Saturday, June 16, 2012

Cinderella Jam 1

Ting! 


Jam sudah menunjukkan pukul 1.Badan Cinderella menggeletar.Dia lantas memanggil kawan-kawannya yang lain Cinderemata,Cindereka,Cinderehati dan Cinderehat untuk menyaksikan peristiwa jam 1.
Air keluar dari lubang dapur rumah mereka.Laju alirannya.Cinderella mengarahkan Cinderehat untuk mengambil penarik air dan menarik air yang keluar dari lubang dapur rumah mereka ke arah tandas agar tidak terkena karpet rumah di ruang tamu.Cinderamata dan Cinderehati pula bertungkus lumus menyodok air menggunakan penyodok sampah dan memasukkan ke dalam baldi.Cindereka pula mengangkat semua barang yang berada di atas lantai.


Selesai menarik air,mereka berlima berehat di ruang tamu.Kesemua Cinde keletihan sehingga menyebabkan mereka terlelap.Tiba-tiba belum sempat lena,Cinderehati pula terbau sesuatu yang busuk.Dia lantas berlari ke arah bau itu.Dia terkejut kerana bau busuk itu datang dari arah lubang dapur.


Air keluar lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Keempat-empat Cinde yang sedang nyenyak itu terjaga akibat terkejut mendengar jeritan Cinderehati.Mereka mengulang perbuatan yang sama seperti kali pertama tadi.


Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam.Mereka baru boleh berehat setelah penat menarik air dari jam1 tengah hari hingga 11 malam.Mereka tidur sama-sama di ruang tamu sahaja.Dalam jam 1 pagi,mereka berlima terjaga kembali kerana membau sesuatu yang sama seperti mereka bau siang tadi.Mereka seraya berkata,"air keluar lagi la.." lantas terus menyambung kembali tidur mereka.Keesokan paginya,apabila mereka berlima terjaga,alangkah terkejutnya mereka,air busuk itu telah sampai ke karpet rumah mereka.Kali ini mereka berlima tergelak kuat.Mereka menyambung kmbali kerja-kerja mereka menarik air.


Setiap hari,jam 1 tengah hari,air akan keluar dari lubang dapur.Kali ini mereka lebih bersedia.Setiap jam 1 tengah hari mereka akan pastikan kesemua Cinde berada di dapur.Dan jika mereka terpaksa keluar rumah,mereka akan pastikan jam 1tengah hari, mereka sudah berada di rumah.


****

Kisah ini diaptasi dari kisah benar iaitu cerita tentang 5 gadis jelita,uwekk yang tinggal di bayt ghuraba'.Begitulah kisah mereka berlima yang rutin hariannya adalah menarik air di dapur.Kejadian ini sedikit sebanyak menyukarkan kehidupan mereka,kerana mereka berlima tidak boleh meninggalkan rumah terlalu lama bimbang air akan melimpah sehingga ke dalam rumah.Namun,kejadian ini banyak memberi erti buat mereka berlima.Buat mereka yang ingin mengunjungi bayt ghuraba',mereka meminta maaf kerana tidak menjemput kalian kerana masalah rumah yang berlaku ini.

Sekian..
Catatan di petang hari.
4,.21petang

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura