Monday, June 4, 2012

Indian pun cakap Arab,apatah lagi Malizi

Hari tu jalan-jalan Amman.Tempat wajib yang biasa budak-budak Malaysia pergi sebelum balik Malaysia untuk membeli cenderamata dan hati di sana.Barang-barang kat sana boleh tahan lah murahnya.Jubah pun cantik-cantik dan harga pun berpatutan.Saya pergi dengan housemates dan jiran saya.Kita naik bas angkut-angkut.Bertolak seawal jam 9 pagi selepas menarik air yang tidak jemu mengalir di dapur.Berbekalkan ma3janat (pastri) berjenama mayar(nama kedai) dan biskut oreo serta drinking water kami memulakan langkah dengan menahan kereta kuning(teksi jordan warna kuning) menuju ke mujamma3 syimali(kalau di Malaysia kita panggil terminal).


Sampai sahaja di sana,mata dah mula berpinar,gayat mungkin kerana terpaksa memilih kenderaan mana yang menjadi idaman hati.Lama juga berada di sana sehingga ada seorang brother a.k.a conductor bus memanggil kami memilih basnya.Jadi kami tanpa segan silu pergi ke arahnya.Mungkin tak manis di situ bagi seorang perempuan apabila ada lelaki yang memanggilnya,dia lantas pergi ke arah lelaki itu.Aiyoo..mari sini dahi,nah satu jentikan.Dia kan conductor bus memanglah kerja dia panggil orang dan kita jangan nak kufur nikmat,dah ada orang panggil silalah pergi,kalau tidak terlepas bas ye.


Sampai sahaja di terminal bas,kami kena ambil teksi untuk pergi ke وسط البلد (macam bandar la).Sampai sahaja di balad  kami pun berjalan-jalanlah di setiap kedai.Niat asal untuk membeli kitab-kitab.Tapi ni niat kawan kita tumpang niat je.hehe.Tapi kita ambil keputusan untuk jalan-jalan dulu sebelum beli kitab sebab bimbang kalau bawa banyak-banyak kitab tak larat nak jalan jauh.Bermula di kedai jubah.Saya masuk kedai ni dan sangat terpegun dengan kecantikan jubah di sana.Kalau kawan-kawan saya dorang selalu terpegun dengan jubah murah sebab tu dorang selalu dapat jubah murah.Tapi mata saya selalu terpegun kepada jubah mahal sebab tu selalu dapat jubah mahal je.Bukan nak berlagak di situ,tetapi ada sedikt kerugian kerana membeli jubah mahal.Tetapi itu dah yang kita suka nanti ralat pula.Bab kata Abah saya,''akak beli je ape-ape yang akak rasa nak beli,nanti sampai Malaysia dah tak jumpa benda-benda kat sana,nanti ralat,bukan boleh pergi Jordan balik pun..habis kan je duit,".Ada nada gembira di situ kerana abah give me permission untuk habiskan semua duit.Tetapi sebagai anak yang memahami kesusahan keluarga takkan lah nak berbelanja macam orang kaya.At least bawalah balik sikit duit untuk bagi kat family.Kalau tidak pun,mak ayah kita takkan terima duit anak-anak yang masih belajar,jadi kita bagilah barang-barang mahal untuk mereka.Emak saya taknak barang mahal sangat,cuma nak kacang.hehe.


Jalan punya jalan sehingga sampai di sebuah kedai jubah.Mata saya terarah kepada sesuatu yang menarik perhatian saya.Bukan pada jubah-jubah di situ kerana jubah-jubah di situ kosong dan tiada hiasan sarat seperti jubah-jubah saya yang lain hehe.Tetapi saya tertarik melihat seorang auntie india.Bukan pada sarinya kerana masa tu dia pakai skirt tetapi kepada kefasihannya bertutur arab.Laju kalah formula one.Auntie ni tak lupa daratan,walaupun dia fasih berbahasa arab tapi dia masih mengekalkan loghat indianya.hehe.


Di situ saya mula terfikir.Siapa berani kata bahasa arab untuk orang arab sahaja?Bahasa arab untuk semua tak kira bangsa apa pun.Orang cakap bahasa arab susah sebab nak cakap kena tengok nahu(tatabahasa) dulu takut kalau salah nahu salah maksud.Tapi,kalau nak tunggu faham betul-betul nahu baru nak cakap arab,sampai bila pun tak.Sebab tidak semua orang cekap nahu.Kami di Jordan,main tibai je cakap arab yang penting orang faham dan kita belajar.


Kalau nak cakap bahasa arab tu susah,kenapa Al-Quran diturunkan kepada semua umat satu dunia dalam bahasa arab.Disebabkan bahasa arab itu mudahlah ia menjadi bahasa al-quran.Bahasa arab punya seni tersendiri.Ianya tidak perlukan intonasi yang bombastik seperti syair,puisi atau pantun untuk kita fahami.
Disebabkan saya bukanlah seorang yang alim tentang ilmu yang pelbagai lebih-lebih lagi tentang kesenian bahasa arab itu kerana saya bukan dalam pengkhususan bahasa arab,jadi saya ingin kongsikan beberapa artikel yang menarik mungkin tentang al-quran dan bahasa arab.

