Saturday, June 9, 2012

Gajah Pun Boleh Terbang

Semalam telah berlangsung haflah takharruj atau dalam bahasa pekannya majlis konvokesyen yang di taja oleh JPA dengan kerjasama ahli PERMAI.Majlis ini menggabungkan khirrijin dan khirrijat dua buah universiti iaitu Universiti Yarmouk dan Jordan University of Science and Technology(JUST).Universiti Yarmouk tempat saya belajar manakala JUST pula tempat senior saya belajar.he.Pelajar-pelajar yang belajar di JUST majoriti mengambil course perubatan dan pergigian.Jadi,dari JUST sudah melahirkan begitu ramai doktor yang berkhidmat untuk ummah.Manakala, di universti Yarmouk pula kebanyakkannya mengambil course syariah dan adab(bahasa arab).Syariah pula terbahagi kepada beberapa bahagian(qisim) iaitu usul fiqh,usuluddin,dirosat islamiyah dan ekonomi dan perbankan islam(course saya he).Jadi,dari Yarmouk juga melahirkan begitu ramai ustaz dan ustazah,banker,personaliti tv,lecturer dan sebagainya.


Nah!Bukan tentang course yang dua universiti ini sediakan yang ingin saya cerita tetapi hanyalah pada majlis tersebut.Terasa sungguh osem majlis semalam walaupun pada realitinya saya tiada perasaan kerana mungkin perasaan mengantuk dan lapar itu lebih mendahului segalanya.Lagipun saya kurang berminat dengan majlis formal begini kerana segalanya tersekat tetapi bukan bermakna saya suka parti.Erk.
Biasanya,kegilaan dan keobsesan serta keobesitian saya ke majlis besar sebegini adalah pada makanan yang disajikan.Sebenarnya bukan hanya saya seorang,tetapi anda juga.Buat-buat tengok enset pula.Makanan yang begitu mengujakan disediakan seperti nasi arab,mee kari dan sudah tentu kegilaan ramai namun bukan kegilaan saya iaitu sate.
Sambil-sambil makan,kami disajikan dengan persembahan tarian Jordan oleh abang-abang arab yang kacak namun tidak dapat menandingi Encik Ahmad Zamri.hew.Kononnya,sesuatu yang menggembirakan saya bila pergi majlis adalah pada persembahan.Jadi saya memang excited.Lagi saya teruja bila kami disajikan sebuah persembahan istimewa dari Dato' duta.Sejak pertama kali saya mendengar suara beliau,saya sudah mula terpikat.Jadi,malam itu,sayalah yang paling teruja bila beliau nyanyi.he.


Macam saya cakap tadi,bukan saya nak cerita tentatif keseluruhan program semalam sebenarnya saya ingin menceritakan apa yang saya dapat dari majlis itu.Nah!Selesai segala persembahan dan makan-makan,kami semua sibuk bergambar mesra.Berbagai pose ada.Tengah semangat-semangat bergambar kami di datangi oleh Cik Nadia yang bekerja di embassy,saya pun tidak pasti apa jawatannya.Ramah orangnya.Dia masih muda belia,mungkin 4 atau 5 tahun lebih tua dari saya.Banyak juga soalan yang dilontarkan kepada kami dan semuanya berkitar dengan masa depan kami.Banyak juga nasihat dan galakan yang diberi sesuai dengan jiwa saya yang ketika itu sedang berputus asa mencari hala tuju.


"apa sahaja yang you ambil sekarang,i meant your course ianya tidak membawa apa-apa,kerana apa yang penting who you are.."


Sedikit kata-kata semangat dari Cik Nadia mungkin lebih mesra saya gelarkan kak Nadia.Dia cadangkan kami ambil SPA bagi sesiapa yang berminat untuk jadi pegawai diplomatik.Saya tolong dengarkan untuk kawan-kawan.Niat hati nak juga cuba,tapi biasalah kalau jadi pegawai diplomatik ni probablity untuk diposting ke luar negara tu ada.Setakat ini saya tidak terfikir.Kak Nadia tidak putus-putus memberi nasihat.


"tak kisah kita nak buat apa lepas ni,tapi jangan lupa cari pengalaman bekerja.Pengalaman tu paling berharga dan boleh drive kita untuk lebih maju.."


"korang cari dulu pengalaman dalam bidang korang sekarang,and then lepas dapat pengalaman tu korang boleh lah nak futher ke bidang lain"


"tak kisahlah korang macam mana,yang penting masa interview  tonjolkan sepenuh keyakinan korang,dan cari potensi diri sendiri dan pamerkan pada penemuduga"


Makin bersemangat saya.Malam itu,saya rasa Allah hantarkan seseorang untuk buka ruang dan bagi keyakinan kepada saya.Mata kak Nadia tak putus-putus pandang ke arah saya.Seolah-olah saya mesti dengar.Yelah,malam sebelum majlis itu,saya menangis kerana diejek kawan,kui2 sehingga menyebabkan keyakinan diri saya hilang serta merta.Tetapi sejak itu,saya percaya pada diri sendiri.Saya yakin dengan potensi diri.Dulu saya tidak yakin dengan badan bersaiz gajah ini ada potensi diri,tapi bila melihat dan mendengar kata-kata kak Nadia saya yakin gajah juga mampu terbang.Erk.


Jadi,sama-samalah kita cari potensi diri dan berusaha untuk tingkatkan keyakinan diri.Kerana potensi itu lebih berharga dari sekadar personaliti luaran.Jadi,bermula dari sekarang sama-samalah kita menggali potensi diri untuk kita ketengahkan dihadapan umum.Jangan disangka,ayam patah kaki tidak boleh berjalan.Erk.Poyo.


*malam ini agak tidak tahu untuk menulis apa,kerana sudah masuk ke alam lain.Pada awal-awal tadi banyak je idea,tapi sekarang menulis sambil chat dengan orang,jadi idea tidak terarah.wow..begitu agaknya perasaan bila kita campurkan cinta Allah dengan cinta kepada yang lain.Cinta kita menjadi tidak terarah.


Di samping kita mencari potensi diri,jangan lupa mencari cinta Allah ye.Kerana dengan cinta Allah mampu membawa keluar potensi yang tersembunyi.Maaf kerana lebih banyak mengarut dari memberi.


diri yang khilaf,
1135pm
ghuraba@simsarJordan

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura