Sunday, March 18, 2012

BiLAkaH tiBAnyA joDOh itu..4.0



"Rin,hari ini saya ada appointment apa-apa tak?"


"pukul 10 pagi ni tuan ada meeting dengan lembaga pengarah.

"ok,noted.Thanks!"

"Tapi tuan,satu lagi,Dato' khalil minta tuan hadiri satu mesyuarat untuk dapatkan kerjasama untuk projek baru kita pukul 2 petang ni."

"kenapa tiba-tiba je?"

"entah,saya pun tak tahu.Dato' khalil yang bagi arahan macam tu."kata setiausaha Amran,Rin kepadanya sambil tersenyum.

Setelah menamatkan pengajiannya,Amran tidak terus mencari kerja dalam bidang engineering.Tetapi dia mengambil keputusan untuk membantu papanya,dato' khalil menguruskan syarikatnya yang nyata semakin sibuk dengan projek-projek baru yang mendatang.Petang itu,seperti yang dijadualkan untuknya,Amran diminta untuk menghadiri satu mesyuarat tergempar dengan wakil Syarikat PutraMas untuk membincangkan projek kerjasama terbaru mereka.

"Assalamualaikum semua,terima kasih kerana sudi hadir pada mesyuarat kita hari ini.Selamat datang ke Syarikat PutraMas.",Dato' Mikhail yang merupakan pengarah Pemasaran Syarikat PutraMas memulakan bicara.

"Selamat datang kepada Encik Razi dan Encik Amran selaku wakil dari Syarikat Puncak Holding dan Syarikat Global Mind."

Selepas mendengar kedua-dua nama itu diumumkan,Amran dan Razi serentak mengangkat muka mereka.Mereka berdua kelihatan terkejut.Setelah empat tahun mereka tidak berjumpa,baru kali itu mereka bertemu kembali.Sungguh,perancangan Allah itu begitu rapi dan teratur.

"Amboi kau Razi.Berisi nampak kau sekarang ni.Berapa bulan?".Amran mengusik kawan baiknya itu sambil memegang perut Razi yang kelihatan sedikit buncit.Razi mengangkat kening kirinya tanda geram kepada Amran.

"Aku buncit bahagia takpe dari kau buncit kembung!haha"Tiba giliran Razi pula mengenakan Amran.Mereka berdua kalau bab kena mengena memang tiada seorang pun yang akan beralah sejak  awal perkenalan mereka di kampus sehingga berjumpa kembali.

"Jom malam ni kita lepak nak,lama aku tak jumpa kau.Empat tahun kot tak jumpa kau.Yelah,orang dah berbini mana nak ingat kat aku ni."Amran menarik mukanya.Sebenarnya bukanlah sebab Razi melupakannya tetapi jauh di sudut hatinya dia cemburu akan Razi yang kelihatan semakin bahagia dengan keluarganya.

"Ok Amran,kita jumpa malam ni k.Kita jumpa kat tempat kita mula-mula jumpa dulu ye.Assalamualaikum.

"waalaikumussalam"
***

"Amran,sekarang ni kau bekerja dekat syarikat papa kau la ye."

"Aah.Eh,kau macam mana pula lepas ke KL ye.Setahu aku kau bukan kerja kat Ipoh ke?"

"Ikutkan macam tulah.Tapi aku dilamar bekerja dengan syarikat aku tu untuk pegang projek ni.Ala,rezeki anak juga."

"Kau dah ada berapa anak sekarang?"

"Setakat ni dua.Kembar.Ekin pun sekarang tengah pregnant empat bulan."

"wow…mesti bahagia gila kau kan.Eh jap,kita dari tadi berbual tak order lagi ni.Meh aku orderkan kau air feveret kau.Waiter…………."

"Amran,kau bila nak menyusul aku?Tak jumpa lagi ke calon isteri?"

"Entahlah,aku macam ni la.Teringin je nak kahwin tapi calonnya takde.Mama aku ada padankan aku dengan anak kawan dia tapi aku tak berkenan.Gedik je aku tengok."

"Ke kau tunggu Hani?"Razi sengaja menduga Amran.Amran mengetuk kepala Razi.

"Ala…cerita jelah.Aku bukan orang lain pun.Kau kena ingat assignment kau dulu aku yang siapkan."

"ha..ngungkit…",satu ketukan dari Amran singgah lagi di kepala Razi.

"Takdelah..Kau tahu ke tak Hani kat mana?"

"entahlah,lepas grad tu aku memang tak nampak langsung dia.Aku dah memang takde number phone dia.Email pun takde.FB dia pun aku takde."luah Amran kepada Razi.Ada riak wajah  sedih ketika dia menuturkan kata-katanya.Masakan dia boleh melupakan gadis yang menjadi idamannya.Dia hanya mampu berdoa agar dapat dipertemukan dengan Hani kembali.

"takpelah,kau yakin je dengan janji Allah.Kalau betul jodoh kau dengan Hani tu,insyaAllah kahwin lah kau dengan dia.Kalau Hani bukan jodoh kau,bermaksud kau memang tak kahwinlah dengan dia.Begitu."Razi memberi semangat kepada Amran yang seolah-olah kelihatan tidak bermaya bila menyebut nama Hani.
Jam sudah menunjukkan pukul 10.30malam seolah-olah memberi amaran kepada Razi untuk beredar.

"Oklah Amran,dah lewat ni,aku kena beredar dulu.Ekin tinggal sorang tu.Jumpa lagi nanti.Kau ingat pesan aku tadi.Banyakkan berdoa.Lagi satu,jangan disebabkan cinta manusia kau abaikan cinta Allah ye.Apa-apapun dekatkan diri dengan Allah itu yang utama."Pesanan Razi yang penuh ruh islam itu sentiasa memberi semangat kepada Amran untuk terus kuat meneruskan kehidupan.

Amran memandu keretanya pulang ke rumah.Dalam perjalanannya itu,dia asyik memikrkan wajah gadis idamannya.Amran tidak tahu Hani sudah berkahwin atau tidak.Amran tidak tahu ke mana Hani menghilang sejak tamat belajar.
***

"Am,ni ada kad untuk Am?"

Amran mengambil kad daripada tangan mamanya dan terus meluru ke biliknya tanpa bercakap sepatah kata pun dengan mamanya.

"uishh..Ejoy nak kahwin dah."bisik hati kecil Amran.Amran membaringkan dirinya di atas katil sambil membelek-belek kad jemputan itu. Tidak sampai 10 minit mata Amran tertutup sendiri.

***

"Tahniah Ejoy,akhirnya kau kahwin juga.Isteri kau cantik lah."

"Ala…kau tu apa kurangnya,lepas habis je belajar terus kahwin,anak kembar plak tu dapat.Untung lah kau 
Zi."

"Aku doakan kau bahagia la ye.Ingat,dalam perkahwinan ni kita kena saling tolak ansur,faham memahami,nasihat menasihati,dan masa kita dah nak kahwin ni lah masa bercinta paling baik.Kau bercinta lah dengan isteri kau tu elok-elok.Jangan sakiti hati wanita ye.Satu lagi kau kena ingat,bukan senang nak dapat isteri macam isteri kau.Kalau nak diikutkan cara hidup kau dulu yang suka berfoya-foya tu,kau mesti tak dapat kahwin ngan si Salina tu.Mungkin ada hikmah kenapa Allah temukan kau dengan dia walaupun perkahwinan ni atas dasar pilihan keluarga.Sebenarnya bukan pilihan keluarga kau pun,tapi pilihan Allah sebenarnya.Allah yang pilih si Salina tu untuk kau.Aku harap kau dapat terima dia dengan seikhlas hati kau.Kau kena ingat pesanan aku dulu ye.Aku doakan kau bahagia."pesan Razi kepada Ejoy dengan panjang lebar mengalahkan ustaz.

"Terima kasih Zi,aku akan dengar nasihat kau.Aku akan cuba terima isteri aku.Kan kau juga cakap "kalau kau tak suka si Salina tu,kau ingat si Salina tu suka kau ke?",Ejoy mengulang kembali ayat yang mana suatu ketika dahulu pernah diucapkan Razi kepadanya ketika Ejoy meminta nasihat tentang perkahwinannya daripada Razi.Semenjak Razi berkahwin,dia selalu menjadi tempat rujukan kawan-kawannya dalam hal-hal yang berkaitan cinta dan perkahwinan.Yelah,Razi kan anak seorang ustaz,"mana nak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi".Walaupun Razi sibuk dengan kerjanya di syarikat Puncak Holding,tetapi dia tidak melupakan pesanan ayahnya supaya sentiasa menyampaikan dakwah.Oleh kerana itulah,dia menerima tawaran di sebuah rancangan radio islam sebagai penyampai mingguan dalam rancangan "Bicara Cinta" yang akan berkumandang setiap hari Sabtu.

"Woit!"

"eh!kau Amran,terkejut aku.Apasal datang lambat?"

"aku tadi hantar mama aku pergi butik dia jap and then aku terus datang sinilah."

"ooo..makan belum?kau dah jumpa Ejoy?"

"belum lagi,aku datang ni terus jumpa kau.Jap,aku nak gi jumpa Ejoy jap."

Amran mencari-cari Ejoy yang telah pun ditenggelami oleh tetamu yang hadir.Tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan itu datang tidak putus-putus.Ketika Amran mencari ruang untuk bertemu Ejoy,dia terpandang satu kelibat manusia yang cukup dia kenali.



bersambung


tinta kecil,
8.44pm..
bayt ghuraba'

4 comments:

Salju Sakura