AL-QURAN & BAHASA ARAB
Quran itu turunnya dalam bahasa arab. Bahasa pilihan Allah dan bukan sebarang bahasa.Lain bentuk bahasa, lainlah penghayatannya.Itulah yang mengubah manusia. Kuasa mengubah manusia biasanya  menggunakan penghayatan pada bahasa.
Iklan-iklan pada zaman sekarang juga mengubah persepsi seseorang dengan menggunakan pengaruh pada ayat, perkataan dan bunyi.Tetapi yang amat mendukacitakan, zaman sekarang lebih banyak mempengaruhi manusia melalui eksploitasi wanita.
Bahasa juga perlu difahami melalui antonasi.Kita boleh memahami kata-kata melalui antonasi.Tetapi jika bahasa itu disampaikan dalam bentuktulisan sepertimana Al-Quran, bagaimana kita ingin memahami antonasinya?Sebab itulah Allah menggunakan bahasa Arab.Bahasa Arab mempunyai satu kaedah yang mampu memberi kefahaman tanpa antonasi, iaitu merangkumi ilmu nahu, soraf dan balaghah.
Oleh itu, jika seorang muslim ingin memahami pembawaan yang disiratkan dalam Al-Quran, tidak dapat tidak ia hendaklah mendalami ilmu bahasa arab, kerana bahasa arab dapat memberikan makna yang sangat luas – ianya tidak cukup dengan sekadar membaca terjemahan dalam bahasa lain kerana bahasa-bahasa lain jauh lebih mundur jika dibandingkan dengannya. Melalui bahasa Arab, tulisan pada kertas boleh membawa maksud mengikut antonasi yang tertentu. Rendahnya martabat Al-Quran pada diri masyarkat dapat dilihat pada rendahnya kesungguhan mereka pada mendalami bahasa arab itu. Kita dapat melihat bagaimana mereka berkejar-kejar dalam mempelajari, mengajar dan mempraktikkan bahasa Inggeris semata-mata untuk kepentingan tertentu seperti belajar sains dan sebagainya, sedangkan bahasa Arab lebih utama, kerana dengannya Al-Quran mampu difahami. Maka dimanakah letaknya Al-Quran berbanding kepentingan mereka itu?
di petik dari artikel "berinteraksi dengan Al-Quran"



Bolehlah anda semua membacanya.Tapi seriously,bahasa arab itu cukup indah.Anda kan sudah beberapa kali tamat quran mesti dapat merasainya.Berbeza bahasa arab  al-quran dengan terjemahannya.Kami di sini walaupun ambil course islamic banking,tetapi kena ambil juga bahasa arab sebagai bukti kita ni mahasiswa timur tengah yang pandai berbahasa Arab.Erk.Dalam subjek itu,kebanyakkan belajar syair selain nahu.Syair mestilah dalam bahasa arab.Bahasa dan rimanya sungguh cantik sehinggakan bila dengar orang arab baca syair itu rasa berbunga je.Tapi bila kita yang terjemahnya,mahu terbuntang mata.Erk.

Jadi,janganlah segan silu berbahasa arab.Kat sini,ada student from korea,mereka pun cakap bahasa arab.Jadi,tiada alasan kita orang Malaysia taknak cakap arab sedangkan orang-orang negara lain seperti korea,india,china,russia dan sebagainya yang nyata bahasa ibunda mereka jauh berbeza dengan bahasa arab mampu fasih bercakap arab.Padahal bahasa melayu pun hampir-hampir dengan bahasa arab dan  ada perkataan melayu diambil dari bahasa arab dan sama sebutannya dengan bahasa arab contoh kerusi=كرسي,jadual=جدوال,nikmat= نعمة dan banyak lagi.Jadi sepatutnya kita orang malaysia dan muslim eager nak belajar bahasa arab.Bahasa arab adalah bahasa Al-Quran.
Saya kagum dengan mak kawan saya yang nak belajar bahasa arab sebab nak faham quran.Kita ni yang muda belia masih gagah membawa kitab tebal masih tidak mahu belajar bahasa arab.Betul,sekarang ini kena fokus bahasa inggeris sebab bahasa inggeris bahasa antarabangsa tetapi jangan dilupa bahasa arab pun bahasa antarabangsa dan bahasa pengantara antara kita dan Allah tatkala kita mebaca Al-Quran.
Eh,nanti ada pula yang salah faham tidak mahu berdoa kepada Allah dan mengadu kepada Allah gara-gara mereka tidak pandai bahasa arab.Jangan risau,Allah faham bahasa kita sebab Dia yang ciptakan kita sudah tentu Dia faham apa yang kita cakap.Sedangkan kita bisik dalam hati pun Allah faham apatah lagi apa yang kita bicara dengan lisan.Cuma,kalau diberi peluang belajar bahasa arab apa salahnya.Contohnya,macam saya tak pernah mengimpikan pun untuk belajar bahasa arab,tetapi Allah hantar saya ke Jordan dan bagi peluang untuk saya cuba faham dan dapat bercakap arab.Jadi,kalau dapat peluang belajar bahasa arab silalah rebut.Bukan senang nak dipilih Allah.
Tapi takut juga sebenarnya kalau tiba-tiba balik Malaysia ni ada orang panggil ajarkan bahasa arab,sudahlah ilmu tak banyak mana.he.Masa kat sekolah menengah dulu memanglah orang panggil saya sibaweh(سيبويه ) sebab masa itu saya terror bab nahu tetapi sekarang macam dah lupa-lupa sikit sebab dulu belajar janji lulus exam.Sekarang saya kena gigih lagi belajar arab walaupun dah grad sebab itu saya banyak juga beli kitab arab supaya boleh dijadikan bahan bacaan bila pulang ke Malaysia nanti.Tetapi kitab itu semua dalam bidang saya lah.Hehe.

oklah,sama-samalah kita memperkasakan bahasa arab kerana ia bahasa al-quran.Niatkanlah segala apa yang kita buat ini kerana Allah s.w.t.

bayt ghuraba'
12.53pm 

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura