Saturday, April 28, 2012

MaNusIA DaLam BuLAtaN GuMbiRA itu kan TeLah DiTentukAN

Alhamdulillah...
syukur yang tidak terhingga kepada Rabbul Izzati(Tuhan kepada Izzaty >,<) atas nikmatNya memberikanku ruang dan peluang untuk terus memacu langkah mewarnai bulatan gembiraku yang sungguh superb.Bukan kerana aku yang superb as a murabbi  tetapi yang superbnya bulatan gembiraku bersama 'anak-anakku' mendapat perhatian dari DIA.


Alhamdulillah,walaupun sangat lemah kaki ini berjalan menuju ke rumah 'anak-anak' memberikan 'makanan' buat mereka,tetapi Allah mudahkan jua kaki ini untuk sampai ke teratak 'anak-anakku'.Aku agak kelewatan lima minit dari waktu yang sepatutnya dijanjikan,almaklumlah baru lepas mengundi untuk pencalonan AMT PERMAI.Tetapi alhamdulillah,mereka masih tersenyum dan aku memulakan dahulu bersalaman dengan 'anak-anak' ku.Aku memulakan bulatan gembira kami dengan bacaan ummu furqan alfatihah disusuli dengan aku meminta 'anak-anak' ku dan diriku sekali untuk memperbaharui niat dan beristighfar agar segala apa yang diniatkan dan difikirkan sebelum masuk ke dalam bulatan gembira dapat diclearkan.Seterusnya aku memulakan dengan kata-kata aluan agar dapat membukakan hati yang tertutup biiznillah dan agar dapat membangkitkan iman yang lesu biiznillah.Orang kata,kata-kata aluan penting supaya masa inilah orang dapat betulkan mind set dan sebagainya.Sebab itulah,banyak buku-buku yang  ditulis kata-kata aluan dulu supaya kita boleh nampak apa tujuan buku itu ditulis.fullstop.


Setelah selesai kata-kata aluan dan bertanya khabar kepada mereka,aku terus membuka al-quranku diikuti mereka bertiga seakan-akan memahami isyaratku.Makin matang 'anak-anak' ku ini.Aku memulakan dengan mengajarkan dan membacakan kepada mereka surah annasr dan mengambil fikrah serta ibrah dari surah itu.
Surah annasr menceritakan pertolongan Allah dan kemenangan.Dan untuk menang ada beberapa syarat yang mesti dipatuhi iaitu;
1- jaga hubungan dengan Allah
2-jaga ukhwah
3-perancangan yang rapi


Jika tiada syarat-syarat utama ini jangan mimpi nak menang.Islam menang bukan sekadar usaha Rasulullah dan para sahabat berjuang di medan tempur,tetapi perancangan yang sangat hebat dan mereka tidak meninggalkan solat fardhu,solat sunat dan juga solat qiam serta amalan-amalan yang lain.Betapa hebatnya hubungan mereka denganAllah sehingga iman yang menggerakkan segala usaha dan amal mereka.Teringat kisah sewaktu Sultan Muhammad ALFateh ingin melantik seorang ketua untuk mengepalai pasukan tentera,beliau bertanya setiap dari bala tenteranya,"siapakah di antara kalian yang sepanjang umurnya selepas ia baligh hingga sekarang tidak pernah meninggalkan solat fardhu?"ada beberapa tentera yang duduk menandakan mereka pernah meninggalkan solat fardhu.Kemudian beliau bertanya lagi,"siapakah di antara kalian sepanjang umurnya selepas ia baligh hingga sekarang ia tidak pernah meninggalkan solat sunat rawatib?"Kelihatan beberapa tentera yang duduk menandakan mereka pernah meninggalkan solat sunat.Masih kelihatan beberapa tentera yang masih berdiri.Kemudian beliau bertanya lagi,"siapakah di antara kalian sepanjang umurnya selepas ia baligh sehingga sekarang tidak pernah meninggalkan qiamullail?"Kelihatan semua yang berdiri, duduk kecuali Sultan Muhammad AlFateh.Lantas beliau terus menjadi ketua tentera.


Begitulah sikap dan amalan umat terdahulu yang mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Allah sehingga membuatkan islam berjaya di tawan di tangan mereka.Subhannallah.


Even kita nak berjaya dalam peperiksaan pun hubungan dengan Allah kena jaga,ukhwah dengan rakan-rakan kena jaga dan mesti ada perancangan yang rapi.Kalau tiga-tiga syarat ini tak dipenuhi maka jangan haraplah nak berjaya.Kononnya tidak mengapa hati kawan tidak dijaga musim peperiksaan yang penting hubungan dengan Allah settle dan solat hajat tak tinggal.Yang penting jadual belajar di penuhi setiap masa.Korang pernah rasa tak bila kita gaduh dengan orang hati jadi tak tenang.Silap-silap masa jawab exam lupa apa yang nak dijawab tapi teringat kesalahan kita pada kawan kita.Sebab itu,tiga-tiga syarat mesti kena penuhi supaya perjalanan untuk berjaya berjalan lancar.


Bercerita panjang aku kepada 'anak-anak'ku.Aku seronok mereka faham dan berkongsi maklumat dengan aku.Setelah selesai kami mengumpulkan fikrah dari surah itu,aku lantas mengeluarkan kitab hadis AlWafi dan membuka hadis keempat.Hadis tentang 'peringkat penciptaan manusia dan pengakhiran'.Seronok bincang hadis ini sebab dapat menginsafkan kita lah.Bagaimana kita diciptakan dan apa yang telah tertulis untuk kita.






عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai): Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء الخلق (باب ذآر الملئكة) )nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).

Pada bab awal hadis ini menceritakan penciptaan manusia sebanyak empat peringkat iaitu bermula dikumpulkan dalam perut ibu selama 40 hari sebagai air mani->kemudian 40 hari lagi menjadi segumpal darah->kemudian 40 hari lagi menjadi seketul daging->dan selepas 120 hari membentuk sebagai jasad dan dihembuskan kepadanya roh dan dituliskan padanya empat perkara iaitu tentang rezekinya,ajalnya,amalannya dan adakah dia bahagia atau celaka.
Dalam surah almu'minun ayat 12-14 menceritakan tentang penciptaan manusia sebanyak empat peringkat dan di tambah lagi tiga peringkat.
وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ طِينٍ(12)ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ(13)ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنشَأْنَاهُ خَلْقًا آخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ(14)
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
 (Al-Mukminun : 12-14).



Begitulah penciptaan manusia yang begitu teratur dan berperingkat.Allah telah memberikan pelajaran dan pengajaran di sini kepada kita.Jika kita lihat dan tahu kekuasaan Allah itu melebihi semua kuasa makhluk yang ada dalam alam ini.Kalau diikutkan boleh sahaja Allah menciptakan manusia tanpa melalui peringkat-peringkat yang lama ini tetapi di sini Allah mengajarkan kepada kita setiap kerja perlu dilakukan berperingkat-peringkat atau beransur-ansur(tadarruj) agar kerja kita dapat mencapai kesempurnaan.Di samping itu juga Allah mahu memudahkan hamba-hambaNya.Cuba bayangkan kalaulah Allah menciptakan manusia tanpa melalui proses yang lama ini,pasti susah kepada si ibu untuk bergerak kerana pada bulan pertama bayi telah membesar di dalam perut.Susahkan.Oleh sebab itulah Allah menciptakan manusia itu pada bulan pertama sebagai mani diikuti proses menjadi segumpal darah sehinggalah menuju bulan ke sembilan iaitu bayi sedia untuk dilahirkan ke bumi.Nah!Begitu teratur kan.
Oleh sebab itu,kita janganlah buat kerja tergopoh-gopoh sebab Allah sudah ajarkan kepada kita beransur-ansur dalam melakukan kerja agar mendapat kesempurnaan dalam sesuatu kerja itu.


Seterusnya dalam hadis ini menyebut selepas 120 hari maka malaikat meniupkan ruh ke dalam jasad dan ditulis kepadanya sebanyak empat perkara iaitu tentang rezekinya,ajalnya,amalannya dan samada dia bahagia atau celaka.Allah telah menulis takdir kita ketika semenjak awal penciptaan kita lagi.Apa yang terjadi sekarang,apa yang terjadi pada masa lepas dan apa yang akan jadi pada masa akan datang telah ditulis.Kita menangis hari ini,kita ketawa hari esok semuanya telah ditulis.Saya menulis blog ini juga telah ditakdir semenjak awal saya diciptakan.Ini yang dinamakan qadar Allah.Kita sepatutnya redha dengan apa yang telah ditentukan Allah kerana ada hikmah disebaliknya.Kita mungkin tidak tahu apa di sebalik hikmah itu,tapi Allah membuat sesuatu yang terbaik untuk manusia.


Dahulu,pernah sahaja terfikir,kita kan tak tahu apa yang Allah tentukan untuk kita.Entah-entah kalau kita buat baik,tetapi pengakhiran hidup kita masuk neraka.Aku pun dengan fikiran jahilku tentang agama berfikir,baik tak payah buat baik,buat je apa-apa yang kita nak buat.Ades!!Ketuk kepala sendiri.Sebenarnya apa yang aku fikir empat tahun lepas itu salah dan itu fikiran gila.Kita memang tidak tahu apa yang Allah tentukan untuk kita sebab itulah kita kena berusaha buat amalan baik,beribadah pada Allah.So,tidak boleh tidak kita sebagai hambaNya kena berusaha untuk capai objektif kita masuk syurga sebab segalanya telah tertulis,cuma kita yang tidak tahu.Kalau pengakhiran hidup kita masuk syurga insyaAllah Allah mudahkan jalan kita menuju ke sana.InsyaAllah.


Begitulah,banyak sangat pengajaran dalam hadis ini.Sepatutnya kita sebagai hamba Allah bila mengetahui hadis ini,kita harus rasa insaf.Penciptaan kita dari air mani yang hina sehingga menjadi semulia-mulia makhluk.


لَقَدْ خَلَقْنَا الإنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ
 sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.

Akhirnya selesai sudah perbicaraan kecil bulatan gembiraku.'Anak-anak' makin faham walaupun di wajah mereka masih ada kerutan dan aku dapat lihat tanda tanya masih bersarang.Tetapi aku yakin aku sudah memberi yang terbaik buat mereka sesuai dengan kemampuanku dengan penuh bergaya persembahanku itu walaupun aku baru menyedari aku tersilap dan tercicir satu fakta.Di akhir sesi bulatan gembiraku itu,aku sempat berbual dengan 'anak-anak' dalam erti kata lain mendengar curahan hati mereka.Barulah aku tahu anak aku yang sorang ni ada menghadapi masalah yang sama dengan aku.Aku pun apa lagi menunjukkanlah skill penuh berkeyakinan dan bergaya aku untuk membantu menyelesaikan masalah anak.hehe.Minum banyak air ye nak.>,<Jangan takut minum air.

Alhamdulillah berjaya juga saya menulis post ini dengan tulus hatinya.Lama sudah tidak berblog,rasa cemburu mata melihat bila mengscroll ke bawah melihat update dari teman sejari yang aktif menulis.Tapi ini adalah takdir Allah aku menulis pada hari ini dengan sesuatu yang lebih bermanfaat.InsyaAllah.

Semoga ketemu lagi.Assalamualaikum.

bayt ghuraba'
1021pm

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura