Tuesday, April 3, 2012

ciNTa kanAK-kaNAK PEndek

Boleh!!!!
Boleh ke saya ada perasaan begini?Entah apa yang menyebabkan hati tidak senang sebegini.Rasa macam ada sesuatu yang tak kena.Rasa sedang mencari-cari sesuatu.Tampar pipi,tepuk dahi.Aiyaakk!!Astaghfirullah..Kurang amalan barang kali.

***
Siang tadi saya dan seorang sahabat seperjuangan terpukang dan terbalik duduk berehat-rehat di tepian.Sengaja mood suci buat-buat macam budak  scorer lah lepas kelas still  lepak jami3ah(university).Bukan dapat study pun duduk kat situ,apa lagi tengok orang arab la lalu ke hulur ke hilir.(cuci mata hehe).Seronok saya tengok orang arab ni,seronok juga mulut mengata,astaghfirullah(hehe).
Ada sesuatu yang menarik perhatian kami sebenarnya.Bukan pada lelaki-lelaki arab yang kacak,bukan juga pada perempuan-perempuan arab yang langsing tubuh badannya,bukan juga pada pasangan kekasih yang seronok berjalan seiringan tapi ini sungguh kool,kami tengok seorang kanak-kanak kecil lelaki dan perempuan.

Si kanak-kanak lelaki ni asyik usya si kanak-kanak perempuan ni.Si kanak-kanak lelaki cuba mendekati si kanak-kanak perempuan tetapi si kanak-kanak perempuan buat tak layan lebih kepada buat tak faham(jual mahal katakan..)Si kanak-kanak lelaki cuba lagi mengusya si kanak-kanak perempuan.Ish.kacau betul emak si kanak-kanak perempuan ni,dia panggil pula si kanak-kanak perempuan,kacau daun betul.Si kanak-kanak lelaki tak hampa,dia terus mengikuti si kanak-kanak perempuan.Akhirnya,mungkin kerana si kanak-kanak lelaki geram dengan si kanak-kanak perempuan itu dia pun tunjuklah hero,lebih kepada tarik perhatian sebenarnya.Dia pun kutiplah straw yang ada atas tanah.Si kanak-kanak perempuan pun pandanglah.

***
Begitulah..
Perasaan suka,minat,cinta itu adalah fitrah.Sebuah perasaan yang Allah hadirkan dalam hati manusia.Cukup suci perasaan itu yang mana dengan cinta juga kita dapat mengenal dan merasai Allah bersama kita.Lihatlah dari sekecil-kecil manusia sehinggakan setua-tua manusia wujud perasaan cinta itu.Dengan cinta menyatukan antara dua pasangan.


Kalau kita tengok pada teknik si kanak-kanak lelaki itu mengorat si kanak-kanak perempuan itu,memang sebiji sejibon  gaya manusia-manusia besar.Mula-mula pandang dulu si perempuan,kemudian try usya,si perempuan mula-mula akan jual mahal dulu,bila si lelaki geram sebab si perempuan buat tak tahu dia mula tunjuk aksi hebat supaya perempuan terpikat.Akhirnya si perempun terpikat dan mula mereka menjalin hubungan.fuhhhh.Lelah saya.

Tapi,tak ramai manusia di alam bumi yang sfera ini memaknai erti cinta itu.Sehingga terlahirlah cinta yang terbina atas dasar nafsu semata.Lihatlah betapa ramainya "kanak-kanak" kecil tidak cukup umur di luar sana yang bercinta,usung awek sana sini,akhirnya kesudahan terjadilah aksi yang tidak sepatutnya sehingga menyebabkan manusia-manusia kecil yang lahir dari aksi dosa mereka itu di buang,digonggong anjing,di bakar dan sebagainya.Astaghfirullah.Inilah jenis-jenis manusia berkaki dua yang cukup tidak memaknai erti CINTA.

Cinta suci bukan untuk dinodai
Kasih jangan dikhianati
Lamarlah belas simpati

Ok,semoga mendapat manfaat dari penulisan yang sedikit ini.Kena kerah sikit otak berfikir ni,biar sedikit janji istiqamah.Ingatlah,cinta yang sejati hanyalah cinta kepada Allah 100%.

ok...salam..selamat malam.

1 comment:

Salju Sakura