Tuesday, June 12, 2012

Hadiah Majlis Konvo

.:.Countdown two weeks again road to Malaysia .:.

Esok adalah hari yang penting dalam diari kami sebagai seorang pelajar.InsyaAllah segala usaha penat lelah kami selama empat tahun bertungkus lumus belajar akhirnya di balas dengan kejayaan dan hadiahnya adalah sebuah majlis konvokesyen.
Jubah konvo tersangkut rapi di bucu almari.Teringat dua minggu lepas,saya tidak mahu memandang jubah itu kerana ketika itu keputusan peperiksaan masih belum keluar.Masih ragu adakah saya berpeluang untuk berkonvokesyen bersama dengan kawan-kawan saya di bumi Jordan ini atau tidak.Tetapi hari ini saya memegang jubah itu sambil tersenyum.Saya puas dengan kejayaan yang saya kecapi walaupun masih ramai lagi orang-orang yang memberi harapan yang tinggi kepada saya masih belum puas dengan kejayaan saya sekarang.
Saya teringat,setelah mendapat semua keputusan peperiksaan saya mencapai telefon dan menelefon keluarga di kampung.Saya dengan rasa gembira memberitahu keluarga tentang kejayaan saya.Alhamdulillah mereka gembira.Emak gembira walaupun saya tidak mendapat keputusan yang cemerlang kerana yang penting bagi seorang ibu anak yang dirinduinya dapat pulang ke pangkuannya dengan selamat.Abah juga gembira.Cumanya,saya perasan ada nada kecewa sedikit pada getar suara abah.Abah ada tanya siapa dalam batch saya paling tinggi markahnya.Saya bagitahu Sumayyah.Abah tanya memang markah dia jauh meninggalkan kami semua.Ya.Saya bagitahu dia tinggalkan saya terlalu jauh.Abah cakap hebat.Saat itu air mata saya sudah bergenang.Saya berdoa agar emak saya cepat-cepat minta telefon dari Abah.Saya tak sanggup cakap dengan abah.Bukan sebab Abah puji Sumayyah(walaupun sebenarnya ada juga rasa sedih disebabkan itu huhu) tetapi saya lebih kecewa kerana tidak dapat buat yang terbaik at least walaupun kejayaan itu bukan untuk saya tetapi untuk keluarga saya.Hampa.

Tetapi sebagai orang yang ditarbiyah dan orang yang telah belajar dan faham hadis 4 saya seharusnya lebih kuat dan percaya Allah sudah tentukan segala-galanya semasa kita di luh mahfuz lagi.Lama juga saya memujuk diri saya untuk belajar terima kenyataan tetapi alhamdulillah ianya berjaya.Saya kan motivator kehidupan.hehe.

Alhamdulillah,sekarang Allah hadiahkan majlis itu buat saya.Walaupun sebenarnya hati juga turut bersedih kerana kami 40 orang tidak dapat grad bersama-sama.Tetapi itu kan ketentuan Allah.Teringat semasa menghantar ustaz fared pensyarah kami di IKIP di airport,beliau pesan kepada kami,"nanti awak semua,kalau pergi 40 orang balik pun mesti 40 orang ye."Kita hanya merancang,dan Allah juga merancang,tetapi perancangan Allah lagi baik.Mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Teringat perkongsian menarik dari seorang ukhti ketika kami menemuinya di Arabella Mall.Pertemuan hanya sekadar bertanya aktiviti masa lapang,cita-cita masa hadapan menjadi pertemuan yang sungguh mengharukan.Kata-kata semangat yang tidak putus-putus keluar dari mulut ukhti  ini sangat memberansangkan kami.

"kita rasa dengan usaha yang kita buat ini akan menentukan gagal atau berjayanya kita.Padahalnya,usaha tidak menatijahkan keputusan.."kata ukhti itu.

Ya,sebelum ini saya begitu.Saya rasa saya sudah khatam satu kitab,study non-stop,buat nota dan tak tidur malam itu adalah ukuran kejayaan saya.Saya lupa yang menentukan segala-galanya adalah Allah.Oleh disebabkan itulah,saya sering kecewa dan putus asa bila tidak mendapat markah yang dikehendaki.Tetapi,sekarang sudah sedar akan itu,hidup menjadi lebih tenang walaupun pernah masa test dapat markah 9/20.

Sandaran hidup,bila pada Allah,hati lebih tenang sebab kita tahu hanya Allah yang berhak bagi sesuatu.Kalau kita rasa kejayaan kita atas usaha kita sendiri,bila kita gagal kita akan salahkan diri kita dan disebabkan itu jugalah orang-orang bukan islam akan bunuh diri.Ini kerana mereka tidak bertuhankan Allah dan mereka tidak yakin yang mentakdirkan dan memberi segala sesuatu adalah Allah.Saya baru faham realiti itu.

Kita tidak mahu seperti mereka.Bila gagal,kita salahkan diri kita,duduk dalam bilik tanpa bercakap dengan orang lain,kita putus asa.Mereka pun kalau kecewa sebegitu perihalnya.Adakah kita ingin sama seperti mereka??Dua-dua golongan ditentukan kegagalan,tetapi bagaimana perilaku kita sebagai seorang mukmin.Bersabar atau salahkan takdir?Renungkanlah walau sejenak.

Dalam surah Muhammad:31,Allah telah berfirman:

(Dan sungguh,Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu;dan akan Kami Uji perihal kamu


Sama-samalah kita muhasabah diri kita.Gagal itu bukan tanda hidup kita sudah berakhir,tetapi tanda bagaimana kita ingin bermula lagi.Anggaplah ujian sebagai hadiah dari Allah kerana kita berjaya berjuang untuk hidup kita sehingga ke tahap sekarang.Erk.Jom muhasabah semua.

bayt ghuraba'
1023pm

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura