Thursday, March 1, 2012

TraVELog HaRi iNi

Jam handphone berbunyi menunjukkan jam 6.30pagi.Aku bingkas bangun dalam keadaan yang sangat mengantuk.Selepas selesai menunaikan solat subuh pagi tadi,aku sebenarnya tidaklah merancang untuk tidur semula,tapi apakan daya mataku tertutup sendiri.alasan he.Daurah yang sepatutnya bermula jam 8 pagi itu sangat bermotivasikan aku untuk bangun walaupun hasrat hati mahu sahaja ku tidur sampai tengah hari.he,main-main je.
 
Ces!!Jangan tipu diri sendiri jetty.Luahkan sahaja apa yang terpendam dan ceritakan sahaja ceritera hatimu itu.
Mungkin ini ujian yang Allah bagi untuk menguji sejauh mana keimanan kita kepadanya.

"dan sungguh,Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu;dan akan Kami uji perihal kamu."(surah muhammad:31)

Seriously,aku tidak mengalirkan pun air mataku ini walaupun sebenarnya ia mampu sahaja untuk mengalir.Cuma aku sebak sahaja.Semalam aku menerima mesej dari mereka mengatakan mereka mahu ke daurah pada hari ini.Pada mulanya aku seakan tidak percaya mereka setuju bersama ku ke daurah.Biasanya kalau di ajak,ada sahaja alasan yang diberi.Sampai aku sendiri tidak tahu perkataan yang mana lagi harus ku guna untuk mengajak mereka.Sebenarnya aku adalah antara murabbi yang kalah dengan mutarabbi sendiri.Tidak pernah setakat ini aku berjaya mengalahkan alasan mereka.Berapa banyak daurah atau program yang aku ajak,mesti mereka menolak dengan alasan yang ku kira cukup mematahkan kata-kataku dan usaha tulang empat kerat ku ini.Tapi pagi tadi,aku menelefon mereka untuk di ajak pergi daurah bersama-sama tetapi jawapan yang ku terima mereka tidak jadi pergi kerana ada program mengejut yang di rancang last minute.Apa maknanya?Sepatutnya mereka ikut aku ke daurah itu sebab aku yang ajak mereka dulu bukan program mereka yang dirancang saat akhir.cet.(detak hatiku yang sedikit agak geram tapi masih bolleh bersabar)

Semalam baru terbaca post inche gabbana.Dalam post itu menceritakan daie yang syok sendiri.
http://angelwearsgucci.blogspot.com/2012/03/saya-hensem-saya-best-dan-sayalah-yang.html

Ku kira itu aku.Syok sendiri kononnya mutarabbi cukup faham dan boleh bergerak tanpa perlu bantuan aku.Kononnya mutarabbiku faham dengan kefahaman sendiri.Paling teruk aku menaikkan level mutarabbiku ke 01 qawiy.aissshh.Murabbi jenis apakah aku ini menghukum mutarabbiku sebegitu.

Tapi dalam pada masa aku menyalahkan diriku ini,ada di situ hikmah yang Allah bagi padaku.Mungkin Allah tahu mereka belum bersedia untuk menerima daurah itu.Ini kerana,biasanya selepas anak-anak kecil yang baru meningkat matang mendengar daurah ini hanya ada dua kemungkinan.Pertama mereka bersemangat untuk berdakwah atau yang kedua mereka berhenti terus dari jalan duduk dan terbaring ini(d&t).
Mungkin Allah lebih tahu kemampuan mereka kerana yang memegang hati-hati mereka adalah Allah.
Dan mungkin juga Allah tahu sejauh mana kemampuan aku untuk menyambut semangat mutarabbiku itu.

Tidak mengapa,hidup perlu diteruskan.Selama ini asyik seronok sahaja berbicara kononnya mutarabbiku boleh sahaja di susun tapi sebebnarnya anggapanku salah.hew.Mahu buat bagaimana lagi,latihan Allah.

Apa-apa pun aku sentiasa mendoakan agar pintu hati mereka sentiasa di buka oleh Allah dan mereka masih thabat di jalan ini.Satu lagi,moga seronok main salji ye adik-adikku.Jaga kesihatan ye.


Hati pilu,
9.56am.
ghuraba' street.

4 comments:

  1. 6.30 pagi da hbes subuh kak..hehe...syuruk kol 6.00pg..haha..5.30 kn,,silap tulis tu..

    ReplyDelete
  2. bkn....dah bngun kul 5.30pg utk subuh...lps tu tertidur lg n then bgun semula...i taw la subuh habis kul 6pg...

    ReplyDelete
  3. 6.30pg tu bngun utk kali kedua la..ayat bunga2 sket ko dah pening haha

    ReplyDelete
  4. ooo...baca skli lg baru faham..sastera sangat...

    ReplyDelete

Salju Sakura