Saturday, May 12, 2012

Aku Suka Kalau Hidupku Berusaha

Dalam masa beberapa jam lagi first paper sebagai pembuka tirai final exam kami iaitu subjek ulum askari atau dalam bahasa pekannya ialah ilmu ketenteraan akan bermula.Aku membelek buku ulum askari dari petang tadi dan membaca point penting iaitu tarikh dan perkara-perkara berkaitan.Pada mulanya aku sedikit putus asa untuk mengulangkaji subjek ini kerana ada beberapa suara yang telah mempengaruhi jiwa ketenteraanku ini,cewaah.Tetapi ku tabahkan jua hatiku ini untuk membaca buku itu walaupun tidak semua point yang ku sentuh,cukuplah aku berasa lega menjawab exam nanti,sekurang-kurangnya aku berusaha.

Malam tadi aku masih mencari-cari peluru yang terbaik sebagai penyediaan untuk ku tembak dalam dewan peperiksaan esok.Orang cakap,kalau nak tembak pun,bukan sebarang tembak,at least kena ada sedikit ilmu.Kalau tembak tanpa ilmu,bimbang tersalah tembak,kita juga terima padahnya.Aku agak bosan study malam itu.Aku melihat rakan-rakan tentera ku tidak memegang buku ketenteraan ini.Mereka cakap kalau tak baca buku pun boleh lulus.Aku tahu itu.Senior ku dulu pun bercakap perihal yang sama.Exam untuk subjek ni janji datang penuh kelas sudah cukup syarat untuk lulus.hehe.Tetapi,cuma sikap aku,kalau dinamakan exam itu,tetap kena baca buku.Pada aku,nasib memang sudah ditentukan Allah samada kita berjaya atau gagal,tetapi itu tidak bermakna kita tidak perlu berusaha.Aku suka berusaha walaupun aku tak pandai.Aku suka berusaha walaupunorang yang tak baca buku tetap dapat markah tinggi dari aku.Walaupun kadang-kadang aku sendiri selalu berputus asa dengan usaha yang aku lakukan,tetapi aku tetap suka berusaha kerana Allah pandang pada orang yang berusaha.

Lagi satu,ini ilmu Allah.Walaupun pada sesetengah orang,apalah sangat nak belajar subjek ini padahal tiada kaitan langsung dengan pengkhususan.Tetapi pada aku,ia adalah ilmu Allah.Allah turunkan sesuatu untuk kita  tahu tentangnya dan beramal dengannya.Tidak seharusnya kita memandang rendah pada ilmu Allah seolah-olah kita merendahkan nikmat yang Allah bagi pada kita.Tidak semua manusia terpilih untuk tahu sejarah jordan merangkumi sejarah islam tetapi aku antara ribuan manusia terpilih,seharusnya aku lebih mensyukuri.

Teringat satu potongan kata-kata yang selalu aku jumpa dalam buku-buku ekonomi  yang aku belajar di kuliyyah iaitu "Allah suka kepada seseorang itu apabila ia melakukan sesuatu,dia bersungguh-sungguh".Aku kan belajar tentang itu,jadi aku harus laksanakan apa yang aku terima.Aku mesti bersungguh-sungguh untuk belajar walaupun aku tidak tahu aku lulus atau tidak untuk subjek ini.Apa yang aku harap memang lulus lah.

Semoga berjaya untuk sem terakhir dan lulus semua subjek.Aamiin.Ya Allah tenangkanlah hati hambaMu ini untuk menghadapi hari esok dan seterusnya.

12.50am
ghuraba's home

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura