Wednesday, April 4, 2012

telur ayam masak kurma berserai

Kasihan si kanak-kanak ribenna tu,makan kentang rebus je http://kataadan.blogspot.com/2012/04/kentang-rebus-pengalas-perut.html...ye ke tu?

Ana tidak mahu bercerita tentang dia,banyak sangat nak citer nanti.Betullah kataadan itu,bila pelajar ekonomi mengalami masalah ekonomi iaitu kegawatan duit poket menyebabkan mereka terpaksa menjadi kreatif dengan menggunakan cara apa yang ada je.

Hari ini turn ana masak.Tak tahu pula beras tak ada,minyak tak ada.Puas la ana pinjam beras dengan roomate yang ada simpanan beras untuk musim banjir.Erk.Alhamdulillah dapat pun.Lepas tu start lah proses memotong bawang-bawang.Apabila selesai memotong bawang,macam biasalah proses menumis.Untuk menumis seperti biasa mestilah memerlukan minyak,tengok punya tengok rupanya minyak masak pun takde.Punyalah stress tahap gunung tahan masa tu.Ana pun apa lagi,sebab nak masak punya pasal,malas lagi nak turun ke kedai.Ana pun gantikan minyak masak dengan butter.Asalnya nak masak telur ayam masak halia,tapi sebab minyak masak takde,butter pun sikit ana tukar jadi telur ayam kurma masak serai.Boleh tahan sedap.Alhamdulillah walaupun ayam sikit jer,telur pun tak banyak,nasi pun sikit,alhamdulillh cukup untuk kami  ahli bayt makan.Lagipun sebelum tu,dan melantak italiano pizza.Hehe.

TELUR+AYAM=TELUR AYAM

Nak katanya,hidup ni senang je,pusing-pusing kita jumpa jalan.Apa yang penting kita berusaha untuk keluar darinya.Jangan fikir benda yang simple tu masalah besar bagi kita.Duduk relaks dan bertenang serta beriman sejenak anda pasti menemui jawapannya.Selagi kita yakin Allah itu ada,Dia pasti akan membantu dan memberi ilham kepada kita.

hehe.jom tido.

bayt ghuraba'
12.42pg

5 comments:

  1. kalau aku xde minyak,,aku msak gne air jela..haha

    ReplyDelete
  2. Itu nmenye msk rebus...without tumis kan.....hehe..x kesah mcm mne rs..kite bujang lg..mkn je ap ade..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Salju Sakura