Thursday, January 12, 2012

SHorT reMINDer!!

Baru sahaja selesai menghabiskan paper yg kelima pada hari selasa yg lepas iaitu subjek TAMWIL WA ISTISMAR atau dalam bahasa melayunya pembiayaan dan pelaburan.Fuhh senak juga otak nak menjawab paper ni.Soalan senang tapi langsung tak boleh nak tackle,sebabnya tak study betul-betul sebab dah give up dengan paper before that.ces.Padahal yg sebelum2 ni soalan susah tahap menara KLCC tapi sanggup study sampai tak tidur malam.

Semalam demam dan muntah teruk.Tak tahu kenapa.Dan lagi terkejut bila dapat berita kematian abang kepada orang yang sangat dekat dengan ana iaitu berita kematian abang on.Semoga Allah mencurahkan rahmat buat allahyarham.Semoga keluarganya tabah dengan pemergian allahyarham.

Begitulah kehidupan di dunia,tak lari jauh dengan kehidupan akhirat.Malah tak terpisah langsung dengan pengawasan Allah.

Ingatlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara

'sihat sebelum sakit

muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
lapang sebelum sempit 
hidup sebelum mati'


Begitulah hakikat hidup manusia.Bila kita memilih untuk hidup,kita juga akan bertemu mati.Bila kita memilih untuk sihat kita akan bertemu sakit.Bila kita memilih lapang kita akan berhadapan dengan sempit.Bila kita memilih kaya kita akan berhadapan dengan miskin.Dan bila kita berhadapan dengan muda kita pasti akan bertemu tua.

Makanya,usia-usia muda yg kita lalui saat ini jangan di persiakan.Persiapkan lah diri seolah-olah kita akan mati esoknya.Perbanyakkanlah amal ibadatmu seolah-seolah dalam beberapa saat lagi nyawamu bakal diragut.

Peringatan pendek dari hamba yg menyayangi hamba-hamba yg lain.

irbid.
11.09pg

No comments:

Post a Comment

Salju Sakura