Human Sense

Kepelikan..
Aku merenung tombol pintu yang seakan dipulas seseorang dari luar.Ya,teman rumahku sudah pulang dari kelas.Dia tidak bertanya apa-apa tentang wajahku yang masam mencuka.Dia meletakkan beg di atas kerusi lalu mengambil tuala menuju ke bilik air.Mahu mandi,katanya berpeluh.

Sepuluh minit sebelum..
Aku mengangkat kain di jemuran sebelum kera-kera menapakkan kaki di atas bajuku.Tiba-tiba aku disapa dari belakang oleh suara yang amat ku kenali.

"Hai Nova,kenapa nampak kurus dari tepi,cemburulah saya tengok.Makanlah banyak sikit."

Seperti buah kelapa jatuh ke muka,aku menerima tamparan hebat yang keluar dari mulut Sofia.Kalau diikut rasa hati,mahu sahaja aku tumbuk dia di situ juga.Tapi,mujur iman menyelaputi diri,aku sabar dan masuk ke bilik tanpa berkata apa-apa.Itu bukan pujian,kalau tepi aku yang bersaiz XL kurus,kalau mahu dibanding dia XS tentu-tentu Sofia lagi kurus.Itu tidak lain tidak bukan mahu menghina aku la tu.Mentang-mentang aku jenis ceria sepanjang hayat,ikut suka hati dia nak cakap apa.Apa dia kira,orang-orang sanguine macam aku ni tiada punya hati dan perasaan.Sabar dan urut dada perlahan.

Pada aku,manusia zaman sekarang hilang human sense atau common sense dalam menjaga hati orang lain.Mereka ingat,setiap perkataan mereka boleh diterima sesiapa sahaja.Kalaulah secara realitinya kita boleh letakkan dekat tepi bibir masing-masing tanda U untuk Umum,18 SG,18 SX macam dalam tv,sudah tentu orang lain akan mengesan perkataan yang akan dilontarkan oleh si empunya diri.

Mengapa realiti itu tidak berlaku?Bukankah dapat menyenangkan hati ramai manusia dan dapat mengurangkan dosa akibat dari bisanya kata-kata.Pada aku,perbuatan manusia itu bukanlah boleh dihalang dengan meletakkan tanda amaran di bibir,ataupun simbol-simbol yang dapat memberi ingatan kepada si pendengar dan orang yang bercakap.Tetapi setiap perkara yang kita lakukan samada menggunakan tangan,kaki,telinga,mulut dan sebagainya boleh dihalang dan digerakkan dengan iman.

Hipotesis yang dapat dibuat sepanjang aku membuat kajian pada diri aku,kawan-kawan dan masyarakat di luar sana,aku mendapati hanya ada satu kesimpulan yang memang boleh dipakai hingga hujung nyawa.Semakin menebal iman dalam diri seseorang,semakin menebal halangannya dari melakukan perkara yang mungkar,dan jika menipis iman seseorang maka akan mudahlah ia melakukan perkara mungkar.

Apa yang dapat aku simpulkan di sini,peliharalah iman dan bajailah ia kerana iman akan melindungi kita di sepanjang jalan.InsyaAllah.

Nova 

# aku tulis untuk orang sedar kita hidup masih punya masyarakat.Moga cerita yang aku sembahkan ini dapat memberi manfaat kepada semua#

Salju Sakura