Monday, June 11, 2012

Tulis Banyak-banyak

Huwa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Memandangkan internet esok akan tamat maka saya memaksa diri ini menulis sebanyak mana pun.Bila internet nak habis maka bermakna hubungan di laman sesawang saya juga akan berakhir.

Alhamdulillah,masa berbaki yang ada ini saya gunakan sebaiknya dengan mendownload segala apa yang patut untuk dijadikan santapan rohani ketika ketiadaan internet.Orang lain untunglah,takde internet di rumah,internet bundle masih ada.Bukan saya taknak buat,dah cuba tapi tak boleh.Orang cakap sebab masalah nombor saya.Bukan saya sorang sahaja yang tak boleh  buat internet bundle,kawan-kawan satu kumpulan mentor menti dengan saya pun tak boleh.Nombor kami mentor kami yang beli.

Takpelah,mungkin ada hikmahnya.Kalau internet ada sampai hujung bulan mahu langsung tak bersiap sedia nak balik.At least bila dah sedar internet takde barulah rasa nak buat apa dengan cuti yang lama ni.

Apa-apa pun hargailah masa lapang.Kebanyakan orang akan bersyukur dengan rezeki yang ada,tapi tak ramai yang mensyukuri rezeki masa lapang ini.Masa lapang juga satu nikmat
Teringat pada satu kata-kata yang saya tak ingat kat mana saya jumpa,"ramai orang dikurniakan nikmat sihat,tetapi tidak diberi nikmat merasai masa lapang,dan ada orang dikurniakan nikmat masa lapang tetapi tidak merasai nikmat sihat"

Jom sama-sama hargai nikmat masa lapang dengan menyusun waktu kita dengan perkara yang berfaedah.Menjadi muslim yang menghargai masa.

Peace no war!!!


bayt ghuraba'
12.54pg

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura