Saturday, March 24, 2012

BiLAkaH tiBAnyA joDOh itu..5.0



"Faris!Hani mana?",Faris terkejut kerana disergah Amran dari belakang.Tidak pernah Amran menyangka dia
 dapat berjumpa Faris.Faris pula masih lagi diam membisu tanpa menjawab soalan Amran tentang Hani.Sungguh,dia sendiri juga tidak tahu apa jawapan yang terbaik yang layak diberikan kepada Amran.


Hubungan Faris dan Hani tidak kekal lama.Mereka hampir sahaja bertunang tetapi berlaku sedikit perselisihan faham antara Hani dan keluarga Amran yang mendakwa Hani ingin berkahwin dengan Faris 

kerana harta.



"Amran,aku minta maaf kat kau…Aku sebenarnya………",kata-kata Faris tersekat.

"kenapa Faris?."

"Amran..aku dan Hani sebenarnya tidak pernah berkahwin.Selepas sebulan kami memutuskan 
hubungan,family aku mengaturkan perkahwinan aku dengan anak kawan papa aku."

"habis tu Hani macam mana?kenapa kau sanggup buat dia macam tu!!",Amran meninggikan suaranya.Wajahnya tiba-tiba bertukar kemerahan setelah mendengar Hani dan Faris tidak berkahwin.

"Amran..aku minta maaf.Hani ada datang masa aku kahwin,tapi aku tak sempat jumpa dia.Dia ada kirimkan surat untuk aku.Dia kata dia akan tinggal di Ipoh,kampung dia."

"ok…"

Amran bergegas ke kereta.Kali ini dia bertekad untuk mencari Hani.

"Woit Amran!!Hani ada buka rumah anak yatim kat sana!!",jerit Faris.

Amran memandang Faris sambil mengangguk.Dia terus memacu kereta sport warna merahnya itu dan terus pulang ke rumah untuk mengambil barang-barang peribadi.

***


"Mama,Am nak keluar,maybe tak balik 2 atau 3 hari.Bagitahu papa Am cuti.K,mama.."

***

Setelah beberapa jam di dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh,akhirnya Amran tiba di Ipoh.Amran singgah di sebuah hotel di sana untuk merehatkan diri sebelum meneruskan pencariannya keesokan 
harinya.Amran tidur dengan nyenyaknya kerana seharian dia memandu tanpa rehat.

Keesokan harinya,Amran keluar dari hotel awal-awal pagi lagi dan meronda seluruh bandar Ipoh.Dia berhenti di setiap rumah anak yatim untuk mencari Hani kalau-kalau dia ada di situ.Amran mencari dari pagi hingga ke petang,tetapi dia masih belum menemui pencarian yang lama dijejakinya itu.Amran memberhentikan keretanya di sebuah taman bunga.Di taman bunga itu ada sebuah kolam ikan yang sangat cantik dan besar.Amran 
menuju ke arah kolam tersebut.Sebelum sempat dia sampai ke kolam itu,tiba-tiba langkahnya kaku.

bersambung...
tinta kecil..
11.22pm

*sori..ngantuk suda..nanti i sambung ye..
 

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura