Wednesday, March 7, 2012

ON

Betullah,urusan dunia ni kalau mahu di tunggu bila selesai memang tidak akan selesainya.Ada sahaja perkara-perkara baru yang muncul.Senang cerita,tidak cukup kaki tangan mahu dikejarnya dunia itu.

Jadi disebabkan perkara dunia yang tidak tahu bila akan berakhirnya itu maka saya mengambil keputusan untuk memberi laluan kepada diri saya untuk menulis kembali.Saya ingat mahu menulis semula selepas menjawab test minggu ini,tapi apakan daya,semua paper ditangguhkan ke minggu hadapan.Untuk minggu hadapan sahaja saya sudah ada 4 paper,ahad ada 3 subjek dan satu lagi tak tahu hari apa lagi.Aduss.Terjelir lidah.

Menulis ini bagi saya adalah satu cabang penyampaian dakwah yang agak semakin berkesan pada zaman ini.Ini kerana,ramai manusia yang menduduki bumi yang sfera ini sangat suka duduk di hadapan komputer serta mengupdate blog serta status di laman muka buku.Oleh itu bila sebut dakwah,sudah tentu dakwah itu menuju kepada Allah.Jadinya,saya menulis juga kerana Allah.Makanya tidak seharusnya kita menghentikan kerja-kerja menuju Allah ini hanya kerana hal dunia.Faham!!Kena ingat sekali lagi,bahawa jangan meletakkan  dunia atas dari Allah becoz Allah is everything.

So,i came back!!!

Bayt ghuraba'
7.25pm

1 comment:

Salju Sakura