Wednesday, February 19, 2014

Jalannya tidak lurus

semester akhir baru bermula dan ia merupakan perjalanan aku menyiapkan tesis.Tapi,entah mengapa ia rasa begitu kosong,kosong,kosong.Berbeza benar dengan semester lepas yang begitu sibuk sehingga aku tidak sempat memanjakan diriku sendiri.Rasa longlai dari dalam badan sehingga dapat dipaparkan di luar begitu ketara.Perasaan seakan bercampur,matlamat jadi tidak menentu,arah hilang jejak.

Tahun 2014,usiaku meningkat 24 tahun dan sepatutnya saat ini aku sudah berbakti kepada ibu bapaku.Namun,aku masih bersama buku-buku,jurnal-jurnal dan masa yang entah berkualiti atau tidak. Bukan hendak kukesali saat ini,tapi kekadang kurasa nasib tidak sering menyebelahiku.

Seringkali aku berbicara dengan diriku mengenang nasibku dan kucuba memotivasikan diri,tapi hanya sehari dua aku bertahan dengan motivasi itu sedangkan aku masih hidup selepas sehari dua yang lalu.Melihat kejayaan orang-orang disekelilingku,aku jadi cemburu.Cemburu kerana mereka punya duit sendiri,kereta sendiri,perbelanjaan harian yang tidak perlu disekat,tidak seperti ku.Perbelanjaan untuk keperluan asas sahaja seperti makan sahaja harus kusekat.Makan sekali sehari dan harga makanan tidak melebihi rm4. Bagaimana aku mahu mencapai sasaran rm4 sehari dengan keadaan hidup di tempat yang dikira bandar ini.
Jawapannya,ambil nasi separuh dan pilih lauk telur dan sayur,atau daging dan sayur.Kalau makan ayam dan sayur harga nasi kekadang rm4.50.

Ibuku,kekadang memujukku bahawa rezeki sudah ditetapkan untuk setiap orang,cuma jalan menujunya sahaja berbeza.Ada orang senang dapat rezeki,ada orang bukan main payah nak dapat sesuatu.Ada orang,usahanya sedikit,tapi  mudah pula diberi rezeki dan ada orang kuat benar usahanya tapi susah pula mendapatkan apa yang diingini.Aku percaya itu kerana ajal,maut,jodoh dan rezeki semua di tangan Tuhan .Dan jika Dia berkehendakkan untuk memberi kepada seseorang,maka akan diberikan dan sebaliknya.

Kekadang,aku tertekan apabila melihat keluarga susah mendapat apa yang dingini dan akulah yang berasa terpanggil dan bertanggungjawab memnuhi keperluan mereka disebabkan aku anak pertama.Bila aku sampaikan angan-anganku kepada keluargaku,ada sahaja antara adik beradikku yang menyindirku.

"Mak,jangan risau,nanti saya belanja itu,ini..."

"kau tak payah cakap lah,cakap macam orang berjaya,padahal tak nampak pun berjaya" (my younger brother said to me)

Aku redha dengan perjalanan yang telah ditetapkan,namun saat ada sindiran dan herdikan dari mereka yang kuharap menyokong perjalananku,aku jadi tidak betah.

Saat sekarang,hidupku benar-benar kucar dan aku berharap aku juga dapat perjalanan yang mudah seperti yang lain.

#jiwaharubiru

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura