Saturday, April 7, 2012

Home Sweet Home

Frust,takut,geram sedih,semua bercampur baur.Baru je lepas habis exam arab istidraki pagi tadi.Alhamdulillah dapatlah separuh markah dari tak dapat langsung.Alhamdulillah juga penjaga peperiksaan tu berhati murni nak juga tolong kami malizi insan yang serba lemah ni.Hehe.Kalau tak tolong rasanya takde lah nak merasa markah separuh.Terima kasih penjaga.Keluar-keluar dewan member-member aku sibuk tanya pasal markah.Ada yang tak puas hati dapat markah,ada yang geram sebab penjaga tak tolong,ada yang dapat markah aku kira boleh tahan banyak dari aku ni itupun bising-bising.Aku berlalu dengan wajah tenang.Malas nak di fikir pasal markah.Memang itu menjadi tabiat aku selepas habis menjawab exam aku tidak akan berbincang tentang soalan,perasaan mahupun markah.Takut stress.


Aku cepat-cepat melangkah pulang ke rumahku syurgaku BAYT GHURABA'.Sampai je di rumahku,aku terus berjumpa dengan sepupuku dan menceritakan perihal markahku dan perasaanku.Dia bagi aku semangat,dan sambil menghulurkan buku hadisnya minta aku untuk menterjemahkan.Aku sambut bukunya itu lalu membacakan untuknya.


Dalam pada itu,aku telah terlari dari landasan kepercayaan kepada qada' dan qadar Allah.Aku hampir menyalahkan takdir.Astaghfirullah.Ampunkan aku ya Allah.Aku fikir,kenapa aku tidak bernasib baik macam orang lain,tak baca buku pun boleh dapat markah banyak,tak datang kelas pun doktor tak ambil kedatangan.Aku jadi sedih.Aku rasa macam tidak adil dunia ini untuk aku.Astaghfirullah.Biasalah mood stress.hewhew.


Sementara menunggu makan tengah hari tadi,kami ahli bayt ghuraba' duduk berkumpul di ruang tamu,yelah rumah ada sofa dan berborak-borak.Ada yang cerita perasaan sedih dapat markah sikit.Ada yang cerita takut nak dapat markah nanti.Ada juga ya ng cakap bestnya dapat markah 20.Tiba-tiba seorang housemate ku ini bercerita tentang seorang lelaki pada zaman dahulu meminta pada Allah agar diberikan duit untuknya agar dapat dia menggunakan duit itu untuk perkahwinan anaknya.Pada keesokan harinya dia mendapati di tepi bantalnya ada sekalung duit.Dia mengucapkan syukur pada Allah kerana telah memakbulkan doanya.Dipendekkan cerita lelaki ini masuk syurga dan dikurniakan sebuah rumah banglo tetapi rumah itu tidak lengkap satu batu bata.Rupanya batu bata yang hilang itu sebagai ganti doa yang termakbul semasa hayatnya di dunia.Mungkin anda semua boleh cari pasal cerita ni sendiri.hehe.Nak katanya saya tersedar dari cerita itu.Sungguh,Allah sayangkan saya,sebab itu Dia mahu saya berjaya dengan usaha saya bukan semata-mata Allah bagi rezeki tanpa usaha.


***

Sungguh,sekali lagi saya dikejutkan dengan cerita seorang lagi ahli bayt ghuraba' yang menceritakan tentang seekor ular yang masuk ke dalam kubur seorang wanita dan membelitnya sehingga patah tulang-tulang wanita tersebut.Di ceritakan bahawasanya wanita itu semasa hidupnya dia sering lambat menunaikan solatnya.Kami semua bingkas bangun dan berebut-rebut ambil wudhu' supaya tak ketinggalan berjemaah.


Alhamdulillah,masih di beri Allah rakan-rakan yang baik dan suasana yang solehah yang membantu dalam perkembangan menjadi individu muslim yang dekat dengan Allah s.w.t.


syukur,
wassalam.


bayt ghuraba'
3.05pm

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura