Friday, June 1, 2012

Ukhwah itu bukan setakat bagi teddy bear

Saya kenal sangat kalau dia balik rumah tidak bercakap dengan sesiapa,pasti ada seseorang yang telah menyebabkan perasaan dia berapi.
Saya tahu sangat kalau muka dia berkerut dan merah,pasti dia sedang lapar yang amat.
Saya tahu kalau dia bangun awal,apa yang dia akan buat sejurus bangun dan ke tandas.
Saya tahu kalau dia tidak mendengar panggilan orang,pasti dia sedang mendengar lagu.

Dulu saya tak kenal mereka kerana di masa itu belum cukup lagi mengenali erti ukhwah sebenar.Yang mengerti hanyalah "kawan-kawan tak mahu lawan-lawan,kawan-kawan tak mahu berkira sangat,kawan-kawan kita kena belanja".Tapi di sebalik itu,ukhwah membawa makna yang begitu mendalam.Ukhwah itu terjalin atas dasar cinta dan kasih sayang yang terbina kukuh berasaskan cinta kepada Allah.Susah senang hidup bersama dilalui tanpa mengira balasan yang diperolehi.Kita pertahankan ukhwah jika hampir goyah dengan tanamkan iman dalam diri kita.Kita perkukuhkan ukhwah kita agar tidak hancur dengan tingkatkan kecintaan kita kepada Allah biar kita tahu ke mana kita ingin bawakan ukhwah kita ini.

Ada orang pertahankan ukhwah dengan wang.
"Aku suka kawan dengan dia,sebab dia selalu belanja aku kalau keluar jalan-jalan.Dia memang tak berkira lah."
Kerana dikaburi wang,member kita buat salah,tidak ditegur.Sedangkan ukhwah itu bukan untuk dunia dan wang tetapi ianya untuk akhirat.Ketahuilah,wang tidak mampu menjamin ukhwah yang kita bina sampai ke syurga tetapi imanlah yang menuntun langkah kita bersama kawan-kawan kita ke syurga kelak.

Ada orang pertahankan ukhwah dengan selalu defend member kalau ada sesuatu yang berlaku tidak kira  perkara itu benar atau salah.
"Dia jelah kawan aku,aku kena kutuk dia selalu ada,aku ponteng kelas dia tak bagitahu cikgu,aku keluar jalan dengan pakwe aku dia temankan.."
Sedangkan ukhwah yang sebenar adalah kita sayang member kita dan kita tak nak dia terlibat dengan perkara mungkar.Kalau dia buat kesilapan,tidak salah untuk menegur kerana kita inginkan dia sentiasa dalam keadaan baik dan hidupnya sentiasa terarah kepada Allah.

"teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan  satu sama lain,kecuali mereka yang bertaqwa."
{az-zukhruf:67}

Sedangkan ukhwah itu tidak perlu dipertahankan.Yang harus dipertahankan adalah iman dalam hati kita.Kerana iman yang menggerakkan segalanya.Tanpa iman,ukhwah yang kita bina berabad tahun pun belum tentu kekal sampai ke syurga.

Saya kenal kawan-kawan saya pun dah empat tahun.Banyak perkara yang kita belajar bersama dan tempuhi bersama susah senang.Tetapi tidak semestinya ukhwah terbina empat tahun itu boleh kekal sepanjang hidup kita.Buktinya,saya kenal dan rapat dengan ahli rumah saya bila sampai di Jordan.Masa di Malaysia dulu,saya tak pernah bergurau atau berborak mesra dengan kawan saya yang seorang ini mungkin disebabkan kami tak satu kepala.Yelah,saya masa tu gila-gila sikit.hidup nak enjoy je.Tapi member saya yang seorang ini geng-geng sopan dan tudung labuh.So,memang tak kena la dengan jiwa saya yang masa tu masih galak berseluar jeans.
Itu yang dinamakan amazing.Kita tak pernah sangka akan duduk satu rumah dan kita tak pernah sangka boleh faham isi hati masing-masing berbanding kawan-kawan yang kita rapat dari Malaysia yang ternyata saya sendiri masih tak boleh faham apa yang bermain dalam hati mereka.Kira masih tak cukup taaruf la.
Sebab itu kadang-kadang ukhwah bukan diukur dengan masa.Tidak bermakna semakin banyak bilangan tahun yang kita berkawan,semakin kita kenal kawan kita itu.Kadang-kadang tak sampai setahun kita berkawan dah boleh kenal tuan punya badan dengan sedalamnya.

Sebab itu proses taaruf atau perkenalan ini bukan melalui 1 peringkat sahaja.Bukan sekadar kita tahu bilangan adik beradik dia sahaja atau apa yang dia makan setiap hari dirumah tetapi lebih dari itu.
Mari saya bawakan anda semua kepada peringkat-peringkat taaruf ini.

1-Kita kenal kawan kita bila kita tanya dia.
contoh: "kenapa kau terbaring?"
           "aku gastrik la."
kita hanya akan tahu dia gastrik bila kita tanya.Samalah kalau dia tiba-tiba menangis dengar lagu "ayah dan ibu".Kita takkan tahu dia menangis sebab teringat ayah atau ibunya kecuali kita tanya dia.Itu peringkat perkenalan yang paling awal yang kita semua sedang lalui.

2-Kita kenal kawan kita dengan kita tengok je dia.
contoh: bila kita tengok kawan kita tutup pintu kuat-kuat,kita tahu dia tengah marah.
            bila kita tengok kawan-kawan kita tiba-tiba datang rumah kita,mesti dia ada masalah di rumah dia.

3-Kita tahu rutin harian yang kawan kita buat walaupun kita tak nampak dia.
contoh: ''jom kita pergi rumah lina nak petang ni"
            ''hari ini hari rabu kan,kalau tak silap setiap petang rabu lina akan ke gym,jadi lain kali je kita datang     rumah dia"

Ini bermakna tahap kita kenal dia sehingga kita tahu apa yang kawan kita buat sepanjang hari.Kita tahu kalau kawan kita lambat makan dia akan kena gastrik jadi kita akan bagi dia makan ikut waktunya.

Itulah beberapa peringkat taaruf dalam ukhwah.Jadi bukan senang nak bina ukhwah.Tidak cukup kita mengukir di atas pasir pantai "friend forever" kemudian dihanyut kembali oleh ombak kecil yang mengganas.erk.Malah ukhwah yang kita ingin bina ialah ukhwah yang membawa ke syurga.

"sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara,kerans itu damaikanlah antara kedua saudaramu(yang berselisih) dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat)-{al-hujurat:10}

Sama-samalah kita membina ukhwah hingga ke syurga dan agar kita tidak saling salah-menyalahi di akhirat kelak.Kalau kawan kita salah tegurlah dia.

insyaAllah..
2.40pm..
ghuraba'

4 comments:

  1. nice...xknl mke taaruuff....
    sentap ble bce...mknenyerr ade tanggungjwb yg x terlksane lg ni...terbek lh jetty post ni!!!!!

    ReplyDelete
  2. hehe..10's...jom knl lg kwn2 kite sementre ms berbaki ni..

    ReplyDelete
  3. Yuph terbaik jetty,tq all my lovely friends
    sy suka satu word ni
    Kerana Aqidah dulu yang menyatukan hati kami...

    ReplyDelete

Salju Sakura