Friday, March 9, 2012

Kau Pergi Jua

Memang lumrah setiap yang hidup pasti akan mati.Tiada yang kekal melainkan Allah s.w.t.


 Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.(ALI IMRAN-185)


Al-Fatihah buat arwah MOHD IMRAN BIN ABDUL RAHIM.Berita pemergian arwah yang saya terima jam 6pm waktu jordan sungguh mengejutkan saya.Baru sangat 2,3 hari lepas saya berbual dengan arwah di laman muka buku,tiba-tiba dia sudah meninggal.

Saya agak terkilan dengan pemergian arwah.Ketika berbual dengannya tempoh hari,arwah ada bertanya pada saya bila nak balik Malaysia.Saya bagitahulah tak lama lagi baliklah,nanti kita jumpalah.Saya cakap kat arwah tak sampai dua tahun saya kat jordan ni,dan arwah membalas "yeke,rasa macam dah berpuluh-puluh tahun dah".Satu lagi yang membuatkan saya bertambah terkilan ialah,arwah ada cakap pada saya,"izzati,aku teringin nak makan nasi minyak  free ni".Tak sangka pula itu adalah harapan dan gurauan arwah untuk kali terakhir kepada saya.

Arwah memang sahabat yang baik.Walaupun saya tidaklah terlalu rapat dengan arwah,tapi setakat ini arwah antara sahabat saya yang selalu bertanya khabar dan menegur saya di facebook.Arwah juga suatu ketika dahulu selalu menemani ''si dia'' datang ke rumah saya.Sehinggakan keluarga saya cukup kenal dengan arwah.Arwah sempat meninggalkan kenangan melucukan buat keluarga saya sewaktu bertandang ke rumah saya dahulu.Saya pasti keluarga saya pasti akan terkesan dengan pemergiannya.

Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama di kalangan orang-orang yang soleh.Ingtlah,
kita yang mash hidup jua pasti menemui mati.Jadi bersedialah menuju kepada hari itu agar ketika Allah mengambil kita,kita sudah dalam keadaan bersedia.Aamiin.

Kau Sahabat Kau Teman 

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

 Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati



bayt ghuraba'
12.29am

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura