Tuesday, June 19, 2012

Dosa Prasangka

Maryam baru pulang dari kulliahnya.Hari ini Maryam tidak seperti biasa.Dia kelihatan agak marah dan matanya juga kelihatan kemerah-merahan seperti orang yang baru lepas menangis.Syikin yang melihat keadaan Maryam yang tidak stabil itu hanya mampu memandang dari jarak yang agak jauh kerana dia faham benar jika Maryam sedang marah,memang sukar didekati.


Waktu makan malam hampir tiba,tetapi Maryam masih tidak keluar dari biliknya sejak dia pulang dari kulliahnya jam 2 petang sehingga jam 6 petang.Syikin sangat bimbang akan keadaan Maryam.Dia lantas mengambil keputusan untuk cuba memanggil Maryam dari dalam biliknya.


"Assalamualaikum,Yam...Yam...makan malam dah siap,jomlah makan.."


"Aku tak lapar,kau makanlah dulu..."


"Kau ok tak ni Yam,boleh aku masuk.."


"Aku nak tidur..."


Syikin berlalu dengan hampa.


"Haiii...makan soranglah aku malam ni.."


Malam itu,Syikin tidak lena tidur.Dia benar-benar ingin tahu apa yang berlaku kepada Maryam.Tetapi disembunyikannya hasrat itu kerana memikirkan malam sudah lewat.


Keesokan harinya,Syikin meneruskan hasratnya untuk bertanyakan kepada Maryam tentang masalahnya.Dia mengetuk pintu bilik Maryam berulang kali namun tiada sahutan dari dalam.Dia cuba membuka pintu Maryam.Berjaya! Tetapi,Syikin terkejut kerana Maryam tiada di dalam biliknya.Dia cuba menelefon telefon bimbit Maryam,namun gagal dihubungi.Dia tidak terus menelefon ke rumah kawan-kawan yang lain dan mengambil keputusan untuk menunggu sahaja Maryam di rumah.


"ke mana lah si Maryam ni pergi.Hari cuti macam ni takkan lah ada kelas.."


Selama dua jam Syikin menunggu namun Maryam masih belum pulang.Dia mengambil keputusan untuk mencari Maryam.Dia bingkas bangun dari tempat duduknya untuk bersiap.Belum sempat dia melangkah kedengaran pintu dibuka.


"Maryam!!!!Kau pergi mana?risaunya aku....".


Syikin memeluk Maryam erat.Terasa ada aliran hangat mengalir dipipi Maryam ketika Syikin memeluknya.


"Syikin,aku minta maaf sebab susahkan kau.Aku cuma nak tenangkan diri aku je.."


''Yam,kalau kau ada masalah,kau ceritalah pada aku.Aku kan housemate kau.Kalau kau taknak cerita pada aku,mengadulah hanya kepada Allah..Dia Maha mendengar segala rintihan hambaNya.."


"Syikin!!Apa salah aku kat diorang.Kenapa diorang  cakap bukan-bukan pasal aku.."


Tiba-tiba esakan Maryam semakin kuat.Dia seakan tidak berdaya menanggung perit di jiwanya.Syikin cuba menenangkan Maryam.


"Syikin..kau tahu tak apa diorang cakap pasal aku?Diorang tuduh aku yang cerita pasal segala rahsia perempuan kat lelaki.Sebab aku rapat dengan Razif."


''Kau memang tak cerita kan?"


"Kau kenal aku kan Syikin?Aku dengan Razif bukannya rapat sangat pun.Kitorang rapat sebab kerja hari tu je.Dan kau pun kenal aku,aku takkan sibuk-sibuk cerita pasal orang.."


"Aku kenal kau Yam dan aku tahu kau tak bersalah.Kau tahu sape yang bawa cerita ni?"


'Entahlah..tapi hati aku macam cakap Ika yang porak perandakan keadaan sekarang ni.."


"Kita jumpa dia!!"


"Sekarang?"


Syikin mengangguk dan terus berlalu dari situ menuju ke biliknya.Tidak sampai 5 minit dia keluar semula lengkap bertudung dan memimpin Maryam menuju ke pintu.Perjalanan ke rumah Ika mengambil masa 20 minit.Mereka hanya berjalan kaki.


Selepas 20 minit.


Kini mereka dihadapan rumah Ika.Syikin mengetuk pintu rumahnya.Ika membuka pintu dan dia terkejut kerana melihat Maryam.Maryam memandang wajah Ika dengan penuh kemarahan.Ika menjeling Maryam.


"Ika!!Apa benda yang kau tak puas hati dengan aku?Kenapa kau jaja cerita aku ke sana ke sini tanpa kau tanya aku cerita sebenar..??"Nada Maryam sedikit tinggi namun dia masih mengawal emosinya.


"Aku tak tuduh kau pun.Tapi itu dah kenyataan.Kau je yang rapat dengan lelaki,tentu-tentu je kau yang cerita kat diorang."


"Apa buktinya??"Kali ini Maryam agak tegas.Hilang sabarnya bila mendengar tuduhan Ika yang tidak berasas itu.


"Nak bukti..Tak payah nak bukti sangatlah..Kau rapat dengan Razif tu pun dah kira bukti kau yang buat segalanya.."

"Apa buktinya aku tahu??"



Mereka bertiga menoleh ke belakang.Razif berdiri tegak dengan wajah yang tenang.


"Raziff..Macam mana awak..."


"Saya tahu pasal ni sebab Adam bagitahu saya.Dia dengar budak-budak perempuan cakap pasal awak..emm.,,Ika!Aku nak kau minta maaf balik pada Maryam.Dia tak cerita pun kat aku.Semalam aku dan Unit Kaunselor kolej buat siasatan.Kitorang dapati,cerita pasal budak-budak perempuan terkantoi bukan sebab Maryam,tapi ini!!"


Razif menghulurkan sebuah kamera Samsung berwarna biru metallic kepada Ika.Ika kenal kamera itu.Ika lantas memeluk Maryam.Dia malu kerana menuduh Maryam yang bukan-bukan.


"Yam..aku minta maaf...aku tak tahu..aku dah sangka buruk kat kau.''


"takpelah,aku tak kisah..tapi lepas ni kau jangan main serkap jarang je..malu aku satu kolej..hehe."


"ye,aku janji.."


Maryam,Ika dan Syikin berpelukan.




"Wahai orang-orang yang beriman!Jauhilah banyak dari prasangka,sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu dosa,dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain,dan janganlah di antara kamu yang mengungjing sebahagian yang lai.Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?Tentu kamu merasa jijik.Dan bertakwalah kepada Allah,sungguh Allah Maha penerima taubat,Maha penyayang"-(al-hujurat:12)


bayt ghuraba'
11.57pm

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura