Thursday, May 24, 2012

Noda Semalam

Malam itu,Arisa tidak lena tidur.Jantungnya berdegup laju.Baru sebentar tadi dia terbaca status seseorang di facebook.Dia cuba memahami makna di sebalik status itu.Sepanjang dia mengenali Fahmi,Fahmi bukanlah seorang insan yang suka menulis status di facebook yang berkaitan dengan perasaan.Biasanya,Fahmi lebih suka posting post atau status yang berkaitan akademik lebih-lebih lagi dalam bidang yang dia sedang ceburi.


Arisa mengenali Fahmi hampir setahun.Itupun mereka tidak pernah berjumpa.Hanya berbual melalui facebook dan kadang-kadang yahoo messenger dan google talk.Pernah sekali dua sahaja mereka berselisih di universiti.Fahmi sedang menyambung pengajian di peringkat PHD dalam bidang Islamic Finance dan Arisa pula sedang menghabiskan baki setahun sebelum dia grad dalam bidang Islamic Finance  juga.


Fahmi sebenarnya sudah berkahwin dan juga sudah mempunyai dua cahaya mata.Arisa pula baru sahaja putus hubungan dengan kekasihnya dua bulan sebelum perkenalan dia dan Fahmi.Arisa dan bekas kekasihnya sebenarnya tidak mempunyai sebarang masalah pun dalam hubungan mereka tetapi Arisa yang meminta untuk memutuskan hubungan dengan Hakimi buat sementara waktu.Hakimi seorang lelaki yang baik cuma Arisa yang tidak menyedari akan hal itu.


Arisa pula tidak henti-henti menerima sms atau message dari lelaki-lelaki yang ingin berkawan dengannya.Tambahan lagi,Arisa seorang gadis yang peramah dan open-minded.Jadi tidak hairanlah,walaupun dia sedang bercouple dengan Hakimi,dia tetap mesej atau berkawan dengan lelaki lain.Mujur Hakimi juga seorang lelaki yang berfikiran terbuka dan memberi kebebasan kepada Arisa utntuk melakukan apa sahaja yang Arisa inginkan.Hakimi hanya menasihati Arisa jika Arisa terlebih batas dalam perbuatannya.


Oleh kerana itulah,sejak hubungan Arisa dan Hakimi berakhir,Arisa menjadi semakin rapat dengan Fahmi.Pada mulanya,Arisa menghormati Fahmi kerana Fahmi lebih tua 13 tahun darinya dan dia memanggil Fahmi ustaz supaya rasa hormat antara mereka kekal.Arisa pula sudi berkawan dengan Fahmi kerana memikirkan kehadiran Fahmi dalam hidupnya boleh membantunya dalam akademik.Arisa memang tidak pernah terfikir hubungan mereka akan pergi jauh sehingga menghilangkan batas antara pelajar dan ustaz.Arisa tahu Fahmi sudah berkahwin,oleh disebabkan itulah dia hanya menganggap hubungan mereka tidak lebih dari seorang kawan di facebook.


Tetapi,setelah hampir setahun hubungan mereka berterusan,Fahmi sudah semakin berubah sikapnya.Dia semakin tidak menghormati Arisa.Setiap mesejnya dalam facebook or google talk tidak pernah lari dari unsur yang kurang senonoh dan tidak menggambarkan ciri-ciri islam.Arisa semakin tidak selesa.Dia pernah  memberitahu Fahmi akan ketidakselesaannya itu.Fahmi hanya akan sedar sehari atau dua hari sahaja dan kemudian akan mula kembali  berbual dengan Arisa tentang perkara-perkara yang tidak senonoh itu.


Arisa semakin hari merasai jiwanya ternoda akibat perbuatan dia dan Fahmi.Walaupun mereka hanya berbual melalui mesej tanpa suara,tanpa bersua muka,tetapi Arisa tetap mengatakan apa yang mereka lakukan itu salah.Arisa pernah bertekad untuk meninggalkan Fahmi dan dia memberitahu Fahmi akan hasratnya itu,tetapi Fahmi memujuk Arisa untuk tidak meninggalkannya.Arisa akur.Fahmi berjanji kepada Arisa untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.


Tetapi,lama kelamaan Fahmi mengulangi kembali sikapnya dulu terhadap Arisa.Pada mulanya Arisa sentiasa mengingatkan Fahmi agar tidak mengulangi kesalahannya tetapi semakin hari semakin Fahmi sukar ditegah.Akhirnya,Arisa terjebak sekali lagi dan Arisa semakin  melayan kehendak Fahmi.Walaupun sekadar chatting tetapi itu cukup merubah seluruh kehidupan Arisa.Arisa menjadi semakin teruk dan jauh sekali perkataan yang keluar dari mulutnya tentang perkara-perkara yang baik.Arisa semakin tidak boleh menjauhi Fahmi.Jika sehari Fahmi tidak menghantar mesej kepadannya,dia akan resah sepanjang hari.Selalunya,mereka akan berchatting sehingga pukul 3 pagi sehinggakan solat subuh pun tidak terjaga.


***
Peperiksaan akhir semakin hampir.Arisa  semakin sibuk mempersiapkan diri untuk mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan untuk menduduki peperiksaan.Arisa berusaha keras kerana ini adalah peperiksaan terakhirnya sebelum dia mengakhiri zaman belajarnya dan sekaligus memegang ijazah dalam bidang Islamic Finance.Fahmi pula sedang sibuk menyiapkan tesisnya.Walaupun masing-masing sibuk,tetapi mereka tetap akan menegur antara satu sama lain di facebook.Pada awalnya,Arisa sudah memberitahu Fahmi agar tidak mengganggunya sementara peperiksaan belum berakhir.Tetapi,Fahmi tetap akan mencari ruang walaupun sedikit untuk memancing Arisa melayannya sehinggakan akhirnya Arisa terpaksa akur dan melayan Fahmi.Demi Fahmi,Arisa sanggup menghabiskan masa-masanya untuk mengulangkaji pelajarannya semata-mata untuk melayan Fahmi.

Sehingga suatu hari,Arisa tidak dapat menjawab third papernya dengan baik.Sepanjang berada dalam dewan peperiksaan,Arisa asyik termenung.Bukan kerana sedih tidak dapat menjawab soalan peperiksaannya itu tetapi memikirkan segala dosa yang dia lakukan dengan Fahmi.Dia bimbang kalau-kalau kerana dosa itu,hatinya menjadi gelap seterusnya menyebabkan dia susah untuk mengingat segala apa yang sudah dia pelajari.Arisa mula semakin sedar.Dia tidak mahu kerana dosanya dengan Fahmi akan menyebabkan seluruh hidupnya musnah dan jauh dari pandangan Allah.Sejak itu dia bertekad untuk meninggalkan Fahmi.

***
Setelah selesai menyelesaikan tugasnya mencari bahan untuk menyiapkan tesisnya,Fahmi terus merebahkan badannya di katil dan mencapai handphonenya dan membuka google talk seperti biasa.Fahmi tersenyum lebar kerana Arisa juga online.Fahmi terus menaip keypaid dan terus menghantar mesej kepada Arisa.Tiba-tiba,belum sampai 5 saat Arisa offline.Fahmi pada mulanya hanya bersangka baik bahawa internet di rumah Arisa bermasalah.Keesokan harinya seperti biasa,Fahmi menegur Arisa di facebook sejurus dia melihat Arisa online.Tetapi,Arisa berkelakuan pelik dengan tidak membalas mesej Fahmi.Fahmi semakin hairan dengan tindakan Arisa.Tidak pernah sebelum ini Arisa bertindak sedemikian rupa.Kalau dulu,Arisa mesti merajuk kalau Fahmi tidak mengahantar mesej kepadanya.Tetapi sekarang,mesej Fahmi pula yang tidak di balasnya.


***
Setelah selesai menunaikan solat subuh,Arisa terus mencapai al-qurannya.Pagi itu,dia membaca surah al-a'raf.Sampai sahaja ayat yang ke 23,Arisa terhenti.Lama.Arisa mengamati ayat itu.Matanya basah.

Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi".
-AL-A'RAF:23


Hari itu,hari terakhir Arisa menjawab peperiksaan.Dia semakin bersemangat.Setelah menjawab peperiksaan dia terus pulang ke rumah.Sampai sahaja di rumah Arisa terus membuka facebook dan terus menghantar ayat yang dibacanya subuh tadi kepada Fahmi.Arisa berharap dengan mesej terakhirnya itu kepada Fahmi akan dapat memberi kebaikan kepada Fahmi.Arisa lebih tenang.

Arisa sujud syukur kepada Allah.Jika tidak Allah uji Arisa dengan ujian sebegitu,sudah pasti Arisa terus melakukan kesilapannya.Arisa sekarang tenang menghitung hari untuk menamatkan zaman belajarnya itu.Dia  menghabiskan sisa-sisa terakhirnya bersama kawan-kawannya dan mempersiapkan diri menjadi lebih baik.

~Tamat~

kesimpulannya:
~manusia itu sering melakukan dosa,tetapi Allah tidak pernah menutup pintu taubatnya.Bertaubatlah kerana Allah sangat suka orang yang bertaubat.
~segala-galanya yang berada di atas muka bumi ini adalah milik Allah.Jadi sebagai hamba yang beriman,pohonlah segalanya hanya kepada Allah dan lakukanlah segala pengorbanan hanya untuk DIA.
~Ujian dari Allah bukan tanda Allah tidak sayang hambaNya dan mahukan kita hidup susah.Tapi percayalah apa yang Allah bagi itu tanda DIA sayang kan kita dan DIA inginkan kita sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.
~Lakukanlah pengorbanan untuk Allah.Setiap apa yang kita korbankan di dunia ini,ganjarannya lebih besar di akhirat kelak.Hiduplah hanya untuk ALLAH s.wt.

sekian..

8.39pg
waktu jordan

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura