Tuesday, April 16, 2013

Human Sense

Kepelikan..
Aku merenung tombol pintu yang seakan dipulas seseorang dari luar.Ya,teman rumahku sudah pulang dari kelas.Dia tidak bertanya apa-apa tentang wajahku yang masam mencuka.Dia meletakkan beg di atas kerusi lalu mengambil tuala menuju ke bilik air.Mahu mandi,katanya berpeluh.

Sepuluh minit sebelum..
Aku mengangkat kain di jemuran sebelum kera-kera menapakkan kaki di atas bajuku.Tiba-tiba aku disapa dari belakang oleh suara yang amat ku kenali.

"Hai Nova,kenapa nampak kurus dari tepi,cemburulah saya tengok.Makanlah banyak sikit."

Seperti buah kelapa jatuh ke muka,aku menerima tamparan hebat yang keluar dari mulut Sofia.Kalau diikut rasa hati,mahu sahaja aku tumbuk dia di situ juga.Tapi,mujur iman menyelaputi diri,aku sabar dan masuk ke bilik tanpa berkata apa-apa.Itu bukan pujian,kalau tepi aku yang bersaiz XL kurus,kalau mahu dibanding dia XS tentu-tentu Sofia lagi kurus.Itu tidak lain tidak bukan mahu menghina aku la tu.Mentang-mentang aku jenis ceria sepanjang hayat,ikut suka hati dia nak cakap apa.Apa dia kira,orang-orang sanguine macam aku ni tiada punya hati dan perasaan.Sabar dan urut dada perlahan.

Pada aku,manusia zaman sekarang hilang human sense atau common sense dalam menjaga hati orang lain.Mereka ingat,setiap perkataan mereka boleh diterima sesiapa sahaja.Kalaulah secara realitinya kita boleh letakkan dekat tepi bibir masing-masing tanda U untuk Umum,18 SG,18 SX macam dalam tv,sudah tentu orang lain akan mengesan perkataan yang akan dilontarkan oleh si empunya diri.

Mengapa realiti itu tidak berlaku?Bukankah dapat menyenangkan hati ramai manusia dan dapat mengurangkan dosa akibat dari bisanya kata-kata.Pada aku,perbuatan manusia itu bukanlah boleh dihalang dengan meletakkan tanda amaran di bibir,ataupun simbol-simbol yang dapat memberi ingatan kepada si pendengar dan orang yang bercakap.Tetapi setiap perkara yang kita lakukan samada menggunakan tangan,kaki,telinga,mulut dan sebagainya boleh dihalang dan digerakkan dengan iman.

Hipotesis yang dapat dibuat sepanjang aku membuat kajian pada diri aku,kawan-kawan dan masyarakat di luar sana,aku mendapati hanya ada satu kesimpulan yang memang boleh dipakai hingga hujung nyawa.Semakin menebal iman dalam diri seseorang,semakin menebal halangannya dari melakukan perkara yang mungkar,dan jika menipis iman seseorang maka akan mudahlah ia melakukan perkara mungkar.

Apa yang dapat aku simpulkan di sini,peliharalah iman dan bajailah ia kerana iman akan melindungi kita di sepanjang jalan.InsyaAllah.

Nova 

# aku tulis untuk orang sedar kita hidup masih punya masyarakat.Moga cerita yang aku sembahkan ini dapat memberi manfaat kepada semua#

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura