Thursday, April 12, 2012

AKU,fikiranKU dan Pameran Kebudayaan(ma3rad thaqafi)

ma3rad thaqafi(pameran kebudayaan) yang diadakan di jami3ah yarmouk
baru-baru ni.Ni gambar yang diambil masa
perasmian ma3rad.

Tanggal 8 April 2012 menyaksikan kemeriahan pameran kebudayaan yang melibatkan semua pelajar dari seluruh pelosok negara yang sedang menyambung pelajaran mereka di university yarmouk,jordan.Negara Malaysia turut terlibat dalam pameran ini.Antara negara lain yang terlibat adalah Somalia,Jazeera,Morocco,Brunei,Singapura,Indonesia,Palestine,Iraq,Korea, Mesir dan beberapa buah negara lain lagi yang saya pun dah tak ingat.Nak diceritakan,memang meriah pameran ini dengan semua negara mempertontonkan kebudayaan negara masing-masing.Ada yang mempamerkan makanan,muzik,pakaian,alat-alat muzik dan macam-macam lagi lah.Tidak kalah juga pameran yang ditunjukkan oleh malizi  yang bertemakan pakaian pengantin.Pada hari pertama mereka mengenakan pakaian pengantin minangkabau.Tidak kalah juga pesaing hebat malizi iaitu korea yang sentiasa menerima kunjungan ramai.

Saya masih sesak di sana,melihat gelagat manusia yang sibuk menangkap gambar bersama orang-orang korea.Kawan-kawan saya juga tidak menang tangan mengajak saya bergambar dengan kuri-kuri(korea),saya hanya mengikut sahaja.Jaga hati member, nanti dikatakan syadid pula.Saya bukan  syadid tapi korea bukanlah menjadi kekaguman saya pun dan saya tak rasa terkenang mahupun terbayang kalau tidak dapat bergambar dengan mereka.fullstop.Saya hairan betul dengan gelagat manusia.Hairan hairan.


kuri-kuri(korea)..

 pameran di booth mesir

 booth malaysia,ramai sangat yang datang kat 
tempat malizi..

Tiada apa yang ada dalam fikiran saya ketika ini,hanya melihat dan menyokong kawan-kawan dari kejauhan.Hanya menjadi camerawoman dengan "handphone batch" dan memusing di sekitar ma3rad selama tiga hari berturut-turut.Letih tapi bangga melihat hasil usaha dan penat lelah malizi dalam mempromosikan negara kepada warga asing.Mampu tersenyum.



Saya cuma terfikir sesuatu tentang perkara ini,,

Masa ni,majlis perasmian.Sementara nak menunggu dekan university datang semua manusia termasuk saya berkumpul menunggu peluang untuk masuk ke dalam ma3rad tersebut.Ramai sangat manusia,ada berbagai bangsa dan negara.Ada orang malaysia,brunei,arab,korea dan sebagainya.Ada banyak warna kulit,hitam,dark choclate,putih,merah dan sebagainya.Masa tu panas sangat.Sanggup saya berhimpit di tengah-tengah orang arab semata-mata nak tengok persembahan pembukaan.Dalam hati saya terdetik ketika itu,beginilah agaknya keadaan di padang mahsyar.Semua orang berkumpul tidak kira bangsa,warna kulit,ketinggian,agama,semua berkumpul menunggu masa untuk dihisab segala amalan.Semua orang dalam keadaan risau menunggu keputusan dari Allah.Apakah keputusan neraka atau syurga.fuhhh.

Kadang-kadang bila kita melakukan sesuatu urusan dunia,seringkali kita melupakan akhirat.Jadi berwaspadalah dalam setiap amalan kita.Niatkanlah hanya untuk Allah dan dekatkanlah amalan kita dengan amalan akhirat dan amalan ahli syurga.

Semoga kita sama-sama dapat membina iman membuah taqwa agar dapat mencapai redha Allah dan menempah tiket ke syurga.Aamiin,insyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura