Tuesday, January 17, 2012

tOLonGLah HarGAI

Baru sahaja selesai menghantar ahl bayt saya balik malaysia.Sebenarnya dia merangkak kawan saya yg bolehlah dikatakan rapat(he..macam perasan sendiri pun ada,peduli apa!!)Tak tahu rasa apa je yang tinggal dalam hati ini.
Sebab dah terasa sayu dan sebak semalam.Betul dan tolonglah yakin bahawa Allah itu maha penyayang dan pemurah.Dia yang memiliki jiwa-jiwa hamba dan hanya Dia sahaja yang tahu apa sahaja di dalam hati hamba-hambaNya.Mujur Dia telah mengatur jadual saya sibuk pagi tadi,kalau tidak pasti saya akan sedih dan menangis.

FARAHDINA..

Betul lah orang cakap hang ni sweet.Kalau hang tak sweet mestilah ana tak rasa debar time shopping dengan hang.Tak kisah lah orang cakap aku gatal atau perasan ke,aku pedul ap(peduli apa).

Apa?
Macamlah farahdina tu sayang kat hang?
Berani anda mengatakan begitu!!
Saya pedul ap..

Bukankah perasaan itu tidak boleh dipaksa.Jadi suka hati sayalah nak sayang sesiapa pun.(berani ngaku nampak!!haha)Walaupun farah dina ni selalu buat saya naik angin,selalu buat lidah saya terjelir,mata saya buntang,tapi series!bila time dia nak balik malaysia darah saya meningkat.(harap maklum,saya tidak terkena hyper tension hui).Itulah,kalau ada menyakitkan hati,kalau takde rindu pula.Maklumlah dengan dia je saya banyak bercakap.Jadinya bila ketiadaan dia ni,sunyi sekejap hidup saya.

"dah hang tu sibuk memanjang..bukan ke esok hang ada kerja,tu yang hang tak dapat hantar dia ke airport kan?"

Betul juga,esok kan dah nak out station,tunggu jelah sedikit masa lagi.Tidur dan bangun semula dah kena "kerja".Tapi,nak katakan penantian nk sampai ke hari esok tu ibarat menunggu air mendidih.(itu pun kalau nak masak air 100 kali la hehe).Nak katanya lama bebenar penantian tu.Jadi bersabar sajelah.

Apapun saya mendoakan lah kebahagiaan dia bila jumpa family dia nanti dan balik sini dapat semangat baru untuk meneruskan study.


Dan saya pula,terus dengan 'kerja' saya.Sebab walau apa pun terjadi,'kerja' saya memang takde bus stop.Kalau orang balik malaysia kononnya menghentikan sebentar kerja-kerja mereka,tapi kalau saya balik malaysia,saya telah pun diminta untuk membuat sesuatu dan tidak meninggalkan 'kerja' saya.Saya dah dapat kerja walaupun saya belum grad  lagi.Orang lain kena tunggu grad dulu,baru dapat kerja.Padahal sebenarnya kerja tu dah dapat sebelum kita lahir lagi,tapi cuma kita yang sengaja buat tak  tahu.Jadi tolonglah tahu!!Saya menyeru.

3ala kulli hal,hidup kita belum tentu cecah angka 80,entah esok lusa Allah nak tarik balik.Jadi tolonglah bersedia.Saya menyeru sekali lagi.

Dahlah,berceloteh panjang lebar tak guna kalau hati tak tenang sebab ada orang ajak keluar beli barang.Saya akan pastikan saya menyambung citra saya sebelum saya out station selama hampir 2 minggu lebih ni.Tolonglah jangan tanya ke mana.

k,tata.sekian

celotah bising
irbid,7.01pm

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura