Sunday, May 6, 2012

Mereka Cahaya Kita

Baru selesai berbual dengan seorang ibu yang berada di Malaysia.Anda pelik saya seakan mempunyai dua ibu?Saya bukan setakat ada dua ibu malahan ada tiga ibu.Ibu yang pertama tentulah ibu yang melahirkan saya iaitu Puan Rozita Binti Zahari,dan ibu yang kedua tentulah yang banyak menahan derita kerana sentiasa digigit saya ketika mahu menyuapkan makanan ke mulut saya iaitu Puan Ibu Jari Tangan saya dan ibu yang ketiga ialah ibu yang telah banyak berkorban dan menahan sabar dengan saya kerana saya selalu menyakitinya dan memaksanya berjalan laju iaitu Puan Ibu Jari Kaki saya.(>,<).Opppss.Nampaknya saya telah membuatkan anda membuntangkan mata dan menjelirkan lidah.Ok,saya akan bagitahu hanya cerita benar dan masuk akal.

Saya sambung.Saya begitu sedih dan tersentuh hati setelah selesai berbual dengan seorang ibu kepada kawan saya di Malaysia melalui facebook.Saya memang kawan dengan ramai ibu kepada kawan-kawan saya sehinggakan ibu saya pun pening dengan anak daranya yang sorang ni.Bukan setakat ibu kepada kawan-kawan perempuan malahan ibu kepada kawan-kawan lelaki juga rapat dengan saya.Sebenarnya hampir dua bulan lebih atau tiga bulan tidak berborak dengan makcik ni.Hari ini dia tegur saya di laman muka buka dan saya membalas sapaannya.Makcik ni baanyak meluahkan perasaannya kepada saya.Dia cerita perihal anaknya yang makin hari makin liar sebab seronok sangat bercinta dengan minah mana entah.Yelah,kalau dah namanya bercinta,lautan api sanggup di redah apatah lagi paya kat depan rumah.

KERANA CINTA?
Anak-anak boleh bersikap biadap dengan ibu bapa.Saya dengar cerita makcik ni,memang menyiraplah darah muda saya yang tidak tahu jenis apa ni.Saya hanya mendengar dan cuba memberi nasihat apa yang patut dan menenangkan makcik tu.Kasihan.Beliau hanya redha atas apa yang telah dilakukan anaknya itu kepadanya.Dia hanya mahu melihat anaknya berjaya dan hidup senang dan tidak tertipu permainan manusia.Dia hanya mahukan itu.Bukan susah pun bagi seorang anak nak taat.Saya risau juga,takut-takut nanti makcik ni minta anak dia kahwin dengan saya pula.Susah lah hati nanti hehe.Sebenarnya makcik itu macam ibu angkat saya jugalahh.Saya kan banyak admire juga hehe.

Teringat sewaktu muda-muda belasan tahun dulu,saya pernah bertanya pada emak saya Puan Rozita.
"emak,nanti kalau saya dah besar,mak nak pilih tak calon suami untuk saya?".Emak saya membalas,"awaklah cari sendiri,mak cuma tengok dan pilih je,kalau mak suka,mak terima je..".Emak saya memang sporting lah.Emak saya benarkan anak-anaknya mencari jodohnya sendiri.Memandangkan saya ini sangat manja dengan emak saya,jadi saya akan dan sentiasa menuruti perintah emak.Kalau emak tidak suka dengan orang yang saya suka,maka saya pun jadi tak suka.Bukan apa,saya berpegang,"redha Allah atas redha mak ayah".Jadi oleh kerana itulah saya tidak akan melawan kata emak tersayang saya.Untunglah kepada sesiapa yang pernah menyukai saya dan emak serta abah saya juga suka padanya.(jangan blushing2 ye).

Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu bapa,janganlah persiakan mereka hanya kerana cinta yang belum pasti.Cinta yang kekal adalah cinta Allah,cinta yang tulus suci cintakan ibu bapa.Jangan kerana cinta manusia yang tidak pasti lagi kita akan bersamanya,kita sanggup buang ibu bapa kita,itu memang kerja gila.

Sayangilah ibu bapa anda selagi mereka masih ada.

Anak kepada tiga ibu,
hehe,
7.03pm
bayt ghuraba'.


2 comments:

Salju Sakura