Saturday, January 15, 2011

IBraH Dari ROti canAI..


ROTI CANAI
bukan calang-calang makanan
yang pabila lapar
atau kepingin nak makan
baru lah cari kedai makan atau baru sibuk-sibuk nak buat

bahkan..
ia adalah sejenis makanan yang bermotivasi kepada manusia..

dan..
orang yang dapat motivasi dari roti canai ni pun bukan semua orang..
dan mungkin kalau kita sekadar makan sahaja 
mungkin tak dapat secara langsung motivasi yang ada pada roti

saya pun dulu tak dapat motivasi pun dari roti canai ni..
sebab tahu makan sahaja..
tapi sejak pertama kali saya buat roti canai..
start dari buat doh adunan tu(untuk menebar)
lepas tu start menebar
goreng 
kemudian menepuk roti tu..
banyak perkara yang dapat saya belajar dari roti canai..


sebelum apa-apa..
saya akan cerita dulu step2 buat roti canai

pertama-uli tepung dulu..





second-buatkan doh




third-start menebar


fourth-goreng la..
dan tersedia lah roti canai..




kalau nak dilihat dari setiap step2 nak buat roti canai..
sampailah siap tu
banyak sangat cabaran 
dan yang paling penting..
ada banyak sangat ibrah  atau pengajaran yg kita boleh dapat


ibrah dari menguli tepung
kita mestilah berusaha gigih dalam menjalani kehidupan
tidak boleh berputus asa dan mengalah
kuat semangat


contohnya
menguli tepung untuk buat roti canai bukan senang..
ia memerlukan tenaga yang banyak
kalau orang yang tak kuat pasti akan mengalah cepat dan meninggalkan adunan tersebut..
begitu juga dengan kehidupan kita sebagai hamba Allah..
bukan senang menjalani kehidupan di muka bumi ini..
setiap masa ada sahaja ujian yang menimpa 
samada ujian berbentuk kesenangan atau kepayahan..
ia memerlukan usaha yang tinggi dan kental jiwa agar dapat melalui ujian tersebut dengan baik..


ibrah dari buat doh..
cermat


kita mesti melakukan sesuatu pekerjaan dengan cermat..
supaya pekerjaan kita terurus


begitu juga tugas kita sebagai daie..
buat perancangan untuk islam juga harus cermat..
agar perjalanan dakwah kita tidak tersekat dek kerana tidak tersusun urusan kita..


ibrah dari menebar


kena bersabar banyak..
menebar roti bukan perkara yg senang..
mungkin boleh terseliuh tangan agaknya..


itu lah yang sepatutnya ada pada daie..
bersabar dalam menjalankan dakwah..
biar sikit2 janji dakwah itu terkesan..

jangan nak cepat setle urusan dakwah sahaja..

tapi dakwah itu tidak terkesan pun..


dan kalau juga dakwah kita mendapat tentangan..
bersabarlah..
kerana bukan semua yang kita harapkan diterima 
kadang2 direject juga..
kita wajib bersabar sebagai daie..


ibrah dari menggoreng


kita sebagai daie ini normal kalau kerja kita ditentang ramai..
langsung juga ada yang terkorban..
contoh terdekat adalah..
imam hassan al banna.
di bunuh kerana jalan dakwah nya


lihat lah roti canai itu..
setelah ditebar2 maka digoreng..
dan bila digoreng maka boleh dimakan..


begitu juga kita..
walaupun umur tidak panjang..
atau terkorban di tengah perjuangan
namun dakwah yang kita sampaikan
insyaAllah memberi manfaat kepada manusia lain..


kalau boleh kita lihat..
contoh yang paling paling dekat di hati kita..
walaupun kita tidak pernah bersua dgnnya..
iaitu Rasul junjungan mulia..
Nabi Muhammad S.A.W..
walaupun baginda sudah wafat..
namun ajaran2 baginda sebelum kewafatan sangat bermanfaat kepada kita sekarang..
malah kita seperti dapat merasai baginda masih lagi berdakwah kepada kita...
masih lagi merasai baginda berada di depan kita melihat pekerjaan kita..




begitulah sedikit sebanyak ibrah2 yang dapat dikongsi..
sesungguhnya kita akan dapat banyak sangat perkara
daripada makanan


lepas nie...
sebelum makan bolehlah kita tadabbur dulu makanan
atau cari sesuatu yg bermanfaat dari makanan yang kita makan
dalam al-quran ada juga menyebut agar kita memperhatikan makanan kita 
dan bersyukur


(....maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana kami mentadbirkannya) )
'abasa 24

same2 lah kita mentadabbur makanan agar kita dapat banyak ibrah yang berharga..


sakan jami3ah..
1140pm

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura