Thursday, March 8, 2012

BiLAkaH tiBAnyA joDOh itu..

Lama Amran memerhatikan sepasang kekasih yang sedang asyik suap menyuap potato chips di depannya.Mereka langsung tidak memperdulikan orang di sekeliling.Kelihatan di situ,tampak riak wajah Amran sedikit mencuka.Selalunya dia tidak sebegitu.Amran seorang lelaki yang ceria dan sangat tampan.Dia selalu menjadi bualan gadis-gadis di kampusnya.
                                                                                           
   "woit,macam nak tembus pokok tu kau tenung!

Sapaan Razi mengejutkan lamunannya. 

"engkau ni Razi,mana aku ada kat situ lah kau ada.Kau nak apa ni cari aku?"

"eh kau ni,takkan lah nak jumpa kau ni pun bersebab.Takdelah,dari tadi aku cari kau.Ingat nak ajak kau main futsal petang ni.Kau nak tak?",tanya Razi.

"entahlah Razi,aku rasa macam takde mood dah nak main."

"engkau ni kenapa Amran?Aku tengok sejak dua menjak ni kau diam je.Tak macam selalu.Kau ada masalah ke?Citerlah kat aku.Mana tahu aku boleh tolong ke."

Amran memandang wajah kawannya itu dengan pandangan yang kosong.Razi merupakan kawan yang paling rapat dengan Amran sejak tahun pertama di kampus lagi.Biasanya jika Amran mempunyai masalah,Razi lah tempat dia meluahkan segala rasa dan tempat dia melepaskan geram.Tetapi,kali ini dia tidak rasa untuk menceritakan segala yang menghantui pemikiran dia kepada Razi.Walaupun dia tahu Razi antara sahabatnya yang jujur dan pandai menyimpan rahsia.Razi,walaupun dia seorang yang agak nakal,tetapi dia sangat menjaga batas pergaulannya dengan perempuan.Tidak pernah selama empat tahun belajar Razi keluar dengan mana-mana perempuan di kampusnya.Dia tidak pernah memandang perempuan-perempuan di kampusnya kecuali ketika mesyuarat atau ada perbincangan.Oleh disebabkan itulah,Amran sangat kagum dengan Razi.Mungkin juga disebabkan itu,Amran tidak mahu menceritakan rasa hatinya kepada Razi.Bimbang Razi tidak faham dan akan menentang.

"Amran,kenapa kau ni?Bagitahulah aku kalau kau ada masalah.InsyaAlllah kalau aku boleh tolong aku tolong,kalau tak aku diam je lah",pujuk Razi dengan muka comelnya yang boleh membuatkan mana-mana perempuan melihatnya akan cair.Amran tersenyum melihat kawannya itu.

"kau ni Razi,tak payahlah buat muka macam tu,macam perempuan aku tengok.Kau nak jadi awek aku tak?",usik Amran.Razi diam tapi masih tidak berputus asa memujuk Amran.

"cepatlah Amran,bagitahu aku apa masalah yang menghantui kau sekarang ni?"
Amran bingkas bangun tanpa memperdulikan soalan Razi.Dia berlalu dari situ sambil disusuli Razi.Razi masih tidak berpuas hati kerana soalannya tidak dijawab oleh Amran.

***
"kenapa Am makan sikit je.Mama masak tak sedap ke?"

"aah la Am,Papa pun tengok sejak Am balik tadi sampai sekarang Am tak banyak cakap."

"takde apa lah papa,mama.Am ok je.Oklah papa,mama,Am naik atas dululah.Penatlah.''

Amran membuka laman muka bukunya dan meng'stalker' facebook kawan-kawan sekolah lamanya dan meng'update' keadaan-keadaan mereka.

''Rizal dah kahwin!Cantik isteri dia.emmm."monolog Amran dalam hatinya.Tidak sampai beberapa minit,dia menutup laptopnya dan membaringkan dirinya.Dia termenung,sesekali memusing-musingkan badannya ke kiri ke kanan.Ada riak resah di wajahnya.Dia bingkas bangun dan menuju ke ruang tamu.Lega,mamanya hanya berseorangan.Papanya di bilik kerja menyiapkan beberapa lagi tugasan.

"mama…"

"ye Am,kenapa ni?tadi kata penat."

''ma….Am nak tanya boleh?"

"apa dia?"

''mama..sekarang ni umur Am dah 23 tahun.Tinggal satu sem je lagi Am nak tamatkan pengajian
 Am.emmm...mama rasa…………..",Amran terhenti.Berat mulutnya untuk meluahkan rasa yang dipendam itu.

"rasa apa Am?"

"takde apalah mama.Am masuk tidur dulu.Good nite mama."

"good nite sayang."Datin Nora memandang langkah Amran yang lemah longlai itu.Berbagai persoalan yang muncul di benak pemikirannya.

Malam itu,Amran tidak berjaya melelapkan matanya.Gambar perkahwinan Rizal dan isterinya masih terngiang-ngiang di kepalanya.Lama dia memikirkan sehingga dia tidak sedar matanya tertutup sendiri
***

"Hai,Amran.Selamat pagi.Apasal aku tengok kau ni macam orang tak cukup tidur je.Kau tak tidur ye?"

"nampak sangat ke?"

''apa yang tak nampaknya.Dari jauh orang dah tahu kau tu tak cukup tidur.Kau buat apa semalam?"

"Razi!Aku nak tanya kau satu soalan,boleh?"

"silakan…."

"aku tengok kau ni ada rupa.Siap minah-minah kelas kita asyik minta tolong kau je.Tapi yang aku peliknya kenapa kau takde  berkenan kat dorang tu.Dorang cantik apa.Si Ekin tu,aku rasa sesuai je dengan kau.Cantik pun cantik,sopan,tutup aurat lagi tu.Aku rasa sesuai sangat dia dengan kau.Kau pun macam ustaz rock,dia macam ustazah pilihan.Dia pun aku tengok macam suka je kat kau.''

"Amran Dato' Khalil…gila aku tak suka si Ekin tu.Aku macam orang bodoh lah kalau dah ada perempuan yang sebaik tu suka kat aku lepas tu aku tolak."

"maksudnya kau suka dia juga?tapi apasal kau…….."

"apasal aku tak minta couple dengan dia?",Razi memintas soalan Amran.Amran hanya mengangguk.Razi tidak terus menjawab,di biarkan Amran terus bertanya.Kini giliran Razi membuatkan Amran tertanya.Kelmarin,Amran tidak menjawab soalannya,kini biar dia pula membuat sebegitu kepada Amran.
Syikin atau nama panggilannya Ekin antara gadis yang menjadi rebutan di kampusnya.Bukan sahaja cantik,malah akhlak islam terpancar jelas padanya.Ekin anak seorang ustaz.Jadi tidak hairanlah dia solehah sebegitu.Tidak ramai yang memakai tudung labuh di kampus mereka.Ekin salah seorang yang masih lagi mengekalkan imej bertudung labuh.Kerana itu jugalah penyebab kenapa Razi jatuh hati padanya.

bersambung.....

5.06pm

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura