Monday, March 12, 2012

BiLAkaH tiBAnyA joDOh itu..2.0



"dan jangan pula kerana bercinta,
Kita pun leka entah ke mana,
Dan jangan pula kerana bercinta,
Tergadai semua maruah agama"

Lagu "kerana cinta" yang dinyanyikan oleh inteam berkumandang di radio IKIM.Dahulu,Amran bukanlah pendengar radio IKIM ni,tapi sejak menegenali Razi,radio ini yang menjadi pilihan tika mana hatinya gundah gulana.Dia memandu kereta sportnya menuju ke kampus sambil ditemani nasyid yang menenangkan jiwa ditambah dengan mesej-mesej islam yang menyentuh naluri lelaki Amran.
Sampai sahaja di perkarangan kampus,Amran terus mencari Razi.Tidak sabar rasanya di hati Amran untuk berjumpa dengan kawannya itu.
***

"Assalamualaikum,Razi..ni Ekin.Boleh tak kalau saya nak pinjam buku yang awak pinjam kat library tadi.Ada maklumat penting yang saya perlu cari dalam buku tu."

Satu pesanan ringkas yang diterima Razi dari Ekin.Razi tersenyum sambil termenung.Tiba-tiba Amran yang datang dari arah belakang merampas handphone Razi.Razi terkejut,cemas dia ingin menumbuk Amran kerana dia menyangka dia diragut.Amran ketawa sambil membaca mesej Razi.

"Amboi….patut jauh termenung,buah hati hantar mesej..",Amran mengusik Razi.Wajah Razi telah kemerahan akibat menahan marah bercampur malu.

"Kau ni pun,bagilah salam dulu.Dahlah rampas handphone aku lepas tu ikut suka hati kau je baca mesej aku."

"Ala…kita kan kawan,mesej kau mesej aku jugak..",Amran ketawa lagi.

"Razi,cepatlah bagitahu aku kenapa kau tak cakap dekat Ekin kau suka dia,"Amran mendesak Razi.Memang hasratnya dari pagi mencari Razi untuk menuntut jawapan dari Razi supaya jawapan Razi dapat menenangkan hatinya yang sedang gelisah itu.

"kenapa kau nak tahu sangat ni Amran?cuba bagitahu aku.Setahu aku anak dato' khalil ni bukan kisah pun pasal orang lain.Yang dia tahu diri dia je.",Razi memerli Amran secara halus.

Memang diakui Amran seorang lelaki yang cukup tinggi tahap keegoannya dan lebih suka hidup bersendirian tanpa memikirkan tentang perihal manusia yang lain.Mujur Razi pandai mengambil hati,kalau tidak insan yang bernama Razi Razman ini pun tidak dipandang Amran.Kalau mahu dibandingkan taraf hidup Amran jauh lebih kaya dari Razi.Razi pula hanyalah seorang anak ustaz dan ustazah yang berasal dari kampung.Ayah Razi seorang ustaz,kadang-kadang ayahnya dijemput memberi ceramah di sekitar tempat tinggalnya di Tumpat.Namun,Razi tidak pernah malu dan rasa rendah diri dengan taraf hidup keluarganya sepanjang berkawan dengan Amran.Untung Amran juga seorang yang tidak sombong dengan kekayaan hidupnya.Amran seronok berkawan dengan Razi kerana Razi banyak membantunya lebih-lebih lagi tentang kefahaman ilmu agama.Jika dahulu,Amran selalu solat tidak cukup lima waktu sehari tapi sejak berkawan dengan Razi,dia tidak pernah tinggal solat.Razi pula selalu mengambil peluang untuk menceritakan tentang ilmu agama kepada Amran lebih-lebih lagi ilmu yang berkaitan feqah kerana dia tahu Amran tidak tahu tentang ilmu-ilmu itu.Razi memegang kata-kata ayahnya "kalau kita jumpa orang kita kena letak tujuan nak dakwah dia,bagi dia faham ilmu agama,bagi dia kenal Allah".Kata-kata itulah yang menjadi penguat Razi untuk terus bersama Amran dan kawan-kawannya di kampus.Niat untuk dakwah!

"Cepatlah Razi jawab soalan aku,dari hari tu lagi aku tanya,"Amran terus mendesak Razi tanpa memperdulikan soalan Razi.

"Aku bukan taknak minta couple dengan Ekin tu,kalau ikut naluri lelaki aku ni nak je aku ajak Ekin tu keluar dan terus aku ajak dia couple.Tapi,ayah aku pernah cakap,jauhi dari bercouple kerana couple itu jalan menuju kepada zina."

Amran memandang Razi mengharapkan Razi akan menjelaskan maksud kata-katanya itu.Razi faham pandangan Amran dan meneruskan kata-katanya.

"kau pernah couple tak?"Razi bertanya kepada Amran.Amran tersentak seraya mengangguk.

"Masa kau couple dulu,apa yang kau buat dengan awek kau?",Razi bertanya macam penyiasat.

"aku couple cam biasalah,keluar makan,tengok wayang,lepak…tapi tak lama lepas tu aku putus dengan awek aku sebab dia curang,tapi aku takde lah pula tidur dengan perempuan tu,pegang tangan je pun."

"emm..betullah tu,masa kita couple kita memang tak pernah tidur dengan pasangan kita tapi sedar tak kita apa yang kita buat tu adalah maksiat dan dosa.Masa kau tengok wayang dengan awek kau dulu,mesti kau ada peluk dia,macam kau cakap tadi kau pernah pegang tangan dia,kan?".Amran mengangguk kerana memang benar semua itu dia lakukan semasa dia ber'couple' dulu.

"sedangkan kita sendiri tahu menyentuh orang yang bukan muhrim kita dengan sengaja adalah haram.Kena pulak awek kita tak tutup aurat,kita dah berdosa sebab tak tegur dia,siap hadiahkan dia lagi baju seksi."Amran tunduk,dia sedar semua yang diperkatakan Razi itu benar dan semuanya dia pernah lakukan dengan bekas kekasihnya dulu.

"sebab tulah aku menolak keinginan aku untuk bercouple sebab aku bimbang perkara-perkara macam ni berlaku.Aku taknak si Ekin tu hanyut dan paling penting aku taknak melemaskan diri aku dalam kancah maksiat.Aku taknak couple dengan dia,aku nak terus meminang je"Razi menyatakan niatnya kepada Amran sambil tersenyum.Amran juga turut tersenyum kerana itulah pertama kalinya dia mendengar Razi berbicara tentang soal hatinya.

"oklah Amran,nanti kita borak lagi.Aku nak hantar buku ni kat Ekin jap,kesian dia nak buat kerja.Nanti jumpa petang ni main futsal.k,assalamualaikum".

''waalaikumussalam"
***

Selepas bermain futsal,Amran tidak terus pulang ke rumah.Dia memacu keretanya menuju ke sebuah taman untuk mengambil angin.Dia masih lagi memikirkan jawapan Razi.Dia seakan tidak percaya dengan apa yang telah dilakukannya.Di fikirannya terngiang-ngiang "couple itu jalan menuju zina".Astaghfirullah.Amran menyapu mukanya dan terus menuju ke keretanya.

bersambung...

tapak kecil,
10.57pm

2 comments:

  1. cepat sambung ea..x sabar da nk tggu crte seterusnya...best la cerita ni..

    ReplyDelete
  2. uuuuu..insyaAllah...nt bersambung la..stay tuned..

    ReplyDelete

Salju Sakura