Thursday, March 15, 2012

BiLAkaH tiBAnyA joDOh itu..3.0


"Razi,kau dah siapkan assigment yang Puan Nurul nak tu?"


"Dah.Kenapa?kau tak siap lagi?Jangan cakap suruh aku siapkan.Kita ni dah final year tau,nanti kau kerja
 takdenye aku nak tolong kau dah.",leter Razi kepada Amran.Razi masak benar dengan perangai Amran.Kalau lecturer bagi assigment tak pernah Amran siapkan.Razi lah yang sering menjadi mangsa kepada kemalasan Amran.

"Nah!ni kali terakhir aku tolong kau,lepas ni NO!",Razi memberi warning kepada Amran sambil menepuk bahu Amran.Amran sendiri tidak mengerti kenapa dia begitu sukar untuk menyiapkan tugasan yang di beri lecturer.Mungkin juga masalah yang membelenggu dirinya yang menjadi penyebabnya.

*** 

"Amran,kita kan dah final year.Lagi 2 bulan macam tu kita akan grad.Apa planning kau lepas ni?"
Amran terkesima dengan soalan Razi.Dia menelan air liurnya dalam-dalam.

"Lagi dua bulan nak habis belajar.Aiseymenn…macam mana ni?tak sempat ni,umpan tak mengena lagi ni."Monolog Amran dalam hatinya.Razi lantas mencuit Amran setelah dia merasakan Amran seakan tidak ambil peduli akan soalannya yang dia rasakan penting untuk dibincangkan.

"woit,aku tanya kau soalan,bukan suruh kau berangan!"

"betul ke lagi dua bulan ni Zi,aku dah takde masa ni."

"memang kau takde masa dah,kau kena belajar rajin-rajin.Ni semua benda nak harapkan aku yang kurus kering ni.haha."Razi memerli Amran sambil ketawa besar.

"Zi,aku tak risau sangat pasal study aku tu…….."Amran menghentikan kata-katanya.Dia diam dan memandang Razi.Razi membalas kembali pandangan Amran dengan seribu pertanyaan.

"Apa yang kau risaukan.Cuba bagitahu aku."

"kau tahu kan,umur kita dah 23 tahun,dua bulan je lagi kita dah nak grad.Tapi masalahnya aku sorang awek pun takde."

"Ek eleh,itu yang kau risaukan.Aku ingat masalah besar sangat tadi."

"Eh,besar lah tu masalah aku.Sejak aku putus dengan awek aku dua tahun lepas,aku dah tak cari yang lain."

"aku rasa budak-budak perempuan kat kampus kita ni ramai je kan minat kau,kau tu yang memilih sangat,bajet hot"Razi mengejek Amran.

"habis tu aku tak minat,kalau aku minat pun orang tu dah berpunya.Razi,kau tahu tak abang sepupu aku yang dah kahwin tu dia pernah bagitahu aku,kalau kita tak cari awek masa kat kampus,jangan harap la time kerja nanti dapat.Yang tinggal janda-janda berhias je."

"hahaha,tak sangka aku anak dato' khalil ni lurus orangnya."
Amran memandang Razi dengan wajah yang mencuka.Ini kali pertama dalam hidupnya dia digelar lurus.

"Amran yang kacak lagi bijak,siapa kita nak tentukan jodoh kita bila?siapa kita?",Razi cuba memancing Amran dengan persoalan yang telah membuatkan Amran tersentak.Razi meneruskan kata-katanya.

"Amran,dalam hidup kita ni hanya ada satu cinta yang telah lama wujud sebelum wujudnya kita.Di sana ada satu cinta yang tidak pernah hilang.Di sana ada satu cinta yang mempunyai kuasa ajaib yang mampu membuatkan seluruh tulang belulang retak tatkala cinta itu bertakhta dalam jiwa ini.Ianya adalah CINTA ALLAH yang abadi."

Wajah Amran tiba-tiba berubah.Sebelum ini dia belum pernah diingatkan tentang itu.Belum pernah dihikayatkan tentang cinta itu kepadanya.Dia hampir lupa pada satu cinta itu.

"Amran,kenapa kita nak dapatkan cinta manusia sedangkan kita biarkan cinta Allah.Sedangkan Allah memberi cintaNya kepada kita,kenapa tidak kita menyambutnya.Kita beria-ia meminta cinta manusia yang belum tentu dia akan serahkannya pada kita.Kita beria-ia mengejar waktu untuk mendapatkan cinta mausia,sedangkan kita jauhkan waktu kita untuk cinta Allah."

Tiba-tiba air mata Amran mengalir.Dia begitu tersentuh dengan kata-kata Razi.Astagfirullah..Ampunkan hamba ya Allah,hamba lalai dalam mendamba kasihMu.

"Amran,tidak mengapa kalau kita tak dapat cinta manusia tu sekarang.Kita tak dapat nak cari awek masa belajar.Yang penting kita dapatkan cinta Allah terlebih dahulu.Kita takut nanti umur kita tak panjang.Takut-takut tak sempat kita menjadi hamba yang dicintai Allah.Kita taknak kita mati dalam kerugian tanpa kasih sayang Allah.Akhirat nanti bukan cinta manusia yang bersama kita,tapi cinta DIA."

"Razi,terima kasih Razi.Aku selama ni lupa tentang benda ni."

"takpelah Amran.Kadang-kadang bila dah jadi macam ni baru kita tahu menilai cinta yang sejati.Dan bertuah juga kau ada kawan macam aku haha."

"poyo la kau Zi."

"satu lagi aku nak bagitahu kau ni Amran,nak dapatkan cinta manusia ni bukan senang.Kau nak dapatkan cinta sorang perempuan tu kau kena dapatkan cinta siapa pemilik perempuan tu."

"maksud kau,aku kena pergi rumah Hani dan buat baik dengan bapak dia?"

"perghh,kantoi macam tu je,Hani rupenye gadis idaman kalbu kau rupenya."Razi mengusik Amran yang kelihatan sudah kemerahan wajahnya serta telinganya.Selama ini dia memendam rasa sukanya kepada Hani daripada pengetahuan sesiapa termasuk Razi.Dia tidak mahu ada orang yang mengetahui isi hatinya kepada Hani kerana bimbang akan timbul pergaduhan.Hani seorang gadis cantik di kampusnya.Amran meminati Hani semenjak mereka berada di tahun tiga lagi.Amran tidak memberitahu Hani tentang isi hatinya kerana Hani sudah berpunya.Teman lelakinya juga tidak kurang hebat.Semua pelajar di kampus itu kenal akan Faris,teman lelaki Hani kerana dia merupakan anak kepada dato' Razali yang banyak menyumbang kepada penubuhan kampus itu.

"wei,kau diam-diam je ye.Macam mana lah aku boleh terlepas cakap ni."Amran menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal sambil tersenyum sinis kepada Razi.

"Ok aku tak bagitahu sesiapa lah.Macam ni Razi,yang aku maksudkan pemilik tu bukan ayah dia ker,emak dia ke,abang dia ke,pakwe dia ke,bukan.Tapi siapa yang cipta Hani tu."

"Allah.."

"Pandai pun kau.Ya,Allah.Kita dapatkan cinta Allah tu dulu barulah senang Allah nak bagi apa yang kita minta.Am,kau nampak tak kat pokok tu?"

"Apa dia?Kucing ke?"

"Emm…aku nak kau pergi ambil anak kucing tu.Sekarang!"

Amran pergi ke arah kucing itu mengikut perintah Razi tanpa membantah.Amran semakin dekat dengan anak kucing itu,dia terus menghulurkan tangannya ke arah anak kucing tersebut.Tiba-tiba..

"Argghhhh..sakit lah!!"


"hahahahahahaha…kenapa Amran,ibu kucing tu marah ke?Lain kali tackle ibu dulu,baru dapat anak.Ni ibu dia tengok muka kau macam penjahat je,tu yang dia takut nak bagi.haha.Tengok aku buat."Razi menuju ke arah ibu kucing tersebut dan membelai-belai bulunya.Ibu kucing itu lantas bangun dan menuju ke arah Razi dambil menjilat-jilat tangan Razi.Kemudian Razi mengambil anaknya pula.Amran hanya memandang sahaja gerak geri Razi.Razi bukan setakat pandai pikat manusia,binatang pun terpikat.

"Amran,kau faham tak maksud yang cuba aku sampaikan.Macam tulah kau boleh ibaratkan,nak dapatkan cinta manusia kena dapat dulu cinta Pemilik sebenar dulu iaitu Allah.Faham tak?"Terang Razi kepada Amran seperti ustaz yang mengajar anak muridnya.

"aku faham."

"macam tulah,senang aku ngajar kau ni.haha.Kau jangan risau lah pasal jodoh kau tu.Bila tiba masanya sampailah jodoh kau tu.Silap hari bulan,Hani tu kau dapat.Kita tak tahu,yang tahu hanya Allah."Razi menenangkan Amran.

***
Tamat sahaja kuliah petang itu,Amran terus memandu kereta sportnya pulang ke rumah.Belum sempat keretanya keluar dari perkarangan kampusnya,Amran terpandang gadis idamannya memasuki kereta teman lelakinya.Amran terkedu.Tetapi berbeza kali ini.Kalau dulu,tatkala dia ternampak Hani bersama Faris,berderau darah mudanya.Tetapi kini,dia semakin redha dan percaya pada ketentuan Allah.Kata-kata Razi "bila tiba masanya nanti,sampailah jodoh" disemat di dalam hati."Amran,cintai Allah,Allah akan cintai kita dan akan bagi apa sahaja yang kita minta,yahoooooooooooooo"Amran berkata kepada dirinya sendiri  seakan memotivasikan dirinya.Dia kira itulah titik tolaknya untuk berubah dan mencari sebuah CINTA yang 
telah lama dia tinggalkan.

bersambung....

tinta kecil,
7.30pm
bayt ghuraba'


4 comments:

Salju Sakura