Friday, March 30, 2012

PeNgemBAraaN jiHAD MENuju SyuRGA


"Mak,kalau nak pergi demonstrasi palestin boleh?"
"takyah lah..bahaya tu..tak kesian kat mak ker..."

grrrrr.....
Terkedu tapi redha.Keredhaan Allah atas keredhaan ibu bapa.Walaupun tak dapat join saudara-saudara satu dunia berjihad menentang zionis,mungkin ada hikmah di sebaliknya.Aku juga tidak melukai hati emakku.Bukan ku tidak mahu menentang kehendaknya seperti abu ubaidah yang membunuh ayahnya kerana ayahnya kafir dan dia islam.Tetapi aku kasihan pada emakku dan aku sangat menyayanginya.Aku juga tersepit antara kehendak akhirat dan kehendak dunia.Tetapi mungkin ini pilihan Allah untukku dan Dia juga tahu apa yang tersirat dalam lubuk hati hamba-hambaNya.Moga Allah redha.

sebulan sebelum tibanya tarikh jihad..


Aku baring sambil memandang ke lelangit rumahku.Aku tidak pasti untuk ke Global March to Jerusalem atau tak.Hatiku tidak terbuka langsung untuk itu.Sehingga sepupuku datang bertanya padaku samada aku mahu pergi ke demonstrasi atau tidak.Aku sendiri tidak dapat menjawab soalan itu.Dia nampak berkobar-kobar.Aku pujuk diriku yang nyata terkena penyakit wahn(cintakan dunia).

"Tu la,ana sebenarnya tak terbuka hati lagi ni nak pergi tapi bila ana fikir-fikir balik,ni lah peluang untuk jihad dan buktikan kecintaan kita kepada Allah.Allah dah buka peluang depan mata untuk pergi berjihad, why not kita ambil part kan?"

"Tu la..saya semangat nak pergi,sanggup tolak main bola tampar semata-mata nak pergi..",kata sepupu saya.

"Apa kata kita tanya dulu mak ayah kita.Minta izin dengan mereka.Ana rasa ana nak pergi kalau dorang izinkan.."

"ok..."

***
Allah telah bagi kita peluang berjihad di jalannya.Kita tidak bekerja banyak mana pun untuk islam tetapi Allah still lagi tawarkan promotion kepada kita cuma antara terpilih atau tidak sahaja.Itu bermakna Allah masih nampak kita dan Allah bagi ruang untuk kita.
Orang kata kalau kita pergi sana macam tempah maut.Tapi sekurang-kurangya kita syahid.Sekurang-kurangnya orang-orang yang pergi ke demonstrasi itu ada hujah bila Allah tanya apa yang telah kau gunakan dengan umurmu,masa lapangmu.KITA?Tak tahu hujah apa yang nak di bagitahu pada Allah.

Semoga Allah bagi kita peluang sekali lagi dan bukakan pintu hati kita untuk berangkat berjihad.

انْفِرُواْ خِفَافاً وَثِقَالاً وَجَاهِدُواْ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

Semoga perjalanan saudara-saudara kita di sana diredhai Allah dan dirahmati.Semoga kalian selamat.
Untunglah.....

 mereka berjihad dengan jiwa dan harta mereka demi islam


 semoga pengorbanan mereka demi islam membawa
mereka ke syurga yang abadi.

 syabab-syabab bertugas sebagai pembenteng antara lelaki,
wanita dan family.Nampak kerja macam senang
tapi tak ramai yang sanggup buat 
kerja sesenang ini.


allahuyubarikfikum..


by kumbang hitam
ghuraba' s house

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura