Friday, January 20, 2012

PaKEj pERcuTiaN YanG BegiTU meNgeNYAngkan

Waahhh..
Seronok rasanya menghempaskan tubuh di atas sofa yg penuh kelembutan.Kurang hampir pukul 5pm saya sampai di rumah dengan menaiki bas.Seusai mengemas rumah saya mencapai-mencapai kitab hadis wafi dan buku nota cinta saya.Membelek-belek tajuk yang sesuai untuk dihidangkan kepada 'anak-anak' saya.Series! saya mengantuk malam ini setelah 3 hari 2 malam saya menghabiskan cuti saya dengan pakej percutian tarbawi yang begitu menenangkan jiwa dan membesarkan perut dan menggemokkan hati.Ops!!
Pakej percutian saya amat menarik dan penerima pakej-pakej ini juga sangat osem.Nak dapatkan pakej percutian ni tak perlukan pertandingan yang berdaftar,cukup  malaikat di bahu kanan kita mendaftar nama kita dalam lembaran manusia yang berlumba-lumba menyebar luaskan berita islam.fullstop.


***

Betul,seronok betul percutian kali ini.Walaupun cuti di mantiqah yang sama dengan tempat tinggal tapi ianya menjadi percutian yg begitu sweet dalam sejarah hidup saya.eh.Mana tak sweetnya,percutian yang dihidangkan dengan juadah yang lazat-lazat sampai naik senak perut saya dan yang lebih penting juadah yang memang ramai orang di luar sana pasti mencemburui percutian saya ialah juadah rohani yang begitu mengusik kalbu.Mana ada orang lain yang tak sanggup mengikuti kami dalam journey yang begitu panjang dan tak tahu bila kesudahannya ini boleh dapat pakej sebegini mengecualikan dia sudi bersama kami.he.

Seronok bila menyelak helaian-helaian booklet yang sarat dengan menu-menu juadah  setiap hari selama kami bercuti.Dan yang paling best sebab ada muwajih yang terbang khas dari malaysia menyuapkan kami semua yang laparkan sentuhan-sentuhan tarbiyah.

Menyedari usia yg agak dewasa ini telah membuka ruang buat saya melihat adik-adik belasan tahun dan awal 20-an menghirup udara tarbiyah dengan begitu rakusnya.Mereka melompat dengan lajunya dan kadang-kadang terbang tanpa sayap.(sebab mereka mana ada sayap he).Bila tengok mereka ni,saya rasa bertambah semangat.Ye lah,mereka ni kebanyakkan mereka belajar medical dan dentistry.Tapi,kita ni golongan tua yang belajar ilmu agama ni sorang pun takde nak menegakkan islam.Saya kagum betul tengok mereka ni.Nak buat adik ipar,adik-adik kecil lagi.



***
Kami menghadam habis menu yang di hidangkan kepada kami.Walaupun pada permulaannya agak bosan sebab muwajjih hidangkan menu muqaddimah yang sama sahaja sepanjang hari.Hajat hati memang lah kalau boleh nak makan semua sekali tapi selama dua hari bersama muwajjih tetap beliau menghidangkan kami muqaddimah sahaja.Pada malam first,kami ditayangkan filem sang pencerah.Sungguh!filem ini telah membuatkan saya jadi sedih.Kisah kesungguhan haji dahlan menyampaikan islam di  kampungnya dan membetulkan fahaman orang kampungnya yang salah dan songsang.Sehingga beliau di gelar kafir.eh.Saya tak boleh cerita sampai habis sebab  anda diamanahkan untuk menonton sendiri cerita tersebut.

Sebenarnya banyak sangat kisah semasa percutian saya.Tapi tak perlulah cerita semua di sini.Nak tahu banyak sila datang rumah saya sambil membawa ayam goreng.he.

3ala kulli hal,masa yang kita ada jangan dibazirkan sedikit pun untuk jahiliyyah.Gunakan masa sebaiknya untuk islam.Masa cuti ni lah masa paling critical sebab semua manusia tak tahu nak buat apa masa ni.Jadi sediakan masa cuti kita untuk perkara-perkara yang berfaedah.InsyaAllah.

irbid,
11.07pm.

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura