Friday, June 15, 2012

Bagai Ular Sawa Menang Loteri

Alhamdulillah,alhamdulillah,wa  syukur lillah.
Kecil tapak tangan kek tiga biji saya tadahkan.
Selamat Hari Lahir buat sahabat saya adilah.Semoga pertambahan umur seiring dengan pertambahan iman dan hamasah dalam diri.Ces,ayat skema yang biasa "akhawat " ucapkan.Untunglah orang tu ada adik,jadi dapatlah merasa sebiji kek hari jadi dan sekaligus meraikan kami yang sudah grad.Terima kasih adik-adik yang comel dan nakal.


 kek dari adik-adik yang comel

Suprise!!!!!!!!!!!!

Nakal sungguh adik-adik ini.Perancangan untuk membuat kejutan kepada si kakak bertukar kepada perkara yang membimbangkan.Salah seorang dari mereka menelefon sahabat saya ini,katanya ingin bertandang ke rumah untuk curhat(ini bahasa akhawat he).Tetapi selama hampir setengah jam atau lebih kami menunggu adik ini,dia masih belum sampai ke teratak kami.Kami sebagai senior yang penyayang lagi prihatin ini sangatlah risau akan keselamatannya.Lebih-lebih lagi,bandar irbid sekarang makin mengganas dengan kes ragut.Kami cuba menghubunginya tetapi tidak berjaya.Kami menghubungi sahabatnya yang lain,akan tetapi bahulu yang diharapkan,tepung yang dapat.Erk.Tak,maksud saya,kami mengharapkan suatu khabar yang positif,tetapi lain pula yang dapat.Sahabatnya begitu tenang meyakinkan kami bahawa adik yang seorang ini akan sampai ke rumah kami.Kami tidak tenang lantas menelefon sahabat yang lain.Jawapan juga sama,adik ini tiada di situ.Kami bertambah risau.Tambahan lagi,dengan pemikiran kreatif dan kritis saya ini telah menyebabkan saya berfikir diluar kotak yang menjadikan semua ahli rumah saya bertambah takut.Kami akhirnya mengambil keputusan untuk mencari dia.Tetapi belum sempat kami bangun,telefon ahli rumah saya berbunyi.Kawan saya menjawab panggilan itu.Ada riak bimbang di wajah kawan saya sehingga menyebabkan kami bertambah bimbang.Kami lega,rupa-rupanya adik ini selamat.Dia masih ada di rumahnya.Berdebar betul.Pertama kali berdebar dengan dasyatnya.He.

Jam 12.00 tengah malam...

Kringggggggggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

Bunyi loceng rumah yang bingit mengejutkan kekhusukan kami yang asyik melihat video.

"Happy birthday to you,happy birthday to you,happy birthday to kak adilah,happy birthday to you.."

Cet!! Rasa nak cekik je budak-budak ni.Suprise rupanya.

Lucu betul.Antara kenangan yang osem juga bila dikenang.



 ni kek gourmet suprise dari kami ahli bayt ghuraba'


Petang tadi ke bulatan gembira saya .Lama sungguh tidak berjumpa sehingga rasa kekok pula.Kelihatan seseorang yang lama tidak ketemu,gembira rasa hati melihat dia tersenyum.Petang itu,kami hanya mentadabbur surah sahaja dan bertanya perihal diri masing-masing.Semua bercerita,cuma hanya saya tidak.Saya masih seperti dulu,payah benar nak curhat.Tertarik dengan surah yang ditadabbur hari ini yang begitu menyantuni hati nurani wanita saya yang lembut ini.Selesai sahaja tadabbur dan tawsiat dari kakak bulatan gembira saya,kakak saya lantas mengeluarkan sebiji kek untuk sambutan hari lahir keluarga bulatan gembira saya dan sempena meraikan saya.Sedap kek itu.
kek dari bulatan gembira saya.Gembiranya kek
ini macam bulatan saya juga.

Hai..
Saya macam orang menang loteri je.hehe.
Sarapan kek,lunch kek,minum petang kek.Saya dah macam ular sawa yang tak larat bangun setelah menelan seekor lembu.Erk.Mujur saya peminat kek,jadi saya mampu menelan kesemua jenis kek itu.

Sesungguhnya,rezeki dari Allah itu datang dari arah yang tidak disangka-sangka.Jadi kita sebagai hamba yangh beriman kepadaNya haruslah bersyukur dengan segala pemberianNya.

"Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makannya,*Kami-lah yang telah mencurahkan air melimpah (dari langit)"-('abasa:24&25)

Alhamdulillah.
Dah dapat hadiah,teruskanlah bekerja demi islam.

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura