Sunday, March 25, 2012

BiLAkaH tiBAnyA joDOh itu..6.0



 "Hani!"

Amran terus berlari ke arah seorang perempuan yang berdiri di tepi kolam itu.Perempuan itu menyedari
 Amran berlari ke arahnya.Dia cepat-cepat melarikan diri dan terus memacu keretanya dan meninggalkan taman itu.Amran yang menyedari perempuan itu sedar akan kehadirannya dan melarikan diri juga terus memacu keretanya mengekori kereta perempuan tersebut.Amran benar-benar ingin memastikan perempuan yang dilihatnya itu adalah Hani.Setelah setengah jam Amran mengekori kereta perempuan itu,akhirnya kereta itu berhenti di sebuah rumah anak yatim.Amran hanya memerhatikan dari arah belakang kerana dibimbangi perempuan itu sedar akan kehadirannya.Amran mencatit alamat rumah anak yatim itu dan nombor plat kereta  
tersebut.Amran bertekad untuk pergi ke rumah  anak yatim itu esok harinya.

Malam itu,Amran tidak lena tidur.Dia masih terbayang-bayang wajah perempuan yang dilihatnya di taman bunga itu.Dia sangat yakin itu adalah Hani,idaman hatinya.Dalam pada dia memikirkan tentang Hani,tiba-tiba 
telefonnya berdering.Terpapar di skrin nama Razi.

"Assalamualaikum,Zi..aku dah jumpa Hani!!"

"wsalam..betul ke ni Amran?kau dapat cakap dengan dia tak?"

"tak.aku nampak dia dari jauh.tapi aku tak pasti itu Hani atau tak."

"sabar ye Amran,kalau tu jodoh kau insyaAllah Allah akan temukan juga.Yang penting banyakkan doa.Perbanyakkan solat istikharah.Minta Allah tunjukkan kau jodoh yang baik untuk kau.Kau kena ingat,kawan-kawan,family semua jauh dari kau.Kami takde dekat kau nak tolong kau tapi kau kena sedar 
Allah yang sentiasa teman perjalanan kau dari KL ke Ipoh.okey?"

"mekasih Zi,kau tak jemu-jemu bagi nasihat kat aku..insyaAllah aku akan cuba..selamat malam Zi,sampaikan salam aku pada Ekin.Assalamualaikum."

"waalaikumussalam…"

Talian diputuskan.Amran bingkas bangun dari katil dan menuju ke arah bilik air untuk berwudhu'.Setelah selesai menunaikan solat sunat dia terus merebahkan badannya di atas katil,tidak sampai lima minit Amran telahpun tertidur.

***

Keesokan paginya,Amran bergegas ke rumah anak yatim tersebut.Sampai sahaja di halaman rumah anak yatim itu seorang wanita yang berumur lingkungan 30-an menegurnya.

"Assalamualaikum,encik..ada apa-apa saya boleh tolong.Encik nak jumpa sesiapa ke?"

"wsalam..errrr..saya nak tanya,kat sini ada tak perempuan nama Hani Afika Halim."

"Ohhh..Cik Hani.Dia pengasas rumah anak yatim ni.Dia ada kat dalam."

Amran mengikuti wanita itu.Sampai sahaja dia di dalam rumah anak yatim itu,matanya terus terarah ke arah seorang perempuan yang cukup dikenalinya sedang menyuap makanan kepada seorang kanak-kanak.Amran tidak sedar air matanya mengalir di pipi.Hani,perempuan yang berada di depannya kini,bukan seperti dulu.Hani yang dulu seorang perempuan yang suka berhibur.Semua orang di kampus mengenalinya sebagai diva kampus kini menjadi seorang yang cukup zuhud.Kalau dulu,mekap di wajahnya setebal 5 inci,kini dia tidak langsung mengenakan mekap di wajahnya.

Perlahan-lahan Amran menuju ke arah Hani.Dia memanggil Hani untuk pertama kalinya setelah lima tahun mereka tamat belajar.Hani terkejut.Hani cuba melarikan dirinya.Tetapi Amran cuba menghalangnya.Kali ini dia mesti berterus terang dengan Hani tentang niatnya untuk melamar Hani.Amran tahu tindakan ini tergesa-gesa,tetapi dia tidak mahu kehilangan Hani buat kali kedua.

"Hani,bagi saya peluang untuk saya jelaskan sesuatu."

Hani diam.Kemudian dia mengangguk.

***


Petang itu seperti yang dijanjikan,mereka bertemu di taman bunga tempat Amran menemui Hani dengan ditemani oleh Kak Zai,pembantu Hani di rumah anak yatim itu.Pada mulanya Amran agak segan dengan kehadiran Kak Zai.Tetapi bila memikirkan tidak baik berdua-duaan dia terima sahaja kehadiran Kak Zai.

"Amran,macam mana awak boleh cari saya sampai ke sini?Dan kenapa awak beria-ia nak cari saya?"

"Saya dapat tahu awak ada kat sini melalui Faris.Hani………"

Hani memandang Amran yang tiba-tiba memberhentikan kata-katanya itu.Peluh dmenitik-nitik di wajah Amran.Dia takut untuk memberitahu apa yang dipendam dalam hatinya kepada Hani bimbang Hani menolak.Tetapi dia teringat kata-kata Amran"kalau dia jodoh kau,insyaAllah Allah permudahkan.kalau dia 
tak terima kau,itu bukan jodoh kau.."

"Hani…saya nak melamar awak sebagai isteri saya.."

Akhirnya terlepas juga kata-kata itu dari mulut Amran.Setelah mendengar apa yang Amran lafazkan,Hani menangis dan meluru ke arah keretanya.Dia memandu keretanya dan pulang ke rumah.Riak wajah Amran kelihatan bersalah dengan keadaan itu,tetapi hatinya tenang setelah apa yang dipendamnya selama hampir 
tujuh tahun itu dilepaskan jua pada Hani.Dia redha dengan apa yang bakal berlaku selepas ini. 




Hani tidak keruan malam itu.Dia masih terbayang kata-kata Amran.Dia tidak tahu apa yang harus 
dilakukan.Tindakan Amran terlalu mendadak.Tidak pernah Hani menyangka adegan sebegitu berlaku.Dia kemudian,menunaikan solat sunat istikharah minta Allah tunjukkan dia jodohnya.

bersambung..

tinta jejak,
12.21am
bayt ghuraba'

1 comment:

  1. sudah baca...perlukan sambungan..jgn tergesa-gesa sgt tulis tu..hehe

    ReplyDelete

Salju Sakura